turun I
1. dr tempat yg lebih tinggi ke tempat yg lebih
rendah, dr atas ke bawah, lwn naik;
2. (datang) dr hulu ke hilir atau dr daerah atas angin
ke bawah angin: ia baru ~ dr merotan;
maka iaitu ~ dr Yaman ke bawah angin, maka singgahlah ia di Tanah Keling;
3. (pergi) dr pedalaman (kampung dll) ke bandar: terpaksa juga saya ~ ke bandar hari ini;
4. mengendap ke bawah (keladak dlm air dll), surut
(air), hampir terbenam (matahari, bulan, dll), jatuh: hampas kopi itu telah ~; matahari ~ matahari sudah hampir
terbenam; (matahari) tengah ~ waktu
petang (lebih kurang pukul 3.30);
5. ki telah berkurang (marah, nafsu, dll), reda: kemarahannya tidak juga ~-~ lagi;
6. keluar atau meninggalkan kenderaan ke bawah, keluar
dr perahu dll dan naik ke darat: maka
~lah orang sekoci pergi mengambil air; maka lalu ~lah sahaya berjalan-jalan
melihat-lihat kampung dan pasar di situ;
7. dr darat pergi naik ke kapal (perahu dll), menaiki
kapal (perahu dll): maka ~lah ia ke
sampannya lalu berkayuh;
8. keluar dr rumah, pergi atau pulang (tetamu): lebih kurang pukul sebelas malam barulah
kami ~ dr rumahnya;
9. menjadi kurang atau rendah drpd biasa (harga dll),
jatuh, merosot, susut (hasil dll): naik
dan ~nya jualan tuan pd tiap-tiap bulan, terpulanglah kpd kecekapan tuan
menguruskan perniagaan;
10. datang dr sesuatu yg dianggap tinggi (di atas), mewarisi
sesuatu (perangai dll) drpd datuk nenek dll, memasuki (roh, orang halus, dll): semua sekali ayat yg terhimpun di dlm Quran
sekarang ini ~nya dlm waktu dua puluh tiga tahun;
11. datang jatuh (hujan, salji), datang bertiup (angin
ribut): tiba-tiba ~lah hujan
rintik-rintik; pd pagi itu ~lah pula ribut serta dgn hujannya;
12. hilang warnanya (kain dll), luntur (warna kain
dll): corak yg tidak ~, iaitu warnanya
tidak berubah apabila dibasuh;
JENIS-JENIS TURUN
~ darah a) keluar darah dgn banyaknya (perempuan yg telah
bersalin atau keguguran); b) sudah reda (berkurangan) marahnya;
~ haji kembali selepas mengerjakan haji (di Mekah);
~ harga menjadi lebih rendah harganya;
~ ke sawah pergi bekerja di sawah;
~ main Jk berehat (bagi kanak-kanak sekolah) separuh
waktu;
~ makan Jk berhenti bekerja utk makan (pekerja);
~ mandi = ~ ke air upacara
memandikan bayi utk pertama kali;
~ merek Id a) mendapat nama buruk; b) sudah tidak megah
lagi;
~ minum Jk berhenti bermain utk minum (pemain bola sepak
dll);
~ minyak menjadi berang atau ganas (binatang spt gajah dll);
~ naik = naik ~ a)
tidak sama atau tidak rata (jalan dll), tinggi rendah; b) sekejap turun sekejap
naik (nafas dll), sentiasa bergerak-gerak; c) sentiasa berubah-ubah, tidak
tetap (ekonomi sesebuah negara dll);
~ padang pergi sendiri (biasanya pemimpin, pembesar dsb) ke
sesuatu tempat utk menyiasat (meninjau, melihat dsb) sesuatu keadaan, masalah
dsb;
~ ranjang Jk mengahwini saudara atau sanak isteri yg telah
meninggal;
~ takhta = ~ dr takhta
kerajaan = ~ dr kebesaran meninggalkan
takhta (tidak menjadi raja lagi), makzul;
~ tangan a) turut mencampuri sesuatu hal dll; b) turut
menyiapkan sesuatu pekerjaan dll; c) turut memberikan pertolongan (kpd orang
miskin dll);
~ tangga a) turun melalui tangga; b) bertingkat-tingkat
(pangkat, tinggi, umur, dll) dan hanya sedikit sahaja bezanya; c) Sr istiadat
membawa pengantin laki-laki turun dan naik tangga sebanyak tiga atau tujuh kali
(oleh pihak pengantin perempuan);
~-temurun = ~-menurun berpindah-pindah
drpd bapa kpd anak, drpd anak kpd cucu dan seterusnya, drpd nenek moyang turun
kpd anak cucu dll;
No comments:
Post a Comment