KRITERIA PENSKORAN
Cemerlang (26 – 30)
- Karangan menepati tema bahan rangsangan
- Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan tanda baca betul dan tepat. Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru. Penggunaan kosa kata luas dan tepat.
- Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang digunakan bervariasi dan menggunakan ungkapan yang menarik (peribahasa, slogan, kata-kata ucapan)
- Idea relevan dengan tema bahan rangsangan dan dihuraikan dengan jelas dan matang.
DIMENSI WARISAN BANGSA: PERMAINAN TRADISIONAL
Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada permainan tradisional di negara kita. Huraikan pendapat anda tentang sebab-sebab permainan tradisional perlu dipertahankan. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.1. PERENGGAN INTRODUKSI
[Tajuk karangan: Ayat Rangsangan] Sejak era nenek moyang lagi, permainan tradisional merupakan sebahagian kehidupan masyarakat Melayu. [Pengembangan: Ayat Huraian 1] Pelbagai jenis permainan yang beraneka ragam seperti galah panjang, wau, gasing, pelepah pinang, serak biji saga, dan sebagainya masih dimainkan pada waktu senggang bersama-sama sanak saudara dan sahabat handai. [Pengembangan:Ayat Huraian 2] Permainan ini tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. [Fokus karangan: Ayat Arahan] Sesungguhnya, terdapat beberapa sebab kita wajar mempertahankan ataupun melestarikan permainan tradisional kita.
2. PERENGGAN ISI 1 (JENIS DEDUKTIF)
[Idea karangan: Ayat Judul] Tidak dapat dinafikan, permainan tradisional merupakan warisan budaya Malaysia yang tidak ternilai. [Pengembangan:Ayat Huraian] Apabila
musim menuai padi berakhir dan musim tengkujuh tiba, pesawah dan
nelayan mengisi masa yang terluang dengan kerja-kerja sampingan serta
permainan rakyat. [Pengembangan: Ayat Contoh] Pelbagai permainan tradisional dimainkan termasuklah guli, congkak, wau, selambut, sepak raga, gasing, dan lain-lain. [Kesimpulan: Ayat Penyimpul]Oleh sebab budaya ini warisan budaya bangsa Malaysia, maka warisan ini sewajarnya dilestarikan.3. PERENGGAN ISI 2 (JENIS DEDUKTIF)
[Idea karangan: Ayat Judul]Selain itu, permainan tradisional dapat dijadikan sumber hiburan ataupun rekreasi kepada masyarakat. [Pengembangan: Ayat Huraian ]Hal ini demikian kerana permainan tradisional mempunyai keunikannya yang tersendiri, mudah dimainkan, menyeronokkan, dan menghiburkan. [Pengembangan: Ayat Contoh] Masa yang terluang seelok-eloknya dimanfaatkan oleh masyarakat kita untuk bermain gasing leper, bulu ayam, konda kondi, sepak raga, dan sebagainya yang bersifat sihat kerana tidak membobrokkan akhlak mahupun menimbulkan ketagihan. [Kesimpulan: Ayat Penyimpul]Sebagai sumber hiburan yang sihat, maka permainan tradisional sewajarnya dipopularkan dan dipertahankan daripada lenyap ditelan zaman.
4. PERENGGAN ISI 3 (JENIS DEDUKTIF)
[Ayat Judul]Permainan tradisional juga dapat dijadikan suatu produk pelancongan yang menarik. [Pengembangan:Ayat Huraian]Pertunjukan permainan ini memang dapat menggamit pelancong-pelancong dari empat pojok dunia agar melancong sambil bersantai di negara kita yang kaya dengan keunikan budaya. [Pengembangan:Ayat Contoh]Melalui pelancongan inap desa (homestay), misalnya, tetamu asing kita bukan saja boleh dihidangi dengan permainan gasing pangkah dan wau bulan bahkan dapat menikmati keseronokan permainan. [Kesimpulan: Ayat Penyimpul]Pendek kata, permainan tradisional merupakan pemangkin perkembangan industri pelancongan kita.
5. PERENGGAN INTIHA
[Rumusan: Ayat Kesimpulan] Sebagai akhirulkalam, permainan rakyat yang berunsur tradisional banyak mendatangkan faedah kepada masyarakat dan negara. [Ayat Pandangan ]Jadi, janganlah dibiarkan permainan ini berkubur begitu sahaja. [Ayat Cadangan]Sebagai pewarisnya, maka kita sewajarnya mempertahankan dan mempopularkannya kerana tak kenal, maka tak cinta. [Ayat Pendirian/Penegasan]Biar sebagus mana sekalipun permainan moden, permainan tradisional tidak patut sekali-kali dipinggirkan dalam kamus hidup kita.
No comments:
Post a Comment