Friday, June 20, 2014

PENGGUNAAN UNGKAPAN MENARIK

Penggunaan Peribahasa / Kosa kata / Ungkapan Dalam karangan

Penggunaan Peribahasa / Ungkapan / Kosa kata Dalam karangan Dimensi Diri


Buat pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM sila hafal beberapa panduan yang diberikan di bawah ini, dan gunakannya ketika menjawab soalan karangan. Petikan ayat-ayat ini PERNAH digunakan oleh pelajar yang memperoleh markah CEMERLANG dalam peperiksaan PMR dan SPM yang sebenar. Saya hanya berkongsi pengalaman saya bersama-sama anda semua. Saya yakin KECEMERLANGAN adalah untuk semua pelajar yang MAHU BERUSAHA untuk kecemerlangan. Walau saya tiada kaitan dengan anda semua TETAPI saya KOMITED untuk kecemerlangan anda semua!
             
1.     Belakangan ini, isu berkaitan dengan remaja dalam kalangan masyarakat saban waktu diwara-warakan dalam media arus perdana malah sering menjadi polemik yang hangat diperdebatkan di negara kita. Lantaran itu, semua pihak mestilah komited dan beriltizam untuk mendepani isu ini kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Persoalannya, apakah cara-cara untuk ………………………………?
2.     semua pihak mestilah berusaha untuk memperkasakan remaja supaya ‘generasi Y’ ini dapat diperkasakan di negara kita. Penggemblengan tenaga dan usaha untuk menjayakannya amatlah diharapkan kerana orang bijak pandai pernah berpesan kalau tidak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya. Dalam pada itu, usaha yang sistematik dan proaktif mestilah digerakkan mulai dari sekarang kerana perjalanan yang beribu batu, mestilah bermula dengan langkah pertama
3.     Mafhum daripada sepotong hadis yang bermaksud,jagalah masa sihatmu sebelum tiba masa sakit. Hadis ini jelas menggambarkan betapa pentingnya kesihatan diri dalamkehidupan kita. Kesihatan merupakan kurniaan Tuhan yang sangat bernilai. Kesihatan yang baik membolehkan kita menguruskan kehidupan dengan baik. Persoalannya, adakah kita sedar tentang kepentingan kesihatan dalam kehidupan? Lantaran  itu, kita perlu mencari wasilah dan ikhtiar untuk terus hidup dalam keadaan sihat dan sejahtera. Situasi ini bertepatan dengan peribahasa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
4.     Sebagai sahmura negara, remaja seharusnya rajin berusaha seperti lebah menghimpunkan madu. Mengapakah wujud sikap malas dalam diri? Berpeganglah pada prinsip bukan senang untuk menjadi senang dan bukan susah untuk menjadi susah.
5.     Disiplin merupakan elemen terpenting dalam kehidupan remaja / pelajar. Tanpa disiplin tidak mungkin tugasan seharian dapat diselesaikan dengan baik. Jagalah dan pupuklah disiplin dalam diri seperti menjaga nyawa sendiri. Hal ini kerana tiada apa-apa di dunia ini yang dapat menandingi nikmat hidup kurniaan Tuhan. Jadilah manusia yang bersyukur Hayatilah juga mafhum mulia  yang menyatakan bahawa kehidupan sebagai sebatang tubuh. Jika ada anggotanya yang sakit, justeru semua tubuh akan berasa sakit dan bersama-sama berjaga malam. Senario ini juga terungkap dalam aforisme yang berbunyi yang bulat tidak akan datang menggolek, yang pipih tidak akan datang melayang. Tanpa disiplin diri maka tempanglah kehidupan.
6.     Badan cergas , otak cerdas. Slogan ini sering kita dengar dan kita lihat melalui paparan  media massa. Seiring dalam mengejar arus globalisasi, amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat harus ditingkatkan bagi merealisasikan visi dan misi negara menjadi negara maju pada tahun 2020. Sejajar dengan itu, bagi merealisasikan misi negara tersebut, kita perlu melahirkan masyarakat yang mempunyai pemikiran yang kreatif dan berpandangan jauh serta mempunyai emosi yang stabil kerana daripada aspek-aspek inilah lahirnya masyarakat yang akan menjadi peneraju untuk menggerakkan kemajuan negara pada masa hadapan.
7.     Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Budaya kuning yang kian menular umpama virus epidemik dalam masyarakat telah menyebabkan remaja semakin alpa dan lalai tentang tanggungjawab mereka terhadap tanah air tercinta ini. Era globalisasi sejajar dengan arus pemodenan telah mengaburi mata setiap individu untuk mengutamakan kesejahteraan negara. Nilai materialistik dan individualistik yang menguasai jiwa masyarakat telah menyukarkan modus operandi  untuk menyuburkan  semangat perpaduan atau nasionalisme yang semakin sirna .Setiap rakyat Malaysia memikul tanggungjawab yang berat untuk menghidupkan nilai perpaduan dan  kesyukuran  yang begitu syumul pada suatu masa dahulu. Sebagai warganegara yang mendukung nilai cinta akan negara, kita perlu mengamalkan prinsip di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
8.     Remaja  kontemporari yang kononnya semakin bijak telah mula tenggelam punca dan sanggup melakukan tindakan ganas di luar batasan. Pelbagai krisis yang melanda mereka telah menjadi anasir peledak sehingga situasi yang harmoni dan harmonis bertukar menjadi neraka kehidupan. Pelbagai tekanan emosi mula melanda golongan sahmura ini sehingga menimbulkan kesan kemurungan dan halunisasi. Memandangkan fenomena ini berupaya mengancam kesejahteraan komuniti, heterogen sinergi menanganinya harus diambil dengan seberapa segera. Kata orang tua-tua api kecil baik dipadam.


Penggunaan Peribahasa / Ungkapan / Kosa kataDalam karangan Dimensi Keluarga

  1. Sudah tentu sesuatu perkara yang berlaku tentu ada sebab-sebab yang mendorongnya kerana pepohon pokok tidak akan berliuk-liuk jika tidak ditiup angin. Hakikatnya, pembentukan keperibadian mulia anak-anak bermula daripada institusi keluarga.

  1. Malangnya, kebanyakan ibu bapa kini yang terlalu mementingkan kerjaya menyebabkan anak-anak mereka di rumah berasa tersisih seperti kata peribahasa;  anak kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan

  1. Ibu bapa merupakan uswah hasanah kepada anak-anak di rumah, justeru mereka mestilah sentiasa bersikap penyayang dan berbudi pekerti mulia dan jangan sesekali bersikap seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus, sedangkan diri sendiri berjalan mengiring.

  1. Anak-anak yang berfikiran kudus akan sentiasa mencontohi kelakuan ibu bapa mereka persiskata orang tua-tua bapa borek, anak rintik sementelahan ibu bapa merupakan tempat luahan isi hati dan penyimpan rahsia yang paling dipercayai anak-anak.

  1.  Lantaran itu, ibu bapa sewajarnya mengindoktrinasikan pucuk-pucuk hijau dengan nilai-nilai murni ini bagai menatang minyak yang penuh kerana anak-anak remaja kini sering melibatkan diri dalam kebejatan sosial dan budaya hedonisme yang begitu cepat merebak bagai virus epidemik

  1. Melalui nasihat dan ajaran yang baik, sudah tentu anak-anak akan tahu cara-cara untukmembezakan antara intan dengan kaca kerana mereka tahu  sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi. Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa Institusi keluarga  merupakan uslub yang represif dalam membentuk keperibadian anak-anak.

  1. Ibu bapa mestilah menjalankan obligasi masing-masing dengan tidak bersikap bagai melepaskan batuk di tangga

  1. Jikalau anak-anak kini berjaya membentuk keperibadian yang mulia, sudah tentu mereka akan menjadi sandaran negara seperti yang terungkap dalam kata-kata mutiara  pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara 

  1. Melihat kepada senario masyarakat kontemporari, ibu bapa lebih cenderung untuk mengejarmaterialistik dan menjadikan pejabat sebagai rumah kedua mereka. Sikap ibarat enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing ini perlu dikikis segera bagi memastikan para remaja tidak terlibat dalam kemelut sosial.

  1. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, kadar remaja lari dari rumah  meningkat sebanyak 5.7 peratus dari tahun lepas. Sebelum nasi sudah menjadi bubur, ibu bapa perlu mengutamakan anak-anak mereka berbanding dengan hal-hal lain.

  1. Bagaimana acuan bgitulah kuihnya. Aforisme ini mengingatkan ibu bapa agar bertindak sebagai agen pencorak utama karakter anak-anak supaya mereka tidak mencetuskancangkaliwang pada hari muka. Lantaran itu, penerapan pendidikan yang sempurna amat didambakan.

  1. Oleh itu, dalam kita mengharungi arus modenisasi, sudah tentu anak remaja tidak mahudihimpit dengan  pemikiran yang jumud seperti katak di bawah tempurung.

SKEMA PPT 2014

Rumusan
Pendahuluan               
Petikan membincangkan langkah-langkah/kaedah berjimat untuk aktiviti melancong.                                           2m
Petikan membincangkan langkah-langkah/kaedah berjimat melancong.                                                   1m

Isi Tersurat
1.       hanya guna duit tabungan yang diasingkan
2.       pilih negara yang mengadakan promosi pelancongan
3.                cari pakej pelancongan yang menawarkan harga yang murah 
4.                merancang perbelanjaan dengan rapi dan teliti
5.                tentukan dengan betul negara,kota atau tempat peranginan
6.                menempah tiket penerbangan atau tiket bas lebih awal
7.                persiapan makanan dan kelengkapan mereka
8.                                 mendapatkan peta tempat tersebut
9.                                 memilih jenis pengangkutan yang sesuai
10.                          elakkan menggunakan kad kredit 
Isi Tersirat
  1. dapat menimba ilmu tentang negara tersebut
  2. dapat mengenali budaya negara mereka
  3. dapat menambahkan ilmu kemahiran penulisan
  4. dapat mengetahui bahasa negara tersebut
  5. dapat mengerat hubungan kekeluargaan
  6. dapat informasi untuk digunakan dalam pembelajaran

Kesimpulan
Kesimpulannya, usaha-usaha tersebut perlu diambil berat supaya percutian itu akan menyeronokkan dan tidak membebankan kewangan kita.                                                                                                                    2m
Kesimpulannya, usaha-usaha tersebut perlu diambil berat oleh para pelancong.                                1m

Soalan 2 (a). Petikan umum
Pemahaman

i.                    maksud rangkai kata  memberikan kepuasan.-          
-                      mendatangkan / menghasilkan kenikmatan / kelegaan / kesenangan                 [2 markah]
-                                             membawa kepuasan                                                                                                              [1 markah]

ii.                  tiga persediaan awal sebelum pergi melancong sama ada di dalam negara atau ke luar negara.
-            pakaian yang bersesuaian perlu disediakan.
-                      visa dan pasport sudah diperoleh
-                      pemeriksaan kesihatan
 [3 markah]
iii.                empat  cara bagaimana anda dapat membantu negara ini menarik lebih banyak pelancong ke negara ini
–             peramah dan bersopan santun kepada setiap pelancong yang datang
-                                             mengadakan promosi di sesawang udara/internet
-                                             menyediakan tempat yang selesa kepada pelancong yang datang
-                                             memperkenalkan makanan tempatan/tradisional
-                                             mengadakan pertunjukan budaya tradisional tempatan
-                      menjual cenderamata dengan harga yang berpatutan                                                               [4 markah]

Novel
4a. Dua peristiwa yang dapat dikaitkan dengan persoalan kerjasama
Azfa Hanani

  1. kerjasama menganjurkan majlis.

Pelajar-pelajar Tingkatan 5 menganjurkan Hari Sumbangsih. Hasil kerjasama semua pelajar, program tersebut berjaya dijalankan dengan lancar dan mereka berjaya mengumpul dana sebanyak RM 16,000.00.

  1. kerjasama membantu orang yang memerlukan bantuan.

Tengku Muzaffar bekerjasama membantu Ekran membina gerai burger semula. Beberapa orang pemuda juga turut bekerjasama membantu Ekran dan Tengku Muzaffar.

  1. kerjasama dalam keluarga.

Semua ahli keluarga Datin Maziah bersatu hati bekerjasama membantu meringankan bebanan tekanan perasaan kemalangan yang menyebabkan kematian Tengku Murni. Mereka bekerjasama merahsiakan kematian Tengku Murni dan berusaha mencari penggantinya.

  1. kerjasama membantu rakan.

Azfa Hanani bersedia menggantikan tempat Ellina sebagai Pengerusi Forum kerana kesibukan Ellina menguruskan Malam Sumbangsih.

  1. Bekerjasama membantu melakukan kerja-kerja dapur.

 Azfa hanani membantu Maklongnya menyiapkan sarapan / masakan untuk menjamu Abang Mazran dan Kak Finaz.

  1. kerjasama membantu memberikan rawatan.

 Abang mazran dan Kak Finaz telah bersetuju untuk memberikan bantuan menanggong kos rawatan sepupu Azfa Hanani, iaitu Zuraini di Indonesia.


4b. Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam setiap novel
Azfa Hanani
i.            Kita hendaklah sedia berkorban demi kebahagiaan
- Azfa Hanani sanggup menerima tawaran Abang Mazran dan Kak Finaz untuk menyamar sebagai Tengku Murni semata-mata kerana tidak mahu Datin Maziah terus tertekan sehingga mengganggu kesihatannya.

ii.            Kita perlu gigih berusaha dan tidak mudah berputus asa.
-Azfa Hanani sanggup berulang alik sejauh 30 kilometer semata-mata ingin  melanjutkan pelajarannya dalam aliran sains.

iii.            Kita janganlah bersikap sombong atas kekayaan dan pangkat yang ada.
- Tengku Muzaffar tidak dapat menerima hubungan adiknya, Tengku Murni dengan Ekran kerana menyangka Ekran berasal daripada keluarga yang miskin. Sebaliknya, Tengku Mazran begitu sederhana sifatnya walaupun berasal daripada keluarga elit.

iv.            Kita hendaklah bersedia membantu orang yang memerlukan pertolongan.
- Abang Mazran bersusah payah mendapatkan rawatan bagi Zuraini yang lumpuh, sehingga akhirnya Zuraini dapat berjalan semula.

v.            Kita hendaklah sentiasa bersikap sederhana dan merendah diri.
- Azfa Hanani sentiasa bersederhana dalam segala hal walaupun keluarga angkatnya adalah golongan yang elit dan berada.

vi.            Kita hendaklah sedar akan asal usul kita.
- Azfa Hanani tidak pernah melupakan asal usulnya yang datang dari kampung serta berasal daripada sebuah keluarga yang miskin. Dia tidak pernah mengambil kesempatan atas kebaikan Abang Mazran ataupun Datin Maziah.







KARANGAN

Soalan 1
TEMA                          : Kegiatan lumba haram
TUGASAN SOALAN  : Usaha membantu menangani lumba haram
FORMAT                     : tiada
CADANGAN IDEA    :
i.                    menasihati kawan-kawan yang terlibat secara berhemah
ii.                  memberitahu ibu bapa / keluarga mereka yang terlibat sebelum terjadi sesuatu yang tidak diingini
iii.                melaporkan kepada ketua kampong  jika kejadian ini berlaku di tempat / kawasan berhampiran
i.                    melaporkan kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan dan memantau tempat yang berkenaan
UNGKAPAN MENARIK       
i.                    Sudah terhantuk baru tengadah
ii.                  Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
iii.                Pandu Cermat Jiwa Selamat
iv.                Berhati-hati di jalan raya, Ingat orang tersayang


Soalan 2
TEMA                          : Kasih sayang akan warga tua
TUGASAN SOALAN: cara-cara yang dapat dilakukan untuk menghargai, menghormati  dan                                                   membalas jasa warga tua
FORMAT                     : tiada
CADANGAN IDEA    :
i.                    memberi perhatian dan keperluan kasih sayang yang diharapkan
ii.                  menghormati dan sentiasa bersama-sama mereka pada masa terluang
iii.                memantau dan membantu menjaga kesihatan mereka
iv.                sentiasa prihatin akan keselamatan mereka
v.                  mendoakan kesejahteraan warga tua
UNGKAPAN MENARIK       
i.                    Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama
ii.                  Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
iii.                Sediakan payung sebelum hujan
iv.                Pemuda harapan bangsa, Pemudi tiang negara
Soalan 3
TEMA                          : Permainan tradisional
TUGASAN SOALAN  : langkah-langkah untuk memperkenalkan permainan ini semula.
FORMAT                     : tiada
CADANGAN IDEA    :
i.                    menubuhkan kelab permainan tradisional di sekolah
ii.                  menjadikan pertandingan permainan tradisional sebagai acara tahunan di sekolan / kampong / daerah / negeri
iii.                mengadakan pertunjukan permainan tradisional di kawasan perumahan / kampung dalam program-program anjuran JKKK atau Rukun Tetangga
iv.                mengadakan kempen / iklan melalui media massa
UNGKAPAN MENARIK       
i.                    Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
ii.                  Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
iii.                Zoom Malaysia
iv.                Cuti-cuti Malaysia
Soalan 4
TEMA                          : pencemaran alam sekitar
TUGASAN SOALAN  : langkah.
FORMAT                     : rencana
CADANGAN IDEA    :
i.                    pihak berwajib menghukum individu atau organisasi yang telah didapati bersalah 
ii.                  pihak sekolah hendaklah memperkenalkan pendidikan alam sekitar kepada murid-murid sekolah.
iii.                pihak kerajaan perlu melaksanakan kempen dengan lebih berkesan.
iv.                 Kerjasama daripada semua pihak
UNGKAPAN MENARIK       
i.                    Menjadi buah mulut
ii.                  Bagai aur dengan tebing
iii.                Sediakan payung sebelum hujan
iv.                Anugerah daripada Yang Maha Esa
Soalan 5

TEMA                          : unsur sastera :  nilai dalam cerpen
TUGASAN SOALAN  : nilai dalam sebuah cerpen yang dipelajari.
FORMAT                     : tiada
CADANGAN IDEA    :
v.                  Nyatakan nama cerpen yang dipilih
vi.                Berikan sinopsis cerpen berkenaan
vii.              Jelaskan sekurang-kurangnya tiga nilai yang dapat diperoleh dalam cerpen tersebut
viii.            Kaitkan nilai berkenaan dengan kaitannya untuk dijadikan pedoman dalam kehidupan

UNGKAPAN MENARIK       
v.                  Alah bisa tegal biasa
vi.                Kalau kail panjang sejengkal, laut yang dalam jangan diduga
vii.              Sediakan payung sebelum hujan

viii.            Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung