Tuesday, November 11, 2014

KOSA KATA - TURUN

turun I
1. dr tempat yg lebih tinggi ke tempat yg lebih rendah, dr atas ke bawah, lwn naik;
2. (datang) dr hulu ke hilir atau dr daerah atas angin ke bawah angin: ia baru ~ dr merotan; maka iaitu ~ dr Yaman ke bawah angin, maka singgahlah ia di Tanah Keling;
3. (pergi) dr pedalaman (kampung dll) ke bandar: terpaksa juga saya ~ ke bandar hari ini;
4. mengendap ke bawah (keladak dlm air dll), surut (air), hampir terbenam (matahari, bulan, dll), jatuh: hampas kopi itu telah ~; matahari ~ matahari sudah hampir terbenam; (matahari) tengah ~ waktu petang (lebih kurang pukul 3.30);
5. ki telah berkurang (marah, nafsu, dll), reda: kemarahannya tidak juga ~-~ lagi;
6. keluar atau meninggalkan kenderaan ke bawah, keluar dr perahu dll dan naik ke darat: maka ~lah orang sekoci pergi mengambil air; maka lalu ~lah sahaya berjalan-jalan melihat-lihat kampung dan pasar di situ;
7. dr darat pergi naik ke kapal (perahu dll), menaiki kapal (perahu dll): maka ~lah ia ke sampannya lalu berkayuh;
8. keluar dr rumah, pergi atau pulang (tetamu): lebih kurang pukul sebelas malam barulah kami ~ dr rumahnya;
9. menjadi kurang atau rendah drpd biasa (harga dll), jatuh, merosot, susut (hasil dll): naik dan ~nya jualan tuan pd tiap-tiap bulan, terpulanglah kpd kecekapan tuan menguruskan perniagaan;
10. datang dr sesuatu yg dianggap tinggi (di atas), mewarisi sesuatu (perangai dll) drpd datuk nenek dll, memasuki (roh, orang halus, dll): semua sekali ayat yg terhimpun di dlm Quran sekarang ini ~nya dlm waktu dua puluh tiga tahun;
11. datang jatuh (hujan, salji), datang bertiup (angin ribut): tiba-tiba ~lah hujan rintik-rintik; pd pagi itu ~lah pula ribut serta dgn hujannya;
12. hilang warnanya (kain dll), luntur (warna kain dll): corak yg tidak ~, iaitu warnanya tidak berubah apabila dibasuh;

JENIS-JENIS TURUN
~ darah a) keluar darah dgn banyaknya (perempuan yg telah bersalin atau keguguran); b) sudah reda (berkurangan) marahnya;
~ haji kembali selepas mengerjakan haji (di Mekah);
~ harga menjadi lebih rendah harganya;
~ ke sawah pergi bekerja di sawah;
~ main Jk berehat (bagi kanak-kanak sekolah) separuh waktu;
~ makan Jk berhenti bekerja utk makan (pekerja);
~ mandi = ~ ke air upacara memandikan bayi utk pertama kali;
~ merek Id a) mendapat nama buruk; b) sudah tidak megah lagi;
~ minum Jk berhenti bermain utk minum (pemain bola sepak dll);
~ minyak menjadi berang atau ganas (binatang spt gajah dll);
~ naik = naik ~ a) tidak sama atau tidak rata (jalan dll), tinggi rendah; b) sekejap turun sekejap naik (nafas dll), sentiasa bergerak-gerak; c) sentiasa berubah-ubah, tidak tetap (ekonomi sesebuah negara dll);
~ padang pergi sendiri (biasanya pemimpin, pembesar dsb) ke sesuatu tempat utk menyiasat (meninjau, melihat dsb) sesuatu keadaan, masalah dsb;
~ ranjang Jk mengahwini saudara atau sanak isteri yg telah meninggal;
~ takhta = ~ dr takhta kerajaan = ~ dr kebesaran meninggalkan takhta (tidak menjadi raja lagi), makzul;
~ tangan a) turut mencampuri sesuatu hal dll; b) turut menyiapkan sesuatu pekerjaan dll; c) turut memberikan pertolongan (kpd orang miskin dll);
~ tangga a) turun melalui tangga; b) bertingkat-tingkat (pangkat, tinggi, umur, dll) dan hanya sedikit sahaja bezanya; c) Sr istiadat membawa pengantin laki-laki turun dan naik tangga sebanyak tiga atau tujuh kali (oleh pihak pengantin perempuan);
~-temurun = ~-menurun berpindah-pindah drpd bapa kpd anak, drpd anak kpd cucu dan seterusnya, drpd nenek moyang turun kpd anak cucu dll;



KOSA KATA 1 - tuna

KOSA KATA 1
tuna- (Sankrit) awalan asing tidak mempunyai,
1.     tunaaksara Jw tidak dapat membaca dan menulis, buta huruf.
2.     tunabusana Jw tidak memakai pakaian (bkn bangsa-bangsa yg masih terlalu rendah peradabannya).
3.     tunaanggota cacat anggota
4.     tunakarya Id tidak mempunyai pekerjaan, tidak bermata pencarian, menganggur.
5.     tunakerna pekak, tuli;
6.     tunanetra (tunanĂ©tra) Jw buta.
7.     tunapidana penjara.
8.     tunasusila Jw tidak bersusila; wanita ~ perempuan jalang, perempuan lacur, pelacur.
9.     tunatertib pengacau;
10.            tunawicara Jw tidak dapat bercakap, bisu.
11.            tunawisma Jw tidak mempunyai tempat tinggal (rumah) yg tetap, gelandangan.


JENIS-JENIS TAHI

JENIS-JENIS TAHI
~ air sampah sarap yg mengapung di atas air;
~ angan orang yg suka mengelamun;
~ angin a) awan tipis yg ditiup angin; b) bp borak, obrol, sembang;
~ arak orang yg suka dan kuat minum arak;
~ besi karat pd besi; 
~ betina lelaki yg suka berzina;
~ bijih sanga, terak;
~ bintang benda yg kelihatan berkilau spt bintang dan melayang di angkasa utk beberapa ketika;
~ candu a) kotoran yg melekat pd paip penghisap candu; b) orang yg gemar menghisap candu;
~ gergaji serbuk drpd kayu yg digergaji;
~ gigi kotoran yg di celah-celah gigi;
~ hidung hingus kering dlm hidung;
~ ketam sisa kayu yg diketam, tatal;
~ kikir serbuk drpd besi yg dikikir;
~ kuku kotoran hitam di celah-celah kuku;
~ lalat a) tanda hitam bulat pd kulit; b) bintik-bintik hitam pd pakaian;
~ mata kotoran pd mata;
~ minyak a) kerak minyak (kelapa); b) Jh orang yg suka berbohong;
~ rokok orang yg suka (kuat) menghisap rokok;
~ telinga kotoran dlm telinga;
~ tembaga karat yg melekat pd tembaga, terusi; 

TAHAN DAN JENIS-JENISNYA

tahan I
1. tidak berubah keadaannya, tidak lekas rosak (luntur, berubah, dll): perkakas itu kalau dijaga dgn baik akan ~ bertahun-tahun;
2. sanggup menderita sesuatu, tabah menanggung (kesusahan dll): orang kampung tidak ~ lagi hidup menderita selama-lamanya;
3. dapat menguasai dirinya, betah: mereka hendaklah ~ menyimpan rahsia;
4. tidak mudah jemu (kasihan dll), kuat menguasai perasaan, tidak lekas jijik dll: mana ~ makan ubi tiap-tiap hari;
5. mencukupi, memadai (pd makanan, bekalan, dll): beras ini ~ utk seminggu;
6. tidak roboh (runtuh), kuat: bahagian hadapannya ditopang dgn dua batang kayu besar supaya ~ dan tidak tumbang terus;
7. lebih baik, bertambah baik (drpd sakit), sihat sedikit: semalam Bibah ni demam, ini dah ~ sedikit;

JENIS-JENIS TAHAN
~ air tidak dapat dimasuki atau dirosaki air, kalis air, kedap air;
~ api tidak boleh terbakar, kalis api;
~ besi (peluru, tembak) tidak lut senjata, kebal;
~ cuci tidak turun warna (apabila dicuci);
~ gelombang (ombak) dapat belayar dgn baik (tidak oleng);
~ harga tetap harganya (tidak turun harganya);
~ hati cekal atau teguh hati;
~ hina tidak lekas marah apabila dihina;
~ kias tidak lekas menjadi marah apabila disindir;
~ kulit Jh tidak lut senjata;
~ lama tidak lekas rosak atau busuk;
~ lapar kuat berlapar;
~ lasak a) kuat dan cekap membuat kerja; b) teguh, awet (pakaian);
~ palu (pukul) tidak sakit jika dipukul;
~ sabar sabar, tidak pemarah;
~ sesah tidak turun warna;
~ tangan tidak sakit kena pukul;
~ tonggak Mn ditanggung oleh tonggak;
~ uji a) boleh diuji; b) terbukti kebaikannya (keelokannya dll);


TUA DAN JENISNYA

TUA
tua I
1. sudah lama hidup, sudah lanjut usia (tidak muda lagi), sudah berumur: ibunya sudah ~, sudah berumur 60 tahun; anak dara ~ anak dara yg agak lanjut umurnya; bujang ~ teruna yg agak lanjut umurnya; hari (masa) ~ masa ketika umur sudah lanjut; orang ~ a) orang yg sudah lanjut usianya; b) ayah; c) ibu bapa; d) kepala keluarga; orang ~-~ orang yg dianggap sudah lanjut usianya dan luas pengetahuannya;
2. lebih umur (drpd): ia ~ tiga tahun drpd adiknya; kakak ~ kakak sulung; mak ~ saudara perempuan ibu atau bapa kita yg tua sekali; pak ~ saudara laki-laki ibu atau bapa kita yg tua sekali; saudara ~ saudara yg umurnya lebih drpd umur kita;
3. sudah lama (lwn baru), sudah ada sejak masa lampau (dahulukala), kuno: saya sudah ~ di dlm kesatuan ini; Bandar Melaka sebuah bandar yg ~; barang-barang ~ lama (sudah dipakai); besi ~ a) besi yg sudah lama (sisa barang-barang; b) besi yg mempunyai tuah atau khasiat; faham ~ faham lama (lwn faham baru atau moden); harta ~ harta pusaka (warisan);
4. = tua-tua ki kepala, pemimpin, penghulu (orang yg tua yg dianggap berpengetahuan dan berpengalaman): ~ kampung ini menjalankan undang-undang adat sbg seorang pengadil mahkamah; ~ dagang Id kepala pedagang; ~ kampung penghulu kampung; ~ rumah kepala keluarga (isi rumah);
5. ki sudah larut (malam): malam sudah ~ dan keadaan di bandar makin sunyi;
6. bertuah, berkhasiat (bkn senjata lama dll): wali ~nya masih kukuh terselit di pinggang; 7. sudah hampir masak dan boleh dipetik (buah-buahan dll): jangan dipetik buah itu kerana belum cukup ~ ;
8. sudah mendidih atau masak (air, minyak, dll): biarkan minyak itu ~ dahulu baru dimasukkan ikan ke dlm kuali;
9. agak kehitam-hitaman (lwn cerah), pekat (warna): biru ~ ; merah ~ ; warna ~ warna yg tidak cerah;
10. baik mutunya, hampir tulen (emas): emas ~;

JENIS-JENIS TUA
~ bangka = ~ bengkok bk (orang yg) sangat tua (tetapi buruk perangainya);
~ cendawan orang yg berumur tetapi tidak bijak;
~ ganyut sangat tua;
~ kejemur Jk, bk (orang yg) sudah tua (tetapi bodoh atau berperangai buruk);
~ keladi a) orang yg tua tetapi tidak sedarkan diri (berperangai buruk, gila perempuan, dll); b) Kl orang tua yg mempunyai banyak anak;
~ kotai (orang yg) sangat tua;
~ kutuk bk = ~ lara orang tua yg buruk perangainya;
~ leler = ~ lontok = ~ renta (orang yg) sangat tua dan lemah;
~ nipah Kl (orang yg) tua dan bodoh;
~ nyanyuk sudah tua dan bercakap yg bukan-bukan;
~ teberau Kl (orang yg) sangat tua dan lemah otaknya;
~ tebu (orang yg) semakin tua semakin cergas;


Monday, November 10, 2014

JAWABAN LATIHAN KERANCUAN BAHASA

PERKATAAN YANG SERING DIEJA SALAH


SALAH
BETUL
SALAH
BETUL
adigan
adegan
ajenda
agenda
aiduladha/iduladha
aidiladha
aidulfitri
aidilfitri
anggerek
anggerik
anika
aneka
arina
arena
bharu/bahru
baru/baharu
bagitu
begitu
bagini
begini
bena
bina
beda
beza
bioloji
Biologi
Bumiputra
Bumiputera
catit/catet
catat
citak
cetak
cokelat
coklat
dailog
dialog
definasi
definisi
deraf
draf
derama
drama
ekspot
eksport
faktur
faktor
fardhu
Fardu
fokas
fokus
foram
forum
geraf
graf
gerafik
grafik
gered
gred
hafal/hafas
hafaz
hewan
haiwan
hipotisis
hipotesis
honorariam
honorarium
ide
idea
igama/ugama
agama
impot
import
inspektar/inspekter
inspektor
institiut
institut
insuran
insurans
istihar
isytihar
istirehat
istirahat
isya
isyak
jawaban
jawapan
jeket
jaket
jenderal
jeneral
jenerasi
generasi
Jernal
Jurnal
Jeometri/jeologi
Geometri/geologi
jimnasium
gymnasium
jumaah
jemaah
justru
justeru
karena
kerana
katun
kartun
kawin
kahwin
kebel
kabel
keciwa
kecewa
kedet
kadet
kelasik
klasik
kelinik
klinik
kemarin
kelmarin
kerinting
Keriting
Keritik
Kritik
Kesah
Kisah
Kewajiban
Kewajipan
Kiju
Keju
Klas
Kelas
Kobis
Kubis
Komidi
Komedi
Kominis
Komunis
Komplek
Kompleks
Kondakter
Konduktor
Kongkerit
Konkrit
Konterk
Kontrak
Kopon/kupun
Kupon
Koram/korum
Kuorum
Lapur/lapuran
Lapor/laporan
Lakun/lakunan
Lakon/lakonan
Letrik
Elektrik
Lojik
Logik
Majallah
Majalah
Maksima/minima
Maksimum/minimum
Masaalah
Masalah
Masyhor/masyur
Mashyur
Matalamat
Matlamat
Mau
Mahu
Menafaat/munafaat
Manfaat
Salah
Betul
Salah
Betul
Menasabah
Munasabah
Mertabak/murtabak
Martabak
Mistri
Misteri
Muhibbah
Muhibah
Music
Muzik
Naskah
Naskhah
Nekmat
Nikmat
Nenas
Nanas
Obat
Ubat
Odit
Audit
Oditorium
Auditorium
Oksijan
Oksigen
Otomatik
Automatik
Otomobil
Automobil
Overderaf
Overdraf
Paspot
Passport
Pehak
Pihak
Pelupur
Pelopor
Perabut
Perabot
Peramugara
Pramugara
Pereksa
Periksa
Perojek
Projek
Peroses
proses
Pesaka
Pusaka
Plan
Pelan
Pragawan
Peragawan
Profail
Profil
Profesyen/professsion
Profesion
Putra/putri
Putera/puteri
Rahasia
Rahsia
Raksaksa
raksasa
Resmi
Rasmi
Sabsidi
Subsidi
Saikologi
Psikologi
Samudra
Samudera
Saperti
Seperti
Satai/satay/sateh
Sate
Sehat
Sihat
Sekelian
Sekalian
Sekerip
Skrip
Sekim
Skim
Selesma
Selesema
Semerta
Serta-merta
Serbanika
Serbaneka
Setesen
Stesen
Setok
Stok
Setor
Stor
Siksa
Seksa
Simbolis
Simbolik
Siviks
Sivik
Statis
Statik
Skendal
Skandal
Sutra
Sutera
Suwasta
Swasta
Syed
Sayid
Taligram
Telegram
Taugeh
Tauge
Taukeh
Tauke
Tauladah
Teladan
Telex
Teleks
Teket
Tiket
Teknoloji
Teknologi
Testail
Tekstil
Tempeh
Tempe
Thema
Tema
Theory
Teori
Tisis
Tesis
Trajedi
Tragedi
Tulin
Tulen
Tunton
Tuntun
Tunton
Tonton
Uang
Wang
Ujud
Wujud
Ulit
ulet
Vokesyenal
Vokasional
Warong
warung
Yaitu
Iaitu
Yunit
Unit
Zohor
Zuhur