Sejarah
Telefon
Alexander Graham Bell berjaya mencipta telefon pada tahun 1876 sekali gus
membolehkan masyarakat seluruh dunia berhubungan antara satu dengan lain
walaupun berjauhan. Walaupun, sejak kematiannya pada 1922, teknologi telekomunikasi masih mengalami
perubahan mendadak dan berkembang begitu pesat sekali, inovasinya diperbaharui
oleh generasi kemudian hingga membolehkan manusia di bumi berhubungan dengan
manusia lain sekalipun berada di bulan tanpa bantuan kabel. Di Malaysia sistem
telekomunikasi tidak berwayar analog (ETACS) mula diperkenalkan pada 1989.
Sejak diperkenalkan, Malaysia menjadi antara pengguna sistem mudah alih
berasaskan ETACS terbesar dunia yang mana ruang liputannya melebihi 90 peratus
kawasan pendudukan. Telekom Malaysia (TM) memperkenalkan perkhidmatan telefon bergerak Atur 450 pada
Mei 1985, telefon bimbit sudah menjalani evolusi yang begitu pantas, dari segi
teknologi dan reka bentuknya. Dua sistem digital yang pertama mula beroperasi
pada 1992, iaitu GSM (Global System for Mobile Communications) di Eropah dan
D-AMPS (Digital Advanced Mobile Phone Service) di Amerika Utara. Sebanyak 9.5
bilion SMS dengan purata RM5 bilion dihantar pengguna telefon bimbit di
Malaysia sepanjang 2004. 3.4 bilion pula direkod sehingga suku pertama tahun
2005. Statistik terkini menunjukkan lebih kurang 9.5
juta pengguna kad prabayar di Malaysia. Ini bermakna hamper RM 500
juta dibelanjakan oleh rakyat Malaysia untuk membeli kad prepaid mereka.
Manakala, untuk penggunaan sms pula, kira-kira RM 2 juta dibelanjakan oleh
rakyat Malaysia dalam sehari.
No comments:
Post a Comment