Tuesday, October 16, 2012

karangan

Tema :Menghargai kasih sayang guru


Soalan Percubaan Kedah: 
Konsep Sekolah Penyayang berteraskan budaya kemesraan dan sayang menyayangi dalam kalangan guru dan murid.
Jelaskan cara-cara anda menghargai kasih sayang guru.
TEMA    : Menghargai kasih sayang guru
ARAH    : Cara
                Dalam mendepani era milennium pada abad ke-21 kini, dunia menyaksikan iktisad negara yang semakin pesat membangun seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Ekonomi negara yang semakin maju ibrata tenggelam sama basah, timbul sama hanyut dengan negara maju lain. Namun, dasawarsa ini generasi muda kurang menghormati guru sungguhpun golongan guru ibarat lilin yang yang sanggup membakar diri. Suffian Astauri ada menyatakan, menuntut ilmu lebih utama daripada solat sunat. Hal ini kerana , menuntut ilmu merupakan bekalan pahala kita di akhirat nanti. Surah Al-Baqarah ada menjelaskan, boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu perkara sedangkan perkara tersebut baik untukmu, boleh jadi kamu menyukai sesuatu perkara sedangkan perkara tersebut tidak baik untukmu. Hatta, tanpa guru tidak lahir golongan cerdik pandai yang mampu memimpin negara ke arah kecemerlangan. Oleh itu, Konsep Sekolah Penyayang yang berteraskan budaya kemesraan dan kasih sayang antara guru dan murid sewajarnya diterapkan di setiap sekolah. Rentetan itu, murid akan lebih menghargai  setiap ilmu yang dititiskan oleh guru. Malahan, terdapat pelbagai variasi uslub dan minhaj boleh diswadaya bagi menghargai golongan guru. Hal ini kerana, guru sentiasa menganggap murid sebagai benih yang baik dilemparkan ke darat menjadi permata yakut yang bersinar cemerlang, dilemparkan ke laut menjadi pulau penuh khazanah.
                Sudah terang lagi bersuluh, prakarsa yang afdal untuk menghargai kasih sayang guru adalah menghormatinya. Tamsilnya, kita mestilah memberi salam dan mengikuti arahan guru pada setiap masa. Hal ini kerana, guru ialah orang yang mencurahkan ilmu dan mengajar kita erti kehidupan tanpa mengenal jemu. Natijahnya, kita akan menjadi orang yang berpengetahuan luas dan bersedia menghadapi krisis kehidupan pada masa akan datang. Murid yang menghormati guru boleh dianalogikan seperti semut merah yang menghormati dan melindungi permaisurinya. Menurut Whittier, apabila kepercayaan terhadap guru hilang, maka matilah orang itu. Surah An Nahl ayat 125 ada menyatakan, serulah ke jalan Tuhan-Mu wahai Muhammad dengan hikmah dan pengajaran yang baik serta berbahaslah dengan cara yang terbaik. Hal ini bermakna, guru merupakan orang yang sepatutnya kita letakkan di tempat yang tinggi kerana agama Islam sendiri meletakkan guru sebagai insan selepas ibu dan bapa. Sekiranya pelajar di Malaysia menghormati guru-guru mereka , maka wujudlah suasana sekolah yang kondusif dan harmonis. Oleh itu, marilah kita menghormati guru yang mengajar kita supaya kita menjadi pelajar yang cemerlang dan berakhlak mulia.
               
                Peribahasa Melayu ada menyatakan, orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Oleh itu, sebagai murid, kita seharusnya bersyukur dan sentiasa mendoakan kebahagiaan guru yang telah mendidik kita tanpa jemu. Tambahan pula, mereka sanggup bersengkang mata menanda kertas peperiksaan dan mengadakan kelas tambahan semata-mata mahu melihat kejayaan anak didiknya. Jika kita sentiasa mendoakan kebahagiaan guru-guru kita, ilmu yang kita pelajari akan kekal dan diberkati oleh Allah s.w.t. Imam Abu Hanifah pernah menyatakan, “tidak sekalipun aku solat kecuali aku doakan untuk guruku Hammad dan mereka yang pernah mengajarku.” Hal ini kerana, sebagai umat Islam kita seharusnya sentiasa berpegang teguh pada ajaran Islam  dan mentaati serta mendoakan guru-guru kita agar kita dapat belajar dengan tenang dan selesa.
                Sebagai remaja yang lagi lebai lagi berjanggut, kita semestinya membantu guru tatkala mereka inginkan pertolongan kita.Hal ini kerana, guru merupakan golongan yang perlu dihormati oleh individu bergelar pelajar. Natijahnya, keberkatan ilmu  akan diperoleh jika menyenangkan hati guru mereka tanpa menggores perasaan mereka. Seyogia, setiap pelajar harus ringan tulang membantu guru-guru mereka. Hal ini bertepatan dengan aforisme, habis kapak berganti beliung. Tanpa sikap ringan tulang, pasti pelajar akan mengalami kesukaran untuk berjaya kelak. Menurut Datuk Dr Haji Fadzillah Kamsah, pelajar yang terbaik ialah pelajar yang sentiasa datang awal ke sekolah membantu guru sesuai dengan peribahasa hanyut dipintasi, lulus diselami dan hilang dicari. Sementelahan, jasa guru terhadap pelajar tidak ternilai dengan harta dan wang ringgit. Sekiranya setiap pelajar berusaha sedaya upaya menbatu guru seperti membawa buku guru dan menyiapkan tugasan mengikut masa yang ditetapkan, segala ilmu akan beroleh keberkatan.
Peribahasa seperti pahat dengan penukul menggambarkan sikap liat dan berat hati dalam melakukan tugasan. Oleh itu , pelajar perlu mengubah sikap dan sentiasa bertindak pantas dalam membuat sebarang tugasan yang diarahkan oleh guru. Menurut Surah Ar Ra’d, Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum tersebut yang mengubahnya. Hal ini menunjukkan bahawa, pelajar perlu memiliki wawasan dan visi yang jelas di sekolah. Sikap malas harus dibuang sama sekali dan sikap rendah diri dalam menyiapkan sebarang tugasan yang diberikan oleh guru perlu wujud dalam diri pelajar. Seperkara yang penting ialah, setiap tugasan merupakan amanah yang diberikan oleh guru kepada murid. Manakala sebagai murid, kita perlu berusaha sedaya upaya menyiapkan tugasan yang terbaik untuk diserahkan kepada guru. Sekiranya semua pelajar berintegriti dalam menyiapkan tugasan serta memahami tanggunjawab diri, maka elemen kasih sayang antara guru dan murid semakin terpaut erat.
Sebagai pengitlakan, guru ialah insan yang perlu kita letakkan pada darjat yang tinggi. Guru banyak berkorban masa dan tenaga mendidik kita sehingga berjaya. Albert Einstein sendiri pernah menyatakan, ilmu tanpa agama ialah buta. Hal ini membuktikan kepada kita bahawa, pelajar yang berilmu dan berpengetahuan dalam semua bidang terhasil daripada komitmen dan kerja keras golongan guru. Sebagai murid, kita perlu menjadi seperti burung jentayu yang patah sayap bertongkatkan paruh, patah paruh bertongkatkan dagu, patah dagu bertongkatkan kuku dalam memartabatkan guru-guru kita. Sekiranya semua pelajar menghargai jasa dan pengorbanan guru, maka ilmu yang dipelajari diberkati dan seterusnya menjana modal insan kelas pertama.
                Jika hari ini seorang ulama yang mulia ,
                Jika hari ini seorang peguam menang bicara ,
Jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa ,
Semuanya bermula dengan guru biasa ,
Yang mengajar tulis baca.

TEMA FOKUS 2012

            1. GEJALA BULI
            2. SEMANGAT KEJIRANAN
            3. TABUNGAN KELUARGA
            4. ISU KEMALANGAN JALAN RAYA
            5. ISU PEKERJA ASING
            6. ISU LUMBA HARAM
            7. BANGUNAN BERSEJARAH
            8. ISU PELANCONGAN (PELANCONGAN DOMESTIK / PELANCONGAN
                KESIHATAN)
            9. PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR
          10. ULASAN DRAMA KOMSAS
          11. JENAYAH SIBER / JENAYAH ANTARABANGSA
          12. PEMERDAGANGAN ORANG
          13. POLISI SEKOLAH SELAMAT
          14. AMALAN MEMBACA
          15. ISU BAHASA- DASAR MBMMBI
          16. MALAYSIA SEBAGAI HAB HALAL 
          17. (SUKAN )DASAR 1 MURID 1 SUKAN
          18. CARA MEMBALAS JASA IBU BAPA / GURU
          19. CIRI-CIRI REMAJA CEMERLANG
          20. FAEDAH MELAWAT TEMPAT BERSEJARAH


KATA-KATA HIKMAT


Kata-kata hikmat Tokoh


Kebijaksanaan bukan merupakan produk dari sekolah, tapi dari usaha seumur hidup untuk mendapatkannya 
Albert Einstein

Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat
Joseph Conrad

Keberanian yang sebenar ibarat layang-layang. Sentakan angin yang menentangnya bukan melemparkannya ke bawah, sebaliknya menaikkannya
John Petitsenn

Apabila kepercayaan telah hilang lenyap, kehormatan telah musnah,
 maka matilah orang itu
Whittier

Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya
Saidina Ali

Memang amat tinggi letaknya kebahagiaan. Namun kita harus menuju ke sana. Ada orang yang berputus asa berjalan ke arahnya lantaran disangkanya jalan ke sana amat sukar. Padahal kebahagiaan itu mudah, kerana bermula daripada dirinya sendiri
Said Mustafa

Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka
Charles Cahier

Keruntuhan keluarga telah melahirkan generasi yang lemah
Rahmohan Ghandi

Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia
Richard Brinsley Sheridan

Orang yang paling tidak bahagia ialah mereka yang paling takut pada perubahan
Mognon Me Lauhlin
Jika kamu mendapat kesusahan, ingatlah pada kesabaran
Horatius
Jika manusia masih tetap jahat walaupun beragama, bagaimana lagi jika tiada agama?
-Benjamin Franklin
Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang
William J. Siegel
Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran
Flower A. Newhouse
Lombong emas dalam diri kamu ialah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya
sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan
Abdullah Mansur M.H
Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang
Samuel Johnson
Kepala yang tidak mempunyai fikiran sama halnya dengan benteng yang tidak dijaga
Napoleon Bonaparte
Orang yang berbohong itu sentiasa ingin melarikan diri sedangkan tiada seorang pun yang mengejarnya namun orang yang benar itu berani seperti singa
Goethe
Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang
Anonim
Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu daripada adab dan pertanyaannya, bukan daripada jawapan-jawapannya
Voltaire
Fikirkan tentang dirimu. Jika satu bangsa telah mula berfikir, tidak ada satu kekuatan pun yang boleh menghentikannya
Voltaire
Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah diri engkau sendiri sanggup menjadi sahabat sempurna seseorang
Hamka
Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat
Khalifah Abdul Malik Marwan
Dalam masyarakat manusia ada binatang jalang tetapi dalam masyarakat binatang tidak ada satu pun manusia jalang
Aristotle
Sesiapa yang tidak berfikir panjang, kesusahan telah bersedia di mukanya
Khong Hu Cu
Anda mungkin ditipu jika terlalu mempercayai orang tetapi hidup anda akan terseksa jika tidak  mempercayai orang
Frank Crane
Komunikasi adalah sesuatu yg mudah, susahnya ialah apabila kita tidak menyebutnya dengan perkataan yg mudah
T.S Matthews
Jika anda bekerja semata-mata untuk wang, anda tidak akan menjadi kaya kerananya. Tetapi jika anda menyintai pekerjaan yang anda lakukan itu, kejayaan akan menjadi milik anda
Ray Kroc (Pengasas McDonalds)
Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah
Lao Tze
Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi
Confucius
Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia
Richard Brinsley Sheridan
Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita.Hidup menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yang hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan
Harieta Wahab
Orang yang berani tidak akan membabi-buta melompat masuk ke dalam jurang, melainkan masuk dengan perlahan-lahan  dengan mata yang terbuka setelah mengukur dalamnya
Stahl P.J
Kebahagiaan ialah haruman yang tidak boleh kamu semburkan kepada orang lain tanpa kamu sendiri mendapat beberapa titisan daripadanya
Emerson
Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya
Marcus Aurelius
Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji
La Roche
Hidup biar beradab, bukan hidup untuk biadap
Al-Ghazali Bayruni
Rakyat itu akar bangsa. Jika akarnya sihat, pokoknya pun sihat
Beng Tju
Agama tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa agama adalah lumpuh
Albert Einstein
Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tapi tanyalah
apa-apa yang boleh kamu buat untuk negara
Abraham Lincoln
Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti
Hukama
Bangsa yang tidak percaya kepada kekuatan dirinya sebagai sesuatu bangsa, tidak dapat berdiri sebagai suatu bangsa merdeka
Soekarno
Bangsa penakut tidak boleh merdeka dan tidak berhak merdeka. Ketakutan ialah penasihat yang sangat curang untuk kemerdekaan
Andre Colin
Akhlak yang buruk itu ibarat tembikar yang pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah
Wahab B Munabin
Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu ialah menaruh perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu
Aflatun
Orang yang berjaya dalam hidup ialah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang
Cecil B. DeMille
Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya
Albert Camus
Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat
 Charles Cahier
 Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka
Charles Cahier
Semua pencapaian manusia dan kegagalan diterima ialah kesan langsung pemikirannya
 James Allen
Menyimpang seinci, rugi seribu batu
 Peribahasa Cina
Rahsia kejayaan ialah ketekalan matlamat
Benjamin Disraeli
Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain
I. Salanter Lipkin
Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan kualiti yang baik dalam perbuatannya
Aristotle
 Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.
Jose Joaquin Olmedo
Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidakmenjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat
Joseph Conrad
 Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah
Philip Massinger
Kegagalan ialah asas kemenangan
Lao Tze
Jika tujuan anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah
Lao Tze
 Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang
Samuel Johnson
Orang yang berjaya dalam hidup ialah orang yang nampak tujuannya
dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang
Cecil B. DeMille
Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak
mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.
Peribahasa Arab
 Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya
Confucius
Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya
 telah melakukan satu kesalahan lagi
Confucius
Ilmu ialah kuasa
 Francis Bacan

Biarpun seribu kapal tenggelam di tengah-tengah lautan,
namun cita-cita manusia tidak pernah hilang

 
Hamka.
Kepuasan terletak pada usaha
bukan kejayaan

Mahatma Gandhi
Jikalau satu-satunya yang ada hanyalah tukul,
maka semua masalah akan dilihat seperti paku

Maslow
Orang yang dilahirkan di dalam kandang kuda,
tidak semestinya akan menjadi kuda

 Pepatah Inggeris
 
SAYIDINA ABU BAKAR

Sesungguhnya seorang hamba itu apabila merasa ujub kerana suatu perhiasan dunia, nescaya Allah akan murka kepadanya hingga dia melepaskan perhiasan itu.

Semoga aku menjadi pohon yang ditebang kemudian digunakan

Dia berkata kepada para sahabat,”Sesungguhnya aku telah mengatur urusan kamu, tetapi aku bukanlah orang yang paling baik di kalangan kamu maka berilah pertolongan kepadaku. Kalau aku bertindak lurus maka ikutilah aku tetapi kalau aku menyeleweng maka betulkan aku!”


SAYIDINA UMAR BIN KHATTAB

Jika tidak kerana takut dihisab, sesungguhnya aku akan perintahkan membawa seekor kambing, kemudian dipanggang untuk kami di depan pembakar roti.

Barangsiapa takut kepada Allah SWT nescaya tidak akan dapat dilihat kemarahannya dan barang siapa takut pada Allah, tidak sia-sia apa-apa yang dia kehendaki.

Wahai Tuhan, janganlah Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad SAW di atas tanganku. Wahai Tuhanku, umurku telah lanjut dan kekuatanku telah lemah. Maka genggamkan (matikan) aku untuk-Mu bukan untuk manusia
.

SAYIDINA ALI KARAMALLAHU WAJHAH


Cukuplah apabila aku berasa mulia kerana Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba-Mu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai.

Hendaklah kamu lebih memperhatikan tentang bagaimana amalan itu diterima daripada banyak beramal, kerana sesungguhnya terlalu sedikit amalan yang disertai takwa. Bagaimanakah amalan itu hendak diterima?
Janganlah seseorang hamba itu mengharap selain kepada Tuhannya dan janganlah dia takut selain kepada dosanya.

Tidak ada kebaikan ibadah yang tidak ada ilmunya dan tidak ada kebaikan ilmu yang tidak difahami dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tidak ada perhatian untuknya.

UMAR BIN AZIZ

Orang yang bertakwa itu dihalang

 Sesungguhnya subahat itu pada yang halal

Kemaafan yang utama itu ialah ketika berkuasa

SUFFIAN AS THAURI

 Tidak ada ketaatan bagi kedua ibu-bapa pada perkara subahat

 Sesungguhnya seorang lelaki itu berharta bila dia zuhud di dunia, dan sesungguhnya seorang itu adalah fakir apabila dia gemar pada dunia

Menuntut ilmu lebih utama daripada solat sunat

IMAM AS SYAFIE

Barangsiapa menghendaki akhirat wajib baginya ikhlas pada ilmu

 Tidak ada sesuatu yang lebih indah pada ulama kecuali dengan kefakiran dan mencukupi dengan apa-apa yang ada serta reda dengan keduanya

Hendaklah kamu berilmu pengetahuan sebelum kamu menjadi ketua, sebab sesudah kamu menjadi ketua, tidak ada jalan lagi bagimu untuk mencari pengetahuan

Orang yang berakal itu ialah orang yang akalnya dapat mengawal segala sifat-sifat mazmumah (sifat keji)

Barangsiapa yang menyukai apabila Allah menutupinya dengan kebaikan maka hendaklah dia bersangka baik terhadap manusia

IMAM MALIK

Ilmu itu bukanlah dengan memperbanyak riwayat tetapi ilmu itu ialah cahaya yang Allah letakkan dalam hati

Apabila seseorang itu memuji dirinya maka hilanglah cahayanya

Wajib bagi orang yang menuntut ilmu untuk memiliki kebesaran, ketenangan dan ketakutan

IMAM ABU HANIFAH


 Tidak sekalipun aku solat kecuali aku doakan untuk guruku Hammad dan juga mereka yang pernah mengajarku serta mereka yang pernah aku ajar

Aku telah 50 tahun bergaul dengan manusia. Tidakku dapati seorangpun yang mengampunkan kesalahanku. Tidak ada yang menghubungi aku ketika aku memutuskan hubungan dengannya. Tidak ada yang menutup keaibanku dan aku tidak akan merasa aman darinya apabila dia murka kepadaku. Maka yang lebih mereka bimbangkan adalah perkara yang besar-besar.

Telah sampai berita kepadaku, bahawa tidak ada yang lebih mulia daripada seorang alim yang warak


IMAM AHMAD


Jangan kamu mengambil ilmu dari orang yang mengambil benda dunia di atas ilmunya

SUFFIAN BIN UYAINAH


Dua perkara yang susah sekali untuk diubati ialah meninggalkan loba (tamak) untuk manusia dan ikhlas beramal untuk Allah

Sesiapa yang ditambah akalnya maka kuranglah rezekinya

Zuhud di dunia itu ialah sabar dan menunggu-nunggu kedatangan mati

Ilmu itu jika tidak memberi manfaat padamu maka akan memberi mudarat padamu

Orang yang menuntut ilmu tidak akan dianggap sebagai orang yang berakal hingga dia melihat dirinya lebih hina dari sekalian manusia

1 comment:

  1. thank you for the quotes.. im proud of you.. Malyasian so good .. btw Im from Perth,Australia ... :)

    ReplyDelete