Saturday, November 12, 2011

ramalan novel

Soalan 4 : Latihan 1

Jawab soalan-soalan di bawah berdasrkan novel yang berikut :

(i) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd. Hanafiah

(ii) Kembara Amira karya Amer Hmzah L. Kadir

Sebuah novel yang menarik banyak bergantung kepada tema yang diutarakan oleh pengarang.

Huraikan tema sebuah novel yang telah anda pelajari.

NOVEL AZFA HANANI

NOVEL KEMBARA AMIRA

Tema bagi novel Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah ialah tentang penyamaran seorang gadis untuk menyelamatkan seorang ibu yang kematian anaknya daripada menghadapi tekanan perasaan.

Azfa Hanani sanggup menyamar menjadi Tengku Murni untuk memastikan Datin Maziah kembali pulih daripada tekanan perasaan kerana Datin Maziah tidak dapat menerima hakikat anak perempuan tunggalnya telah terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya.

Tema bagi novel Kembara Amira karya Amer Hmzah L.Kadir ialah tentang pengembaraan seorang remaja perempuan untuk memanfaatkan cuti persekolahan dalam mematangkan hidupnya .

Amira bersama rakannya Jacinta yang sedang bercuti persekolahan telah ke Bukit Mat Raya membantu ibunya, Profesor Zaidah yang mengetuai cari gali untuk mendapatkan bahan arkeologi, bagi memastikan kehijauan hutan dikekalkan daripada pembalakan dan pencari gali emas.

Soalan 4 : Latihan 2

Jawab soalan-soalan di bawah berdasrkan novel yang berikut :

(i) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd. Hanafiah

(ii) Kembara Amira karya Amer Hmzah L. Kadir

Sebuah novel yang menarik banyak bergantung kepada persoalan yang diutarakan oleh pengarang.

Huraikan tiga persoalan sebuah novel yang telah anda pelajari.

NOVEL AZFA HANANI

NOVEL KEMBARA AMIRA

Persoalan bagi novel Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah ialah ketabahan seorang gadis remaja menghadapi cabaran kehidupan yang penuh ranjau. Sebagai contoh, Azfa Hanani dibesarkan oleh Pak Long Madi yang miskin tetapi dia tabah menghadapi liku – liku hidup di rumah banglo milik keluarga baharunya.

Persoalan kedua pula ialah kegigihan menimba ilmu pengetahuan. Sikap ini ditonjolkan oleh Azfa Hanani, walaupun berasal daripada keluarga miskin dia gigih belajar dengan tujuan untuk membaiki masa depan keluarga dan hidupnya. Dia sanggup berulang-alik sejauh tiga puluh kilometer setiap hari untuk ke sekolah.

Persoalan ketiga pula ialah sikap mementingkan darjat atau pangkat. Sebagai contoh , Tengku Datuk Makmur dan anaknya, Tengku Muzaffar begitu ego dengan status mereka sebagai golongan elit. Mereka memandang hina terhadap Azfa Hanani. Rakan-rakan Azfa Hanani juga memandang rendah kepadanya kerana dia berasal dari kampung dan hidup miskin.

Persoalan bagi novel Kembara Amira karya Amer Hmzah L.Kadir ialah perkahwinan kedua menimbulkan konflik jiwa dalam diri anak-anak. Perkara ini dipaparkan melalui konflik jiwa yang dialami oleh Jacinta kerana tidak dapat menerima kehadiran ibu tirinya yang dikahwini oleh bapanya setelah kematian ibu kandungnya. Konflik ini telah menyebabkan Jacinta selalu mengelak daripada berjumpa dengan keluarganya.

Persoalan kedua pula ialah konflik keluarga. Persoalan ini dipaparkan melalui konflik yang terjadi dalam keluarga Tau setelah isterinya iaitu Ipah melarikan diri bersama Johnny. Ipah telah meninggalkan anaknya yang baru dilahirkan dan membawa Sabi bersamanya menyebabkan terjadinya perpecahan dalam hubungan kekeluargaan .

Persoalan ketiga pula ialah semangat muhibbah dan setia kawan dalam kalangan masyarakat yang berbeza keturunan, kepercayaan dan budaya. Sebagai contoh , Amira, Jacinta , Itai, dan Malique dapat menjadi rakan yang baik walaupun mereka berbeza keturunan , kepercayaan, dan budaya. Mereka dapat bekerjasama dan saling membantu dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakan mereka. .

Soalan 4 : Latihan 3

Jawab soalan-soalan di bawah berdasrkan novel yang berikut :

(i) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd. Hanafiah

(ii) Kembara Amira karya Amer Hmzah L. Kadir

Watak utama banyak mempengaruhi jalan cerita sesebuah novel. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan tiga perwatakan watak utama.

NOVEL AZFA HANANI

NOVEL KEMBARA AMIRA

Watak utama bagi novel Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah ialah Azfa Hanani . Azfa Hanani ialah seorang pelajar yang gigih dalam pelajaran. Sebagai contoh, Azfa Hanani sangat gigih belajar dan sanggup berulang-alik ke sekolah dengan bas sejauh 30 kilometer sehari. Dia membaca buku rujukan untuk mengulang kaji pelajaran dengan gigih. Dia juga sering bertanya kepada kawan-kawan dan guru mata pelajarannya apabila menghadapi kesukaran dalam mata pelajaran yang tidak difahaminya.

Di samping itu, Azfa Hanani juga seorang yang pemaaf. Sebagai contoh, Azfa Hanani telah dihalau oleh Datin Maziah dari rumahnya setelah rahsia penyamarannya terbongkar dan telah meluahkan kata-kata yang menyakit hati serta menampar Azfa Hanani sebanyak dua kali. Azfa Hanani tetap memaafkan Datin Maziah yang datang menjemputnya setelah sedar akan ketelanjuran dan kesilapannya.

Selain itu, Azfa Hanani seorang yang penyayang. Sebagai contoh , Azfa Hanani amat sayang akan pak long dan mak longnya yang telah memelihara dan menjaganya sejak bayi lagi walaupun dihimpit kemiskinan. Semasa berada di rumah Datin Maziah, dia selalu teringat akan pak long dan mak long serta sepupunya di Kampung Merpati.

Watak utama bagi novel Kembara Amira karya Amer Hmzah L.Kadir ialah Amira. Amira ialah seorang gadis yang suka membantu orang lain. Sebagai contoh, apabila Amira mendapat tahu bahawa malique telah hilang, dia berusaha mencarinya sehinggakan dia mendaki ke Gunung Gua Gajah setelah menemukan mobile disk milik Malique.

Di samping itu , Amira juga seorang yang taat kepada perintah Allah. Sebagai contoh, ketika tiba di Stesen Dahan Hijau, Amira cepat-cepat mengqada solat Subuh yang tidak dapat ditunaikan ketika di dalam kereta api.

Selain itu, Amira seorang yang penyayang. Sebagai contoh , Amira, amat menyayngi sahabat baiknya Jacinta. Dia menangis apabila mendapati Jacinta tidak sedarkan diri setelah sesat di hutan. Malah dia sanggup meredah hutan bersama Itai mencari emas untuk dihadiahkan kepada Jacinta.

Soalan 4 : Latihan 4

Jawab soalan-soalan di bawah berdasrkan novel yang berikut :

(i) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd. Hanafiah

(ii) Kembara Amira karya Amer Hmzah L. Kadir

Berdasarkan novel yang anda pelajari, huraikan dua nilai berikut :

a. Kasih Sayang

b. Kegigihan

c. Keberanian

d. Bekerjasama

Nilai

Novel Azfa Hanani

Novel Kembara Amira

Kasih Sayang

a) Nilai Kasih sayang seorang anak terhadap ibunya.

Anak Datin Maziah, iaitu Tengku Mazran sangat sayang akan ibunya. Dia tidak sanggup melihat ibunya yang tertekan kerana tidak dapat menerima hakikat kematian Tengku Murni.Dia berusaha memujuk Azfa Hananii yang mempunyai wajah yang seiras Tengku Murni agar menyamar sebagai Tengku Murni untuk memulihkan keyakinan ibunya.

b) Nilai kasih sayang seorang ibu terhadap anak

Datin Maziah sangat sayang akan anak perempuan tunggalnya iaitu Tengku Murni. Lantaran kasih sayangnya, Datin Maziah sanggup menghadiahi anaknya sebuah jip sempena hari jadinya walaupun Tengku Murni tidak mempunyai lesen memandu.

a) Nilai kasih sayang seorang anak terhadap ibunya

Amiraa sanggup menolak cadangan ibunya untuk bercuti di rumah neneknya, semata-mata dia ingin menghabiskan cuti persekolahan bersama ibunya di tapak arkeologi di Bukit Mat Raya yang jarang-jarang dapat berjumpa.

b) Nilai kasih sayang seorang ibu terhadap anak

Sebagai ibu, Profesor Zaidah memeluk dan membelai Amira ketika Amira bersedih kerana sahabat baiknya Jacinta tidak sedarkan diri ketika mencari Amira yang hanyut dibawa arus deras.

Kegigihan

a) Nilai Kegigihan dalam pelajaran

Azfa Hanani berusaha dengan gigih untuk memantapkan dirinya supaya dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik. Dia bertanya kepada kawan-kawannya terutama Tengku Ellina. Dia juga berusaha untuk mempelajari bahasa Inggeris dan bahasa Jepun di kelas tuisyen di Institut Lingua Franca.

b) Nilai kegigihan dalam persatuan

Ekran berusaha dengan gigih dalam Persatuan Pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Taman Sari. Selaku pengerusi persatuan, dia amat gigih menjalankan Program Hari Sumbangsih untuk memungut derma derma daripada orang ramai bagi mengumpulkan dana sebanyak RM16 000. Dia membahagikan slot program secara undian kepada kelas masing-masing.

a) Nilai kegigihan dalam menyelamatkan rakan yang hilang.

Amira , Itai dan Jacinta berusaha gigih mencari Malique menerusi mobile disk milik Malique. Mereka menggunakan pelbagai cara untuk membuka mobile disk yang menggunakan password untuk mencari kata kunci yang dapat membantu mereka menyelamatkan Malique.

b) Nilai kegigihan menyelamatkan petempatan milik orang Asli Suku Semai daripada dicerobohi

Tau berusaha gigih bersama kumpulan pelajar Profesor Zaidah untuk menghalang tapak tempat tinggal mereka daripada dimiliki diterokai oleh syarikat perunding cari gali emas milik O’Hara. Tau sanggup menyamar sebagai mahkluk berbulu untuk menakut-nakutkan kumpulan mencari gali emas daripada terus mencerobohi kawasan tersebut.

Nilai

Novel Azfa Hanani

Novel Kembara Amira

Keberanian

a) Nilai keberanian menghadapi apa jua kemungkinan.

Azfa Hanani sudah bersiap sedia dan berani menghadapi apa jua yang akan berlaku terhadap dirinya. Dia sudah beranggapan bahawa Datin Maziah tidak akan kekal berkeadaan begini selama-lamanya. Baginya Datin Maziah akan mengetahui juga akan penyamarannya sebagai Tengku Murni. Jika perkara itu diketahui juga akhirnya oleh Datin Maziah maka dia akan bersiap sedia dan berani untuk menghadapi segala kemungkinan.

b) Nilai keberanian mematahkan hujah

Ekran seorang pemimpin pelajar yang berani menyampaikan ucapan dan setrusnya mematahkan hujah Laili yang suka mengkritik orang. Laili telah mengkritik ahli jawatankuasa Program Hari Sumbangsih yang dikatakan tidak adil dan diberi kebebasan kepada kelas untuk memilih slot program. Ekran mematikan hujah itu kerana perkara itu dibuat secara undian melalui ketua tingkatan masing-masing..

a) Nilai keberanian mencari jalan menyelamatkan rakan yang hilang

Amira biarpun masih baru di Desa Karpus sanggup mencari Malique yang hilang hingga ke Gunung Gua Gajah kerana yakin yang Malique berada di gua tersebut setelah menemui mobile disk milik Malique .

b) Nilai keberanian menentang makhluk berbulu .

Itai yang sedang bercuti dan sedang mendalami pelbagai ilmu tentang hutan daripada bapa saudaranya Tau telah dapat mengesan kehadiran makhluk berbulu di dalam gua . Dia juga berani berlawan dengan makhluk berbulu tersebut yang amat digeruni oleh semua masyarakat orang Asli Suku Semai.

Bekerjasama

a) Nilai bekerjasama dalam keluarga

Keluarga Datin Maziah sentiasa member kerjasama kepada Azfa Hanani untuk menyesuaikan diri dalam rumah bangle tersebut. Abang Mazran dan Kak Finaz pula sentiasa memberikan tunjuk ajar kepada Azfa Hanani tentang peraturan yang mesti dipatuhi di dalam rumah itu. Abang Muzaffar pula sudi untuk mengajar cara-cara menggunakan komputer kepada Azfa Hanani.

b) Nilai bekerjasama dalam pasukan forum

Azfa Hanani, Tengku Ellina, Fuad, Adlan dan Fazlina sering memberikan kerjasama yang padu dalam pasukan forum remaja. Mereka berbincang bersama untuk membuat latihan bagi memastikan kemenangan pasukan sekolah mereka. Oleh sebab ketiadaan masa, mereka sanggup berkumpul dan berbincang di rumah Tengku Ellina. Akhirnya , pasukan forum mereka telah berjaya dan Azfa Hanani menjadi pengerusi forum terbaik. Ekran berusaha dengan gigih dalam Persatuan Pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Taman Sari. Selaku pengerusi persatuan, dia amat gigih menjalankan Program Hari Sumbangsih untuk memungut derma derma daripada orang ramai bagi mengumpulkan dana sebanyak RM16000. Dia membahagikan slot program secara undian kepada kelas masing-masing.

a) Nilai bekerjasama menyelesaikan projek kajian arkeologi hingga berjaya.

Sekumpulan mahasiswa tahun akhir tempat Profesor Zaidah telah bekerjasama membuat kajian arkeologi di Bukit Mat Raya. Walaupun mereka menghadapi cabaran seperti tali khemah mereka dipotong oleh seseorang , namun mereka tetap meneruskan usaha untuk membuktikan bahawa tempat itu merupakan petempatan manusia zaman silamsetelah menemui karpus manusia dan bahan-bahan tinggalan sejarah.. Mereka juga berkerjasama menyiapkan projek tersebut biarpun Profesor Zaidah tersedera dan tidak dapat bertugas..

b) Nilai bekerjasama mencari rakan yang hilang.

Amira, , Jacinta, Itai, Roslan dan Pak Lias berusaha mencari Malique yang hilang setelah kereta yang dinaikinya terjunam ke dalam gaung sehingga ke Gunung Gua Gajah. Amira dan Itai akhirnya menemui Malique di hujung gua tersebut. Amira, Itai dan Jacinta juga bekerjasama untuk berkongsi idea tentang kata laluan mobile disk yang ditemui oleh Amira di puncak Gunung Gua Gajah untuk mengetahui pemilik sebenar disket dalam usaha mencari Malique yang hilang.

No comments:

Post a Comment