Wednesday, September 19, 2012

TEKNIN MENULIS RUMUSAN

CEMERLANG RUMUSAN

Ciri-ciri Rumusan Yang Baik
 Isi rumusan dan jumlah perkataan menepati kehendak soalan.
Rumusan hendaklah mempunyai empat perenggan yang terdiri daripada :-
-          Pendahuluan
-          Isi Tersurat (F1)
-          Isi Tersirat  (F2)
-          Kesimpulan/ Penutup


Pemarkahan
BAHAGIAN
ISI
MARKAH
Pendahuluan  (P)

2
Isi Tersurat    (S)
6
5
4
3
2
16
Isi Tersirat     (T)
2
3
4
5
6
Kesimpulan   (K)

2
Bahasa
Separuh daripada jumlah P+S+T+K
10



Petua Penulisan Rumusan

PETUA 1
Menganalisis Soalan
i.                    Baca arahan dengan teliti untuk menentukan kehendak soalan dan panjang rumusan.
ii.                  Tentukan kata kunci (Fokus 1- Isi Tersurat dan Fokus 2- Isi Tersirat) dengan membuat garisan supaya rumusan berpusat kepada kehendak soalan sahaja.
PETUA 2
Menulis Pendahuluan
i.                    Bina pendahuluan berdasarkan Fokus 1.
ii.                  Tukarkan kata kunci dengan perkataan yang sama maknanya.
iii.                Bina pendahuluan dalam satu ayat tunggal sahaja.
PETUA 3
Mengenal pasti Isi Tersurat
i.                    Beri perhatian kepada Fokus 1.
ii.                  Petunjuknya ialah selepas perkataan tentang dalam arahan soalan.
Contoh
            Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat suatu      
            rumusan tentang tanggungjawab guru dan sebab kerjaya guru  
            semakin kurang diminati.
iii.                Cari sekurang-kurangnya enam isi tersurat.
iv.                Tulis satu ayat bagi setiap isi dalam olahan bahasa yang ringkas, tepat dan padat.
v.                  Pastikan terdapat kesinambungan antara satu isi dengan isi yang lain.
vi.                Gunakan penanda wacana yang sesuai.
PETUA 4
Mengenal pasti Isi Tersurat
i.                    Beri perhatian kepada Fokus 2.
ii.                  Petunjuknya ialah selepas perkataan dan dalam arahan soalan.
 Contoh
            Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat suatu      
            rumusan tentang tanggungjawab guru dan sebab kerjaya guru  
                  semakin kurang diminati.
iii.             Tidak terdapat dalam petikan. (Pelajar perlu berfikir secara kreatif dan kritis – tafsirkan dan analisis isi tersurat)
iv.                Tulis satu ayat bagi setiap isi dalam olahan bahasa yang ringkas, tepat dan padat.
v.                  Gunakan penanda wacana yang sesuai.
PETUA 5
Menulis Penutup
i.         Penutup merupakan cadangan dan harapan tentang keseluruhan petikan rumusan yang ditulis.
ii.                  Kata kunci bagi penutup ialah kesimpulaannya.
iii.                Perlu ditulis dalam satu ayat sahaja.



Kata Kunci Rumusan (untuk menulis Pendahuluan)

Fokus Utama
maksud
Masalah

Kekangan
Halangan
Rintangan
cabaran
Faktor
Punca
Sebab
Perkara yang menyebabkan
Kepentingan
Keperluan
Kebaikan
Faedah
Manfaat
Kelebihan
Keistimewaan
Langkah
Alpukah
Strategi
Kaedah
Cara
Tindakan yang perlu diambil
Peranan
Tugas
Tanggungjawab
Kewajipan
Tujuan
Matlamat
Objektif
Motif
Kesan
Akibat
Impak
Implikasi
Keburukan
Kesan negatif


Menulis Pendahuluan / Kesimpulan

Contoh
Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat suatu rumusan tentang faktor-faktor kelunturan semangat kejiranan  dan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk memupuk semangat ini. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Fokus 1 (S)      : faktor-faktor kelunturan semangat kejiranan
Fokus 2 (T)      : usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk memupuk semangat kejiranan
Pendahuluan   : Petikan  membincangkan punca-punca kelunturan semangat kejiranan.
Isi Tersirat       : Usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk memupuk semangat kejiranan  
ialah mengadakan kempen kesedaran tentang kepentingan hidup berjiran. Selain itu, amalan saling berkunjung perlu sentiasa disuburkan dalam kalangan masyarakat.
Kesimpulan     : Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama memupuk semangat 
                          kejiranan agar kehidupan masyarakat lebih harmoni dan sejahtera.
                         

Rangka Rumusan


BAHAGIAN


KANDUNGAN


MARKAH


Pendahuluan
- Lihat Fokus 1

Petikan membincangkan …………………………………..
……………………………………………………………..
……………………………………………………………..

2

Isi Tersurat
- Lihat Fokus 1

Antara ………………….. ialah …………………………...
…………………………………………………. Keduanya, ……………..........................................................................
……………………………………………………………...
Ketiganya, …………………………………………………
………………….. ………………………….. Keempatnya, ……………………………………………………………..
……………………………………………………………..
Kelimanya, ………………………………………………...
…………………………………………………………….. Keenamnya, ……………………………………………….
……………………………………………………………..






16

Isi Tersirat
- Lihat Fokus 2

Antara ………………………. ialah ………………………
…………………………………………………………….. ………………………………….. Keduanya, …………….
……………………………………………………………...
……………………………………………………………..

Kesimpulan
- Lihat Fokus 1

Kesimpulannya, ……………………………………………
……………………………………………………………... (cadangan) agar …………………………………………...
……………………………………………………………...
…………………………………………………. (harapan)



2

8 comments:

  1. Keduanya,ketiganya.....

    Boleh diubah kepada penanda wacana kan.

    Penanda wacana apa yang sesuai?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak perlu kerana menyebabkan pertambahan bilangan perkataan dan menjejaskan markah peperiksaan

      Delete
    2. Tidak perlu kerana menyebabkan pertambahan bilangan perkataan dan menjejaskan markah peperiksaan

      Delete
  2. penggunaan penanda wacana masih janggal . Saya rasa ni cara penulisan untuk bukan melayu .

    ReplyDelete
  3. oke paham dah macam mana cara nak bt rumusan ni ..tq

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum. saya dengar, format terkini untuk penulisan rumusan ada format baharu? sekiranya betul, mohon kongsikan. terima kasih.

    ReplyDelete
  5. sy tak faham format ini ......boleh tak bincang
    .....

    ReplyDelete