Rumusan
Pendahuluan
Petikan membincangkan langkah-langkah/kaedah berjimat
untuk aktiviti melancong. 2m
Petikan membincangkan langkah-langkah/kaedah berjimat
melancong.
1m
Isi Tersurat
1.
hanya
guna duit tabungan yang diasingkan
2.
pilih
negara yang mengadakan promosi pelancongan
3.
cari pakej pelancongan yang menawarkan harga yang
murah
4.
merancang perbelanjaan dengan rapi dan teliti
5.
tentukan
dengan betul negara,kota atau tempat
peranginan
6.
menempah
tiket penerbangan atau tiket bas lebih awal
7.
persiapan
makanan dan kelengkapan mereka
8.
mendapatkan
peta tempat tersebut
9.
memilih jenis pengangkutan yang sesuai
10.
elakkan
menggunakan kad kredit
Isi
Tersirat
- dapat
menimba ilmu tentang negara tersebut
- dapat
mengenali budaya negara mereka
- dapat
menambahkan ilmu kemahiran penulisan
- dapat
mengetahui bahasa negara tersebut
- dapat
mengerat hubungan kekeluargaan
- dapat
informasi untuk digunakan dalam pembelajaran
Kesimpulan
Kesimpulannya, usaha-usaha tersebut perlu diambil berat
supaya percutian itu akan menyeronokkan dan tidak membebankan kewangan kita. 2m
Kesimpulannya, usaha-usaha tersebut perlu diambil berat
oleh para pelancong. 1m
Soalan 2 (a). Petikan umum
Pemahaman
i.
maksud
rangkai kata memberikan kepuasan.-
-
mendatangkan / menghasilkan kenikmatan / kelegaan /
kesenangan [2 markah]
-
membawa kepuasan
[1 markah]
ii.
tiga persediaan awal sebelum pergi
melancong sama ada di dalam negara atau ke luar negara.
- pakaian yang bersesuaian perlu disediakan.
-
visa dan pasport sudah diperoleh
-
pemeriksaan kesihatan
[3 markah]
iii.
empat cara
bagaimana anda dapat membantu negara ini menarik lebih banyak pelancong ke
negara ini
–
peramah dan bersopan santun kepada setiap pelancong yang datang
-
mengadakan promosi di sesawang udara/internet
-
menyediakan tempat yang selesa kepada pelancong yang
datang
-
memperkenalkan makanan tempatan/tradisional
-
mengadakan pertunjukan budaya tradisional tempatan
-
menjual cenderamata dengan harga yang berpatutan
[4 markah]
Novel
4a. Dua
peristiwa yang dapat dikaitkan dengan persoalan kerjasama
Azfa Hanani
- kerjasama
menganjurkan majlis.
Pelajar-pelajar
Tingkatan 5 menganjurkan Hari Sumbangsih. Hasil kerjasama semua pelajar,
program tersebut berjaya dijalankan dengan lancar dan mereka berjaya mengumpul
dana sebanyak RM 16,000.00.
- kerjasama membantu orang yang memerlukan bantuan.
Tengku
Muzaffar bekerjasama membantu Ekran membina gerai burger semula. Beberapa orang
pemuda juga turut bekerjasama membantu Ekran dan Tengku Muzaffar.
- kerjasama
dalam keluarga.
Semua ahli keluarga Datin Maziah
bersatu hati bekerjasama membantu meringankan bebanan tekanan perasaan
kemalangan yang menyebabkan kematian Tengku Murni. Mereka bekerjasama
merahsiakan kematian Tengku Murni dan berusaha mencari penggantinya.
- kerjasama
membantu rakan.
Azfa Hanani bersedia menggantikan
tempat Ellina sebagai Pengerusi Forum kerana kesibukan Ellina menguruskan Malam
Sumbangsih.
- Bekerjasama membantu melakukan kerja-kerja dapur.
Azfa hanani membantu Maklongnya menyiapkan
sarapan / masakan untuk menjamu Abang Mazran dan Kak Finaz.
- kerjasama
membantu memberikan rawatan.
Abang mazran dan Kak Finaz telah bersetuju
untuk memberikan bantuan menanggong kos rawatan sepupu Azfa Hanani, iaitu
Zuraini di Indonesia.
4b. Berdasarkan dua buah novel yang telah anda
pelajari, jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam setiap novel
Azfa Hanani
i.
Kita hendaklah sedia berkorban demi kebahagiaan
- Azfa Hanani sanggup menerima tawaran Abang Mazran dan
Kak Finaz untuk menyamar sebagai Tengku Murni semata-mata kerana tidak mahu
Datin Maziah terus tertekan sehingga mengganggu kesihatannya.
ii.
Kita perlu gigih berusaha dan tidak mudah berputus asa.
-Azfa Hanani sanggup berulang alik sejauh 30 kilometer
semata-mata ingin melanjutkan
pelajarannya dalam aliran sains.
iii.
Kita janganlah bersikap sombong atas kekayaan dan pangkat
yang ada.
- Tengku Muzaffar tidak dapat menerima hubungan adiknya,
Tengku Murni dengan Ekran kerana menyangka Ekran berasal daripada keluarga yang
miskin. Sebaliknya, Tengku Mazran begitu sederhana sifatnya walaupun berasal daripada
keluarga elit.
iv.
Kita hendaklah bersedia membantu orang yang memerlukan
pertolongan.
- Abang Mazran bersusah payah mendapatkan rawatan bagi
Zuraini yang lumpuh, sehingga akhirnya Zuraini dapat berjalan semula.
v.
Kita hendaklah sentiasa bersikap sederhana dan merendah
diri.
- Azfa Hanani sentiasa bersederhana dalam segala hal
walaupun keluarga angkatnya adalah golongan yang elit dan berada.
vi.
Kita hendaklah sedar akan asal usul kita.
- Azfa Hanani tidak pernah melupakan asal usulnya yang
datang dari kampung serta berasal daripada sebuah keluarga yang miskin. Dia
tidak pernah mengambil kesempatan atas kebaikan Abang Mazran ataupun Datin
Maziah.
KARANGAN
Soalan 1
TEMA : Kegiatan lumba haram
TUGASAN
SOALAN : Usaha membantu menangani lumba
haram
FORMAT : tiada
CADANGAN IDEA :
i.
menasihati
kawan-kawan yang terlibat secara berhemah
ii.
memberitahu
ibu bapa / keluarga mereka yang terlibat sebelum terjadi sesuatu yang tidak
diingini
iii.
melaporkan
kepada ketua kampong jika kejadian ini
berlaku di tempat / kawasan berhampiran
i.
melaporkan
kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan dan memantau tempat yang berkenaan
UNGKAPAN MENARIK
i.
Sudah
terhantuk baru tengadah
ii.
Sesal
dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
iii.
Pandu
Cermat Jiwa Selamat
iv.
Berhati-hati
di jalan raya, Ingat orang tersayang
Soalan 2
TEMA : Kasih sayang akan
warga tua
TUGASAN SOALAN: cara-cara yang
dapat dilakukan untuk menghargai, menghormati
dan membalas jasa warga tua
FORMAT : tiada
CADANGAN IDEA :
i.
memberi
perhatian dan keperluan kasih sayang yang diharapkan
ii.
menghormati
dan sentiasa bersama-sama mereka pada masa terluang
iii.
memantau
dan membantu menjaga kesihatan mereka
iv.
sentiasa
prihatin akan keselamatan mereka
v.
mendoakan
kesejahteraan warga tua
UNGKAPAN
MENARIK
i.
Harimau
mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama
ii.
Di
mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
iii.
Sediakan
payung sebelum hujan
iv.
Pemuda
harapan bangsa, Pemudi tiang negara
Soalan 3
TEMA : Permainan
tradisional
TUGASAN
SOALAN : langkah-langkah untuk memperkenalkan
permainan ini semula.
FORMAT : tiada
CADANGAN IDEA :
i.
menubuhkan
kelab permainan tradisional di sekolah
ii.
menjadikan
pertandingan permainan tradisional sebagai acara tahunan di sekolan / kampong /
daerah / negeri
iii.
mengadakan
pertunjukan permainan tradisional di kawasan perumahan / kampung dalam
program-program anjuran JKKK atau Rukun Tetangga
iv.
mengadakan
kempen / iklan melalui media massa
UNGKAPAN
MENARIK
i.
Tak
lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
ii.
Di
mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
iii.
Zoom
Malaysia
iv.
Cuti-cuti
Malaysia
Soalan
4
TEMA : pencemaran alam sekitar
TUGASAN SOALAN : langkah.
FORMAT : rencana
CADANGAN IDEA :
i.
pihak berwajib menghukum individu atau
organisasi yang telah didapati bersalah
ii.
pihak sekolah hendaklah memperkenalkan pendidikan
alam sekitar kepada murid-murid sekolah.
iii.
pihak kerajaan perlu melaksanakan kempen
dengan lebih berkesan.
iv.
Kerjasama daripada semua pihak
UNGKAPAN
MENARIK
i.
Menjadi
buah mulut
ii.
Bagai
aur dengan tebing
iii.
Sediakan
payung sebelum hujan
iv.
Anugerah
daripada Yang Maha Esa
Soalan 5
TEMA : unsur sastera : nilai dalam cerpen
TUGASAN
SOALAN : nilai dalam sebuah cerpen yang
dipelajari.
FORMAT : tiada
CADANGAN
IDEA :
v.
Nyatakan
nama cerpen yang dipilih
vi.
Berikan
sinopsis cerpen berkenaan
vii.
Jelaskan
sekurang-kurangnya tiga nilai yang dapat diperoleh dalam cerpen tersebut
viii.
Kaitkan
nilai berkenaan dengan kaitannya untuk dijadikan pedoman dalam kehidupan
UNGKAPAN
MENARIK
v.
Alah
bisa tegal biasa
vi.
Kalau
kail panjang sejengkal, laut yang dalam jangan diduga
vii.
Sediakan
payung sebelum hujan
viii.
Di
mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
No comments:
Post a Comment