Monday, May 4, 2015

LATIHAN NOVEL

Huraikan satu pengajaran bagi kedua-dua buah novel yang anda pelajari.
Novel yang saya kaji ialah Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah dan Kembara Amira karya Amer Hmzah L.Kadir.  Dalam kedua-dua novel ini terdapat pengajaran sebagai panduan.
Dalam novel Azfa Hanani, pengajaran yang diutarakan ialah kita hendaklah tabah dalam menuntut ilmu (pernyataan).
 ……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Dalam novel Kembara Amira pula, pengajarannya ialah kita hendaklah membantu orang yang memerlukan pertolongan(pernyataan). 
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Nyatakan tiga latar tempat dan kaitkan dengan peristiwa penting yang terdapat dalam novel yang anda kaji.

Novel yang saya kaji ialah novel Kembara Amira karya Amir Hmzah L.Kadir.  Terdapat banyak latar tempat yang dipaparkan dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama ialah di dalam koc kereta api. 
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Selain itu, latar tempat tapak kajian arkeologi Desa Karpus 
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Seterusnya, latar tempat di Gua Gunung Gajah
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………











Huraikan satu pengajaran bagi kedua-dua buah novel yang anda pelajari.

Novel yang saya kaji ialah Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah dan Kembara Amira karya Amer Hmzah L.Kadir.  Dalam kedua-dua novel ini terdapat pengajaran sebagai panduan.
Dalam novel Azfa Hanani, pengajaran yang diutarakan ialah kita hendaklah tabah dalam menuntut ilmu(pernyataan). Contohnya, walaupun hidup dalam serba kekurangan ketika bersama keluarga Pak Long Madi, Azfa Hanani tetap tabah belajar demi mengejar cita-citanya sebagai seorang doktor.  Dia sanggup berulang alik ke SMK Seri Dian yang terletak 30km dari rumahnya.
Dalam novel Kembara Amira pula, pengajarannya ialah kita hendaklah membantu orang yang memerlukan pertolongan(pernyataan).  Contohnya, Ludin yang pakar dalam selok belok penggunaan herba telah membantu merawat Profesor Zaidah yang mengalami keretakan tangan akibat terlibat dalam kemalangan.

Nyatakan tiga latar tempat dan kaitkan dengan peristiwa penting yang terdapat dalam novel yang anda kaji.

Novel yang saya kaji ialah novel Kembara Amira karya Amir Hmzah L.Kadir.  Terdapat banyak latar tempat yang dipaparkan dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama ialah di dalam koc kereta api.  Amira telah menaiki kereta api bersama Jacinta menuju ke Banjaran Titiwangsa untuk menghabiskan cuti persekolahan bersama ibunya, Profesor Zaidah yang sedang menjalankan kerja-kerja arkeologi.  Di dalam koc tersebut, Amira melihat seorang lelaki kulit putih bersama – sama seorang pemuda berkulit gelap dan berambut kerinting.
Selain itu, latar tempat tapak kajian arkeologi Desa Karpus juga ada berlaku peristiwa penting.  Khemah yang didiami oleh pelajar Profesor Zaidah telah terputus talinya ketika hujan lebat.  Hal itu menimbulkan kebimbangan profesor Zaidah yang mengesyaki tali itu sengaja diputuskan.
Seterusnya, latar tempat di Gua Gunung Gajah.  Amira telah menemui ‘mobile disk’ yang dijangkanya milik Malique ketika bersama-sama dengan Jacinta, Dr Zawawi, Itai dan Tau.  Mereka juga menemui pertemuan artifak penting iaitu kapak batu yang digunakan manusia pada Zaman Neolitik.


No comments:

Post a Comment