Soalan 2 (b) - Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Aku cepat-cepat menarik tanganku. Hatiku berdebar-debar. Bukan kerana penangan sentuhan Putera Turki berwajah tampan, tetapi kerana harga yang disebutkan. Aku tidak ada duit sebanyak itu. Aku tidak ada niat langsung untuk membeli jaket kulit kijang yang lembut itu.
Dr. Liza dan Hajah Normah sudah pun membayar harga jaket kulit pilihan hati. Wajah kedua-dua pembantu kedai itu berseri-seri. Rasanya sudah lebih setengah jam kami berada di dalam kedai itu.
Dr. Liza, Hajah Normah dan Hajah Zalehon hendak mengambil angin segar di luar kedai. Kak Chah dan Shahmeen turut mengikuti langkah mereka. Tinggal aku sahaja yang masih berjaket kulit dan bagaikan menjadi orang tawanan di dalam kedai.
“Sorry sir. I have no intention to buy this jacket. I know this jacket is very high quality and only for a high class person. But sorry, I don’t want to buy it. Thank you very much for everything,” kataku berbudi bahasa sambil cuba menanggalkan jaket itu.
(Dipetik daripada cerpen ‘Jaket Kulit Kijang dari Istanbul’
oleh Maskiah Haji Masrom,
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Mengapakah hati aku berdebar-debar?
[2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh peniaga untuk menarik minat pelanggan membeli barangan yang didagangkan?
[3markah]
(iii) Huraikan satu perwatakan aku yang terdapat dalam petikan di atas dan satuperwatakan lain daripada cerpen tersebut yang tidak dalam petikan.
[4 markah]
(i) Hati aku berdebar-debar kerana
-harga yang disebutkan amat tinggi
-“aku” tidak memiliki duit sebanyak itu
(ii) Untuk menarik minat pelanggan, peniaga bolehlah
-memikirkan nama dan slogan yang menarik untuk produk
-memberikan perkhidmatan selepas pembelian
-menggunakan bahasa yang bersopan dan mesra pelanggan
(iii) Perwatakan aku dalam petikan
-seorang yang berbudi bahasa / sopan
B- meminta maaf kepada peniaga jaket kerana tidak membelinya
Perwatakan aku dalam keseluruhan cerpen
-seorang yang bijaksana
B-bijak membuat perancangan sewaktu membeli-belah di luar negara
-seorang berhati-hati / rasional
B-membuat perbandingan harga sebelum membeli sesuatu barang
-seorang yang penyayang / baik hati
B-membeli cenderamata untuk ahli keluarga yang terdekat sewaktu melancong ke luar negara
No comments:
Post a Comment