Wednesday, October 23, 2013

JAWABAN LATIHAN PERIBAHASA

PEPATAH
1.   Pepatah ialah peribahasa yang berangkap dan terdapat pengulangan kata di dalamnya.
2.   Pepatah digunakan untuk menyatakan penegasan, falsafah, atau pengajaran yang hendak disampaikan.
3.   Senarai pepatah yang disertakan dengan maksudnya adalah seperti yang berikut:

PEPATAH
MAKSUD
Ada padi, semua kerja jadi; ada beras, semua kerja deras
Bagi orang yang mampu, semua maksud mudah tercapai
Ada ubi ada batas, ada masa dapat balas
Perbuatan yang jahat pada suatu waktu akan mendapat balasan juga
Ayam terlepas, tangan berbau tahi
Kejahatan tidak mendatangkan hasil, melainkan malu semata-mata
Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam
Tiap-tiap orang mempunyai pendapat atau kemahuan sendiri-sendiri/ Semakin banyak orang semakin banyak pula pendapat atau kemahuannya
Berani kerana benar, takut kerana salah
Orang yang bersalah akan berasa takut, manakala orang yang tidak bersalah akan bersedia untuk menghadapi kenyataan
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Suka-duka sama-sama ditanggung
Biar berputih tulang, jangan berputih mata
Lebih baik mati daripada menanggung malu
Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
Berselisih sesama keluarga akhirnya berbaik kembali
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
Kalau seseorang mempunyai cita-cita, dia akan berusaha untuk mencapainya
Di mana bumi dipijak, disitu langit dijunjung
Hendaklah kita menurut adat dan aturan ditempat yang kita diami
Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah
Pemimpin dengan pemimpin berperang, rakyat yang mendapat kesusahan
Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga
Budi yang baik tidak akan dilupakan walaupun orangnya sudah mati
Harapkan guruh di langit, air di tempayan ditumpahkan
Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum pasti, keuntungan yang kecil tetapi pasti dilepaskan
Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama
Setiap manusia dikenang kerana jasa yang dilakukannya semasa hidup
Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Pembahagian yang sama rata/ Banyak sama-sama banyak, sedikit sama-sama sedikit
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
Kalau ada kemahuan, maka ada saja jalan untuk melakukannya. Tetapi jika hati tidak mahu, maka ada saja alasan untuk tidak melakukan sesuatu
Ikut hati mati, ikut rasa binasa
Orang yang mengikut hawa nafsu akan musnah akhirnya
Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
Selalu berwaspada dan hati-hati/ Harus berusaha jangan sampai terlambat
Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
Orang yang miskin harus bekerja setiap masa/ Hidupnya sangat susah
Kalau baik jadikan teladan, kalau tak baik jadikan sempadan
Ambillah yang baik dan buang yang jahat
Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan
Sangat besar hati
Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa
Mendapat kecelakaan kerana percakapan
Ke tengah boleh, ke tepi pun boleh
Orang yang dapat menyesuaikan diri dalam pergaulan
Lempu punya susu, sapi dapat nama
Orang lain yang berusaha, orang lain yang mendapat pujian
Masuk ke dalam kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan
Masuk ke telinga kanan, keluar melalui telinga kiri
Nasihat atau pelajaran yang tidak masuk ke dalam ingatan
Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa
Tiap-tiap pemberian orang hendaklah dibalas dengan pemberian/ Kita harus tahu berterima kasih
Orang lain yang makan nangka, orang lain kena getah
Orang lain yang melakukan kesalahan, orang lain pula yang dituduh
Rambut sama hitam, hati masing-masing berlainan
Setiap orang mempunyai pendapat yang berlainan
Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit
Seseorang yang membuat salah, semuanya akan terbawa-bawa
Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain
Sabar mengerjakan sesuatu, lama-lama berhasil juga
Sepandai-pandai tupai melompat, sekali terjatuh juga
Sepandai-pandai orang, adakalanya tersilap juga
Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Adat yang tidak berubah/ Sesuatu yang tetap utuh
Terlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau
Terhindar dari suatu kemalangan, mendapat kemalangan lain yang lebih besar pula
Untung sabut timbul, untung batu tenggelam
Sekiranya bernasib baik akan mendapat kejayaan, tetapi jika bernasib malang akan mendapat kerugian
Yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang
Orang yang bertuah mendapat keuntungan dari mana-mana saja

No comments:

Post a Comment