Sunday, May 20, 2018

PPT TIPS 6 JAWABAN

Cadangan jawapan soalan 4 (a) dan 4 (b)-KOMSAS NOVEL

Uasana soalan 4 (a) dan 4 (b)

Soalan SPM November tahun ini agak mudah. Pelajar senang untuk menjawab soalan-solan berkenaan. Beruntung kepada pelajar yang memahami dan seronok membaca novel Ting. 4 dan 5 kerana pelajar yang memahami kedua-dua novel mudah menjawab apa-apa sahaja soalan yang ditanya terutama kedua-dua soalan yang dikemukan tetapi kepada pelajar yang menghafal akan timbul masalah, kerana sekiranya hafalan terkena kedua-dua jawapan memang nasib mereka tetapi jika keluar bukan yang dihafal mereka dalam golongan pelajar yang rugi. Tahniah kepada pelajar yang berjaya menjawab soalan dengan baik terutama soal bahasa dan isi dihurai dengan contoh, tepat dan matang.

Cadangan jawapan soalan 4 (a) Pilih salah satu novel yang anda kaji.

Novel Jendela Menghadap Jalan
Novel Songket Berbenang Emas
1. Persoalan masalah kepincangan rumah tangga
Contoh:  Che Jah dengan suaminya, Seman yang selalu memukul anak-anak serta menderanya sehinggakan rumah tangga mereka bermasalah.

2. Persoalan keagamaan
Contoh: Dalam perjuangan membina kubah surau di kampung dalam menegakkan syiar Islam. Penduduk sanggup menolak peruntukan dari Yang Berhormat untuk membina sebuah balai raya tetapi bersetuju untuk membina kubah surau bagi tujuan keagamaan.

3. Persoalan persahabatan
Contoh: Persahabatan antara Lili dengan Geetha yang begitu akrab walaupun berlainan agama dan bangsa.

4. Persoalan perpaduan antara kaum
Contoh: Perpaduan kaum menjadi baik seperti adanya hubungan kemesraan yang terjalin antara masyarakat Melayu, Cina dan India. Mereka hidup aman damai tanpa perbalahan, malah hubungan kaum ini begitu rapat antara keluarga Geetha dan Lili. Geetha pernah bermalam di rumah Lili kerana hubungan yang sangat mesra dan rapat.

5. Persoalan menuntut ilmu pengetahuan
Contoh:Geetha merupakan seorang mahasiswa yang rajin menuntut ilmu, juga merupakan seorang pelajar tahun satu Jurusan Kejuteraan Awam, Universiti Malaya, begitu juga Lili yang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.

6. Persoalan golongan muda yang terjebak masalah dadah
Contoh: Haziq dan Rafiq yang terjerumus ke dalam kancah ketagihan dadah akibat masalah keluarga yang dihadapi. Tertekan dengan masalah keluarga kerana ayahnya Seman begitu garang dan sering memukul anak-anaknya sehingga menyebabkan hidup mereka tertekan. Mereka mengambil jalan mudah dengan melibatkan diri dalam kancah ketagihan dadah.

7. Persoalan hubungan kekeluargaan antara anak dan ibu bapa
Contoh:Ibu Lili tidak berminat untuk menghabiskan masanya di kampung, tetapi menghantar Lili ke kampung sepanjang cuti persekolahan. Ibu Lili melanjutkan pelajaran keluar negara, terdedah dengan dunia Barat sehingga menganggap kampung terlalu jumud.  Ibu Lili juga terlalu jarang pulang ke kampung untuk menjenguk kedua-dua ibu bapanya, menyebabkan hubungannya menjadi renggang.
8. Persoalan hubungan manusia dengan alam sekitar
Contoh: Hubungan antara manusia dengan alam sekitar seperti datuk sangat mengambil berat tentang herba-herba yang banyak memberi jasa kepadanya. Datuk mengenali semua herba yang boleh dijadikan ubat-ubatan.

9. Persoalan suka fitnah memfitnah dalam masyarakat
Contoh: Masyarakat Melayu yang suka membuat fitnah antara satu sama lain, yang menyebabkan keretakan dalam masyarakat akhirnya membawa perpecahan. Cerita kubah dilarikan orang oleh beberapa wanita mengesyaki angkara ini sudah pasti dilakukan oleh anak-anak Che Jah yang telah terkenal dengan kejahatan lampaunya. Lili menenangkan keadaan dan meminta agar mereka tidak membuat tuduhan melulu yang tiada kepastiannya.    

1. Persoalan kejayaan hasil daripada kegigihan dalam pelajaran
Contoh: Dahlia tetap mengutamakan pelajarannya dengan meminjam nota dan bertanyakan kepada Kavita dan Siti Wangi walaupun terpaksa membantu ayahnya menguruskan rumah tangga setelah ibunya di hantar ke hospital untuk menerima rawatan.

2. Persoalan kemiskinan dalam masyarakat kampung
Contoh: Dalam dunia moden hari ini, masih ada masyarakat kampung yang masih miskin dan memerlukan bantuan untuk menjalani kehidupan.  Contohnya keluarga Embong yang masih miskin dan terpaksa berhutang dengan Tauke Lim untuk membeli barang-barang keperluan harian.

3. Persoalan berani bertindak dalam menghadapi situasi yang bahaya
Contoh: Embong berjaya mengalahkan ular sawa yang cuba membelitnya sewaktu memotong kelapa sawit di ladang.

4. Persoalan keinsafan selepas menyedari kesilapan diri
Contoh: Nek Kiah akhirnya insaf setelah Dahlia yang selama ini dibencinya telah menjaga dan merawatnya ketika terlantar sakit.  Begitu juga dengan Abu Bakar yang selalu berpeleseran sehingga sanggup mencuri kambing ayahnya     berubah sikap apabila ditempelak oleh rakan-rakannya sendiri.

5. Persoalan bantu-membantu dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh orang lain
Contoh: Kavita membantu Dahlia mengulang kaji pelajaran dengan memberikan    nota pelajaran sepanjang ketidakhadirannya ke sekolah.  Najib cuba   menghulurkan bantuan kewangan semasa Nek Kiah beria-ia ingin menjual tanahnya yang menjadi tempat tinggal Dahlia dan keluarganya.

6. Persoalan kepentingan ilmu bagi mengubah taraf hidup
Contoh: Embong amat mementingkan pelajaran dan sering menasihatkan    anak-anaknya agar belajar bersungguh-sungguh.  Embong mengharapkan anak-anaknya dapat mengubah taraf hidup keluarga setelah berjaya dalam pelajaran mereka nanti.

7. Persoalan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas
Contoh: Haji Sulaiman telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua kampung dengan baik. Haji Sulaiman banyak membantukeluarga Embong walaupun orang kampung menyisihkan mereka.  Haji Sulaiman mencadangkan       agar Saleha dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

8. Persoalan pengamalan ilmu hitam dalam kalangan masyarakat
Contoh: Penemuan dua biji telur ayam berwarna hitam yang berisi jarum, cincin akek, butiran pasir dan dua batang paku oleh Abu Bakar di bawah rumah mereka menunjukkan bahawa masyarakat masih mengamalkan ilmu hitam untuk menganiaya orang lain.

9. Persoalan semangat kejiranan walaupun berlainan bangsa
Contoh: Tauke Lim banyak membantu keluarga Embong yang sering menghadapi masalah kewangan. Tauke Lim membenarkan Embong berhutang    di kedainya. Tauke Lim juga menghulurkan RM300 untuk Dahlia yang dapat melanjutkan pelajaran ke Jepun.

10. Persoalan pengekalan identiti bangsa dan jati diri
Contoh:Azhari menghadiahkan sepasang kain songket berbenang emas kepada Dahlia sebagai tanda kenang-kenangan dan berpesan kepada Dahlia agar sentiasa mengingati asal-usulnya sebagai orang Melayu.

Soalan 4 (b)
Soalan berkenaan memerlukan pelajar faham maksud simpati iaitu perasaan belas kasihan apabila membaca novel Jendela Menghadap Jalan Ting. 4 dan Songket Berbenang Emas Ting. 5. Oleh sebab itu, pelajar yang memahami kedua-dua novel mudah untuk memnjawab soalan berkenaan kerana apa-apa sahaja unsur peristiwa yang menimbulkan perasaan belas kasihan dalam novel berkenaan boleh diterima dan cara menjawab mestilah isi iaitu peristiwa berkenaan dengan huraian cerita serta contoh untuk mendapat 6 markah. Sekiranya jawapan pelajar dibina dengan ayat gramatis, tanpa kesalahan ejaan, pelajar akan mendapat markah penuh untuk bahasa iaitu 2 markah.
Soalan:-
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa bagi setiap novel yang pada pada pendapat anda dapat menimbulkan perasaan simpati pembaca.
Novel Jendela Menghadap Jalan
Novel Songket Berbenang Emas

i)   Simpati terhadap Che Jah yang menghadapi masalah rumah tangga akibat suaminya Seman suka berjudi, minum arak, dan mendera Che jah.

ii) Simpati terhadap anak-anak Che Jah iaitu Haziq dan Rafiq yang mengalami masalah moral akibat bapanya yang tidak bertanggung jawab menyebabkan kebahagian keluarga mereka bermasalah.

iii)         Simpati terhadap Lili yang telah diculik oleh Rafiq dan Haziq tetapi Lili tidak menyalahkan kedua-dua anak Che Jah tersebut kerana mereka menghadapi masalah keluarga akkibat kerana ayah mereka Seman kaki judi, kaki arak dan mendera ibu mereka Che Jah.

i)      Simpati terhadap keluarga Embong iaitu bapa Dahlia Contohnya bapa miskin dan terpaksa berhutang dengan Tauke Lim untuk membeli barang-barang keperluan harian.

ii)    Simpati terhadap Dahlia yang menghadapi tohmahan Aton, contohnya Aton mengsyakki Dahlia menyebabkan kematian anaknya Said sedangkan Dahlia cuba menyelamatkan Said daripada lemas di sungai.

iii) Simpati terhadap Dahlia yang terpaksa menjaga adik-adinya di kampung kerana emaknya dimasukan ke hospital akibat masalah mental.

iv)    Simpati terhadap Embong bapa Dahlia yang tabah menjalankan tanggungjawab menjaga keluarga setelah isterinya menghadapi masalah mental.

No comments:

Post a Comment