Saturday, November 12, 2011

ramalan novel 2

Soalan 4 : Latihan 1

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel berikut:

(i) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd. Hanafiah

(ii) Kembara Amira karya Amer Hamzah L. Kadir

Jelaskan peristiwa yang menarik berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari.

(7 markah)

Bil.

AZFA HANANI

KEMBARA AMIRA

1.

2.

3.

4.

5.

Peristiwa Azfa Hanani ditawarkan oleh Abang Mazran dan Kak Finaz untuk menyamar sebagai Tengku Murni

-Peristiwa ini menarik kerana Azfa tidak perlu risau lagi memikirkan kepayahannya untuk meneruskan pelajaran dan dalam masa yang sama Abang Mazran berjanji untuk membantu mengubati Zuraini, anak pak longnya yang lumpuh.

Peristiwa Datin Maziah menghalau Azfa Hanani dari rumahnya selepas indentitinya terbongkar

-Peristiwa ini menarik kerana telah dapat membongkar rahsia tentang Datuk Tengku Makmur yang bertanggungjawab menyebabkan kedua-dua ibu bapa Azfa meninggal dunia dalam kemalangan.

Peristiwa Azfa Hanani menolak pelawaan Iskandar untuk membonceng motosikal berkuasa tingginya.

-Peristiwa ini menarik kerana Azfa Hanani merupakan seorang gadis yang tahu menjaga maruah dirinya, tambahan pula dia tidak mengenali Iskandar.

Peristiwa Azfa Hanani bertengkar dengan Abang Muzaffar yang melarangnya berkawan dengan Ekran.

-Peristiwa ini menarik kerana tanpa memikirkan kedudukan Tengku Muzaffar, Azfa Hanani berani bertengkar dengannya semata-mata ingin menegakkan kebenaran.

Peristiwa Azfa Hanani yang terpaksa berulang-alik ke sekolah dengan menaiki bas sejauh 30 km sehari.

-Peristiwa ini menarik kerana Azfa Hanani seorang pelajar yang gigih dan tabah menuntut ilmu

Peristiwa Amira memulangkan ketulan emas yang diberi oleh Itai.

-Peristiwa ini menarik kerana menunjukkan Amira jujur dan ikhlas. Dia telah memulangkan seketul emas yang diambil dari sungai kepada Ludin kerana dia tidak mahu kepercayaan penduduk kampung terhadap Itai tercalar dan seterusnya menyebabkan Itai hilang kelayakan sebagai pengganti ketua kampung.

Peristiwa Amira tergelincir di Air Terjun Angin lalu hanyut.

-Peristiwa ini menarik kerana menunjukkan kebaikan Orang Asli Suku Semai menyelamatkan seorang gadis seperti Amira.

Peristiwa Itai mengetahui Tau bapanya

-Peristiwa ini menarik kerana Itai menganggap Tau bapa saudaranya tetapi Tau sebenarnya ialah bapa kandungnya sendiri.

Peristiwa Amira menemui ‘mobile disk’ di lantai gua.

-Peristiwa ini menarik kerana dapat membongkar misteri kehilangan Malique dan penemuan ‘mobile disk’ ini dapat membantu memberitahu mereka kedudukan Malique.

Peristiwa Tau mengaku bahawa makhluk berbulu itu ialah dirinya yang sebenar.

-Peristiwa ini menarik kerana pembaca akhirnya tahu siapa sebenarnya makhluk misteri yang ditakuti oleh masyarakat di Bukit Mat Raya.

Soalan 4 : Latihan 2

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel berikut:

(i) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd. Hanafiah

(ii) Kembara Amira karya Amer Hamzah L. Kadir

Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan latar masyarakat dalam setiap novel.

(8 markah)

SKEMA JAWAPAN

Bil.

AZFA HANANI

KEMBARA AMIRA

1.

2.

3.

4.

5.

Masyarakat pelajar yang gigih menuntut ilmu.

Cth : Walaupun Azfa Hanani tidak mampu membeli buku rujukan namun dia sanggup ‘meminjam’ buku-buku rujukan dari perpustakaan sekolah untuk membuat ulang kaji.

Masyarakat atasan yang memandang rendah kepada orang bawahan.

Cth: Tengku Muzaffar dan Datuk Tengku Makmur memandang rendah terhadap Azfa Hanani kerana dia miskin dan berasal dari kampung ketika baru menjejakkan kaki ke banglo mewah mereka.

Masyarakat yang bertanggungjawab.

Cth : Pak Long dan Mak Long bertanggungjawab dan sanggup memelihara Azfa Hanani walaupun mereka banyak mempunyai anak dan hidup susah.

Masyarakat yang sanggup berkorban.

Cth : Azfa Hanani sanggup berkorban dengan menyamar sebagai Tengku Murni demi membantu Datin Maziah yang mengalami tekanan selepas kematian Tengku Murni.

Masyarakat pelajar yang berani menghadapi cabaran kehidupan.

Cth : Azfa Hanani berani menyatakan perasaan dan pendiriannya iaitu akan menjadi dirinya sendiri sekiranya kembali ke rumah Datin Maziah semasa dipujuk oleh Datin Maziah dan Datuk Tengku Makmur.

Masyarakat yang penyayang.

Cth : Amira menunjukkan kasih sayangnya kepada ibunya, Prof. Zaidah dengan menjaga ibunya selepas terlibat dalam kemalangan kereta yang dipandu oleh Pak Lias.

Masyarakat yang komited terhadap tugas.

Cth : Profesor Zaidah seorang ahli arkeologi yang begitu tekun ketika menjalankan tugas sehingga pada suatu ketika dia sedar bahawa dia telah mengabaikan anaknya, Amira.

Masyarakat pelajar yang suka akan cabaran

- Setiap kali cuti sekolah, Amira akan menyusul ibunya di tapak cari gali seperti di Bukit Mat Raya untuk membantu ibunya menjalankan kerja-kerja arkeologi.

Masyarakat orang Asli yang hidup serasi dengan hutan

Cth : Orang Asli daripada suku Semai menentang pencerobohan pembalak, pencari gali emas dan pencari gali artifak dengan membuat laporan kepada pihak kerajaan

Masyarakat yang materialistik sehingga mengabaikan kepentingan alam.

Cth : John O’Hara melakukan kajian untuk memastikan hutan Bukit Mat Raya mengandungi emas atau sebaliknya tanpa memikirkan kemungkinan hutan belantara akan pupus akibat perbuatan menggali emas.

Soalan 4 : Latihan 3

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel berikut:

(i) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd. Hanafiah

(ii) Kembara Amira karya Amer Hamzah L. Kadir

Berdasarkan novel yang telah anda kaji, huraikan latar tempat yang dapat ditemukan dalam novel tersebut . (7 markah)

SKEMA JAWAPAN

Bil.

AZFA HANANI

KEMBARA AMIRA

1.

2.

3.

4.

5.

Di Kampung Merpati

Cth : Kawasan yang tenang dan harmoni serta merupakan tempat tinggal Azfa Hanani, Mak Diah, Pak Madi, Pak Haji Arshad dan Nordin.

Di Hotel Universe

Cth : Tempat Tengku Mazran dan Syafinaz mengajar Azfa Hanani tentang perwatakan dan cara hidup Tengku Murni. Mereka mengajar Azfa untuk berhadapan dengan Datin Maziah dan cara-cara makan sebelum berada di rumah banglo Datin Maziah.

Di Institut Lingua Franca

Cth : Tempat Azfa belajar bahasa Inggeris dan bahasa Jepun secara intensif.

Di Rumah Ekran

Cth : Azfa Hanani pergi ke tempat ini yang terletak di Kampung Teruntum dan mendapati Tengku Muzaffar ada di situ bersama dengan rakan-rakannya.

Di Plaza Cahaya

Cth : Tempat yang bersebelahan dengan Institut Lingua Franca. Di sini, Azfa Hanani telah membeli buku-buku rujukan terbitan Index Publication di Pasar Raya Buku.

Di Stesen Dahan Hijau

Cth : Tempat persinggahan Amira, Jacinta, Malique, dan John O’Hara sebelum ke hutan Bukit Mat Raya.

Di Desa Karpus, Bukit Mat Raya

Cth : Tempat kajian arkeologi yang dilakukan oleh Prof Zaidah, Dr. Zawawi dan pelajar-pelajar universiti.

Di Gunung Gua Gajah

Cth : Tau membawa Dr. Zawawi , Rusdi, Amira, Jacinta, dan Itai ke gua tersebut. Mereka menemukan pelbagai lakaran pada dinding gua dan kapak batu.

Di Pulau Pinang

Cth : John O’Hara mengadakan perbincangan dengan beberapa orang pelabur yang akan melabur dalam perlombongan emas di hutan Bukit Mat Raya.

Di perkampungan suku Orang Asli Semai.

Cth : mesyuarat adat dijalankan bagi membuat keputusan tentang tindakan Itai yang membawa Amira ke sebatang sungai yang banyak mempunyai ketulan emas.

No comments:

Post a Comment