SMJK PHOR TAY
PEPERIKSAAN
PERTENGAHAN TAHUN 2014
Tingkatan 4 BAHASA
MELAYU MASA : 2
½ jam
NAMA
:…………………………… KELAS:………….
Arahan :
Jawab semua soalan
Soalan
1: (100 markah)
Pilih satu daripada
soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.
1.
Gejala
lumba haram yang semakin berleluasa telah membimbangkan masyarakat.
Bincangkan peranan anda dalam usaha untuk
menangani gejala ini.
2.
Warga
tua merupakan insan yang banyak berjasa pada
masyarakat dan negara. Jasa mereka perlu dihargai.
Jelaskan usaha-usaha yang dapat
dilakukan oleh ibu bapa untuk mendidik anak-anak supaya menghargai warga tua.
3.
Sejak
akhir-akhir ini permainan tradisional seperti congkak, layang-layang dan batu
seremban semakin dilupakan oleh
masyarakat.
Huraikan
langkah-langkah yang dapat
diambiluntuk memperkenalkan permainan ini semula.
4.
Masalah
pencemaran alam semakin meruncing sejak akhir-akhir ini. Anda ingin menulis
rencana tentang langkah-langkah untuk mengatasi masalah tersebut. Tulis rencana
anda selengkapnya.
5.
Pengenalan
komponen sastera (KOMSAS) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat
sekolah menengah dapat membentuk peribadi yang baik dalam kalangan pelajar.
Beri
ulasan anda tentang pernyataan tersebut.
Soalan 2:
Rumusan (30 markah)
Baca petikan di bawah dengan
teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha
berjimat untuk aktiviti melancong dan faedah-faedah
melancong. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Percutian
atau melancong merupakan aktiviti untuk
merehatkan diri dan minda setelah penat bekerja. Untuk melancong, kita
perlulah melakukan pelbagai perancangan, termasuk
persiapan belanjawan agar tidak berlaku pembaziran dan memastikan percutian
kita berjalan dengan lancar.
Tabungan yang mencukupi sangat penting untuk
bercuti. Jika merancang untuk bercuti, hanya guna duit tabungan yang diasingkan
untuk kegunaan bercuti. Apabila hendak bercuti di luar negara pula, pilih
negara yang mengadakan promosi pelancongan. Selidik terlebih dahulu tempat-tempat menarik negara itu
supaya percutian diisi dengan aktiviti dan pemandangan yang memberikan kepuasan percutian yang maksimum. Jika kitamelancong
melalui pakej pelancongan, carilah pakej pelancongan yang menawarkan harga yang
murah tetapi selesa. Biasanya menjelang musim sejuk, negara di Eropah
giat mengadakan promosi pelancongan. Seandainya hendak ke negara sejuk pakaian
yang bersesuaian perlu disediakan. Sebelum
melancong dan bercuti, perlulah merancang
perbelanjaan dengan rapi dan teliti wang yang hendak digunakan semasa
melancong. Penyediaan anggaran perbelanjaan harian semasa bercuti, termasuk kos penginapan, makanan, dan pengangkutan adalah sangat
penting. Anggaran perbelanjaan ini untuk
mengawal perbelanjaan semasa bercuti,
terutamanya jika kita bercuti ke luar negara. Tentukan dengan betul-betul negara, kota atau tempat peranginan yang
dilawati sesuai dengan kemampuan kewangan kita.
Sebelum bercuti keperluan utama perlu diadakan supaya
tidak kelam-kabut pada saat-saat akhir.
Pastikan visa dan pasport sudah diperoleh untuk melancong ke luar negara. Jika
perlu, pemeriksaan kesihatan diselesaikan untuk memastikan kesihatan terjamin. Industri
pelancongan banyak bergantung pada keadaan
ekonomi sesebuah negara serta permintaan
pelancong tempatan atau asing. Oleh itu, adalah lebih baik jika menempah
tiket penerbangan atau tiket bas lebih awal, bagi mendapatkan harga yang murah. Tempahan pada saat akhir adalah sangat mahal dan merugikan terutama ketika musim perayaan dan cuti sekolah. Begitu juga dengan tempahan penginapan. Jika
bercuti bersama anak-anak, pastikan persiapan makanan dan kelengkapan mereka
dimasukkan dalam anggaran perbelanjaan. Sebaik
sahaja sampai ke destinasi percutian, pastikan anda mendapatkan peta
tempat tersebut bagi mudah mencari tempat
dan kosnya. Maklumat ini penting
supaya lebih selesa dan mudah bergerak serta
merancang aktiviti dan tempat yang bakal
dilawati. Selain itu, kita memilih
jenis pengangkutan yang sesuai seperti bas atau teksi untuk pergi melawat ke tempat-tempat menarik yang telah
ditetapkan.
Pilihan
pengangkutan yang paling murah serta pemandu pelancong yang tahu tentang selok-belok kawasan percutian tersebut dapat menjimatkan
kos dan tidak mudah tertipu.
Penggunaan kad kredit lebih baik daripada membawa wang tunai yang banyak
tetapi hendaklah berbelanja secara berhemat dan tidak boros. Kesimpulannya, perancangan kewangan yang bijak
akan menjimatkan percutian malah memberikan pulangan yang bermanfaat.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada
‘Berjimat
Semasa Melancong’ oleh
Sidang
Pengarang, Ringgit, Nov 2010)
Soalan
2a : Pemahaman (9 markah)
Berdasarkan
petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
(i)
Berikan
maksud rangkai kata memberikan kepuasan.
[2 markah]
(ii)
Nyatakan
tiga persediaan awal sebelum pergi melancong sama ada di dalam negara
atau ke luar negara.
[3 markah]
(iii)
Huraikan
dua
cara mengikut pendapat anda untuk membantu kerajaan menarik lebih
banyak pelancong berkunjung ke negara ini.
[4
markah]
Soalan 3 : Novel (15 markah)
Jawab soalan-soalan di bawah
berdasarkan novel yang berikut:
|
(a)
Berdasarkan sebuah novel yang anda telah pelajari,
jelaskan dua peristiwa yang dapat dikaitkan dengan persoalan kerjasama.
[7 markah]
(b) Berdasarkan
novel yang telah anda pelajari, jelaskan tiga pengajaran yang terdapat
dalam novel.
[8
markah]
No comments:
Post a Comment