Monday, February 11, 2013

BINA AYAT 2

Tulis ayat dengan menggunakan perkataan yang di bawah dengan menunjukkan maksud yang jelas. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, dan menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
1. Merebus
Maksud : memasak sesuatu dlm air mendidih
Contoh ayat :
Emak sedang merebus ubi kayu untuk dibuat kuih.
2. Menjerang
Maksud : merebus atau mendidihkan air
Contoh ayat :
Sebelum kita membuat sebarang minuman panas, kita perlulah menjerang air terlebih dahulu.
3. Mengukus
Maksud : memasak atau memanaskan sesuatu dgn wap air panas
 Contoh ayat:
Siti sedang mengukus pulut di dapur.
4. Memanggang
 Maksud :memasak sesuatu di atas bara api
 Contoh ayat :
Mereka sedang memanggang ayam di atas bara api itu.
5. Menggoreng
 Maksud : memasak dlm kuali yg dibubuhi minyak atau tidak
 Contoh ayat :
Selepas menggoreng ikan, adik membuat sambal pula.
6. Menguli
 Maksud : meramas-ramas dan menekan-nekan (adunan roti, kuih, dsb) dgn tangan utk menyebatikannya
 Contoh ayat :
Pekerja itu sedang menguli tepung untuk membuat roti canai.
7. Mencanai
 Maksud : meratakan atau menipiskan adunan kuih dgn tangan atau penggelek.
 Contoh ayat :
Pak Abu mencanai roti yang telah diulinya untuk dijadikan sarapan.
8. Merisik
Maksud : mengirim orang utk menyiasat latar belakang seseorang perempuan
Contoh ayat :
Ali telah menghantar rombongan untuk merisik Siti pada bulan lepas.
9. Meminang
Maksud :Meminta atau melamar  seseorang perempuan menjadi isteri
Contoh ayat :
Rombongan meminang Siti bagi pihak Ali akan datang pada minggu depan.
 10. Bertunang
Maksud : mengikat janji utk menjadi suami isteri
Contoh ayat :
Pasangan Ali dan Siti akan bertunang selama setahun sebelum melangsungkan perkahwinan.
 11. Berkahwin
Maksud : mendirikan rumah tangga; bernikah
Contoh ayat:
Setelah cukup segala persiapan, Ali dan Siti pun berkahwin dalam suatu majlis besar-besaran.
 12. Bersanding
Maksud: duduk bersebelah-sebelahan
Contoh ayat :
Dalam majlis perkahwinan itu, Siti dan Ali duduk bersanding di atas pelamin yang indah.

No comments:

Post a Comment