NOTA PROSA TRADISIONAL
|
Tema
|
Persoalan
|
Watak
|
Latar
|
Plot
|
Nilai
|
Pengajaran
|
Pelayaran yang penuh peristiwa
|
Kelebihan dan kehebatan anak raja
Awang Sulung
Merah Muda digambarkan memiliki kelebihan dan kehebatan seperti boleh
menggerakkan geliung tanpa memegang kemudi, menenangkan air laut dengan
mecmpakkan tulang pelanduk putih, menukarkan air laut yang masin menjadi
manis, semasa ketibaan Awang Sulung ke
Negeri Pati Talak Terengganu, alat-alat kebesaran dan seluruh isi alam
berbunyi seolah-olah menyambutnya .
|
1.Persoalan cinta tidak mengenal rupa paras.
Tuan Puteri
Dayang Seri Jawa jatuh hati kepada Awang Sulung kerana melihat kelebihan yang
dimiliki oleh Awang Sulung walaupun ketika itu Awang Sulung comot dan hitam.
2.Persoalan perasaan dengki dan iri hati
Jurumudi sangat
dengki kepada Awang Sulung yang mendapat layanan yang baik daripada Tuan
Puteri Dayang Seri Jawa sehingga sanggup menyuruh Si Kembang Cina memberi
sisa-sisa nasi di dalam tempurung berbulu kepada Awang Sulung.
3.Persoalan kewibawaan dan pengaruh yang
kuat
Lanun-lanun
tidak berani menyerang geliung yang dinaiki Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
apabila mendengar suara Awang Sulung Merah Muda.
|
Watak Utama
Awang Sulung Merah Muda
*Berasal dari
Negeri Bandar Mengkalih
*Anak kepada
Tuanku Si Helang Laut
*Cucu kepada
Tuanku Si Helang Mawai
*Patuh kepada
peraturan - Dia meminta Bujang Selamat bertanyakan adat bergelanggang sebelum
menyabung ayam.
Watak Sampingan
Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
*Anak Tuanku
Nakhoda Tua
*Mengemudi
geliung setelah jurumudi pengsan
*Mudah
jatuh cinta - Jatuh hati kepada Awang Sulung Merah Muda setelah melihat
kelebihan dan kehebatan Awang Sulung
*Suka
menguji - dia menguji kelebihan Awang
sulung dengan menyuruhnya mengambil air
|
Masa
Siang dan malam
Sepanjang pelayaran menuju ke Tanah Jawa.
Tempat
Geliung panjang Tuan Puteri Dayang Seri
Jawa.
Si Kembang Cina memujuk Awang
Sulung untuk menjaga kemudi geliung panjang itu.
Masyarakat
Masyarakat
golongan bawahan yang bekerja untuk raja.
Anak-anak kapal geliung panjang
Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.
|
Binaan Plot.
Peristiwa-peristiwa dalam cerita ini dijalin secara kronologi.
1.
Pada bahagian pengenalan atau eksposisi, Tuan Putri Dayang
Seri Jawa sedang mengemudi geliung panjangnya. Dian meminta bantuan Awang
Sulung yang berkeadaan hitam kerana anak-anak kapal yang lain mabuk dan tidak
sedar diri.
2.
Plot terus berkembang dengan pelbagai peristiwa yang
menujukkan kelebihan dan kesaktian Awang Sulung semasa dalam pelayaran.
3.
Pada bahagian perumitan, kumpulan lanun
menyerang geliung panjang Tun Puteri Dayang Seri Jawa itu.
4.
Plot mencapai tahap puncak dan klimaks apabila Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
memarahi ayahandanya.
5.
Pada bahagian peleraian, Tuanku Nahkota Tua
mengahwinkan Tuan Puteri Seri Jawa dengan Awang Sulung. Mereka kemudiannya
meneruskan perjalanan hingga ke Negeri Pati Talak Terenganu dan singgah di
sana.
Teknik plot
*Teknik pemerian
Pengarang memerihalkan keadaan di dalam geliung Tuan
Puteri Dayang Seri Jawa. Contohnya; Geliung panjang kenaikan Tuan Puteri
Dayang Seri Jawa meluncur laju merendah lautan dalam bagai pucuk dilancarkan,
bagai kumbang putus tali.
|
1.
Nilai merendah diri – contohnya Awang Sulung yang berketurunan raja
sanggup menyamar sebagai budak hitam yang comot
2. Nilai keyakinan – contoh Tuan
Puteri Dayang Seri Jawa sanggup mengambil alih mengemudi kapal sewaktu
jurumudi pengsan
3.
Nilai berani – contoh Awang Sulung berani menentang lanun yang cuba
menyerang geliung kenaikan Tuan puteri Dayang Seri Jawa.
|
*Kita hendaklah
sentiasa merendah diri di mana-mana sahaja kita berada supaya kita akan
dihormati.
*Kita hendaklah
berani menghadapi pelbagai rintangan demi mencapai matlamat.
*Kita hendaklah
bijak agar dapat menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul.
* Kita hendaklah berani menghadapi
pelbagai rintangan
* Kita janganlah suka meninggi diri dan
bangga akan darjat keturunan.
* Kita hendaklah bijak
menyelesaikan masalah yang timbul.
* Kita hendaklah menyayangi
sasama insan dan tidak berdendam.
* Kita hendaklah sanggup menerima
kebenaran dan tidak mudah diperdayakan.
* Kita hendaklah mengutamakan
kehidupan bermasyarakatan.
|
Merah Silu
|
Ketabahan seorang anak raja dalam menghadapi
cabaran hidup.
Merah Silu
menjadi yatim piatu setelah kematian
kedua-dua ibu bapa dan terpaksa merantau dengan adiknya Merah Hasum
meninggalkan Semerlanga dan membuka petempatan baru di Beruana. Merah Silu
terpaksa berpindah lagi kerana
sikapnya tidak disenangi oleh adiknya. Dia berpindah ke Hulu Karang
tetapi tidak disukai oleh penduduk di situ kerana kerbau-kerbaunya telah
merosakkan tanaman mereka. Merah Silu menetap pula di Buluh Telang apabila
dipelawa oleh Megat Iskandar. Merah Silu menghadapi beberapa peperangan
dengan Sultan Maliku’l-Nasar sehingga dia dirajakan di Rimba Jerun.
|
1.Persoalan perselisihan antara adik-beradik
Perselisihan
faham antara Merah Silu dengan Merah Hasum kerana tindakan Merah Silu yang menangkap kerbau liar tidak
disukai oleh Merah Hasum dan dianggap memalukannya.
2.Persoalan perkara di luar logik akal
Keistimewaan
seseorang keturunan raja digambarkan dengan peristiwa aneh misalnyanya cacing
gelang-gelang yang direbus oleh Merah Silu bertukar menjadi emas dan buihnya
menjadi perak.
3.Persoalan keberanian anak raja
Merah Silu
menghadapi beberapa peperangan dengan Sultan Maliku’l-Nasar sehingga dia
dirajakan di Rimba Jerun.
|
Watak Utama
Merah Silu
*Anak sulung
Merah Gajah dengan Puteri Betong
*Mempunyai
saudara bernama Merah Hasum
*Menjadi yatim
piatu sejak kecil setelah kematian ibu dan ayahnya
*Kaya - Cacing gelang-gelang yang direbusnya
bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi perak.
*Suka menyabung
ayam – Ramai juara sabung ayam datang bermain menyabung dengan Merah Silu.
Watak Sampingan
Merah Hasum
*Adik kepada Merah
Silu
*Menghormati
saudara- Dia bersetuju dengan pandangan Merah Silu untuk berpindah dari
negeri Semerlanga.
*Tidak suka
perkara sia-sia- Dia marahkan Merah Silu kerana menangkap kerbau liar.
|
Masa
Waktu malam
Semasa Puteri Betong tidur dan Merah Gajah
mencabut sehelai rambut Puteri betong yang berwarna keemasan menyebabkan
kematiannya.
Tempat
Rimba Jerun
Peperangan antara Sultan Maliku”l-Nasar
dengan Merah Silu. Selain itu, Merah Silu menjadi raja di sini setelah Sultan
Maliku’l-Nasar ditewaskan oleh Megat Iskandar di Kumat.
Masyarakat
Masyarakat yang suka menyabung ayam - Ramai juara sabung ayam datang bermain
menyabung dengan Merah Silu.
|
.Binaan Plot.
1.
Peristiwa-peristiwa
dalam cerita ini terjalin secara kronologi.
2.
Pada bahagian pengenalan atau eksposisi, diceritakan tentang Merah Gajah
yang berkahwin dengan Puteri Bentong mangkat selepas sehelai rambut emas
dicabut oleh Merah Gajah dan peristiwa ini mencetuskan peperangan atara dua
buah negera.
3.
Plot terus berkembang apabila Merah sili dan Merah Hasum
keluar dari negeri asal mereka,Semerlangga kerana keluarga mereka sudah
porak-peranda.
4.
Pada bahagian perumitan,
Merah Silu keluar dari Beruana kerana adindanya tidak suka akan sikapnya yang
dikatakan suka melakukan kerja sia-sia.
5.
Plot mencapai kemuncak atau klimaks apabila Sultan Mliku’l-Nasar datang
ke negeri BuluhTelang dan menyerang Merah Silu setelah banginda dilantik
sebgai raja.
6.
Pada bahagian peleraian, Sultan
Maliku’l-Nasar kalah dalam peperangan tersebut. Baginda berundur ke Kumat
tetapi akhirnya diserang oleh Megat Iskandar,Teknik plot
*Teknik Pemerian
Pengarang memerihalkan kemarahan Raja Ahmad setelah
mengetuhai anakandanya, Merah Gajah mati dibunuh oleh Raja Muhamad.
Contohnya:
Sebaik mendengarkhabritu, Raja Ahmad menghempaskan
dirinya, mengoyak-goyak baju
|
1.
Nilai Taat Setia–
rakyat mematuhi perintah raja untuk berperang sehingga melibatkan banyak kehilangan nyawa.
2.
Nilai Murah Hati - Merah Silu menghadiahkan seekor kerbau
kepada setiap orang yang hadir ke gelanggang sabung ayam.
3.
NilaiKeberanian - - Merah Silu berani berperang menentang
Sultan Maliku’l-Nasar untuk menjadi raja di Rimba Jerun.
4.
NilaiBerdikari– Merah Silu keluar mencari petempatan baru
sendirian setelah dihalau oleh Merah Hasum.
|
*Kita hendaklah menyelesaikan
masalah yang timbul melalui rundingan bukannya peperangan.
*Kita hendaklah berani
mempertahankan maruah supaya hak kita tidak diganggu- gugat.
*Kita hendaklah menghormati tetamu.
*Kita janganlah menganiayai
binatang.
*Kita hendaklah menyelidik dahulu
sesuatu perkhabaran sebelum mengambil sebarang tindakan.
|
Hikayat Khoja Mainun
|
Nilai
etika yang harus diutamakan oleh golongan wanita terutamanya para isteri.
Cerita-cerita yang disampaikan oleh
Bayan berkisar tentang pentingnya kesetiaan seseorang isteri dan perlu memiliki etika yang murni untuk
menghindarkan daripada berlaku curang.
|
1.Persoalan kebijaksanaan melaksanakan
sesuatu tindakan.
Apabila melihat Bibi Zainab menghempas
burung tiung sehingga mati, bayan berpura-pura tidur.
2.Persoalan kecurangan seorang isteri
Semasa ketiadaan suami, Bibi Zainab jatuh
hati dengan anak raja.
3.Persoalan kewajipan menjalankan
tanggungjawab terhadap keluarga.
Khoja Maimun keluar berniaga untuk mencari
rezeki.
4.Persoalan kejujuran dalam sebuah
perhubungan
Isteri saudagar jujur terhadap suaminya
walaupun banyak lelaki cuba mendekatinya.
|
Watak Utama
Burung Bayan
*Bersaiz kecil
*Taat pada
tuannya – Burung Bayan cuba mengelakkan Bibi Zainab daripada berlaku curang
kepada tuannya Khoja Maimun.
*Pandai membuat
ramalan – Ramalan Burung Bayan bahawa akan datang kafilah untuk membeli
sanbal benar-benar terjadi.
*Bijak
bercerita – Cerita yang disampaikan Bayan menarik hati Bibi Zainab sehingga
dapat mengelakkannya daripada berlaku curang.
Watak Sampingan
Bibi Zainab
*Cantik
*Penyayang
terhadap suami – Dia ingin bersama-sama suaminya pergi berlayar.
*Curang – Dia
jatuh hati kepada putera raja dan ingin berjumpa pada waktu malam.
|
Masa
Waktu pagi
Bayan selesai
bercerita pada waktu pagi
Tempat
Negeri Ajam
Khoja Maimun
menetap di situ
Masyarakat
Masyarakat yang menurut hawa nafsu
Bibi Zainab tidak dapat menahan perasaan
berahinya
terhadap anak
|
Binaan Plot
1.
Pengenalan atau eksposisi,digambarkan oleh
Khoja Maimun dan isterinya Bibi Zainab bersiar-siar di pecan.
2.
Cerita mula berkembang apabila Khoja Maimun menyuarakan
hasratnya untuk pergi belayar yang bertujuan unuk mendapatkan kekayaan.
3.
Konflik bertambah rumit apabila Bibi
Zainab juga jatuh hati kepada anak raja.
4.
Puncak atau klimaks ceritanya adalah ketika Bibi Zainab
bersiap sedia hendak pergi ke istana anak raja itu.
5.
Pengakhiran cerita bayan cuba melalaikan Bibi
Zainab daripada bertemu anak raja.
Teknik Plot
*Teknik pemerian
Pengarang memerihalkan saat Khoja Maimun hendak
pergi belayar dan meninggalkan Bini Zainab.
*Teknik Dialog
Dialog antara Khoja Maimun dan penjual bayan.
|
1. Nilai kasih
sayang terhadap pasangan
Khoja Maimun menyayangi isterinya Bibi Zainab sepenuh hati.
2. Nilai ketaatan terhadap ketua
Taif begitu taat akan perintah Raja
Tabristan sehingga rela membunuh
anaknya.
3. Nilai
prihatin terhadap keluarga
Khoja Maimun
dan saudagar prihatin dengan tanggungjawab untuk mencari nafkah buat keluarga
|
1. Kita
mestilah patuh kepada perintah Allah agar dapat menghindarkan diri daripada
kemungkaran
2. Kita haruslah berusaha untuk mencari rezeki
buat keluarga agar kehidupan lebih sejahtera.
3. Kita
perlulah menyayangi ahli keluarga dengan sepenuh hati agar memperoleh kebahagian yang berkekalan.
4. Kita
mestilah bijak menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi agar tidak
mendatangkan kemudaratan.
|
Hikayat Indera Nata
|
Pengembaraan
Anak Raja Menempuh Pelbagai Cabaran
Indera Nata
mengembara mencari gajah bergading emas atas perintah ayahandanya, Raja Rom.
Pelbagai cabaran dihadapi dalam pengembaraan tersebut antaranya menemui
binatang buas di dalam hutan, mendaki bukit yang terlalu tinggi,
menyelamatkan tujuh orang puteri daripada tawanan raksasa, dan hampir
ditangkap dan dibunuh oleh raksasa.
|
1.Persoalan
keberanian dan kehebatan anak raja
*Indera Nata berani menentang binatang buas
dan menyelamatkan Indera Jenaka daripada dibaham binatang buas yang terdapat
di dalam hutan.
2.Persoalan
kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya
*Si Batu Kembar
memeluk dan mencium anaknya Indera Jenaka yang baru balik darpada mengembara.
3.Persoalan
kebijaksanaan untuk mendapatkan sesuatu dan menyelamatkan diri
*Tuan Puteri
Cendera Kesuma membuat helah dengan menyuruh raksasa mencari gajah bergading
emas sekiranya raksasa mahukan mereka cepat besar, tetapi sebenarnya dia
bertujuan membantu Indera Nata mendapatkan gajah bergading emas segera.
|
Watak
Utama
Indera Nata
·
Anak
kepada Raja Rom dan Tuan Puteri Cenderawati
·
Digelar
Si Piatu
·
Sangat disayangi oleh ibunya - Ibu Indera
Nata iaitu Tuan Puteri Cenderawati sangat bimbang dan bersedih ketika
menunggu kepulangan anaknya itu daripada mengembara.
·
Mempunyai
kesaktian – Indera Jenaka hairan melihat kelakuan Indera Nata yang boleh
bercakap dengan binatang.
·
Seorang
yang baik hati - Menyelamatkan tujuh orang puteri daripada tawanan raksasa.
Watak Sampingan
Tuan
Puteri Cendera Kesuma
·
Anak
Raja Mesir
·
Memiliki
rupa paras yang cantik
·
Menjadi
tawanan raksasa .
·
Petah
berkata-kata -Tuan Puteri bukan sahaja cantik malah pandai berkata-kata dan
berpantun.
·
|
Masa
Waktu pagi
Raksasa keluar mencari kijang putih
bertanduk emas.
Tempat
Sebuah bukit yang tinggi
Tempat tinggal sepasang raksasa suami isteri
di sebuah mahligai yang indah bersama-sama tujuh orang puteri yang ditawan.
Masyarakat
Golongan bangsawan
Raja
Rom, Tuanku Alam Syah, Tuan Puteri Cenderawati, Tuan Puteri Cendera Kesuma
|
|
·
Nilai Bijaksana – Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah
untuk melepaskan diri.
·
Nilai Keberanian–
Indera Nata berani masuk ke mahligai raksasa dan menyelamatkan tujuh
puteri.
·
Nilai Kasih Sayang – Tuan Puteri Cenderawati amat menyayangi
Indera Nata.
·
Nilai Tolong-menolong -
Indera Nata menyelamatkan tujuh puteri daripada tawanan raksasa dan Tuan Puteri Cendera
Kesuma membuat helah supaya raksasa mencari gajah bergading emas bagi
membantu Indera Nata.
|
·
1 Kita mestilah
berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu yang dihajati.
·
Kita mestilah
saling menyayangi antara satu sama lain supaya dapat hidup harmoni.
·
Kita hendaklah
bijak menyelesaikan masalah yang timbul.
·
Kita mestilah
menghargai budi yang diterima dan membalas dengan sebaik-baiknya.
·
Kita hendaklah
tolong-menolong antara satu sama lain.
|
No comments:
Post a Comment