Latihan Intensif:
Tukarkan ayat cakap ajuk di bawah ini kepada ayat cakap pindah.
- “Semasa berjoging petang tadi saya terserempak dengan seorang gelandangan yang sedang tidur di tengah jalan,” kata Yusri kepada Salleh.
- Kata Normah kepada Sarah, ”Jangan makan makanan yang banyak lemak nanti awak akan mendapat sakit.”
- “Saya tidak dapat sampai tepat pada masanya kerana jalan raya ditenggelami air, “kata Erra.
- Kata Azan, “Pokok kelapa di belakang rumah Aliff tumbang dan menimpa rumahnya.”
- “Saya berjanji tidak akan buat jahat lagi,” kata Muiz. “Saya akan mematuhi semua peraturan projek ini, “sambungnya lagi.
- “Ular! Ular!” Mak Minah menjerit. “Ada ular dekat pasu bunga besar itu,”katanya lagi.
- Kata Julia, “Kami akan bertolak ke Kuala Lumpur sebentar lagi.”
- “Kalau tak tahu jangan buat,” kata Cikgu Siti. “Biar orang yang tahu saja yang membuatnya,”sambungnya lagi.
- Kata Erik, “Rumah yang cantik memang menjadi idaman semua orang.”
- “Jangan lupa membeli tepung apabila awak ke kedai nanti,” kata emak Rosyam. “Emak hendak buat karipap,” sambungnya lagi.
- Kata Farid, “Banjir teruk di Filipina mengakibatkan lima belas orang mati lemas.”
- Kata Perdana Menteri, “Semua kemudahan yang disediakan adalah untuk kegunaan semua orang.
Jawab latihan dahulu kemudian barulah rujuk jawaban anda.....
Jawapan:
- Yusri memberitahu Salleh bahawa ketika dia sedang berjoging, dia terserempak dengan seorang gelandangan yang sedang tidur di tengah jalan.
- Normah menasihati Sarah supaya jangan makan makanan yang mengandungi banyak lemak untuk mengelakkan penyakit.
- Erra mengatakan bahawa dia tidak sempat sampai pada waktunya keranan jalan raya ditengelami air.
- Azan memberitahu bahawa pokok kelapa di belakang rumah Alif telah tumbang dan menimpa rumahnya.
- Muis memberitahu bahawa dia berjanji tidak akan berbuat jahat dan akan mematuhi peraturan projek tersebut.
- Mak Minah menjerit-jerit apabila melihat ular sambil memberitahu bahawa terdapat ular berhampiran pasu bunga yang besar itu.
- Julia mengatakan bahawa dia akan bertolak ke Kuala Lumpur selepas itu.
- Cikgu Siti mengatakan bahawa jangan melakukan perkara yang tidak diketahui tetapi mintalah orang yang tahu sahaja melakukannya.
- Erik mengatakan bahawa rumah yang cantik menjadi idaman semua orang.
- Emak Rosyam mengingatkan Rosyam supaya membeli tepung apabila dia ke kedai kerana emaknya hendak membuat kuih karipap.
- Farid melaporkan bahawa banjir besar di Filipina mengakibatkan lima belas orang mati lemas.
- Perdana Menteri menerangkan bahawa kemudahan yang disediakan adalah untuk kegunaan semua orang.
No comments:
Post a Comment