UNGKAPAN DALAM KARANGAN
CONTOH UNGKAPAN DALAM KARANGAN
1. Prinsip moral merupakan aspek terpenting dalam kehidupan seseorang insan. Hal ini telah pun ditekankan dalam prinsip Confucius yang berpaksikan ‘ren’ (perikemanusiaan), ‘li’ (kesusilaan) dan ‘xiao’ (ketaatan ).
2. Seseorang itu hendaklah menjadikan kesilapan masa lalu sebagai pedoman untuk mengubah perilaku mereka seperti kata Confucius iaitu seseorang yang telah melakukan kesilapan tetapi tidak belajar daripada kesilapan itu maka sesungguhnya orang itu telah melakukan satu lagi kesilapan.
3. Sejarawan dunia iaitu Herodotus pernah berkata bahawa sesiapa yang tidak berusaha memajukan dirinya maka orang itu merupakan insan yang paling hina di dunia ini.
4. Pakar motivasi iaitu Dato Dr Fadzilah Kamsah ada menyatakan bahawa kejayaan mendidik anak-anak merupakan kecemerlangan ibu bapa dalam mempamerkan usaha mereka. Justeru, didiklah anak-anak sejak kecil supaya mereka sentiasa berusaha untuk mencapai kesempurnaan di dunia dan akhirat kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.
5. Berpeganglah pada Falsafah Tao yang mengatakan bahawa untuk mencari ubi galilah tanah sekaki tetapi untuk mencari emas, galilah sedalam mungkin.
6. Cendekiawan terkemuka dunia iaitu Ibnu Khaldun ada menyatakan bahawa tiada manusia yang berjaya sampai ke puncak gunung tanpa mendakinya.
7. Jika pokok itu diserang kulat dan tidak ditebang maka seluruh ladang boleh musnah. Oleh itu, kita tidak seharusnya bercakap tidak serupa bikin dalam menangani kemelut yang semakin ruwet ini. Usaha yang gigih dan bersungguh-sungguh amat diperlukan demi hasil yang tidak ternilai kerana di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
8. Amalan berbudi bahasa dan bersopan santun amat dijunjung tinggi dalam kehidupan kita sehari-harian. Maka, berpeganglah pada kata-kata ulama terkenal iaitu Hamka. Menurut beliau segala ikatan akan terurai, segala jambatan akan putus dan segala simpulan akan terlepas kecuali yang diikat, dihubung dan disimpul dengan tali budi
9. Kesihatan amat penting kepada individu, keluarga dan masyarakat. Setiap individu haruslah memastikan dirinya dan keluarga mengamalkan gaya hidup yang sihat supaya sentiasa berada dalam cergas dan cerdas. Rakyat yang cergas dan cerdas akan dapat memberikan sumbangan yang tidak ternilai kepada pembangunan negara dan ummah. Menurut Hamka ketenteraman hati merupakan perkara penting dalam kesihatan rohani dan jasmani. Ragu dan gelisah merupakan pangkal segala penyakit.
10. Identiti nasional rakyat Malaysia hendaklah kekal terserlah melalui pembinaan jati diri yang kukuh dan tidak mudah dihanyutkan oleh arus globalisasi.
11. Internet menjadi sungai besar yang mengalir sekian banyak kebaikan tetapi juga berisi kotoran dan najis. Hari ini maklumat dan ilmu datang tanpa tapisan.
12. Globalisasi sedang melanda kita. Dunia semakin hilang sempadannya. Dasar langit terbuka yang kita amalkan mengundang pellbagai ancaman.
13. Modal insan merupakan tunggak program pembangunan negara dan agen perubahan dalam masyarakat. Mereka juga ialah jurubina umat, pembangunan generasi dan penyumbang kegemilangan negara.
14. Sejarah telah membuktikan bahawa sesebuah negara yang mempunyai sistem pendidikan dan generasi yang berkualiti berupaya membuat lonjakan pantas memajukan masyarakat dan negaranya.
15. .Menurut tokoh ilmuan; Barang siapa yang tidak mahu maju dalam mencari ilmu maka jiwanya seumpama lampu yang kehabisan minyak, makin lama makin malap dan kemudian menjadi gelap.
16. Sesungguhnya, pendidikan merupakan wahana aspirasi nasional dan tunggak utama serta usaha terpenting untuk menampilkan modal insan cemerlang.
17. Dunia tidak menyediakan jaminan untuk berjaya tetapi menawarkan peluang untuk berjaya.
18. Hidup mesti ada matlamat seperti kita memancing yang memerlukan joran dan umpannya untuk membolehkan kita mendapat ikan.
19. Pembangunan lahiriah perlu seiring dengan pembangunan insaniah demi merealisasikan masyarakat madani.
20. Adakah ini harga yang perlu dibayar untuk mendapatkan sesuatu yang dikatakan “kemajuan”?
21. Mengapakah senario yang menjadi duri dalam daging ini berlaku? Adakah salah ibu yang mengandung atau bapa yang mendukung? Tepuk dada tanyalah selera!
No comments:
Post a Comment