TUA
tua I
1. sudah lama hidup, sudah lanjut usia (tidak muda
lagi), sudah berumur: ibunya sudah ~,
sudah berumur 60 tahun; anak dara ~ anak dara yg agak lanjut umurnya; bujang ~ teruna yg agak lanjut umurnya; hari (masa) ~ masa ketika umur sudah
lanjut; orang ~ a) orang yg sudah
lanjut usianya; b) ayah; c) ibu bapa; d) kepala keluarga; orang ~-~ orang yg dianggap sudah lanjut usianya dan luas
pengetahuannya;
2. lebih umur (drpd): ia ~ tiga tahun drpd adiknya; kakak ~ kakak sulung; mak ~ saudara perempuan ibu atau bapa
kita yg tua sekali; pak ~ saudara
laki-laki ibu atau bapa kita yg tua sekali; saudara
~ saudara yg umurnya lebih drpd umur kita;
3. sudah lama (lwn baru), sudah ada sejak masa
lampau (dahulukala), kuno: saya sudah ~
di dlm kesatuan ini; Bandar Melaka sebuah bandar yg ~; barang-barang ~ lama
(sudah dipakai); besi ~ a) besi yg
sudah lama (sisa barang-barang; b) besi yg mempunyai tuah atau khasiat; faham ~ faham lama (lwn faham baru atau
moden); harta ~ harta pusaka
(warisan);
4. = tua-tua
ki kepala, pemimpin, penghulu (orang yg tua yg dianggap berpengetahuan dan
berpengalaman): ~ kampung ini menjalankan undang-undang adat
sbg seorang pengadil mahkamah; ~ dagang Id kepala pedagang; ~ kampung
penghulu kampung; ~ rumah kepala keluarga (isi rumah);
5. ki sudah larut (malam): malam sudah ~ dan keadaan di bandar makin sunyi;
6. bertuah, berkhasiat (bkn senjata lama dll): wali ~nya masih kukuh terselit di pinggang;
7. sudah hampir masak dan boleh
dipetik (buah-buahan dll): jangan dipetik
buah itu kerana belum cukup ~ ;
8. sudah mendidih atau masak (air, minyak, dll): biarkan minyak itu ~ dahulu baru dimasukkan
ikan ke dlm kuali;
9. agak kehitam-hitaman (lwn cerah), pekat
(warna): biru ~ ; merah ~ ; warna ~
warna yg tidak cerah;
10. baik mutunya, hampir tulen (emas): emas ~;
JENIS-JENIS TUA
~ bangka = ~ bengkok bk (orang yg) sangat tua (tetapi
buruk perangainya);
~ cendawan
orang yg berumur tetapi tidak bijak;
~ ganyut sangat
tua;
~ kejemur Jk,
bk (orang yg) sudah tua (tetapi bodoh atau berperangai buruk);
~ keladi a)
orang yg tua tetapi tidak sedarkan diri (berperangai buruk, gila perempuan,
dll); b) Kl orang tua yg mempunyai banyak anak;
~ kotai (orang
yg) sangat tua;
~ kutuk bk
= ~ lara orang tua yg buruk perangainya;
~ leler =
~ lontok
= ~ renta (orang yg) sangat tua dan lemah;
~ nipah Kl
(orang yg) tua dan bodoh;
~ nyanyuk sudah
tua dan bercakap yg bukan-bukan;
~ teberau Kl
(orang yg) sangat tua dan lemah otaknya;
~ tebu (orang
yg) semakin tua semakin cergas;
No comments:
Post a Comment