Monday, February 25, 2013

KESALAHAN UMUM TATABAHASA



BAHASA MELAYU KERTAS 1
GARIS PANDUAN PEMERIKSA


A.        CARA PEMERIKSAAN

BAHAGIAN A

Pemeriksaan secara holistik berpandukan kriteria penskoran yang ditetapkan

Isi / idea – 3 isi / idea penting (tidak termasuk pendahuluan & penutup) dan mesti berdasarkan tugasan yang diberi.

Karangan mesti ditulis dalam jumlah yang ditetapkan (antara 200 – 250 patah kata).

Karangan yang tidak memenuhi panjang yang ditetapkan tidak boleh dimasukkan pada tahap cemerlang.

Kesalahan ejaan tidak dipotong markah.




PEMERIKSA HENDAKLAH MEMBERI KOMEN:

Bagi peringkat cemerlang – idea sahaja
Bagi peringkat baik, memuaskan dan kurang memuaskan – bahasa dan idea sahaja
Karangan yang tiada kata-kata puitis seperti peribahasa, kata-kata hikmat, cogan kata
 dan lain-lain – markah maksimum 25 sahaja.




BAHAGIAN B:

Isi – bergantung kepada bilangan perkataan dan markah yang ditetapkan (minimum 3 isi / idea penting)
Pemeriksaan secara impression berpandukan panduan ditetapkan Jika karangan:
a.  Kurang 350 patah kata, pemeriksa seperti biasa.
b.  Terlalu panjang – periksa seperti biasa sehingga ke akhir karangan.
     Kesalahan format hendaklah ditolak maksimum 2 markah.
     Kesalahan ejaan hendaklah ditolak ½ markah dan pemotongan markah ejaan keseluruhan maksimum 3 markah sahaja.
    Tiada pemotongan markah ejaan bagi kesalahan  berulang.
     Markah bersih/muktamad hendaklah ditulis di penjuru atas sebelah kanan halaman pertama karangan.





Contoh                                                                                                                                                      :    Bahagian A   : 25 Markah                                                                                                                            

            Bahagian B   : 65 Markah
           
           Jumlah           : 90 Markah
                
Komen diberi sekiranya perlu pada karangan yang diperiksa.
Cara menanda kesalahan isi, ejaan dan tanda baca:

(       )               = Kesalahan isi

____                = Kesalahan bahasa, rangkai kata dan perkataan

/                       = Kesalahan ejaan dan huruf besar

//                      =Kesalahan ejaan yang berulang
 

=Kesalahan tanda baca.





































PERATURAN PEMARKAHAN KERTAS 1


BAHAGIAN A: Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan


(30 markah)

KRITERIA PENSKORAN


PERINGKAT


MARKAH

KRITERIA

Cemerlang







26 – 30


Atas
(28  -  30)


Bawah

(26  -  27)

  • Karangan menepati tema bahan rangsangan

  • Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat.Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru. Penggunaan kosa kata luas dan tepat.

  • Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang digunakan bervariasi dan menggunakan ungkapan yang menarik (peribahasa, slogan, kata-kata ucapan).

  • Idea relevan dengan tema bahan rangsangan dan dihuraikan dengan jelas dan matang.


Kepujian

20  -  25



Atas
(23  -  25)


Bawah
(20  -   22)

  • Karangan menepati tema bahan rangsangan.

  • Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru. Penggunaan  kosa kata luas.

  • Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang digunakan bervariasi.


  • Idea relevan dengan tema bahan rangsangan dan dihuraikan dengan jelas.

















Memuaskan


15 – 19






Atas
(17  -  19)


Bawah

(15  -  16)


  • Karangan masih menepati bahan rangsangan.



  • Bahasa masih gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan tanda baca masih betul dan tepat.Penggunaan kosa kata umum.

  • Ejaan masih mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru.

  • Wacananya masih lengkap. Unsur bahasa masih bervariasi.

  • Idea masih relevan dengan tema bahan rangsangan. Huraian idea masih jelas.









Kurang Memuaskan

10   -   14



Atas
(12  -  14)


Bawah
(10  -  11)


  • Karangan kurang menepati tema bahan rangsangan.

  • Bahasa kurang gramatis dari segi kata dan ayat.Kesalahan-kesalahan  tatabahasa ketara. Penggunaan kosa kata terhad.

  • Ejaan masih mengikuti Sistem Ejaan Rumi Baru tetapi terdapat kesalahan ejaan yang ketara.

  • Wacana kurang lengkap. unsur bahasa kurang bervariasi.


  • Idea kurang relevan dengan tema bahan rangsangan dan huraiannya kurang jelas.






Pencapaian Minimum

01  -  09


Atas
(06  -  09)


Bawah
(01  -  05)


  • Calon tidak menunjukkan penguasaan kemahiran menulis.

  • Banyak kesalahan bahasa dari segi kata dan ayat.

  • Idea tidak menepati bahan rangsangan.









                                                            
Bahagian B: Karangan Respons Terbuka
( 100 markah )

KRITERIA


KRITERIA


DESKRIPSI

1. BAHASA
( Mekanis )


  • Kegramatisan -    kata ( morfologi )
                                          sintaksis ( ayat )
  • Tanda baca
  • Ejaan


2. LARAS
( Dinamis )


  • Pemilihan kosa kata


3. IDEA ( ISI )


§  Tema
§  Isi utama
§  Pengembangan (huraian/ bahasa/ hujahan/ contoh)
§  Releven



4. PENGOLAHAN


  • Wacana
  • Logik
  • Pemerengganan
  • Format


5. GAYA BAHASA

  • Keindahan bahasa
  • Ungkapan
  • Peribahasa


















KRITERIA PENSKORAN


PERINGKAT

MARKAH

KRITERIA










CEMERLANG

80 – 100





( 90 – 100 )

( 80 – 89 )

  • Penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat.
  • Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang  gramatis
  • Ejaan dan tanda baca betul.
  • Laras bahasa sesuai dengan tugasan.
  • Penggunaan kosa kata luas dan tepat.
  • Idea relevan mengikut tugasan, dihuraikan dengan jelas dan matang, disertakan dengan contoh yang sesuai.
  • Pengolahan menarik dan berkesan serta pemerengganan sesuai.
  • Wacana lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang jelas antara perenggan.
  • Penggunaan unsur bahasa bervariasi.
  • Gaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa.









KEPUJIAN

66 – 79





( 73 – 79 )

( 66 – 72 )


  • Penggunaan pelbagai jenis kata sesuai.
  • Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum.
  • Ejaan dan tanda baca masih betul.
  • Laras bahasa yang sesuai mengikut tugasan.
  • Penggunaan kosa kata umum.
  • Idea relevan mengikut tugasan, huraian isi masih jelas dan contoh masih sesuai.
  • Pengolahan masih menarik, dan pemerengganan masih sesuai.
  • Wacana masih lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang jelas antara perenggan.
  • Penggunaan unsur bahasa masih bervariasi.
  • Gaya bahasa masih menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan menarik (peribahasa, pantun, cogan kata)



BAIK


51 – 65

( 58 – 65 )







( 51 – 57 )

  • Penggunaan pelbagai jenis kata sesuai.
  • Penggunaan ayat majmuk gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum.


  • Ejaan dan tanda baca masih betul.
  • Laras bahasa sesuai mengikut tugasan.
  • Penggunaan kosa kata umum.
  • Idea masih relevan mengikut tugasan, huraian isi

masih jelas dan contoh masih sesuai.
  • Pengolahan masih menarik, dan pemerengganan masih sesuai.
  • Wacana masih lengkap
  • Penggunaan unsur bahasa masih bervariasi.
  • Gaya bahasa kurang menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan kurang berkesan.









MEMUASKAN



36 – 50




( 43 – 50 )

( 36 – 42 )


  • Penggunaan pelbagai jenis kata terhad.
  • Ayat kurang gramatis.
  • Ejaan dan tanda baca betul tetapi terdapat kesalahan yang minimum.
  • Laras bahasa kurang sesuai.
  • Penggunaan kosa kata umum dan terhad.
  • Idea masih relevan mengikut tugasan, huraian isi kurang jelas dan contoh kurang sesuai.
  • Pengolahan kurang menarik, pemerengganan kurang sesuai.
  • Wacana masih / kurang lengkap.
  • Penggunaan unsur bahasa kurang bervariasi.
  • Gaya bahasa kurang menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan kurang berkesan.


KURANG MEMUASKAN


21 – 35

( 28 – 35 )

( 21 – 27 )


  • Penggunaan kata kurang tepat.
  • Ayat tidak gramatis tetapi masih difahami.
  • Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara.
  • Idea masih relevan / idea bercampur aduk dan huraian tidak jelas / tidak berkembang dan contoh tidak sesuai.
  • Pengolahan tidak menarik.
  • Wacana tidak lengkap dan binaan perenggan tidak seimbang.
  • Unsur bahasa tidak bervariasi.
  • Gaya bahasa dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan lemah.















                                                        

                                                          CADANGAN JAWAPAN           

                                                                   (BM 1- 1103/1)

                                                     
                                                                    BAHAGIAN A



TUGASAN: Sebab –sebab berlakunya kes penderaan dalam kalangan kanak-kanak.

Cadangan idea.

i.              Manusia sudah hilang sifat kemanusiaan.

ii.             Manusia sudah tidak mengamalkan nilai moral dan nilai sivik.

iii.            Tidak mengamalkan ajaran agama / cetek pengetahuan tentang agama.

iv.           Tidak takut akan balasan tuhan atau hari pembalasan.

v.            Manusia bersikap mementingkan diri sendiri dan tidak peka kepada masyarakat sekeliling .

vi.           Hukuman tidak berat dan tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.



Kemungkinan: Calon mengemukakan idea-idea yang lain berkaitan sebab-sebab berlakunya kes penderaan kanak-kanak (diterima). 





  















CADANGAN SKEMA JAWAPAN BAHASA MELAYU KERTAS 1


BAHAGIAN B

SOALAN 1

Disiplin diri merupakan faktor penting untuk melahirkan pelajar yang cemerlang.  Jelaskan kepentingan disiplin diri kepada pelajar.

Tugasan  :  Kepentingan disiplin diri kepada pelajar

Format                              :  Tiada

Cadangan idea                 :    
i.              Berjaya dengan cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum                 
ii.             Memiliki sahsiah diri yang terpuji
iii.            Menjadi idola / contoh kepada orang lain / pelajar lain
iv.           Menjadi inspirasi rakan-rakan / sumber rujukan
v.            Sentiasa patuh pada arahan dan nasihat
vi.           Menjadi seorang yang kreatif dalam menyelesaikan masalah
vii.          Sentiasa berfikiran positif dan optimis
viii.                                 Bahagia di dunia dan di akhirat.         


SOALAN 2
Selaku pegawai kesihatan daerah, anda telah dijemput untuk menyampaikan ceramah tentang peranan ibu bapa bagi melahirkan keluarga yang sihat.
Tuliskan ceramah itu selengkapnya.

Tugasan                                 :  Peranan ibu bapa bagi melahirkan keluarga yang sihat.

Format                                   :  Ceramah

Cadangan idea                       : i.  Menyediakan makanan seimbang
ii.  Melakukan aktiviti riadah bersama-sama
iii.  Menggalakkan anak-anak membawa bekal ke sekolah .
iv. Mendidik anak-anak tentang amalan kebersihan diri dan     persekitaran.
v.Menasihat dan memastikan anak-anak tidak terlibat dalam gejala merokok, pengambilan dadah dan alkohol.
vi.Memastikan diri dan anak-anak sentiasa menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala.
vii.Memilih tempat tinggal yang sesuai – tersusun / bersih / ada landskap menarik.

Markah ditolak  jika:               Tiada kata penghadap majlis – tolak 1 markah
                                               Tiada kata penegasan (tuan-tuan/puan-puan) – tolak 1 markah
                                               Tiada penutup – tolak 1 markah

Maksima tolak markah           2 markah

SOALAN 3

Kerajaan telah berusaha untuk memajukan industri kraft tangan yang semakin dilupakan oleh rakyat Malaysia.
Huraikan langkah-langkah yang telah diambil untuk meningkatkan industri ini di negara kita.

Tugasan                             :  Langkah-langkah untuk meningkatkan industri kraft tangan di negara kita.

Cadangan idea                    :  i .Mengadakan Hari Kraft Kebangsaan sebagai pengiktirafan
                                               ii. Menubuhkan Perbadanan Kemajuan KraftTangan Malaysia
                                               iii. Mengawal kualiti mutu hasil kraft tempatan
                                               iv. Membangunkan bidang penyelidikan
                                               v.  Kempen – dalam dan luar negara


Kemungkinan                      :    Calon menulis langkah yang boleh dijalankan : diterima
                                                - Markah maksima 64

SOALAN 4
Wabak ILI dan H1N1 merupakan penyakit berjangkit yang berlaku di seluruh dunia sejak akhir-akhir ini. Penyakit ini telah menimbulkan pelbagai kesan terhadap kesihatan penduduk dan ekonomi sesebuah negara.
Jelaskan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk mengatasi penularan wabak tersebut..

Tugasan                          :   Usaha-usaha mengatasi wabak H1N1

Cadangan idea                 i. Pesakit dikuarantin daripada orang awam supaya tidak berjangkit.
                                         ii.Tidak mengunjungi negara-negara yang dilanda penyakit tersebut
                                         iii. Menyekat kemasukan pelancong asing dari negara terlibat  daripada memasuki  Malaysia       
                                         iv.Menyediakan vaksin/ubat-ubatan yang sesuai untuk ketahanan tubuh badan melawan penyakit.
                                         v. Memusnahkan vektor/punca penyakit
                                         vi.Kajian saintifik untuk mencari ubat yang sesuai agar manusia mempunyai daya tahan melawan penyakit
                  
Kemungkinan  :  Tiada


SOALAN 5
Anda telah meminjam sebuah novel dari pusat sumber sekolah dan mendapati novel tersebut amat menarik.
Ulaskan aspek-aspek menarik yang terdapat dalam novel yang telah anda baca itu.

Tugasan                              :  Aspek-aspek menarik dalam novel
Cadangan idea                   i.  Menulis sinopsis
                                            ii. Tema dan persoalan – menarik dan bersesuaian dengan diri calon 
                                               sebagai pelajar / remaja
                                            ii. Gaya bahasa – menarik, mudah difahami, indah, diksi sesuai.                                        
                                           iii. Penggunaan teknik plot yang berkesan : suspen, imbas kembali,
                                                monolog dalaman, dialog dan sebagainya
                                           iv. Terdapat unsur nilai murni dan pengajaran yang boleh diteladani
v. Watak dan perwatakan yang sesuai/sifat watak yang menarik dan boleh dicontohi