Tuesday, November 22, 2011

JAWAPAN TATABAHASA SPM 2011

Soalan 3(a) Bina ayat
(i) Cepumas- hadiah atau pemberian yang besar dalam sesuatu peraduan atau pertan¬dingan dsb. Ayat: Peserta itu telah berjaya memenangi cepumas yang bernilai RM1 juta dalam pertandingan kuiz tersebut.

(ii) Halaju- kadar pergerakan sesuatu atau kelajuan. Ayat: Pihak polis telah menahan sebuah kereta yang dipandu melebihi halaju yang telah ditetapkan di lebuh raya itu.

(iii) Jejantas - jambatan untuk orang yang berjalan kaki melintas (biasanya dibina di atas jalan raya yang sibuk). Ayat: Pengguna perlu menggunakan jejantas untuk melintas jalan yang sibuk itu demi keselamatan.

(iv) Jenama- nama yang khusus untuk membezakan barang dagangan yang sama jenisnya tetapi dikeluarkan oleh pengeluar yang berlainan (seperti t Breeze, Trojan, dan Fab untuk serbuk pencuci).Ayat: Terdapat pelbagai jenama baju kemeja yang dijual di pusat beli-belah itu.

(v) Pawagam –panggung wayang gambar. Ayat: Banyak pawagam yang ternama di Kuala Lumpur telah ditutup kerana jumlah penonton semakin berkurang.

(vi) Purata-hitung panjang. Ayat: Purata markah yang diperoleh oleh pelajar Kelas 5 Mulia dalam mata pelajaran Bahasa Melayu ialah 75 markah.


Soalan 3(b) Menyambungkan ayat

1. Kemarau ialah bencana alam yang berpunca daripada cuaca panas dan kurangnya hujan yang menyebabkan tanah kering-kontang dan tumbuh-tumbuhan banyak yang mati.
2. Kegiatan manusia juga terhalang akibat ketiadaan air yang menyebabkab air terpaksa dicatu.
3. Jabatan Bekalan Air terpaksa menyediakan tangki air di kawasan perumahan untuk mengurangkan masalah yang dihadapi oleh anggota masyarakat.

Soalan 3(c) Kesalahan Ejaan dan Imbuhan

Kesalahan Ejaan:
(i)ibubapa- ibu bapa
(ii)wira wati - wirawati
(iii) akedemik – akademik

Kesalahan Imbuhan:
(i) Pefileman – perfileman
(ii) Mempengaruhi – dipengaruhi
(iii) Dibawa-bawa –t erbawa-bawa


Soalan 3(d) Kesalahan kata atau istilah dan kesalahan bahasa

Kesalahan kata:
(i) Berkuantiti – berkualiti
(ii) Kerja khusus – kerja kursus
(iii) Tinggal- bersemayam

Kesalahan bahasa:
(i) Koleksi lagu-lagu – koleksi lagu
(ii) Guru mereka tetapkan – ditetapkan oleh guru mereka
(iii) Terpaling indah – paling indah/terindah

Soalan 3(e) Peribahasa
(i) Bagai pinang dibelah dua/bagai cincin dengan permata
(ii) Bertepuk sebelah tangan manakan berbunyi
(iii) Setinggi-tinggi bangau terbang, akhirnya ke belakang kerbau juga/ sejauh mana seluang melaut, akhirnya pulang ke muara jua/seprti ikan pulang ke lubuk

No comments:

Post a Comment