PERIBAHASA AIR
1.
~ beriak tanda tak dalam prb orang yg sombong (besar
cakapnya tetapi tidak berisi atau kurang ilmunya);
2.
~ besar batu bersibak prb perselisihan yg besar
akan mencerai-beraikan orang yg bersahabat atau bersaudara;
3.
~ cucuran atap jatuhnya ke
pelimbahan juga = ~ di tulang bumbungan turunnya
ke cucuran atap prb anak itu menurut sifat dan teladan orang tuanya
(sesuatu itu menurut asalnya);
4.
~ dalam berenang
(berkumbah),
5.
~ dengkat bercebok prb perbelanjaan itu harus
dipadankan mengikut banyak sedikitnya pendapatan;
6.
~ dicincang tiada putus = ~ ditetak tiada akan putus prb kerana perbalahan orang yg sekaum
atau bersaudara tiada akan cerai-berai;
7.
~ diminum rasa duri, nasi dimakan
rasa sekam = ~ diminum sembiluan prb dikatakan bkn
orang yg dlm kesusahan (dukacita) sehingga tidak sedap makan dan minum;
8.
~ mata jatuh ke perut prb berdukacita dgn tiada
ketara;
9.
~ mudik sungai semua teluk
diranai prb
orang yg boros tiada memilih barang, mana yg melintas dibelinya;
10.
~ pun ada pasang surut prb untung malang tiada
tetap, selalu berganti-ganti;
11.
~ sama ~, sampah ke tepi jua prb jika kita mencampuri
pergaduhan orang yg bersanak saudara, apabila mereka berbaik balik, kita juga
yg tersisih dr mereka;
12.
~ setitik dilautkan, tanah
sekepal digunungkan prb membesar-besarkan perkara yg kecil;
13.
~ tenang jangan disangka
tiada buaya
prb orang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut;
14.
~ tenang menghanyutkan prb orang yg pendiam dapat
melakukan pekerjaan yg payah-payah;
15.
~ yg dingin juga yg dapat
memadami api
prb kata yg lemah lembut juga yg dapat mendinginkan hati orang yg sedang marah
(dapat menghilangkan dendam);
16.
ada ~ adalah ikan prb barang di mana kita
tinggal ada juga rezeki (setiap negeri ada adat resamnya sendiri);
17.
adakah dr telaga yg jernih
mengalir ~ yg keruh prb adakah di mulut orang baik-baik keluar perkataan yg keji;
18.
bagai ~ di daun keladi prb a) tiada lekat
pengajaran; b) tiada tetap hatinya (pendiriannya); bagai ~ titik ke batu prb amat sukar hendak memasukkan pengajaran
yg baik kpd orang jahat dan degil;
19.
bagai membendarkan ~ ke
bukit prb
pekerjaan yg sia-sia;
20.
bagai menampung ~ dgn limas
pesuk prb
pengajaran yg lekas sekali dilupakan (orang yg dipercayai menyimpan wang tetapi
memboroskan wang itu);
21.
bagai minum ~ bercacing prb hal orang yg enggan
disuruh mengerjakan sesuatu pekerjaan;
22.
bakarlah ~ ambil abunya prb benda yg mustahil boleh
diperoleh;
23.
bermain ~ basah, bermain api
letup prb
setiap pekerjaan ada akibatnya;
24.
buang ~ keruh, ambil ~
jernih prb
memulai penghidupan baru;
25.
bukan ~ muara yg ditimba,
sudah disauk dr hulunya prb bukan khabar angin, tetapi didapati dr pangkalnya (sumbernya) yg
benar;
26.
dimandikan dgn ~ segeluk prb diberi pertolongan yg
tiada bererti;
27.
menepuk ~ di dulang prb menceritakan aib
sendiri atau aib kaum keluarga;
28.
mengadu ~ dgn garam prb kasih yg sia-sia (tidak
sempurna);
29.
merajukkan ~ di ruang
(hendak karam ditimba juga) prb marah yg tiada sampai, apabila perlu ditolong juga;
30.
sekali ~ bah, sekali pasir
berubah, sekali ~ gedang (besar), sekali tepian beranjak prb lain kepala (ketua)
lain kemahuannya; selama
31.
~ hilir, selama gagak hitam prb tetap selama-lamanya;
32.
spt ~ dlm kolam terenang) prb dikatakan kpd orang yg
tenang sikap dan tingkah lakunya;
33.
tak ~ hujan ditampung, tak ~
peluh diurut, tak ~ talang dipancung prb segala daya upaya dilakukan asal maksud
tercapai;
34.
terbit ~ kerana dipercik,
terbit minyak kerana dikempa prb mahu melakukan sesuatu kerana dipaksa;
35.
terseberang pd ~ besar prb terpelihara drpd bahaya
besar;
36.
umpama ~ digenggam tak tiris
prb perihal
orang yg kikir;
No comments:
Post a Comment