Monday, May 4, 2015

NOTA NOVEL T4 DAN T5


Azfa Hanani
(Halis Azhan Mohd Hanafiah)

NOVEL KEMBARA AMIRA
(Amer Hmzah L.Kadir)

SIPNOSIS
SIPNOSIS
Novel ini memaparkan pengorbanan seorang gadis remaja, bernama Azfa Hanani ( Nani ). Azfa Hanani merupakan murid tingkatan 5 Kenanga, Sekolah Menengah Seri Dian. Azfa Hanani diminta menyamar sebagai Tengku Murni oleh Tengku Mazran dan isterinya Syafinaz.Hal ini demikian kerana Tengku Murni telah meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya.Datin Maziah yang turut terlibat dalam kemalangan itu koma .Apabila Datin Maziah sedar daripada komanya dia tidak dapat menerima kenyataan bahawa anak perempuan tunggalnya telah di jemput Illahi.
Azfa Hanani yang hidup dalam kemiskinan di rumah Pak Madi (Pak Long) telah mengambil buku rujukan tanpa kebenaran pihak sekolah.Tujuannya adalah untuk mengulang kaji pelajarannya .Pada masa yang sama anak Pak Longnya Zuraini mengalami penyakit lumpuh. Azfa Hanani yang merasakan dirinya membebani keluaga Pak Long bertekad untuk menerima tawaran penyamaran sebagai Tengku Murni.Azfa Hanani menerima tawaran itu kerana Tengku Mazran berjanji untuk menanggung kos rawatan Zuraini. 
Azfa Hanani dibawa ke banglo Datuk Tengku Makmur untuk menemui Datin Maziah. Azfa Hanani telah diberi penjelasan dan tunjuk ajar oleh Tengku Mazran dan isterinya tentang tingkah laku Tengku Murni .Penyamaran itu nampaknya berhasil kerana Datin Maziah tidak dapat mengesyaki apa-apa kekurangan yang ada dalam diri Azfa Hanani.Kemudian Azfa Hanani dihantar bersekolah di Sekolah Menengah Taman Sari. Di situ,dia mengenali rakan-rakan Tengku Murni,seperti Tengku Ellina, Suzana,Adriani,Ekran dan lain-lain.Azfa Hanani turut mengenali beberapa orang pelajar yang tidak menyukai Tengku Murni iaitu Laili,Syafikah dan Fuziana.Di banglo Datin Maziah dan di sekolah barunya pelbagai peristiwa gembira dan sedih dilalui.
Azfa Hanani telah membaca diari Tengku Murni.Melalui diari ini terbongkar rahsia cinta yang terhalang antara Tengku Murni dan Ekran.Cinta mereka terhalang disebabkan abang Tengku Murni,Tengku Muzaffar  mementingkan status keluarga mereka sebagai golongan kaya dan bangsawan.Hal ini menyebabkan konflik berlaku antara Azfa Hanani dan Tengku Muzaffar.Pertengkaran mereka telah didengari oleh Datin Maziah,akibatnya penyamaran Azfa Hanani terbongkar.Datin Maziah telah menghalau Azfa Hanani .
Azfa Hanani pulang ke rumah Pak Long Madi di Kampung Merpati.Tengku Datuk Makmur dan Datin Maziah datang ke Kampung Merpati untuk memohon maaf dan memujuk Azfa Hanani agar kembali ke banglo mereka.Tengku Datuk Makmur menceritakan kisah yang terjadi enam belas tahun yang lalu. Menurut beliau kematian ibu bapa Azfa Hanani disebabkan kecuaiannya semasa memandu dalam keadaan mabuk. Teksi yang dinaiki oleh ibu bapa Azfa Hanani telah terjunam ke dalam gaung dan Azfa Hanani tercampak keluar.Datin Maziah yang bersimpati dengan Azfa Hanani telah menyusuinya.
Datin Maziah dan Datuk Tengku Makmur ingin menebus kesalahan mereka.Mereka memujuk agar Azfa Hanani kembali tinggal bersama-sama mereka.Akhirnya Azfa  Hanani bersetuju untuk kembali tinggal di banglo itu dengan identiti sebenarnya.Dia juga mengetahui bahawa ibu bapa Ekran sebenarnya merupakan pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia. Mereka bukannya miskin sebagaimana yang dikatakan oleh Tengku Muzaffar.
Novel ini mengisahkan tentang pengembaraan Amira semasa cuti persekolahan. Amira telah mengajak kawannya Jacinta untuk menemaninya ke Bukit Mat Raya di kawasan ibunya. Prof. Zaidah sedang menjalankan kerja lapangan bersama pelajar tahun akhir.   Di hutan tersebut Amira telah berkenalan dengan Itai iaitu penduduk orang Asli yang telah menyelamatkannya semasa dia hanyut di sungai.  Amira juga telah berkenalan dengan Malique.

                Pengembaraan Amira bermula apabila Itai sudi berkongsi tentang rahsia lubuk emas di hutan tersebut.  Tindakan Itai telah mengundang kemarahan penduduk orang Asli di kawasan tersebut kerana jika orang bandar mengetahui tentang lubuk emas itu, kawasan mereka akan diterokai.
 
                Salah seorang pekerja baru O’Hara hilang, Malique, Roslan dan yang lain cuba mencari pekerja tersebut tetapi pacuan empat roda yang mereka naiki terbenam dalam lumpur dan akhirnya kenderaan tersebut tergelincir ke dalam gaung. 

                Dalam masa yang sama, Tau telah mengubah fikiran untuk menolong Prof. Zaidah mencari bukti bahawa kawasan Bukit Mat Raya adalah kawasan petempatan awal manusia.  Seterusnya Tau bersetuju untuk menunjukkan Gunung Gua Gajah kepada kumpulan Prof. Zaidah.  Hasilnya mereka menemui kapak batu yang digunakan oleh manusia zaman Neolitik dan tulisan purba di dinding gua.  Di dalam gua tersebut juga, Amira telah menjumpai mobile disk milik Malique.  Amira mengagak bahawa mungkin Malique berada berhampiran kawasan tersebut.

                Amira nekad mencari Malique di kawasan Gunung Gua Gajah dan terbongkarlah segala rahsia.  Rupa-rupanya Malique telah disorokkan oleh Tau yang menyamar sebagai lembaga berbulu.  Jennifer akhirnya berterus-terang bahawa Tau adalah adalah bapa kandung kepada Malique (Sabi).  Kemudian, Ludin menggemparkan lagi suasana apabila turut menjelaskan bahawa Itai adalah adik Malique. 
                Akhirnya Amira telah melanjutkan pelajaran dalam bidang aeroangkasa. Jacinta pula melanjutkan pelajaran dalam bidang fesyen di Paris.  Itai melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan manakala Malique menetap di Bukit Mat Raya untuk membangunkan projek ITnya. 













Azfa Hanani
(Halis Azhan Mohd Hanafiah)

NOVEL KEMBARA AMIRA
(Amer Hmzah L.Kadir)

TEMA BERMAKSUD IDEA ATAU GAGASAN UTAMA YANG DIKEMUKAKAN OLEH PENGKARYA DALAM KARYANYA
TEMA BERMAKSUD IDEA ATAU GAGASAN UTAMA YANG DIKEMUKAKAN OLEH PENGKARYA DALAM KARYANYA
       Berdasarkan Novel Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah tema novel berkenaan ialah pengorbanan seorang gadis dalam menghadapi desakan kehidupan yang dihadapinya. Sebagai contoh Azfa Hanani sanggup menyamar menjadi Tengku Murni setelah diminta oleh Tengku Mazran dan isterinya Syafinaz kerana dia tidak mahu membebankan kehidupan Pak Long ( Pak Madi) yang selama ini menyara dan memeliharanya setelah kematian ibu bapanya yang telah menghadapi kemalangan jalan raya.
       Tambahan pula, Zuraini anak Pak Longnya lumpuh dan memerlukan kos perubatan yang tinggi untuk menyembuhkannya. Justeru, sebagai kesudian Azfa Hanani menyamar sebagai Tengku Murni, Tengku Mazran dan isterinya Shafinaz sanggup menanggung kos rawatan Zuraini di Indonesia.
      Selain itu, Azfa Hanani sanggup menyamar menjadi  Tengku Murni untuk menyelesaikan masalah Datin Maziah yang begitu rindu akan anaknya yang dikatakan sedang melanjutkan pelajaran di Jepun dan tidak mahu menerima hakikat anaknya telah meninggal dunia.
     Bahkan juga, sebagai seorang gadis yang menyamar sebagai Tengku Murni, Azfa Hanani tetap sabar menghadapi dugaan apabila dia dengan sabar menghadapi masalah yang ditimbulkan oleh Tengku Muzaffar abang kepada Tengku Murni dan juga Datuk Tengku Makmur bapa kepada Tengku Murni yang mengganggap Azfa Hanani cuba untuk membolot harta kekayaan mereka. Namun, Azfa Hanani terus bersabar dengan anggapan tersebut.

     Berdasarkan Novel  Kembara Amira karya Amir Hamzah L Kadir, tema novel berkenaan ialah pengembaraan seorang remaja perempuan mematangkan kehidupannya. Hal ini jelas melalui pengalaman yang diterima oleh Amira apabila menghabiskan masa cuti persekolahannya dengan menyertai ibunya iaitu Profesor Zaidah dalam ekskavasi menjejak kewujudan tamadun manusia melalui cari gali bahan erkeologi di Bukit Mat Raya.
      Semasa pengembaraan berkenaan Amira telah berjumpa dengan Malique dan Itai. Amira juga telah berjaya merungkai masalah keluarga yang tragis dihadapi oleh mereka dan menyatukan semula hubungan kekeluargaan antara mereka. Hal ini berlaku apabila isteri Tau, Ipah meninggalkannya serta membawa Sabi anaknya yang sebenarnya ialah Malique iaitu abang kepada Itai.
     Selain itu, Amira juga berjaya mengenali Jachinta dengan lebih dekat setelah dia berjaya mengesan masalah rakannya yang menghadapi masalah apabila bapanya berkahwin lagi. Justeru, Jachinta mengikuti Amira menyertai expedisi ibunya di Bukit Mat Raya kerana tidak mahu pulang ke rumah akibat masalah tersebut.
     Bahkan juga, Amira juga berjumpa dengan masyarakat orang asli yang cuba untuk mempertahankan hutan mereka daripada dicerobohi oleh masyarakat yang rakus untuk mengaut keuntungan daripada khazanah alam di kawasan mereka. Mereka ke Bukit Mat Raya untuk mencari emas yang dikatakan terdapat di kawasan bukit tersebut.


Azfa Hanani
(Halis Azhan Mohd Hanafiah)

NOVEL KEMBARA AMIRA
(Amer Hmzah L.Kadir)

PERSOALAN MERUPAKAN IDEA SAMPINGAN YANG DIGARAPKAN OLEH PENGKARYA DALAM KARYANYA UNTUK MENGUKUHKAN LAGI TEMA YANG INGIN DISAMPAIKAN.
PERSOALAN MERUPAKAN IDEA SAMPINGAN YANG DIGARAPKAN OLEH PENGKARYA DALAM KARYANYA UNTUK MENGUKUHKAN LAGI TEMA YANG INGIN DISAMPAIKAN.
Antara persoalan yang dikemukakan oleh pengarang dalam Novel Azfa Hanani ialah:-
·            Persoalan ketaatan kepada agama, Azfa Hanani sering berdoa dan membaca al – Quran kepada arwah ibu bapanya yang telah meninggal dunia setelah terlibat dengan kemalangan jalan raya semasa dia masih kecil. Bahkan juga ketaatan Azfa terbukti apabila TengkuMuzaffar meminta Azfar Hanani yang menyamar sebagai Tengku Murni membacakan surah Yassin kepada adiknya Tengku Murni hal ini kerana beliau sering mendengar dan melihat Azfar Hanani akan membaca surah berkenaan selepas sembahyang untuk disedekah kepada kedua arwah orang tuannya.

·            Persoalan ketabahan seorang gadis remaja menghadapi kehidupan yang penuh ranjau dan duri. Azfa Hanani dibesarkan oleh Pak Long Madi yang kurang berada.Dia juga tabah menghadapi liku – liku hidup di rumah banglo milik keluarga baharunya semasa menyamar menjadi Tengku Murni terutamanya dalam menghadapi Tengku Datuk Makmur dan anaknya, Tengku Muzaffar begitu ego dengan status mereka sebagai golongan elit. Mereka merendahkan martabat Azfa Hanani yang dianggap cuba untuk mengambil kesempatan untuk membolot kekayaan mereka dengan menyamar sebagai Tengku Murni.

·            Persoalan keberanian menghadapi risiko. Azfa Hanani, seorang gadis yang baru berumur 17 tahun  tetap berani mengambil risiko menyamar sebagai Tengku Murni untuk membantu sepupunya Zuraini yang memerlukan kos yang tinggi untuk rawatan lumpuh yang dihadapinya.

·            Persoalan kegigihan menimba ilmu pengetahuan. Sikap ini ditonjolkan Azfa Hanani, walaupun berasal daripada keluarga miskin dan dia gigih belajar dengan tujuan untuk membaiki masa depan keluarga dan hidupnya apabila mengambil kesempatan belajar bahasa Inggeris dan bahasa Jepun di Institut Lingua Franca untuk memahirkan lagi penguasaannya dalam bahasa tersebut semasa menyamar menjadi Tengku Murni dan tinggal dengan keluarga Datin Maziah.

·            Persoalan sikap mementingkan darjat atau pangkat. Tengku Datuk Makmur dan anaknya, Tengku Muzaffar begitu ego dengan status mereka sebagai golongan elit. Mereka memandang hina terhadap Azfa Hanani. Di sekolah pula,  rakan-rakan Azfa Hanani seperti Laili, Syafikah, dan Fuziana juga memandang rendah kepadanya kerana dia berasal dari kampung dan hidup miskin.

vi)  Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya, Datin Maziah
 terlalu menyayangi Tengku Murni sehingga dia tidak dapat menerima  
 kenyataan bahawa anaknya telah meninggal dunia.

vii) Persoalan memutuskan perhubungan antara dua insan kerana perbezaan darjat.  .  Tengku Muzaffar begitu benci akan Ekran iaitu kawan  baik Tengku Murni kerana perbezaan darjat. Justeru, Tengku Mazran menjadi punca hubungan Tengku Murni terputus dengan Ekran kerana Tengku Muzaffar beranggapan Tengku Murni tidak layak untuk berkawan dengan Ekran kerana dia seorang pelajar miskin dan menjual burger untuk menampung kehidupannya. Sedangkan Ekran sebenarnya bukanlah seorang pelajar miskin sebagaimana tanggapan Tengku Muzaffar kerana ibu bapanya bertugas sebagai pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia dan sedang malanjutkan pelajaran di peringkat doktor falsafah di Amerika Syarikat. Selama ibu bapanya belajar dia tinggal bersama datuk dan neneknya. Tujuan Ekran menjual burger adalah untuk mengaplikasi bidang pengajiannya dalam jurusan perakaunan.

viii)  Persoalan wang dan kekayaan mampu mengubati penyakit kronik. Buktinya, Tengku Mazran dan keluarganya mampu membiayai perubatan Zuraini dengan menghantarnya ke Indonesia untuk memperoleh perubatan yang terbaik dan akhirnya dengan izin Allah Zuraini berjaya diubati dan dapat hidup seperti orang biasa.


Antara persoalan yang dikemukakan oleh pengarang dalam Novel Kembara Amira  ialah:-
1.     Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.  Persoalan ini digambarkan melalui sikap Profesor Zaidah yang sanggup meninggalkan kerjanya demi mencari Amira di Gunung Gua Gajah. Prof Zaidah juga menyesali dirinya yang selama ini hanya menumpukan kerjayanya sedangkan dia tidak mempunyai banyak masa untuk bersama-sama anaknya Amira.

2.     Persoalan perkahwinan kedua menimbulkan konflik jiwa dalam diri anak-anak.  Perkara ini dipaparkan melalui konflik jiwa yang dialami oleh Jacinta kerana tidak dapat menerima kehadiran ibu tirinya yang dikahwini oleh bapanya setelah kematian ibu kandungnya.  Konflik ini telah menyebabkan Jacinta selalu mengelak daripada berjumpa dengan keluarganya.

3.     Persoalan kegiatan manusia yang merosakkan alam sekitar.  Hal ini dapat dibuktikan melalui kerakusan manusia yang melakukan pembalakan haram dan penerokaan khazanah hutan untuk mencari emas. Hal ini terbukti dengan kehadiran John O’Hara berusia setengah abad ke Bukit Mat Raya untuk membuktikan bahawa kawasan tersebut mengandungi emas atau tidak. Sekiranya terbukti kawasan tersebut mengandungi emas sudah pasti kawasan tersebut akan diterokai dan kawasan hutan di tempat berkenaan akan musnah apabila usaha cari gali emas dijalankan di kawasan tersebut.

4.     Persoalan kecintaan terhadap alam sekitar.  Persoalan ini digambarkan melalui sikap dingin Tau terhadap kehadiran orang luar ke kawasan Bukit Mat Raya kerana risau kawasan tersebut akan musnah.

5.     Persoalan konflik keluarga.  Persoalan ini dipaparkan melalui konflik yang terjadi dalam keluarga Tau setelah isterinya iaitu Ipah melarikan diri bersama Johnny.  Ipah telah meninggalkan anaknya yang baru dilahirkan dan membawa Sabi bersamanya menyebabkan terjadinya perpecahan keluarga.

6.     Persoalan ilmu perubatan tradisional.  Hal ini digambarkan melalui watak Ludin yang menggunakan cara perubatan tradisional untuk menyembuhkan Prof. Zaidah yang mengalami keretakan tulang tangannya. Akhirnya, dengan perubatan menggunakan buluh yang sudah dibelah kecil, daun-daun seperti daun kunyit, dan bungkusan kecil, keretakan tulang tangan Prof Zaidah dapat disembuhkan oleh Tai dan Ludin.

7.     Persoalan integrasi kaum.  Contohnya, dipaparkan melalui hubungan baik Amira yang berbangsa Melayu dan Jacinta yang berbangsa Cina. Mereka berdua bersekolah di sekolah swasta. Amira dan Jachinta telah bersama-sama mengharungi cuti persekolahan dengan menyertai eskavasi mencari tulang karpus yang diusahakan oleh Prof Zaidah bersama-sama dengan pelajar tahun akhir di Bukit Mat Raya.

8.     Persoalan sikap negatif masyarakat yang tidak menerima kehadiran seseorang yang berlawanan kulit, contohnya Ipah tidak diterima oleh masyarakatnya kerana kulitnya putih dan matanya biru. Perbezaan kulit dan warna matanya menyebabkan rakan-rakan sebaya dalam kalangan masyarakat Orang Asli memulaunya.
9.     Persoalan harapan seorang ibu agar anaknya mengenali hutan tempat kelahirannya.  Contohnya Jeniffer atau Ipah, telah mendesak anaknya Malique menyertai program yang diatur oleh John O’Hara ke Bukit Mat Raya dengan harapan anaknya akan mengenali tempat kelahirannya. Hal ini kerana Malique atau Sabi dilahirkan di situ dan bapanya sebenar ialah Tau dan mempunyai seorang adik bernama Itai. 
10.   Kepentingan sejarah dalam ketamadunan manusia. Contohnya,  Prof. Zaidah dan Dr. Zawawi, dan pelajar tahun akhir universiti membuat kajian tentang arkeologi bagi mencari bahan bukti kewujudan manusia beribu-ribu tahun dahulu yang terdapat di negara ini.
11.   Persoalan animism- percaya akan roh-roh nenek moyang akan marah dengan pencerobohan hutan belantara tempat tinggal mereka.

Azfa Hanani
(Halis Azhan Mohd Hanafiah)

NOVEL KEMBARA AMIRA
(Amer Hmzah L.Kadir)

Watak Perwatakan
Watak merupakan pelaku yang memegang watak dalam sesebuah karya sastera sementara perwatakan merupakan gambaran atau sifat pelaku tersebut.

Watak Perwatakan
Watak merupakan pelaku yang memegang watak dalam sesebuah karya sastera sementara perwatakan merupakan gambaran atau sifat pelaku tersebut.

Watak Utama
Azfa Hanani

·         Gadis cantik berusia 17 tahun dan berwajah lembut . Air mukanya yang jernih mengambarkan sifat  penyayangya.
·         Ibu bapanya berkahwin muda ketika berusia 19 tahun tetapi malangnya kedua ibu  bapanya itu telah meninggal dunia apabila kereta yang dipandu mengalami kemalangan jalan raya terjunam ke dalam gaung. Semasa kejadian Azfa Hanani masih bayi.
·         Dibesarkan oleh Pak Long Madi dan Mak Long Diah dalam serba kekurangan setelah kematian ibu bapanya yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.
·         Dia bersekolah dalam Tingkatan Lima Kenanga di Sekolah Menengah Sri Dian dalam aliran sains setelah mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan PMR. Namun, dia menghadapi masalah kerana lemah dalam subjek bahasa Inggeris.
·         Baik hati dan sanggup berkorban. Contohnya Azfa sanggup untuk menyamar menjadi Tengku Murni kerana dia tahu bahawa dengan cara tersebut Zuraini Anak Pak Longnya, juga sepupunya akan mendapat rawatan menyembuh masalah lumpuh yang dihadapi apabila Tengku Mazran dan isterinya Syafinaz bersetuju untuk menanggung kos rawatan Zuraini sebagai imbal balas kesudian Azfa Hanani menyamar menjadi Tengku Murni.
·            Tabah mengharungi dugaan hidup. Azfa Hanani dibesarkan oleh Pak Long Madi yang kurang berada.Dia juga tabah menghadapi liku – liku hidup di rumah banglo milik keluarga baharunya semasa menyamar menjadi Tengku Murni terutamanya dalam menghadapi Tengku Datuk Makmur dan anaknya, Tengku Muzaffar begitu ego dengan status mereka sebagai golongan elit. Mereka merendahkan martabat Azfa Hanani yang dianggap cuba untuk mengambil kesempatan untuk membolot kekayaan mereka dengan menyamar sebagai Tengku Murni.
·         Mengenang budi. Azfa Hanani dibesarkan oleh Pak Long Madi yang kurang berada setelah kematian kedua-dua orang tuanya yang terlibat dalam kemalangan jalan raya. Sebagai balasan pengorbanan Pak Longnya memeliharanya semenjak kecil, dia sanggup menerima tawaran Tengku Mazran dan Kak Syafinaz untuk menyamar sebagai Tengku Murni. Hal ini kerana mereka telah berjanji kepada Azfa Hanani untuk merawat sepupunya Zuraini iaitu anak Pak Longnya yang mengalami masalah lumpuh.
·         Berjaya menerima anugerah Pengerusi Terbaik Forum Remaja peringkat daerah.
·         Sanggup menyamar sebagai Tengku Murni supaya Datin Maziah pulih daripada masalah tekanan perasaan.




Watak Sampingan
Datin Maziah

·         Isteri kepada Tengku Datuk Makmur.
·         Ibu kepada lima orang cahaya mata, iaitu Tengku Murshadad, Tengku Mizran, Tengku Mazran,Tengku Muzaffar, dan Tengku Murni.
·         Ibu yang penyayang, terutamanya terhadap anak perempuan tunggalnya, Tengku Murni.
·         Tertekan sebagai akibat kematian anak bongsunya, Tengku Murni.
·         Sering berasa kesunyian setelah Tengku Datuk Makmur bernikah dengan seorang gadis muda.

Tengku Murni

·         Anak perempuan tunggal dalam keluarga Tengku Datuk Makmur dan Datin Maziah.
·         Wajahnya seiras wajah Azfa Hanani.
·         Anak yang taat kepada orang tuanya.
·         Dia begitu manja dengan ibunya.
·         Sikap mesranya menyebabkan dia disenangi oleh rakan-rakannya.
·         Pernah menjalinkan hubungan dengan Ekran, tetapi ditentang oleh abangnya, Tengku Muzaffar.

Tengku Muzaffar

·         Anak keempat Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah
·         Pelajar Universiti Malaya tahun akhir dalam jurusan undang – undang
·         Seorang yang sombong pada awalnya kerana statusnya
·         Penyayang kerana mengambil berat akan keselamatan Azfa Hanani


Datuk Tengku Makmur

·         Seorang hartawan dan berketurunan bangsawan
·         Mempunyai dua orang isteri iaitu Datin Maziah dan seorang wanita muda
·         Seorang yang bengis dan sombong kerana bertindak kasar terhadap Azfa Hanani
·         Seorang yang berpegang pada janji kerana menerima semula Azfa Hanani setelah mengetahui identiti sebenarnya.

Watak Utama
      Amira bt. Amir
·         Pelajar sekolah swasta yang suka akan pelajarannya dan merupakan rakan sebilik Jachinta.
·         Anak Profesor Zaidah , iaitu pensyarah arkeologi di sebuah universiti dan ayahnya bekerja sebagai jurutera IT di sebuah syarikat multinasional.
·         Seorang yang berani, tegas dalam segala hal, tahan lasak, tidak mdah patah semangat, dan pintar. Contohnya Amira berani mengikut Itai untuk mendaki Gunung Gua Gajah walaupun berbahaya.
·         Seorang yang penyayang dan manja. Contohnya Amira amat menyayangi Jacinta dan dia  menangis apabila Jacinta tidak sedarkan diri kerana sesat di hutan.
·         Seorang yang mudah mesra dengan sesiapa sahaja. Contohnya Amira cepat menyesuaikan diri bersama pelajar-pelajar ibunya.
·         Seorang yang penyabar. Contohnya Amira sabar dalam usaha menjalankan kerja lapangan yang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi – menjumpai artifak yang lebih bermakna daripada tulang karpus.
·         Berminat dalam bidang arkeologi.
·         Taat perintah agama, iaitu sentiasa menunaikan solat
·         Menghargai persahabatan dan mengambil berat tentang kesulitan yang duhadapi sahabatnya seperti Jachinta, Itai, dan Malique.
·         Berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang aeroangkasa di sebuah universiti di ibu negara.
·         Gemar bertopi, berseluar khaki lusuh, dan berkemeja T yang ditutupi sehelai kemeja dengan panjang yang digulung ke atas.




WATAK SAMPINGAN

1.     Jacinta

·         Berkulit cerah.
·         Berbangsa Cina.
·         Rakan sebilik Amira di sekolah swasta.
·         Anak seorang ahli perniagaan yang bergelar jutawan.
·         Telah kematian ibunya empat tahun lalu.
·         Seorang yang memendam rasa. Contohnya Jacinta tidak berpuas hati dengan ayahnya yang berkahwin lain tetapi Jacinta tidak cuba untuk berterus terang.
·         Seorang yang sensitif. Contohnya Jacinta cepat merajuk apabila isu keluarganya diungkit.
·         Keras hati apabila sanggup tinggal di asrama semata-mata enggan pulang bercuti dengan ibu tirinya.
·         Seorang sahabat yang setia. Contohnya Jacinta sentiasa bersama-sama dan menemani Amira dalam apa-apa jua keadaan.

2.     Itai

·         Berkulit gelap.
·         Berbadan tegap.
·         Anak orang asli yang bersekolah di bandar.
·         Anak kepada Tau.
·         Bakal ketua kampung.
·         Seorang yang tahu selok belok hutan. Contohnya setelah belajar daripada Tau, akhirnya Itai berjaya mengenal selok belok hutan. Sebagai contoh, dia berjaya menyelamatkan Amira daripada dihanyutkan oleh arus deras.
·         Seorang yang prihatin. Contohnya apabila mengetahui Jacinta mahu memiliki batu Kuartza seperti Amira, Itai berusaha memujuk Jacinta dengan mendapatkan emas untuk dijadikan loket.
·         Seorang yang berani.  Contohnya, Itai berani untuk berlawan dengan makhluk berbulu yang amat digeruni oleh semua masyarakat orang asli.
·         Seorang yang mempunyai keistimewaan deria keenam.  Contohnya Itai dianugerahkan kelebihan deria keenam iaitu dapat mengenali tapak kaki, meneka jantina berdasarkan tapak kaki dan boleh menghidu bau yang dibawa oleh angin.

3.     Profesor Zaidah

·         Wanita pertengahan usia
·         Ibu kepada Amira
·         Pensyarah universiti
·         Meminati bidang arkeologi
·         Seorang yang penyayang contohnya, sebagai ibu Prof. Zaidah membelai dan memeluk Amira ketika Amira bersedih kerana Jacinta tidak sedarkan diri ketika sedang mencari Amira yang dihanyutkan oleh arus. 

·         Seorang yang tegas. Contohnya sebagai pengarah projek di Desa Karpus, Prof Zaidah tegas dalam memberi arahan kepada setiap gerak kerja yang akan dilakukan.

·         Seorang yang tidak mudah berputus asa. Contohnya, Walaupun Prof Zaidah dihujani dengan pelbagai cabaran dan dugaan seperti keretanya pernah disabotaj sehingga terbabas, namun beliau bertegas untuk meneruskan projek cari gali tersebut.


Anda perlu bijak menghurai setiap isi dan mengaitkan peristiwa yang berlaku di dalam novel untuk mendapat markah isi yang cemerlang.

Justeru, anda perlu membuat banyak latihan dan insyaAllah anda akan memperoleh kejayaan.

Azfa Hanani
(Halis Azhan Mohd Hanafiah)

NOVEL KEMBARA AMIRA
(Amer Hmzah L.Kadir)

Plot bermaksud  susunan  peristiwa berdasarkan sebab dan akibat  dalam sesebuah novel atau hasil sastera, sama ada novel, drama, dan cerpen. Plot tersusun mengikut kronologi berdasarkan binaan iaitu permulaan, perkembangan, perumitan (konflik), puncak ( klimaks) ,  dan peleraian.
Plot berrmaksud  susunan  peristiwa berdasarkan sebab dan akibat  dalam sesebuah novel atau hasil sastera, sama ada novel, drama, dan cerpen. Plot tersusun mengikut kronologi berdasarkan binaan iaitu permulaan, perkembangan, perumitan (konflik), puncak ( klimaks) ,  dan peleraian.
Secara keseluruhannya plot drama digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu:
i.          Permulaan
Pada peringkat permulaan cerita, pembaca diperkenalkan dengan watak Azfa Hanani yang berasa takut setelah mengetahui bahawa orang yang selalu mencuri buku-buku rujukan di perpustakaan telah dikenal pasti dan akan dirangkap, Dia kemudiannya dipanggil ke bilik pengetua. Wajahnya dikatakan seiras Tengku Murni oleh Tengku Mazran dan Kak Syafinaz. Tengku Mazran meminta Azfa Hanani menyamar sebagai Tengku Murni iaitu adiknya yang terbunuh dalam suatu kemalangan jalan raya. Memikirkan masa depan persekolahannya serta peluang untuk membantu sepupunya, Zuraini mendapatkan rawatan, Azfa Hanani bersetuju menerima tawaran Tengku Mazran.

ii.         Perkembangan

Pada peringkat perkembangan, Azfa Hanani dibawa ke Hotel Universe dan diajar cara bertutur, makan, dan bergaul dengan Datin Maziah. Di rumah Datin Maziah, Azfa Hanani berjaya memainkan peranan sebagai Tengku Murni. Azfa Hanani kemudiannya dihantar ke Sekolah Menengah Taman Sari. Di sekolah barunya, Azfa Hanani telah berkenalan dengan Tengku Ellina, sepupu Tengku Murni dan rakan-rakan yang lain seperti Suzana, Adriani dan Ekran. Azfa Hanani turut terlibat dalam pertandingan Forum Remaja sekolahnya.
iii.      Konflik
Cerita sampai pada peringkat perumitan apabila Azfa Hanani menerima bungkusan hadiah daripada Ekran ketika majlis sambutan ulang tahun Tengku Murni yang ke-17. Azfa Hanani mencari Ekran untuk mendapatkan penjelasan tentang hubungannya dengan Tengku Murni.
Ekran mengaku bahawa hubungannya dengan Tengku Murni memang istimewa tetapi tidak disenangi oleh seseorang iaitu Tengku Muzaffar.

iv.      Klimaks
Klimaks cerita ini ialah apabila Azfa Hanani mengetahui bahawa abang Tengku Murni, iaitu Tengku Muzaffarlah yang menjadi penghalang hubungan Ekran dengan Tengku Murni.          Pertengkaran antara Azfa Hanani dengan Tengku Muzaffar didengar oleh Datin Maziah. Rahsia penyamaran Azfa Hanani akhirnya terbongkar. Datin Maziah begitu marah kerana telah ditipu selama ini. Azfa Hanani telah ditamparnya lalu diusirnya keluar dari banglo tersebut.

v.       Peleraian
Pada pengakhiran cerita, Datuk Tengku Makmur memberitahu bahawa dialah yang menyebabkan teksi yang dinaiki oleh ayah dan ibu Azfa Hanani terjunam ke dalam gaung 16 tahun yang lalu menyebabkan mereka terbunuh. Azfa Hanani kembali ke banglo Tengku Datuk Makmur dan Datin Maziah dengan identitinya sendiri setelah dipujuk. Pasukan Forum Remaja. Sekolah Taman Sari yang menyertai Forum Remaja telah menjadi johan peringkat negeri dan Azfa Hanani terpilih sebagai Pengerusi Forum Remaja Terbaik. Azfa Hanani juga telah mengetahui identiti sebenar Ekran dan berjaya mendapatkan kepastian daripada Ekran tentang hubungan mereka berdua.




Pembinaan Plot

(i) Permulaan

·         Amira bersama Jacinta memulakan pengembaraan menaiki keretapi ke Bukit Mat   Raya untuk menyertai ekskavasi menjejak kewujudan tamadun awal manusia. 

(ii)        Perkembangan

·          Amira dihanyutkan oleh arus deras semasa menunggu Malique dan telah diselamatkan oleh Itai.
·         Malique hilang apabila keretanya tergelincir ke dalam sungai semasa gerakan mencari salah seorang pekerja O’Hara yang hilang. 
·   Tau bersetuju untuk membantu Profesor Zaidah dalam usahanya menjejak kewujudan tamadun awal manusia.
·   Malique merancang sesuatu untuk menggagalkan rancangan O’Hara.


(iii)       Klimaks
·   Kumpulan yang diketuai oleh Dr. Zawawi  menjumpai Gunung Gua Gajah yang mengandungi artifak (kapak dan tulisan zaman purba di dinding) yang sangat berharga untuk memastikan kawasan tersebut tidak akan diterokai oleh manusia yang rakus mengaut keuntungan dari sumber alam kawasan tersebut.
·    
(iv)       Peleraian
·            Akhirnya rahsia terbongkar bahawa makhluk yang berbulu adalah Tau manakala Malique dan Itai adalah anak-anak Tau.
·             Akhirnya kawasan tersebut telah diwartakan sebagai kawasan peninggalan sejarah yang harus dilindungi. 

Azfa Hanani
(Halis Azhan Mohd Hanafiah)

NOVEL KEMBARA AMIRA
(Amer Hmzah L.Kadir)

LATAR
Latar ialah semua keterangan yang berkaitan dengan waktu, ruang, tempat, budaya, dan suasana yang berlaku dalam karya atau cereka.
Latar terbahagi kepada tiga, iaitu latar tempat, latar masyarakat dan latar masa.
LATAR
Latar ialah semua keterangan yang berkaitan dengan waktu, ruang, tempat, budaya, dan suasana yang berlaku dalam karya atau cereka.
Latar terbahagi kepada tiga, iaitu latar tempat, latar masyarakat dan latar masa.
Latar Tempat
Latar tempat ialah keterangan mengenai kejadian yang berlaku di tempat

·         Di makmal kimia. Azfa Hanani berasa bimbang setelah mendapat tahu perbuatannya mencuri buku-buku rujukan dari perpustakan telah diketahui dan dia mungkin akan    dihukum atas kesalahannya itu.

·         Di bilik pengetua, iaitu ketika Azfa Hanani dikunjungi buat pertama kalinya oleh Tengku Mazran, Kak Finaz, dan Kak Rozan. Kedatangan mereka berjumpa dengan Azfa Hanani adalah untuk meminta pertolongannya menyamar sebagai Tengku Murni untuk mengatasi masalah ibu mereka yang tidak menerima hakikat bahawa anaknya Tengku Murni meninggal dunia akabiat kemalangan jalan raya.

·         Di Hotel Universe. Azfa Hanani telah diberi tunjuk ajar oleh Kak Finaz tentang cara Tengku Murni  makan, bercakap, dan Iain-lain lagi. Mereka cuba untuk memberi gambaran perwatakan Tengku Murni agar Datin Maziah ibu mereka tidak mengesan penyamaran Azfa Hanani sebagai tengku Murni walaupun wajah dan paras rupa kedua-dua watak tersebut agak sama.

·         Di banglo milik Datin Maziah dan Tengku Datuk Makmur. Azfa Hanani akhirnya menetap di banglo ini dengan tinggal di bilik Tengku Murni anak kepada Datin Maziah dan Datuk Tengku Makmur.

·         Di  Sekolah Menengah Taman Sari. Perjumpaan diadakan oleh pelajar-pelajar tingkatan lima bagi berbincang tentang projek Hari Sumbangsih.

·         Di bilik Tengku Murni, Contohnya, Azfa Hanani dengan bersungguh-sungguh membaca dan mengkaji diari Tengku Murni dalam usahanya mendapatkan jawaban siapakah yang menjadi penghalang hubungan antara Ekran dengan Tengku Murni.

Latar Masa

·         Selama beberapa bulan. Semasa Azfa Hanani menuntut di Sekolah Menengah Sri Dian dan kemudiannya meneruskan persekolahannya di Sekolah Menengah Taman Sari selepas berpindah ke rumah Datin Maziah.

·         Pada waktu malam. Contohnya, Azfa Hanani dengan bersungguh-sungguh membaca dan mengkaji diari Tengku Murni dalam usahanya mendapatkan jawaban siapakah yang menjadi penghalang hubungan antara Ekran dengan Tengku Murni.

·         Pada waktu petang. Contohnya. semasa Datin Maziah mengadakan sambutan hari lahir Azfa Hanani/Tengku Murni yang ke-17.

·         Pada waktu pagi. Contohnya, Azfa Hanani menjalani kehidupannya sebagai pelajar sekolah.


Latar Masyarakat
Latar masyarakat ialah situasi atau gambaran manusia yang dibicarakan oleh pengkarya dalam karyanya antaranya ialah budaya, pekerjaan, pemikiran dan sebagainya.

·         Masyarakat yang sanggup berkorban demi kebahagiaan keluarga angkat serta kelangsungan masa depannya. Contohnya, Azfa Hanani sanggup memenuhi tawaran Abang Mazran bagi membantu sepupunya, Zuraini yang lumpuh mendapatkan rawatan apabila beliau bersetuju untuk menanggung perbelanjaan Zuraini menerima rawatan di Indonesia sebagai balasan Azfar Hanani untuk menyamar sebagai Tengku Murni.

·         Masyarakat elit yang bongkak dan sombong kerana statusnya. Contohnya, Tengku Datuk Makmur yang memandang hina terhadap Azfa Hanani kerana berasal dari kampung dan miskin. Dia beranggapan Azfa Hanani cuba membolot harta keluarganya dengan menyamar menjadi Tengku Murni.



·         Masyarakat pelajar yang gigih menuntut ilmu. Contohnya, masyarakat pelajar di Sekolah Menengah Sri Dian tempat Azfa Hanani melanjutkan pelajarannya dalam Tingkatan Lima Kenanga.

·         Masyarakat yang berpegang pada janji. Contohnya, Tengku Mazran berusaha sedaya upaya membantu sepupu Azfa Hanani mendapatkan rawatan bagi menyembuhkan penyakit lumpuhnya dengan menghantar Zuraini ke Indonesia. Hal ini kerana  Tengku Mazran telah berjanji untuk merawat penyakit Zuraini sepupu kepada Azfar Hanani sebagai timbal balas kesanggupan Azfar Hanani menyamar menjadi Tengku Murni.

·         Masyarakat yang sanggup menyamar untuk menyelamatkan seseorang daripada menghadapi tekanan jiwa. Contohnya, Azfa Hanani sanggup menyamar menjadi Tengku Murni supaya Datin Maziah kembali pulih daripada tekanan perasaan sebagai akibat kematian anak perempuan tunggalnya.

·         Masyarakat yang mengutamakan kasih sayang. Contohnya, Pak Long Madi dan sekeluarga hidup dalam keadaan aman, dan mesra kerana kaya dengan kasih sayang walaupun mereka hidup dalam serba kekurangan.

·          


Latar tempat ialah keterangan mengenai kejadian yang berlaku di tempat


·         Di dalam kereta api, contohnya Amira sedang membaca e-mel yang dihantar kepada ibunya beserta gambar terbaru penemuan tulang karpus.
·         Di rumah Jenifer di Melaka, contohnya Jenifer mendesak Malique supaya menemani John O’Hara ke Bukit Mat Raya.
·         Di Stesen Dahan Hijau, contohnya Amira dan Jacinta turun daripada keretapi dan menungu Pak Lias sebelum meneruskan perjalanan ke Bukit Mat Raya.
·         Di  Desa Karpus, Bukit Mat Raya, contohnya, Profesor Zaidah, Dr. Zawawi, dan pelajar universiti tahun akhir berbincang tentang penemuan tembikar dan kapak batu yang digunakan oleh manusia zaman Neolitik.
·         Di Air Terjun Angin, contohnya, Amira bertemu Malique buat kali ketiga.
·         Di hulu sebatang sungai, contohnya, Amira terpegun melihat banyak ketulan emas. Di sungai tersebut jugalah berlaku peristiwa makhluk berbulu membawa seorang lelaki yang diikat tangan dan ditutup matanya.
·         Di perkampungan Orang Asli Semai. Contohnya di situ diadakan mesyuarat adat dijalankan bagi membuat keputusan tentang tindakan Itai yang membawa Amira ke sebatang sungai yang banyak mempunyai ketulan emas.
·         Di Gunung Gua Gajah, contohnya, Tau membawa Dr. Zawawi, Rusdi, Amira, Jacinta, dan Itai ke Gua tersebut. Di situ mereka menemukan pelbagai lakaran pada dinding gua dan kapak batu.
·         Di pulau Pinang, contohnya John O’Hara mengadakan perbincangan dengan beberapa orang pelabur yang akan melabur dalam perlombongan emas di kawasan Hutan Bukit Mat Raya.
·         Di dalam kapal terbang dari Pulau Pinang ke KLIA. Contohnya, John O’Hara menceritakan kisah silamnya sebagai seorang buruh lombong opal di Australia kepada Malique.
·         Di kaki Gunung Gua Gajah, contohnya O’Hara, Jenifer, dan Jacinta menunggu Amira dan kumpulannya mencari Malique di puncak gunung tersebut.
·         Di Universiti Kuala Lumpur, contohnya Amira mengemaskan barang-barangnya bagi menghadapi cuti semester pertama.

Latar Masa
·         Latar masa novel “Kembara Amira” ialah semasa Amira dan Jacintamenghabiskan cuti sekolah di Bukit Mat Raya sehingga Amira berjaya melanjutkan pelajaran di sebuah universiti di Kuala Lumpur dalam bidang aeroangkasa.
·         Peristiwa dalam novel berlaku pada:-
a)  waktu pagi, iaitu ketika Amira dan Jacinta berada di dalam khemah dapur di Desa Korpus untuk sarapan pagi.
b) Waktu petang, iaitu ketika Ludin memberitahu Tau bahawa isterinya Ipah membawa anak sulungnya lari dari perkampungan Orang Asli Semai.
c) Waktu senja, iaitu ketika Amira dan Jacinta tiba di perkampungan Itai.
d) Waktu malam, iaitu semasa Amira sedang mengemas kini laman web ibunya, Prof. Zaidah di dalam kereta api.

Latar   Masyarakat
Latar masyarakat ialah situasi atau gambaran manusia yang dibicarakan oleh pengkarya dalam karyanya antaranya berkaitan dengan budaya, pekerjaan, pemikiran dan sikap mereka.

·         Masyarakat penyayang, contohnya Amira menunjukkan kasih sayangnya kepada ibunya, Prof. Zaidah dengan meluangkan masa menjaga ibunya setelah terlibat dalam kemalangan kereta yang dipandu oleh Pak Lias.
·         Masyarakat pelajar yang menghabis masa lapang dengan melakukan aktiviti yang berfaedah. Contohnya Amira dan Jacinta menghabiskan masa cuti persekolahan mereka dengan menyertai kerja-kerja cari gali arkeologi di Bukit Mat Raya bersama Prof Zaidah dan pelajar tahun akhir.
·         Masyarakat berpendidikan tinggi yang terlibat dalam kerja-kerja mencari gali arkeologi atau bahan bersejarah. Contohnya, Prof. Zaidah, Dr. Zawawi, dan pelajar tahun akhir menjalankan aktiviti arkeologi di kawasan Bukit Mat Raya.
·         Masyarakat orang asli yang berpegang teguh pada kepercayaan nenek moyang mereka.  Contohnya Tau, menganggap kerja-kerja cari gali yang dilakukan di kawasan hutan akan mengganggu roh-roh di situ.
·         Masyarakat yang mementingkan diri dan mengutamakan kekayaan. Contohnya, John O’Hara ingin membuktikan bahawa kawasan tersebut mempunyai banyak emas. Dia akan memperoleh keuntungan apabila menarik para pelabur untuk melabur dalam aktiviti perlombongan emas kawasan Gunung Mat Raya.
·         Masyarakat yang mengamal budaya bantu-membantu bagi menyelesaikan masalah yang timbul seperti mencari Jacinta dan Malique yang hilang di dalam hutan. Contohnya,  Itai, Tau dan Ludin, banyak membantu Prof Zaidah, dan rakan-rakannya bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.
·         Masyarakat yang tertekan oleh sikap negatif rakan sebaya. Contohnya, Ipah sanggup lari bersama dengan anaknya, Sabi mengikut lelaki kulit putih kerana tertekan dengan pandangan negatif suku Orang Asli Semai terhadapnya yang berambut perang dan bermata biru.
·         Masyarakat yang komited terhadap tugasan atau tanggungjawab, contoh Prof. Zaidah yang terlampau komited terhadap tugasannya untuk mencari gali bahan arkeologi sehingga pada suatu ketika beliau sedar bahawa beliau telah mengabaikan tanggungjawabnya  sebagai ibu kepada Amira.



Azfa Hanani
(Halis Azhan Mohd Hanafiah)

NOVEL KEMBARA AMIRA
(Amer Hmzah L.Kadir)

Teknik Plot
Teknik Plot
1.     Pemerian 
Pengarang memerihalkan perasaan Azfa Hanani sewaktu mula-mula tiba di rumah Datin Maziah.Contohnya , Begitu, aku terasa seperti berjalan di awang-awangan semasa mula- mula tiba di situ. Banglo itu terlalu besar,berganda – ganda kalau mahu dibandingkan dengan teratak buruk yang pernah kuhuni.

2.     Dialog 
Dialog antara Azfa Hanani dengan Ekran.Contohnya, “Saya nak Tanya satu pekara lagi. Abang Mus datang ke mari ni… ada kaitan dengan gerai burger Ran yang terbakar dulu ke ?” “ Saya tak perlu beritahu,sebenarnya. Setakat saya tahu dan Nani juga tahu, cukuplah,” jawab Ekran .


3.     Imbas Kembali 
Afza Hanani teringat akan pak long, mak long, dan sepupu- sepupunya di kampung.Contohnya  “Masakan mama memang sedap,” Aku menokok bersahaja kerana wajah Zahidin melintas di ruang mata.Dia akan kecur liur kalau sesekali mak long menggoreng ayam.dia akan makan nasi dengan sayur sahaja dahulu agar dapat meratah ayam goreng selepas itu.

4.     Suspens 
Ketika Syafinaz memberitahu Azfa Hanani bahawa Datin Maziah    sudah sedar dan dia mengajak Azfa Hanani turun menemui Datin Maziah. Azfa Hanani berdebar- debar semasa menuruni anak tangga. Pembaca tertanya-tanya tentang apakah reaksi Datin Maziah apabila melihat Azfa Hanani buat kali pertama.

1.   Pemerian
Mereka berada di khemah ketiga selepas khemah Dr. Zawawi dan khemah Prof. Zaidah, khemah-khemah tersusun dalam bentuk separa bulatan, dengan paling hujung adalah khemah dapur. 

2.   Dialog
“ tentu tiket tu dah sampai, ” Amira bersuara antara dengar dengan tidak
“ Apa? ” Jacinta bagaikan tidak pasti dengan soalan Amira. 

3.   Imbas kembali
Amira ketawa kerana mengingatkan kembali kenangan semasa berada di Gua Niah ketika mereka turut serta dalam kerja lapangan yang dilakukan oleh ibunya.  Ketika itu Dr. Zawawi sedang menyiapkan tesis sarjananya. 

4.   Kejutan
Pembaca terkejut apabila mendapat tahu bahawa Malique dan Itai merupakan anak kepada Tau.

5.   Suspens

·      Dia tidak pasti ke mana dan siapa manusia yang sering membawa makanan untuknya.  Malique tidak sempat bertanya di mana dia sekarang.  Tetapi siapakah manusia itu. Adakah manusia itu mempunyai kaitan dengan hidupnya?  Kenapa manusia itu membantunya tetapi tidak berusaha mencari dari mana dia datang. 

·      Apa benda itu?”  Jacinta turut tidak sabar.  Hatinya berdebar-debar kencang dan setelah berminggu berada di perbukitan itu, Jacinta amat berharap mereka akan melakukan satu penemuan penting dan dia amat berharap perkara itu berlaku. 

·      Tiba-tiba Rusdi menjerit memanggil Dr. Zawawi.  Dr. Zawawi yang sedang asyik merakamkan dinding gua terkejut dengan panggilan Rusdi lalu menghentikan rakaman dan berlari ke arah Rusdi dan Itai.  Dia tahu Rusdi telah menemui sesuatu yang berharga dalam kajian mereka.

·      Ingatannya kembali pulih lalu teringatkan emaknya yang berada di Melaka entah kenapa emaknya terlalu beria-ria menyuruhnya mengikut O’Hara ke dalam hutan itu.  Apakah ada satu hubungan yang misteri antara emaknya dan O’Hara?  Emaknya yang berambut keperangan dan bermata biru bagai ada kaitan dengan O’Hara yang berkulit putih. 







Azfa Hanani
(Halis Azhan Mohd Hanafiah)

NOVEL KEMBARA AMIRA
(Amer Hmzah L.Kadir)

Nilai
Merupakan tingkah laku atau perlakuan baik atau jahat yang terpancar daripada watak dan perwatakan secara umum dalam
sesebuah karya sastera

Nilai
Merupakan tingkah laku atau perlakuan baik atau jahat yang terpancar daripada watak dan perwatakan secara umum dalam
sesebuah karya sastera

i.      Nilai pengorbanan. Contohnya, Azfa Hanani sanggup berkorban dengan menerima tawaran Tengku Mazran untuk menyamar sebagai Tengku Murni demi menjaga kebahagiaan semua pihak termasuklah keluarga Pak Longnya dan keluarga Datuk Tengku Makmur.

ii.      Nilai kegigihan dan tidak mudah berputus asa. Contohnya, walaupun Azfa Hanani berasal daripada keluarga miskin, namun dia tidak menjadikan kemiskinan itu sebagai alasan untuk tidak meneruskan persekolahan. Sebaliknya, dia gigih dan tekun belajar demi masa depannya dan  keluarga pak longnya.

iii.      Nilai kasih sayang. Contohnya, Datin Maziah amat menyayangi Tengku Murni/Azfa Hanani. Dia begitu menyayangi anak gadisnya sehingga tidak membenarkan Azfa Hanani menaiki has ke  sekolah kerana bimbang akan keselamatannya.

iv.      Nilai kerajinan. Contohnya, Ekran menjalankan perniagaan burger pada waktu petang dengan tujuan mencari duit poket bagi perbelanjaan hariannya, selain mempraktikkan segala teori yang telah dipelajarinya di sekolah. Selain itu, bukti nilai kerajinan boleh dilihat daripada kesungguhan Azfa Hanani merebut peluang belajar bahasa Inggeris dan bahasa Jepun di Institut Lingua Franca untuk memahirkan bahasa Inggeris semasa menyamar sebagai Tengku Murni. Tambahan pula, dia memang menghadapi masalah dalam penguasaan bahasa Inggeris semenjak di kelas menengah rendah lagi iaitu dalam Peperiksaan Menengah Rendah lagi.

v.      Nilai kesyukuran. Contohnya, Azfa Hanani bersyukur kerana sepupunya, Zuraini dapat berjalan semula selepas mendapatkan rawatan di Indonesia dengan bantuan keluarga angkatnya.
vi.      Nilai tanggungjawab. Contohnya Azfa Hanani sanggup menyamar menjadi Tengku Murni kerana bertanggungjawap untuk memastikan Datin Maziah kembali hidup normal daripada tekanan perasaan disebabkan Datin Maziah tidak dapat menerima hakikat anak tunggal perempuan terbunuh dalam kemalangan jalan raya.


















1.     Nilai bekerjasama
Contoh:
·         Pelajar tahun akhir telah bertungkus-lumus dan bekerjasama untuk memastikan projek yang dijalankan berjaya.

2.     Nilai kasih sayang
Contoh:
·         Kasih-sayang antara  ibu dan anak.  Sebagai ibu, Prof. Zaidah membelai dan memeluk Amira ketika Amira bersedih kerana Jacinta tidak sedarkan diri setelah dihanyutkan oleh arus sungai.
3.     Nilai keberanian
Contoh:
·         Itai berani untuk berlawan dengan makhluk berbulu yang amat digeruni oleh semua masyarakat orang asli.

4.     Nilai cinta akan alam sekitar
Contoh:
·         Malique sanggup mencipta virus sendiri dalam laporan yang disiapkan semata-mata untuk menggagalkan projek mencari emas O’hara yang boleh memusnahkan hutan tersebut.
5.     Nilai semangat bermasyarakat
Contoh:
·         Dipaparkan melalui hubungan baik Amira yang berbangsa Melayu dan Jacinta yang berbangsa Cina.

6.     Nilai kesopanan
Contoh:
·         Semasa melawat Amira di Desa Karpus, sikap Malique yang beradap telah menambat hati Prof. Zaidah.

7.     Nilai ketaatan
Contoh:
·         Itai taat dan mematuhi arahan bapanya Ludin supaya tidak membawa orang luar ke kawasan lubuk emas.

8.     Nilai amanah
Contoh:
·         Ludin sangat amanah dalam menjaga rahsia bahawa Itai adalah anak kepada Tau bertahun-tahun lamanya.
9.     Nilai keikhlasan
Contoh:
·         Amira ikhlas mengajak rakannya Jacinta untuk menyertai percutiannya di Bukit Mat Raya.

10.    Nilai tolong-menolong
Contoh:
·         Ludin menolong mengubati tangan Prof. Zaidah yang tercedera akibat kemalangan yang berlaku bersama Pak Lias.

Azfa Hanani
(Halis Azhan Mohd Hanafiah)

NOVEL KEMBARA AMIRA
(Amer Hmzah L.Kadir)

PENGAJARAN
Merupakan kesan perlakuan atau nilai-nilai baik atau tidak yang boleh menjadi tauladan kepada kita atau pembaca.
PENGAJARAN
Merupakan kesan perlakuan atau nilai-nilai baik atau tidak yang boleh menjadi tauladan kepada kita atau pembaca.
Antara pengajaran yang diperoleh daripada Novel Azfar Hanani karya Halis Azhan Mohd. Hanafiah ialah:-
                                                                                
i)  Kita hendaklah berkorban demi kebahagiaan orang lain. Contohnya, Azfa Hanani sanggup menerima tawaran Abang Mazran dan Kak Finaz untuk menyamar sebagai Tengku Murni semata-mata kerana tidak mahu Datin Maziah terus tertekan sehingga mengganggu kesihatannya.

ii) Dalam usaha untuk mencapai kejayaan kita perlu gigih berusaha dan tidak mudah berputus asa. Contohnya, Azfa Hanani sanggup berulang alik sejauh 30 kilometer semata-mata ingin  melanjutkan pelajarannya dalam aliran sains. Selain itu, bukti nilai kerajinan boleh dilihat daripada kesungguhan Azfa Hanani merebut peluang belajar bahasa Inggeris dan bahasa Jepun di Institut Lingua Franca untuk memahirkan bahasa Inggeris semasa menyamar sebagai Tengku Murni. Tambahan pula, dia memang menghadapi masalah dalam penguasaan bahasa Inggeris semenjak di kelas menengah rendah lagi iaitu dalam Peperiksaan Menengah Rendah lagi.

 iii) Kita janganlah bersikap sombong atas kekayaan dan pangkat yang ada. Contohnya, Tengku Muzaffar tidak dapat menerima hubungan adiknya, Tengku Murni dengan Ekran kerana menyangka Ekran berasal daripada keluarga yang miskin. Sebaliknya, Tengku Mazran begitu sederhana sifatnya walaupun berasal daripada keluarga elit.

iv) Kita hendaklah bersedia membantu orang yang memerlukan pertolongan. Contohnya, Abang Mazran bersusah payah mendapatkan rawatan bagi Zuraini yang lumpuh, sehingga akhirnya Zuraini dapat berjalan semula.

v)    Kita hendaklah sentiasa bersikap sederhana dan merendah diri. Contohnya, Azfa Hanani sentiasa bersederhana dalam segala hal walaupun keluarga angkatnya adalah golongan yang elit dan berada.

vi)  Kita hendaklah sedar akan asal usul kita. Contohnya, Azfa Hanani tidak pernah melupakan asal usulnya yang datang dari kampung serta berasal daripada sebuah keluarga yang miskin. Dia tidak pernah mengambil kesempatan atas kebaikan Abang Mazran ataupun Datin Maziah.

Antara pengajaran yang diperoleh daripada Novel Kembara Amira karya Amer Hmzah L. Kadir  ialah:-

1.     Sebagai ibu bapa, kita seharusnya memberikan kasih-sayang yang secukupnya kepada anak-anak.
      Contohnya, kasih-sayang antara Amira dan ibunya.  Sebagai ibu Prof. Zaidah membelai dan memeluk Amira ketika Amira bersedih kerana Jacinta tidak sedarkan diri ketika sedang mencari Amira yang dihanyutkan oleh arus.

2.      Kita seharusnya memelihara dan menghargai alam sekitar yang dianugerahkan oleh Tuhan. Contohnya, Malique sanggup mencipta virus sendiri dalam laporan yang disiapkan semata-mata untuk menggagalkan projek mencari emas O’hara yang boleh memusnahkan hutan tersebut.

3.     Kita seharusnya bekerjasama dalam pasukan bagi menjayakan sesuatu matlamat. Contohnya, pelajar tahun akhir telah bertungkus-lumus dan bekerjasama untuk memastikan projek yang dijalankan berjaya.

4.     Sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum, kita seharusnya menjalinkan hubungan yang baik dengan masyarakat yang berbilang kaum. Contohnya, dipaparkan melalui hubungan baik Amira yang berbangsa Melayu dan Jacinta yang berbangsa Cina.

5.     Kita seharusnya tolong menolong antara satu sama lain terutamanya semasa dalam kesusahan. Contohnya, Ludin menolong mengubati tangan Prof. Zaidah yang tercedera akibat kemalangan yang berlaku bersama Pak Lias.

6.     Kita harus tidak berputus asa apabila berhadapan dengan cabaran atau rintangan. Buktinya, Prof Zaidah tetap meneruskan usaha arkeologi meskipun menghadapi masalah seperti tali khemah terputus, terlibat dalam kemalangan sehingga mengalami keretakan tulang tangan, dan sebagainya.

7.     Sebagai seorang ketua, kita harus menjaga pekerja-pekerja bawahan.Contohnya selaku pengarah kerja lapangan yang berusaha mencari tulang korpus, Prof. Zaidah mengambil berat akan keselamatan pelajar universti tahun akhir yang bersama-sama dalam usaha mencari arkeologi di Bukit Mat Raya.

8.     Kita hendaklah mempertahankan hutan daripada dimusnahkan oleh penceroboh dan peneroka. Contohnya Malique mencipta sistem untuk memusnahkan laporan yang berkaitan dengan projek cari gali emas dalam usaha memelihara hutan di sekitar perkampungan suku Orang Asli Semai.

No comments:

Post a Comment