Usai solat maghrib - ketika
Imam Ngah Deraman sedang berdoa, dengan tubuh dipaling ke kanan menghadap
Penghulu Ibrahim Sigap, dan kami para makmum pula, sepatah demi sepatah,
mengaminkan setiap baris kalimah - di pintu surau, terdengar suara orang
memberi salam. Perlahan dan sangat rengsa bunyinya.
Sambil berdoa, Imam Ngah
Deraman berpaling - disusuli Penghulu Ibrahim Sigap. Melihat saja, mata
kedua-duanya tiba-tiba terjegil, dan nampak sangat terperanjat. Dengan telapak
tangan yang masih menadah doa, kami segera menoleh. Dek pelita ayan yang
tergantung pada alang beranda sangat terang cahayanya, maka susuk tubuh dan
wajah lelaki yang tersepuk di muka pintu segera kami kenal akan gerangannya.
Dialah Ahmad Mutawakkil.
Wajahnya berkerut-kerut; kedua-dua matanya terpejam. Kemeja putih ala-ala peon
British dipenuhi darah, manakala seluar kelabunya dipenuhi kotoran. Malah,
calitan lumpur dan sisa-sisa daun kering turut melekat pada muka dan rambutnya.
i.Bagaimanakah
keadaan Ahmad Mutawakkil ketika tiba di surau? [2MARKAH]
Keadaan Ahmad Mutawakkil
ketika tiba di surau ialah wajahnya berkerut-kerut dan kedua-dua matanya
terpejam. Kemeja putih ala-ala peon British yang dipakainya dipenuhi
darah, manakala seluar kelabunya dipenuhi kotoran.
ii.Sekiranya
anda berada di surau, apakah tindakan anda untuk menyelamatkan Ahmad
Mutawakkil?[3 markah]
Sekiranya saya berada di
surau, tindakan saya untuk menyelamatkan Ahmad Mutawakkil ialah saya akan
menghubungi pihak hospital dengan segera untuk menghantar ambulans.
Seterusnya, cuba memberikan rawatan awal dengan
membersihkan luka- lukanya. Selain itu, menenangkannya agar tidak risau akan
kecederaan yang dialaminya.
iii.Huraikan
satu latar tempat yang terdapat dalam petikan di atas dan satu latar tempat
lain daripada keseluruhan cerpen tersebut. [4 markah]
Satu latar tempat yang
terdapat dalam petikan di atas adalah di surau. Contohnya, Ahmad Mutawakkil
muncul dengan keadaan berlumuran darah semasa orang-orang kampung baru selesai
mendirikan solat maghrib. Satu latar tempat lain daripada keseluruhan cerpen
adalah di banglo estet Tuan Booth. Contohnya, Tuan Booth
tinggal bersama-sama dengan isterinya dan seorang anak perempuannya, iaitu
Sandra di banglo itu.
No comments:
Post a Comment