Peringatan kepada pelajar:
-
Lazimnya terdapat 3 kesalahan dalam satu
ayat.
-
Salin semula ayat dan betulkan kesalahan
bahasa yang terdapat dalam ayat
tersebut.
-
Jangan ubah struktur ayat berkenaan.
Jenis-jenis
kesalahan yang lazim dikemukakan dalam soalan
A. Kesalahan
perkataan atau kosa kata
Contoh:
Ahmad keciwa | = |
sepatutnya
kecewa
(kesalahan
ejaan)
|
|
Pelancung | = |
pelancong
(kesalahan ejaan)
|
|
Perabut | = |
perabot
(kesalahan ejaan)
|
|
Pergi Melancung | = |
sepatutnya
melancong
(kesalahan penggunaan perkataan)
|
|
Tinggal di
pendalaman
|
=
|
sepatutnya
pedalaman
(kesalahan penggunaan
perkataan)
|
B.
Kesalahan frasa
mengikut hukum D – M
Dalam bahasa Melayu hukum D (unsur yang
diterangkan) merupakan unsur inti
yang hadir
pada kedudukan yang pertama dan M (unsur yang
menerangkan)
hadir pada kedudukan yang kedua
dalam frasa ayat
Contoh:
Cili sos | = |
sepatutnya
sos cili
|
|
Nusantara Restoran | = |
sepatutnya
Restoran Nusantara
|
|
Mini bas | = |
sepatutnya
bas mini
|
|
Kredit kad | = |
sepatutnya
kad kredit
|
C. Perkataan orang,
kaum, keturunan, bangsa, bahasa dan suku
kaum
mesti digunakan apabila kita hendak
menyebut sesuatu kaum, suku
kaum, bangsa,
keturunan atau bahasa.
Contoh:
Penduduk negeri Johor kebanyakannya Melayu
Penduduk negeri Johor kebanyakannya
orang
Melayu
Cina
pernah menjadi bangsa yang bertamadun
Bangsa
Cina pernah menjadi bangsa yang bertamadun
Melayu, Cina dan India ialah kaum yang terbesar
di negara ini
Kaum
Melayu, Cina dan India ialah kaum yang terbesar
di negara ini
Bahasa yang digunakan itu ialah Melayu, bukan
Inggeris
Bahasa yang digunakan itu ialah
bahasa
Melayu bukan
bahasa Inggeris
Sarawak telah lama didiami oleh Iban
Sarawak telah lama didiami oleh
kaum Iban
D.
Kesalahan makna
ayat yang tidak jelas
Contoh:
Tanah liat ialah mineral silikat paling halus
sehingga memerlukan teknik sinar-X
untuk
mengkajinya
Tanah liat ialah mineral silikat paling halus
sehingga
untuk mengkajinya
diperlukan
teknik sinar-X.
E.
Kesalahan ayat
yang tidak mempunyai subjek
Contoh:
Ini dapat dilihat
pada harga belimbing besi di Kuala Lumpur cuma
berjumlah
RM2.00 sekilo
Hal ini
dapat dilihat pada harga belimbing besi di Kuala
Lumpur, iaitu berjumlah
RM2.00 sekilo
F.
Ayat tergantung
Contoh:
Penjenayah itu dijatuhi oleh hakim
Penjenayah itu dijatuhi
hukuman oleh
hakim
G. Kesalahan penggunaan bahasa
yang tidak sesuai mengikut taraf
sosial
seseorang
Contoh:
Baginda berucap kepada pembesar negeri
Baginda
bertitah kepada pembesar negeri
H.
Kesalahan frasa
kerja yang kata kerja transitif tidak
diikuti oleh
penyambut (objek)
Contoh:
Ali melukis untuk
dihadiahkan kepada kakaknya
Ali
melukis
gambar
untuk dihadiahkan kepada
kakaknya
I. Kesalahan
penggunaan kata sendi nama
Contoh:
Ketika keluar daripada kelas 5 Teratai, saya
terlanggar gadis itu
Ketika keluar
dari kelas 5 Teratai, saya terlanggar gadis
itu
J. Kesalahan penggunaan
kata jamak
Contoh:
Kebanyakan guru-guru lelaki telah dihantar ke
kawasan luar bandar
Kebanyakan
guru lelaki telah dihantar ke
kawasan luar bandar
K. Kesalahan penggunaan
kata ganda
Contoh:
Perdana Menteri-Perdana Menteri negara ASEAN
sedang bermesyuarat di
Bangkok.
Perdana-Perdana
Menteri negara ASEAN sedang bermesyuarat di
Bangkok
L.
Kesalahan penggunaan
kata imbuhan
Contohnya:
Kerajaan sedang memperbesarkan jalan raya di
kampung itu
Kerajaan sedang
memperbesar jalan raya di
kampung itu
Contoh-Contoh
Penggunaan Kata, Frasa Dan Ayat
Salah | Betul |
Ada berbagai barang di kedai itu. |
- Ada
berbagai-bagai
barang di
kedai itu.
- Ada
pelbagai barang
di kedai
itu.
|
Ali dihadiahkan sebuah buku harian. | Ali dihadiahi sebuah buku harian. |
Di antara mereka yang hadir. | Antara mereka yang hadir. |
Tambak Johor terletak antara Johor Bahru dengan Singapura. | Tambak Johor terletak di antara Johor Bahru dengan Singapura. |
Banyak perbezaan di antara bilik Ali dengan bilik Kasim. |
Banyak perbezaan antara
bilik Ali
dengan bilik Kasim.
|
Bangunan itu adalah Daya Bumi. | Bangunan itu Daya Bumi. |
Banyak orang datang. | Banyak orang yang datang. |
Berbincang masalah. | Berbincang tentang masalah itu. |
Berdasarkan kepada perkara itu. | Berdasarkan perkara itu. |
Bergantung kepada. | Bergantung pada. |
Berhubung itu. | Berhubung dengan itu. |
Berkait itu. | Berkait dengan itu. |
Berkaitan itu. | Berkaitan dengan itu. |
Bersama. | Bersama-sama. |
Beda. | Beza. |
Bola itu Ali tendang. | Bola itu ditendang (oleh) Ali. |
-
Bola itu
ditendang oleh
saya.
- Bola itu saya
menendang.
|
Bola itu saya tendang. |
Buku itu dihadiahi kepada Ahmad. | Buku itu dihadiahkan kepada Ahmad. |
Buku itu dia hantar ke perpustakaan. | Buku itu dihantar ke perpustakaan. |
Buku itu dimasukkan dalam laci. | Buku itu dimasukkan di dalam laci. |
Buku itu disimpan dalam laci. | Buku itu disimpan di dalam laci. |
Di dalam hal itu. | Dalam hal itu. |
Di dalam peperiksaan itu. | Dalam peperiksaan itu. |
Dari Kedah hingga Sabah. | Dari Kedah ke Sabah. |
Dari masa ke semasa. | Dari masa ke masa. |
Dari semasa ke masa. | Dari semasa ke semasa. |
Daripada segi. | Dari segi. |
Dato’
Sri.
|
Dato’ Seri. |
Datuk Sri. | Datuk Seri. |
Dengan lain perkataan. | Dengan perkataan lain. |
Dalam
bilik itu.
|
Di dalam bilik itu. |
Dia belajar dari pengalaman. | Dia belajar daripada pengalaman. |
Dia datang bila dipanggil. | Dia datang apabila dipanggil. |
- Dia memandang
pada
saya.
- Dia memandang
kepada
saya.
|
Dia memandang saya. |
Dia berikan anaknya pelajaran. | Dia memberi anaknya pelajaran. |
Dia berikan saya sebuah buku. | Dia memberi saya sebuah buku. |
Dia memberi buku kepada saya. | Dia memberikan buku kepada saya. |
Dia memberi pelajaran kepada anaknya. | Dia memberi anaknya pelajaran. |
Dia mempelajari daripada pengalamannya. | Dia mempelajari perkara itu daripada pengalamannya. |
Dia memperisterikan Aminah. | Dia memperisteri Aminah. |
Dia memperisteri anaknya dengan anak guru besar. | Dia memperisterikan anaknya dengan anak guru besar. |
Dia menaiki bendera. | Dia menaikkan bendera. |
Dia menceburkan diri di bidang perniagaan. | Dia menceburkan diri dalam bidang perniagaan. |
Dia mengambil apa sahaja. | Dia mengambil apa-apa sahaja. |
Dia menolehkan pandangannya kepada saya. |
Dia
menolehkan pandangannya
pada
saya
|
Dibincangkan di dalam mesyuarat itu. | Dibincangkan dalam mesyuarat itu. |
Dia merindukan anaknya. | Dia merindui anaknya. |
Jangan memijak rumput. | Jangan pijak rumput. |
Jauhilah daripada dadah. | Jauhilah dadah. |
Berkesanan. | Keberkesanan. |
Kedua belah pihak. | Kedua-dua belah pihak. |
Kepimpinan. | Kepemimpinan. |
Kereta itu melalui di jalan besar. | Kereta itu melalui jalan besar. |
Letaklah di mana yang sesuai. | Letaklah di mana-mana yang sesuai. |
Letaknya antara Kuala Lumpur dengan Kajang. | Letaknya di antara Kuala Lumpur dengan Kajang. |
Maksudnya yang asalnya. | Maksudnya yang asal. |
Melawat ke Eropah. | Melawat Eropah. |
Melihat kepada/pada keindahannya. |
Melihat
keindahan.
|
Membincangkan tentang perkara itu. | Membincangkan perkara itu. |
Menduduki di tempat kedua. | Menduduki tempat kedua. |
Beg itu mengandung. | Beg itu mengandungi. |
Mensiakan
tanggungjawab.
|
Mensia-siakan tanggungjawab. |
Mengunjungi ke Eropah. | Mengunjungi Eropah. |
Mereka memberitahukan saya perkara itu. | Mereka memberitahu saya perkara itu. |
Mereka memberitahu perkara itu kepada saya. | Mereka memberitahukan perkara itu kepada saya. |
Mereka-mereka. | Mereka. |
Oleh kerana itu. |
Oleh
sebab
itu.
|
Merujuk kepada surat tuan | Merujuk surat tuan |
Di masa | Pada masa |
Pada pendapatan saya | Pada pendapat saya |
Pada satu hari (bilangan) | Pada suatu hari (tak tentu harinya) |
Para wartawan-wartawan/ para-para wartawan | Para wartawan |
Pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri | Pegawai daripada Jabatan Pendidikan Negeri. |
Pergilah
ke mana
pun
|
Pergilah kemana-mana pun. |
Perkara itu ialah benar | Perkara itu adalah benar |
Pilihlah mana yang sesuai | Pilihlah mana-mana yang sesuai |
Ramai orang datang | Ramai orang yang datang |
-
Sebahagian wangnya didermakan
- Sebahagian
dari
wangnya didermakan.
|
Sebahagian daripada wangnya didermakan |
Sehubungan itu | Sehubungan dengan itu |
Selain dari/ daripada itu | Selain itu |
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya | Semoga Allah mencucurkan rahmat ke atas rohnya |
Semoga rohnya dicucurkan rahmat. | Semoga rohnya dicucuri rahmat. |
Seperti yang kita telah katakan. | Seperti yang telah kita katakan. |
Sri.
|
Seri (cahaya) |
Setengah orang |
-
Setengah-setengah
orang
-
Sesetengah
orang |
Surat dari Dewan Bahasa dan Pustaka | Surat daripada Dewan Bahasa dan Pustaka |
Takutkan hantu. | Takut akan hantu. |
Tan Seri. | Tan Sri. |
Tanyalah siapa pun. |
- Tanyalah
sesiapa
pun.
- Tanyalah
siapa-siapa
pun.
|
Tiap orang / setiap-tiap orang |
Tiap-tiap
orang /
setiap
orang.
|
Tiga ayam. | Tiga ekor ayam |
Yang mana | Yang |
Melaporkan dari | Melaporkan berita dari |
Amat pandai | Amat pandai sekali |
Sangat kukuh | sangat kukuh sekali |
sungguh gagah | sungguh gagah sekali |
terbesar sekali |
- terbesar
- besar
sekali
|
paling kuat sekali |
- paling
kuat
- kuat
sekali
|
Contoh Soalan
Peperiksaan
1.
Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa
kesalahan bahasa. Kenal
pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan
menulis semula ayat
berkenaan tanpa mengubah
struktur dan maksud asalnya.
i. Kesediaan
kertas kerja paling penting sekali dalam apa-apa
jua
projek agar perlaksanaannya dapat berjalan
lancar.
ii. Bahasa
Melayu dapat menjadikan teras penumbuhan
kebudayaan
nasional di dalam negara yang
berbilang kaum.
2.
Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa
kesalahan bahasa. Kenal
pasti
kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan
menulis semula ayat
berkenaan tanpa mengubah
struktur dan maksud asalnya.
i. Kanak-kanak
yang berusia sepuluh setengah tahun itu
memperolehi
hadiah khas kerana kemampuannya
menguasai bidang Teknologi
Maklumat dan
Komunikasi ( ICT ).
ii. Perabut
yang dibeli oleh saya itu diimport daripada luar
negeri.
3.
Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa
kesalahan bahasa. Kenal
pasti
kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan
menulis semula ayat
berkenaan tanpa mengubah
struktur dan maksud asalnya.
Latihan 1
Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa
kesalahan bahasa. Kenal pasti
kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan
menulis ayat itu semula tanpa
mengubah struktur
dan maksud asalnya.
1. Ali ditugas sebagai Pengarang di akhbar Utusan
Melayu semenjak lapan
tahun yang lalu.
2.
Hana berkecimpung di dalam bidang peternakan
itik, rusa dan Angsa sejak
kecil lagi.
Latihan 2
Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa
kesalahan bahasa. Kenal pasti
kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan
menulis ayat itu semula tanpa
mengubah struktur
dan maksud asalnya.
1. Asean dianggota oleh Malaysia, Indonesia,
Thailand, Filipina, Berunai,
Vietnam, Singapura,
Laos, myanmar, dan
kemboja.
2. Menurut percayaan masyarakat Melayu, sang kancil
adalah binatang yang
pintar.
Latihan 3
Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa
kesalahan bahasa. Kenal pasti
kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan
menulis ayat itu semula tanpa
mengubah struktur
dan maksud asalnya.
1.
Tabeat merokok bagi wanita hamil akan bahayakan
kesihatan dan
keselamatan bayi yang
di kandung.
2.
"Keahlian aku di dalam persatuan ini sudah
berlangsung selama enam
tahun," berkata
pensyarah tersebut.
Latihan 4
Dalam setiap ayat
di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa.
Kenal pasti
kesalahan-kesalahan itu dan betulkan
dengan menulis ayat itu semula tanpa
mengubah
struktur dan maksud asalnya.
1.
"Sekolah saya akan adakan satu persembahan
anekaragam," kata Alias
kepada ibunya.
2.
Kami hendaklah senantiasa berwas pada terhadap
anasir negatif kalangan
ahli persatuan
ini.
Latihan 5
Dalam setiap ayat
di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa.
Kenal pasti
kesalahan-kesalahan itu dan betulkan
dengan menulis ayat itu semula tanpa
mengubah
struktur dan maksud asalnya.
1.
Kita bagai pihak kerajaan akan terus berusaha
membangun ekonomi negara.
2.
Gejala cetak rompak boleh lumpuhkan industri
seni utamanya industri muzik
dan perfileman
tanahair.
Latihan 6
Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa
kesalahan bahasa. Kenal pasti
kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan
menulis ayat itu semula tanpa
mengubah struktur
dan maksud asalnya.
1.
"Dimanakah awak letakkan gergaji yang telah
gunakan tadi?" tanya Ramzi
kepada
anaknya.
2.
"Engkaulah Wakil Jualan yang perlu saya
tunggu-tunggu?" kata Linggam
kepada lelaki itu.
Latihan 7
Dalam setiap ayat
di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa.
Kenal pasti
kesalahan-kesalahan itu dan betulkan
dengan menulis ayat itu semula tanpa
mengubah
struktur dan maksud asalnya.
1.
Pastikan awak mencatit nama dan angka giliran
pada kertas jawap tersebut.
2.
Pengurus Pemasaran akan sentiasa membantu engkau
di dalam
melaksanakan tugas-tugas tersebut.
Contoh Jawapan
Latihan 1
1.
Ali
ditugaskan/bertugas
sebagai
pengarang di
Akhbar Utusan Melayu
semenjak lapan
tahun yang lalu.
2.
Hana berkecimpung
dalam
bidang
penternakan itik, rusa dan
angsa
sejak kecil lagi.
Latihan 2
1. Asean
dianggotai oleh
Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina,
Berunai,
Vietnam,
Singapura, Laos,
Myanmar, dan
Kemboja.
2.
Menurut
kepercayaan
masyarakat Melayu,
Sang Kancil adalah binatang
yang pintar.
Latihan 3
1.
Tabiat merokok bagi wanita hamil akan
membahayakan kesihatan dan
keselamatan bayi
yang
dikandung.
2. "Keahlian
saya dalam persatuan ini sudah berlangsung
selama enam
tahun,"
kata pensyarah
tersebut.
Latihan 4
1.
"Sekolah kami akan
mengadakan
satu
persembahan
aneka ragam," kata
Alias kepada
ibunya.
2.
Kita hendaklah senantiasa
berwaspada
terhadap anasir negatif di
kalangan
ahli
persatuan ini.
Latihan 5
1.
Kami sebagai pihak kerajaan akan
terus berusaha
membangunkan
ekonomi
negara.
2. Gejala cetak rompak boleh
melumpuhkan industri seni
terutamanya
industri muzik dan
perfileman
tanah air.
Latihan 6
1. "Di
manakah
kamu
letakkan gergaji yang
telah
digunakan tadi?" tanya
Ramzi kepada
anaknya.
2. "Engkaukah
Wakil Jualan yang perlu
kami
tunggu-tunggu?"
tanya Linggam
kepada
lelaki
itu.
Latihan 7
1. Pastikan
kamu mencatat nama dan
angka giliran pada kertas
jawapan
tersebut.
2.
Pengurus
pemasaran akan sentiasa membantu
kamu dalam
melaksanakan tugas-tugas
tersebut.
No comments:
Post a Comment