|
|
SUSUN PENRENGAN KARANGAN DI BAWAH SECARA KRONOLOGI
|
|
|
|
Selain itu, seseorang murid yang aktif dalam kegiatan sukan akan terdidik untuk mengagihkan masa dengan sewajarnya
kerana masa itu emas. Hal ini dikatakan demikian kerana murid tersebut akan menentukan masa yang sesuai untuk memberikan
tumpuan terhadap sukan dan masa untuknya belajar. Contohnya,
seseorang murid yang menyertai pasukan sekolah mesti ada jadual latihan
sukan dan jadual belajar. Oleh itu, seseorang
murid yang aktif dalam sukan juga berjaya dalam pelajaran.
|
|
|
|
|
Akhir sekali, murid yang aktif bersukan juga dapat
menggunakan masa lapang mereka dengan lebih bermanfaat. Hal ini dikatakan demikian kerana
biasanya murid yang aktif dalam bidang sukan tidak berminat bermain
permainan komputer dan tidak akan menghabiskan
masanya untuk berpeleseran di pusat beli-belah, menonton televisyen dan
berbual-bual kosong. Oleh itu, sudah pasti mereka akan
menghabiskan masa dengan lebih bermanfaat.
|
|
|
|
|
Faedah bersukan yang utama kepada murid
ialah sukan dapat meningkatkan disiplin. Hal ini demikian kerana individu yang ingin berjaya dalam
bidang sukan mesti mempunyai disiplin yang tinggi dan dapat mengawal diri
untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan. Contohnya,
setiap pemain dalam sesebuah pasukan itu mesti menepati masa, rajin
berlatih, tidak merokok dan mematuhi arahan jurulatih. Oleh itu, secara tidak langsung sukan juga turut membentuk
disiplin murid tersebut.
|
|
|
|
Izharnya, jelaslah di sini bahawa
melibatkan diri dalam sukan banyak membawa faedah kepada murid. Oleh itu, pihak kerajaan perlu menyediakan banyak kemudahan
untuk bersukan di sekolah. Ibu bapa pula patut
menggalakkan anak-anak mereka bersukan. Begitu
juga dengan guru-guru perlu melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran
sukan. Saya percaya dengan adanya kerjasama antara semua pihak lebih
ramai lagi jaguh sukan negara yang akan menyerlah
di peringkat antarabangsa, asalkan kita tidak melakukannya sekadar
hangat-hangat tahi ayam.
|
|
|
|
Seterusnya, sukan juga penting bagi melahirkan
seseorang murid yang sihat. Hal ini demikian kerana
bersukan boleh menguatkan otot dan tulang serta menyihatkan badan.
Misalanya, seseorang murid yang bersukan pada setiap petang akan membakar lemak berlebihan dalam badan. Oleh itu, murid yang aktif bersukan jarang mendapat demam dan
selesema berbanding dengan rakan-rakannya yang tidak bersukan.
|
|
|
|
|
Sukan ialah segala
kegiatan yang memerlukan kemahiran atau ketangkasan serta tenaga yang
dilakukan sama ada sebagai acara pertandingan,
hiburan atau untuk mengisi masa lapang dan beriadah. Pada
tahun yang lalu, kerajaan telah memperkenalkan dasar 1Murid 1Sukan kerana
menyedari kepentingan bersukan. Contoh aktiviti
sukan yang agak popular kini ialah seperti olahraga, renang, bola sepak,
tenis, badminton dan skuasy. Persoalannya apakah
faedah jika seseorang murid itu melibatkan diri dalam aktiviti bersukan?
|
|
|
|
Faedah berikutnya, sukan juga membentuk murid menjadi
seseorang yang berfikiran positif. Hal ini dikatakan demikian kerana dengan
aktif bersukan seseorang itu dapat berfikir secara rasional dan
berkeyakinan tinggi serta tidak cepat berputus asa. Contohnya, Datuk Lee Chong Wei tetap tidak berputus asa
walaupun gagal meraih pingat emas dalam sukan Olimpik baru-baru ini.
Oleh itu, sukan penting dalam melahirkan murid yang
berfikiran positif.
|
|
No comments:
Post a Comment