Apakah maksud 'Amalan Gaya Hidup Sihat'? Frasa tersebut boleh
ditakrifkan sebagai cara hidup yang mampu mengurangkan risiko mendapat
penyakit-penyakit yang akan membawa maut pada masa akan datang. Menurut
kajian pakar-pakar dietetik Malaysia, jumlah rakyat Malaysia yang
mengalami obesiti semakin meningkat bak cendawan tumbuh selepas hujan.
Kandungan kolesterol dan tekanan darah individu yang mengalami obesiti
dan perokok tegar pula dua kali lebih tinggi berbanding orang
kebanyakan. Oleh itu, pendekatan secara drastik perlu diambil bagi
membendung masalah kesihatan di negara ini daripada semakin berleluasa.
Intihanya, banyak inisiatif yang dapat diambil oleh seseorang
individu dalam mengamalkan gaya hidup sihat. Kita juga perlu menjaga
kesihatan kita dengan sebaik-baiknya kerana jika nasi sudah menjadi
bubur, tidak banyak yang dapat dilakukan dalam menyelamatkan tubuh badan
yang rapuh dirobek penyakit. Oleh itu, kita perlulah bertindak bijak
dalam menentukan kesihatan kita kerana mencegah adalah lebih baik
daripada mengubati.
Langkah yang perlu diambil bagi merealisasikan gaya hidup sihat
adalah dengan menghindarkan diri daripada gejala-gejala tidak sihat
seperti merokok dan penyalahgunaan dadah. Kajian dari Universiti
Cambridge telah membuktikan bahawa perokok menghadapi risiko untuk
mendapat serangan jantung berbanding mereka yang tidak merokok.
Penyalahgunaan dadah pula perlu dicegah kerana perbuatan terkutuk itu
akan membawa kepada penyakit-penyakit seperti HIV dan AIDS. Oleh itu,
kita perlu bijak dalam membuat keputusan agar tidak terjebak dalam
gejala-gejala negatif yang bukan sahaja meragut wang ringgit, bahkan
meragut nyawa seseorang.
Amalan gaya hidup sihat lain yang perlu diikuti adalah dengan
mengamalkan pemakanan yang seimbang. Pemilihan makanan yang menepati
nisbah piramid makanan perlu dititiberatkan agar tubuh badan mendapat
nutrisi yang mencukupi selain terhindar daripada penyakit. Kita juga
seharusnya perlu mengurangkan pengambilan makanan segera kerana makanan
tersebut biasanya mempunyai kandungan lemak dan kolesterol yang tinggi.
Sebaliknya, pengambilan makanan berkhasiat seperti sayur-sayuran dan
buah-buahan perlu diperbanyak agar mencapai tahap kesihatan yang lebih
baik.
Di samping itu, aktiviti senaman juga perlu dijadikan keutamaan bagi
seseorang individu. Hal ini demikian kerana apabila kita bersenam,tubuh
badan kita akan membakar lemak, membuang toksin dan melancarkan
pengaliran darah. Hal ini penting terutamanya bagi pelajar kerana
apabila pengaliran darah menjadi lancar, otak akan lebih mudah menyerap
pembelajaran. Jadi, seseorang perlulah bersenam sekurang-kurangnya
setengah jam sehari bagi meningkatkan kecergasan tubuh da kecerdasan
minda.
Selain itu, kita perlu mengelakkan diri daripada mengunjungi
pusat-pusat hiburan seperti kelab malam dan sarang pelacuran. Hal ini
demikian kerana tempat-tempat sebegini akan menjerumus seseorang ke
kancah pengambilan alkohol dan dadah selain hubungan seks rambang.
Perbuatan sebegini juga akan menyebabkan seseorang individu mendapat
penyakit HIV dan AIDS. Sebaiknya, kita boleh mendapat hiburan dengan
berekreasi di taman atau melancong bersama keluarga bagi mengurangkan
stres. Apabila kita mengawal tingkah laku dan perbuatan kita dalam
kehidupan seharian, nescaya kita tidak akan terjebak dengan
penyakit-penyakit yang berbahaya.
Berapa perkataan
ReplyDeleteReviewing
Berapa perkataan
ReplyDeleteReviewing