Soalan 1 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[30 markah]
(a) Tulis satu
ayat bagi setiap perkataan di bawah
(i) bangunan
(ii) pembangunan
(iii) membangunkan
(iv) paparan
(v) terpapar
(vi) memaparkan
(b) Gabungkan ayat-ayat dalam perenggan di bawah kepada tiga ayat sahaja tanpa mengubah maksud asalnya.
Muzium Sarawak
terletak di Jalan Tun Abang Haji Openg. Muzium berkenaan merupakan salah sebuah
muzium yang terbaik di Asia. Muzium ini menempatkan koleksi warisan etnologi
Kepulauan Borneo. Muzium ini menempatkan koleksi warisan arkeologi Kepulauan
Borneo. Muzium ini dibuka pada setiap hari. Muzium ini ditutup pada hari Jumaat
dan cuti umum.
[6 markah]
(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan..
(i) Patriotisma dalam konteks global berbawa
maksud dan pengertian yang sangat luas.
(ii) Pulau Langkawi memiliki keindahan pantai yang keputihan di
samping kisah Mahsuri yang telah menjadi lagenda.
(iii) Ibu bapa tidak seharusnya melepaskan tanggung jawab mendidik
anak-anak mereka hanya kepada guru semata-mata atas alasan menyibukkan kerja.
(d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilahdan satu kesalahan tatabahasa.
(i) Semua guru tingkatan diarahkan agar menghantar
senarai nama-nama murid yang terlibat dalam majlis Larian Satu Murid Satu Sukan
dengan segera.
(ii) Orang ramai diingatkan agar berhemah dalam penggunaan tenaga
elektrik kerana sumber tenaga seperti petroleum dan lain-lain sumber semakin
berkurangan.
(iii) Program Latihan Khidmat Negara tidak bertujuan untuk mendera
gulungan remaja, tetapi atas dasar untuk mengukuhkan jati diri mereka sebagai
bakal pewaris negara pada masa akan datang.
(e) Isikan tempat-tempat
kosong dalam petikan di bawah dengan peribahasa yang sesuai.
Anak muda yang tebal jati dirinya tidak akan
tergamak untuk terlibat dalam gejala sosial. Hal ini disebabkan mereka sedar
akan peranan yang perlu dipikul oleh mereka sebagai peneraju negara pada masa
hadapan kerana ……….(i)……………… Selain itu, mereka juga perlu bersaing dan
setanding dengan rakan-rakan mereka di peringkat global supaya dapat
…………….(ii)………………. Oleh itu, mereka disarankan agar memupuk amalan perkongsian
dan kerjasama dalam pelbagai bidang, bak kata peribahasa ……….(iii)………………..
[6
markah]
Soalan 2 : Novel
[30 markah]
Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah
(a) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan dua nilai murni dalam novel
tersebut. [7
markah]
(b) Bincangkan dua cabaran yang dihadapi oleh watak utama dalam sebuah
novel yang anda kaji dan nyatakan cara beliau mengatasi
setiap cabaran tersebut.
[7 markah]
(c) Unsur kejutan ialah unsur penceritaan yang menimbulkan
situasi yang tidak disangka-sangka oleh watak dalam sesebuah cerita mahupun
pembaca. Huraikan dua contohperistiwa yang menggunakan unsur kejutan dan
nyatakan sebab setiap peristiwa berkenaan mengejutkan.
[8 markah]
(d) Huraikan tiga latar masyarakat yang terdapat dalam sebuah novel yang telah
anda pelajari berdasarkan contoh-contoh yang
sesuai.
[8
markah]
KERTAS SOALAN TAMAT
kema Pemarkahan Ujian Setara 2 (Ogos) 2012
Tingkatan 4.
Soalan 1.
Perhatian bagi soalan 1 (a)
1.
Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul.
2.
Tolak ½ markah bagi kesalahan ejaan/jalan bahasa/tanda baca daripada
keseluruhan soalan.
3.
Frasa/kata berkenaan digunakan sebagai peribahasa, berikan 0 markah.
4.
Frasa/kata berkenaan digunakan sebagai nama khas, berikan 0 markah.
5.
Sengaja menambah atau menukar imbuhan, berikan 0 markah.
6.
Ayat yang dibina seperti satu ayat tetapi sebenarnya lebih, tolak ½ markah bagi
setiap ayat.
7.
Jika semua frasa/kata digunakan dalam satu ayat, berikan pertimbangan sebagai
satu ayat.
8.
Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya.
9.
Isi tidak jelas tolak ½ markah.
(i) bangunan = sesuatu yang
dibangunkan (spt gedung, rumah, kedai dll)
(ii) pembangunan = perihal membangun,
proses membangun (mencapai kemajuan, perkembangan, dsb); usaha atau kegiatan
membangunkan (memajukan dan mengembangkan)
(iii) membangunkan = menyuruh seseorang yang
sedang tidur supaya bangun, membangkitkan, menggerakkan, mengejutkan ;
menyebabkan seseorang yang sedang tidur terjaga (keranan bising, diganggu,
dsb), membangkitkan, mengejutkan; membina, mendirikan, membuat; membuat supaya
membangun (maju dan berkembang), membina, memajukan; membuat supaya wujud
(timbul, datang) sesuatu perasaan.
(iv) paparan = sesuatu (penjelasan,
kenyataan, huraian dsb) yang dipaparkan; maklumat seperti teks, perkataan,
grafik, simbol, gambar dsb yang dipaparkan pada skrin komputer dsb.
(v) terpapar = telah dipaparkan,
terbentang, tergambar, tertera
(vi) memaparkan = mempamerkan
(menyatakan, menghuraikan, menunjukkan dsb) supaya dapat dilihat, difahami,
diketahui dsb, mendedahkan, membentangkan; memperlihatkan teks, data, grafik,
dsb pada skrin komputer dsb; menjadikan pepat (rata) - memaparkan gigi.
Jawapan 1(b)
Peraturan pemarkahan:
1. Setiap ayat yang
digabungkan dengan tepat dan lengkap berikan 2 markah.
2. Jika ayat yang
digabungkan lebih atau kurang daripada 3 ayat berikan 0 markah.
3. Jika kata hubung dalam
ayat tidak lengkap atau terdapat kesalahan bahasa berikan 1 markah.
(i) Muzium Sarawak yang terletak di Jalan Tun
Abang Haji Openg merupakan salah sebuah muzium yang terbaik di Asia.
(ii) Muzium ini
menempatkan koleksi warisan etnologi dan arkelogi Kepulauan
Borneo.
(iii) Muzium ini dibuka pada
setiap hari tetapi ditutup pada hari Jumaat
dan cuti umum.
Jawapan 1(c)
(i)
|
Patriotisma
|
- Patriotisme
|
1m
|
berbawa
|
- membawa
|
1m
|
|
(ii)
|
keputihan
|
- memutih
|
1m
|
lagenda
|
- legenda
|
1m
|
|
(iii)
|
tanggung jawab
|
- tanggungjawab
|
1m
|
menyibukkan
|
- kesibukan
|
1m
|
Jawapan 1(d)
(i)
|
nama-nama
|
- nama
|
1m
|
majlis
|
- acara
|
1m
|
|
(ii)
|
berhemah
|
- berhemat
|
1m
|
lain-lain sumber
|
- sumber-sumber lain
|
1m
|
|
(iii)
|
tidak
|
- bukan
|
1m
|
gulungan
|
- golongan
|
1m
|
Jawapan 1(e)
Peraturan pemarkahan.
1. Jika jawab lebih daripada
satu jawapan - semak/pertimbangkan jawapan yang pertama sahaja.
2. Calon tidak memberi
nombor, ambil kira jawapan 1 - 3 sahaja.
3. Setiap peribahasa yang
betul berikan 2 markah.
(i) pemuda harapan bangsa,
pemudi tiang negara
(ii) duduk sama rendah,
berdiri sama tinggi
(iii) berat sama dipikul,
ringan sama dijinjing/ bulat air kerana (oleh) pembetung, bulat manusia (kata)
kerana muafakat/ bagai aur dengan tebing.
Soalan 2 : Novel.
Peraturan pemarkahan jawapan 2(a) dan 2(b)
(i) Jawapan berdasarkan sebuah novel yang
dipelajari
(ii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap
(iii) Beri 2 markah bagi setiap isi yang lengkap/jelas
(iv) Beri 1 markah bagi setiap isi yang kurang
lengkap/kurang jelas
(v) Markah isi maksimum 4 markah
(vi) Markah bahasa maksimum 3 markah
(vii) Markah bahasa diberi secara impression
Baik
– 3 markah
Sederhana
– 2 markah
Lemah
– 1 markah
(viii) Jika calon menjawab dan markah isi 0, beri 1
markah untuk bahasa
(ix) Calon tidak menjawab 0 markah.
Jawapan 2(a) Dua nilai
murni
Nilai murni
|
markah
|
Contoh
|
markah
|
Tanggungjawab terhadap
keluarga/ tugas
|
1m
|
Fuad bertanggungjawab
untuk membantu membiayai persekolahan adik-adik angkatnya kerana bapa
angkatnya (Peter Lim) sakit./ Fuad sanggup pulang lewat untuk membimbing
anak-anak muridnya yang lemah dalam mata pelajaran bahasa Inggeris.
|
1m
|
Amanah terhadap tugas
|
1m
|
Cikgu Zamani seharusnya
amanah dalam menjalankan tugas dengan tidak masuk lewat ke kelas.
|
1m
|
Kasih sayang terhadap
keluarga.
|
1m
|
Fuad sayang akan Pak
Ismail dan Mak Salmah dengan membelikan tanah untuk mereka/ Peter Lim
sekeluarga dengan membantu membiayai persekolahan anak-anak Peter Lim/
Farhana sebagai adiknya setelah mengetahui mereka adik-beradik/ ibunya dengan
mencari kubur ibunya yang dikatakan telah meninggal dunia/ membawa ibunya
mengerjakan umrah.
|
1m
|
Taat kepada agama
|
1m
|
Fuad sering mengerjakan
solat dan belajar mengaji dengan Pak Ismail.
|
1m
|
Tabah menghadapi
cabaran
|
1m
|
Fuad tabah menerima
ketentuan takdir bahawa dia tidak boleh mengahwini Farhana kerana mereka
adik-beradik.
|
1m
|
Tolong-menolong sesama
manusia
|
1m
|
Fuad membantu Borhan
membawa anaknya yang demam panas mendapatkan rawatan di Kuala Terengganu walaupun
hari sudah lewat malam.
|
1m
|
Menghargai jasa orang
lain
|
1m
|
Fuad menziarahi Peter
Lim yang sakit yang telah memeliharanya sejak kecil/ Fuad telah membawa Pak
Ismail dan Mak Salmah mengerjakan umrah bagi membalas jasa mereka yang sudi
menerimanya sebagai anak angkat.
|
1m
|
Menghormati orang tua
|
1m
|
Fuad sangat menghormati
Pak Ismail dan Mak Salmah serta tidak pernah meninggikan suaranya ketika
berbicara.
|
1m
|
Gigih berusaha untuk
mencapai sesuatu
|
1m
|
Fuad gigih mencari
kubur ibunya yang dikatakan telah meninggal dunia.
|
1m
|
* Jawapan-jawapan lain
yang tepat/logik boleh diterima.
Jawapan 2(b) ; Dua
cabaran watak utama dan cara mengatasinya
Cabaran watak utama
|
Markah
|
Cara mengatasi
|
Markah
|
Fuad dilayan secara
dingin oleh Mak Salmah selama beberapa bulan dia tinggal di rumah Mak Salmah
kerana Mak Salmah menganggap Fuad sebagai punca kematian Sofia
|
1m
|
Fuad sentiasa bersabar/
tidak pernah memusuhi/ mengambil hati Mak Salmah dan selalu berdoa semoga Mak
Salmah akan memaafkannya.
|
1m
|
Fuad sukar untuk
mencari kubur ibunya yang dikatakan telah meninggal dunia kerana dia tidak
mengenali saudara-mara sebelah ibunya.
|
1m
|
Fuad telah meminta
bantuan bapa angkatnya Peter Lim ,Pak Ngah Lias dan Pak Said untuk mengesan
kubur ibunya.
|
1m
|
Fuad mendapati wanita
yang dicintainya, iaitu Farhana ialah adiknya.
|
1m
|
Fuad reda menerima
ketentuan takdir itu lalu menukarkan perasaan sayangnya kepada Farhana
sebagai sayang seorang abang.
|
1m
|
Fuad mendapati
anak-anak muridnya di Sekolah Menengah Seri Setia sangat lemah dalam bahasa
Inggeris.
|
1m
|
Fuad sanggup pulang
lewat untuk membimbing anak-anak muridnya agar mahir berbahasa Inggeris.
|
1m
|
Peraturan pemarkahan jawapan 2(c) dan 2(d)
(i) Isi dan huraian mesti lengkap dan jelas.
(ii) Markah isi maksimum 6 markah.
(iii) Markah bahasa maksimum 2 markah
(iv) Markah bahasa diberi secara impression.
Baik
– 2 markah
Lemah-
1 markah
(v) Jika calon menjawab dan markah isi 0, beri 1
markah untuk bahasa.
(vi) Calon tidak menjawab 0 markah
Jawapan 2(c) : Dua unsur
kejutan dan dua sebab
Unsur kejutan
|
Markah
|
Sebab mengejutkan
|
Markah
|
peristiwa pertemuan antara Fuad dengan ibu
kandungnya di Hospital Tengku Ampuan Afzan , Kuantan secara kebetulan ketika
dia mengunjungi ibu Farhana di sana sangat mengejutkan Fuad dan
Farhana.
|
1m
|
Hal ini mengejutkan disebabkan, Fuad tidak
menyangka bahawa ibu Farhana itu sebenarnya ibu kandungnya juga. Hal ini
disahkan sendiri oleh bapa Fuad iaitu Robert Lim yang kebetulan mahu menemui
Fuad untuk menyerahkan sebentuk cincin yang mungkin boleh membantu Fuad
mencari ibunya.
|
2m
|
peristiwa kehadiran bapa Fuad, Roberti Lim
di lapangan terbang ketika Fuad, ibunya Mariana, Pak Ismail dan Mak Salmah
hendak berangkat mengerjakan umrah di Makkah mengejutkan Fuad.
|
1m
|
Hal ini mengejutkan Fuad kerana dia tidak
menyangka bapanya akan datang malah Fuad lebih terkejut apabila bapanya
menyatakan bahawa dia akan menyusul ke Makkah juga seolah-olah bapanya mahu
kembali kepada agama Islam.
|
2m
|
Apabila Fuad memeriksa
baki wangnya di mesin juruwang layan diri, dia mendapati baki wangnya lebih
dua ratus ribu.
|
1m
|
Dia tidak menyangka
bapanya akan memasukan wang sebanyak itu setelah lebih setahun dia berada di
Danau Seberang. Di samping itu, dia tidak menyangka tiba-tiba dia menjadi
kaya tanpa perlu bekerja.
|
2m
|
Peter Lim dan Swee Lan
terkejut apabila Fuad memaklumkan bahawa Mariana (ibu Fuad) belum meninggal
dunia.
|
1m
|
Mereka menyangka selama
ini ibu Fuad telah meninggal dunia.
|
2m
|
Jawapan 2(d) : 3 latar masyarakat
Latar masyarakat
|
markah
|
Contoh
|
markah
|
Masyarakat yang
bertanggungjawab terhadap keluarga/ tugas
|
1m
|
Fuad bertanggungjawab
untuk membantu membiayai persekolahan adik-adik angkatnya kerana bapa
angkatnya (Peter Lim) sakit./ Fuad sanggup pulang lewat untuk membimbing
anak-anak muridnya yang lemah dalam mata pelajaran bahasa Inggeris.
|
1m
|
Masyarakat yang amanah
terhadap tugas
|
1m
|
Cikgu Zamani seharusnya
amanah dalam menjalankan tugas dengan tidak masuk lewat ke kelas.
|
1m
|
Masyarakat yang sayang
terhadap keluarga.
|
1m
|
Fuad sayang akan Pak
Ismail dan Mak Salmah dengan membelikan tanah untuk mereka/ Peter Lim
sekeluarga dengan membantu membiayai persekolahan anak-anak Peter Lim/
Farhana sebagai adiknya setelah mengetahui mereka adik-beradik/ ibunya dengan
mencari kubur ibunya yang dikatakan telah meninggal dunia/ membawa ibunya
mengerjakan umrah.
|
1m
|
Masyarakat yang taat
kepada agama
|
1m
|
Fuad sering mengerjakan
solat dan belajar mengaji dengan Pak Ismail.
|
1m
|
Masyarakat yang tabah
menghadapi cabaran
|
1m
|
Fuad tabah menerima
ketentuan takdir bahawa dia tidak boleh mengahwini Farhana kerana mereka
adik-beradik.
|
1m
|
Masyarakat yang
tolong-menolong sesama manusia
|
1m
|
Fuad membantu Borhan
membawa anaknya yang demam panas mendapatkan rawatan di Kuala Terengganu
walaupun hari sudah lewat malam.
|
1m
|
Masyarakat yang
menghargai jasa orang lain
|
1m
|
Fuad menziarahi Peter
Lim yang sakit yang telah memeliharanya sejak kecil/ Fuad telah membawa Pak
Ismail dan Mak Salmah mengerjakan umrah bagi membalas jasa mereka yang sudi
menerimanya sebagai anak angkat.
|
1m
|
Masyarakat yang
menghormati orang tua
|
1m
|
Fuad sangat menghormati
Pak Ismail dan Mak Salmah serta tidak pernah meninggikan suaranya ketika
berbicara.
|
1m
|
Masyarakat yang gigih
berusaha untuk mencapai sesuatu
|
1m
|
Fuad gigih mencari
kubur ibunya yang dikatakan telah meninggal dunia.
|
1m
|
No comments:
Post a Comment