Soalan 1 : Rumusan
[30
markah]
Baca
petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kebaikan
minum susu dan cara-cara
meningkatkan kesedaran individu akan kepentingan minum susu. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Kajian
Pemakanan Dewasa Malaysia yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan mendapati
penduduk negara ini mengambil tidak sampai suku gelas susu sehari. Secara
purata, jumlah susu yang diambil oleh rakyat Malaysia ialah 1/5 gelas sehari.
Jumlah ini amat kurang jika dibandingkan dengan Saranan Panduan Diet yang
memerlukan individu minum sekurang-kurangnya dua gelas susu sehari. Malah satu
kajian dalam kalangan kanak-kanak menunjukkan murid sekolah rendah kurang minum
susu dan hanya 20 peratus sahaja minum susu pada setiap hari. Macam-macam
alasan diberikan oleh mereka yang tidak gemar minum susu. Ada yang tidak gemar
akan rasanya, dan ada pula yang tidak suka akan baunya. Paling tidak munasabah,
ada yang beranggapan bahawa minum susu hanya untuk bayi. Hakikatnya, susu perlu
diambil purata dua gelas sehari bagi mengelakkan penyakit seperti osteoporosis
yang menyebabkan tulang reput.
Kebanyakan kanak-kanak di negara kita hanya
minum susu untuk dua tahun pertama usia. Tempoh dua tahun pertama usia
kanak-kanak menyusu dengan ibunya sahaja adalah tidak mencukupi. Lazimnya
selepas bercerai susu ibu,
kanak-kanak tidak lagi menjadikan minum susu sebagai amalan. Memang diakui susu
ibu adalah pakej makanan yang lengkap, bersih dan berkhasiat selain mengandungi
banyak nutrien yang diperlukan oleh badan terutama bayi. Susu merupakan makanan
yang sempurna dan menjadi makanan awal bagi manusia. Kanak-kanak yang sedang membesar perlu minum
susu untuk menjadikan mereka lebih aktif.
Susu kaya dengan kalsium yang penting untuk pembentukan tulang yang
kuat. Kebiasaannya kanak-kanak yang gemar minum susu mempunyai ketinggian yang
lebih daripada ibu bapa mereka. Protein dan pelbagai vitamin yang terkandung di
dalam susu pula membantu pembesaran dan pembentukan otot-otot. Justeru, susu
amat penting dalam proses pertumbuhan kanak-kanak.
Pengambilan
susu bergantung kepada usia. Bagi golongan dewasa, mereka lebih gemar mengambil
susu pekat manis yang tidak baik untuk kesihatan. Kanak-kanak memerlukan susu
sekurang-kurangnya dua gelas sehari, manakala orang dewasa pula perlu minum
sehingga tiga gelas sehari. Bagi golongan wanita, susu penting untuk
mengelakkan kehilangan kepadatan tulang. Susu yang kaya dengan kalsium penting
untuk pembentukan gigi yang sihat. Kini terdapat banyak jenis susu di pasaran
seperti susu segar, susu yang diproses pada suhu tinggi (UHT), susu steril,
susu pasteur, susu tepung, dan susu yang diperkayakan dengan pelbagai nutrien.
Ibu
bapa di negara ini perlu mengetahui kebaikan susu dan mendidik anak-anak mereka
agar minum susu sehingga dewasa. Pengambilan susu boleh dipelbagaikan mengikut citarasa anak-anak seperti menambah pada
bijirin sarapan pagi, menjadikan susu sebagai kastard, puding atau susu kocak.
Pengambilan susu yang berterusan dapat mengekalkan kesihatan.
[Dipetik dan diubah suai daripada
rencana ‘Dua Gelas Sehari’
oleh
Khairunnisa Sulaiman,
Mingguan Malaysia, 1 April, 2012]
Soalan 2
: Petikan umum
Berdasarkan
petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i)
Berikan maksud rangkai kata dipelbagaikan mengikut citarasa [2 markah]
(ii)
Apakah alasan-alasan yang diberikan oleh
individu yang tidak gemar minum susu?
[3
markah]
(iii)
Cara penyediaan susu yang betul amat
penting untuk menjamin kesihatan bayi. Berikan kesan-kesan terhadap bayi
sekiranya aspek ini tidak dititikberatkan.
[4 markah]
Soalan 2(b) – Petikan Cerpen
Baca petikan
cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Dalam keadaan
kami diselubungi oleh raksaksa ketakutan dan putus asa, tiba-tiba Pak Husain
menjongol dalam lingkungan kami di Kampung Dal. Tiap-tiap kami bagai
melingkungi ahli silap mata. Kehadiran Pak Husain juga menakjubkan. Tiap-tiap
kami berasa bahawa kehadirannya bersama-sama cerita yang dibawanya, tanpa
disedarinya telah memanjatkan gelaran ‘pahlawan’ kepadanya. Ceritanya begini :
Waktu kami akan
berangkat meninggalkan pangkalan, Pak Husain dalam perjalanan kerana memeriksa
barang-barang rumahnya. Dengan tiba-tiba dia dicegat oleh dua orang tentera
Jepun. Rupa-rupanya Jepun itu boleh berbahasa Melayu. Dia kenal orang Melayu.
Dengan senapangnya, dia memaksa Pak Husain menguburkan mayat-mayat tentera dan orang mati. Ketika beberapa orang
Jepun itu mahu mencari orang-orang kampung, Pak Husain menyatakan semua sudah
lari. Sekaliannya sudah pindah. Akibat daripada sikapnya yang berani itu, Jepun
tidak turun ke pangkalan. Pak Husain dipaksa menggali kubur besar. Mayat-mayat yang
berpuluh-puluh (di pantai Pak Amat sahaja) dikuburkan beramai-ramai. Dia
bekerja sehari suntuk. Darah menyimbah ke seluruh badannya. Dia seorang diri.
Hingga menjelang senja(dia pun diberi makan biskut dan air oleh tentera Jepun),
dia meminta kepada tentera yang pandai berbahasa Melayu itu, mahu membuang air
besar. Ketika itulah dia mengambil peluang untuk melarikan diri. Pak Husain
menyeberangi sungai ke Tuk Lukup. Dari Tuk Lukup dia berjalan kaki ke Sungai
Gali.
(Dipetik daripada
cerpen ‘Pahlawan Buntung’
oleh S. Othman Kelantan
dalam antologi Dirgahayu
Bahasaku
Dewan Bahasa dan
Pustaka)
(i)
Nyatakan
sebab-sebab mengapa Pak Husain diberi gelaran ‘pahlawan’?
[2 markah]
(ii)
Pada pendapat
anda, apakah usaha-usaha yang boleh
dilakukan untuk menghargai jasa-jasa pahlawan seperti Pak Husain? [3 markah]
(iii)
Jelaskan satu
perwatakan Pak Husain yang terdapat dalam petikan di atas dan satu perwatakan
Pak Husain yang lain daripada keseluruhan cerpen yang tidak terdapat dalam
petikan? [4
markah]
Soalan 2(c) – Petikan Prosa Klasik
Baca petikan
prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Sebermula
akan Raja Tabristan pun, setelah sudah menyuruhkan Taif melihat suara itu maka Raja Tabristan
pun mengikut dari belakangnya, tetapi Taif tiada melihat baginda itu ada
mengintai dia. Setelah sudah raja melihatkan lakunya Taif dengan perempuan itu
maka raja pun kembali ke istananya. Hatta ada seketika lagi Taif pun datanglah
menghadap raja. Setelah raja melihat Taif datang itu maka Raja Tabristan pun
bertanya kepada Taif, “ Suara siapakah itu, hai Taif?” Maka sembah Taif, “Ya
Tuanku Syah Alam, suara orang berkelahi hambamu dengar demikian!” Maka raja pun
tersenyumlah seraya berkata di dalam hatinya, “ Tiadakah gerangan engkau
ketahui bahawa aku melihat barang kelakuanmu itu, hai saudaraku? Bahawa
sesungguhnya aku saudaramu. Insya-Allah Taala lihatlah olehmu balasan
kasihmu akan aku itu!”
Setelah
hari siang maka Raja Tabristan pun memberi negeri akan Taif sebuah negeri
dengan hartanya pun terlalu sangat banyak, tiadalah terkira-kira lagi akan
diberi kerajaan dia selama-lama hidupnya, datang kepada anak cucunya serta
diaku saudaranya akan dia.
(Dipetik daripada
‘ Hikayat Khoja Maimun’
dalam antologi Harga Remaja
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i)
Berikan maksud aku
melihat barang kelakuanmu.
[2 markah]
(ii)
Nyatakan anugerah atau pemberian Raja Tabristan
terhadap Taif sebagai menghargai jasanya.
[3 markah]
(iii)
Jika anda Taif,
apakah usaha yang anda lakukan untuk membalas jasa Raja Tabristan kepada anda? [3 markah]
Soalan 2(d) – Sajak
Baca sajak di
bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
DI PERPUSTAKAAN
Shafie Abu Bakar
Melangkah ke ruangmu
Satu
pertukaran yang kontras
Dari
kehangatan merata
Ke
kedinginan yang menerpa
Terlalu
hening di sini
Gua
pendeta bersemadi
Di puncak sepi
Di
sana sini
Kepala-kepala runduk
meneliti
Mata
dan fikir bersebati
Maju
ke ruang buku
Terlalu kerdil aku di sini
Terapung
di laut ilmu
Tercurah berzaman
Dalam tak terselam
Betapapun
kulayari
Bahtera
ilmu di sini
Tak
terteroka
Yang
akan kucatat
Hanya
setitik dari tinta
Yang akan kupetik
Hanya
sebiji dari mutiara
Engkau
adalah pusaka moyang
Gedung peradaban insan
Terhimpun
berzaman
Bersemadi
di sini
Aku
adalah pelayar yang dahaga
Di
dada samudera
Tak
berpantai
Betapapun
kuteguk darinya
Dahaga
tak pernah langsai
Alam
yang Hijau, 200
Antologi
Harga Remaja,
Dewan
Bahasa dan Pustaka
(i)
Nyatakan suasana
di perpustakaan dalam rangkap pertama sajak di atas.
[2 markah]
(ii)
Pada pendapat
anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk memupuk minat membaca dalam
kalangan pelajar sekolah? [3 markah]
(iii)
Jelaskankan dua
persoalan yang terdapat dalam sajak di atas. [4 markah]
Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[30
markah]
Jawab semua
soalan.
(a)
Tulis satu
ayat bagi setiap perkataan di
bawah supaya jelas menunjukkan anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama
khas.
i)
barangan
ii)
sambungan
iii)
kenangan
iv)
hubungan
v)
saingan
vi)
kekangan
[6
markah]
(b)
Pisahkan
ayat-ayat di bawah, supaya menjadi enam
ayat sahaja tanpa
mengubah maksud dan struktur asalnya.
Setiap
orang wajar melalui pendidikan formal di sekolah dan di institusi
pendidikan tinggi kerana pendidikan membantu seseorang itu menjadi insan yang matang dan berbudi pekerti mulia. Oleh sebab itu, setiap pelajar
tidak harus mensia-siakan serta membelakangkan peluang sebagai pelajar.
[6 markah]
(c)
Dalam petikan
di bawah terdapat tiga
kesalahan ejaan dan tiga kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan
penggunaan imbuhan. Anda tidak
perlu menyalin petikan itu semula.
Hobi
kadangkala membuatkan seseorang itu sanggup berhabis-habiskan wang, masa
dan tenaga. Pengalihan masa menunjukkan
hobi tradisi seperti mengumpul setem, duit kertas atau siling lama tidak lagi menjadi pilihan.
Masyarakat kini lebih menjurus kepada hobi yang mampu membentuk minda yang
matang dan kretif kerana hobi pada hari ini bukan lagi sebagai berisi masa lapang
tetapi juga sebagai sumber pendapatan tambahan.
[6 markah]
(d)
Dalam setiap
ayat di bawah, terdapat satu kesalahan
penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan
betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu
kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda
tidak perlu menyalin petikan itu semula.
(i)
Setelah dua setengah jam memancing, akhirnya joran yang diletakkannya di tebing sungai itu
kelihatan bergegar-gegar.
(ii)
Ketiga-tiga orang peserta-peserta yang
mengalami kecederaan itu menerima
pemerhatian di Hospital Seremban.
(iii)
Sikap suka membaca dapat menaikkan ilmu pengetahuan dan meluaskan minda seseorang.
[6 markah]
(e) Kemukakan
satu peribahasa bagi setiap pernyataan di bawah.
(i)
Azli tergolong dalam kelompok pelajar
yang lemah di sekolah. Namun , dia belajar setiap hari bersungguh-sungguh tanpa
jemu. Akhirnya, dia dapat menguasai pelajaran dan setanding dengan
rakan-rakannya di kelas cemerlang.
(ii)
Azrul mendapat khabar bahawa dia berjaya
dalam temu duga jawatan yang dipohonnya. Tanpa berfikir panjang, dia berhenti
daripada kerja yang dijawatnya sekarang kerana gajinya kecil. Malangnya, dia gagal mendapat pekerjaan itu dan
kehilangan jawatan yang sedia ada.
(iii)
Aktiviti bergotong royong yang dilakukan
oleh penduduk kampung tersebut berjaya menarik penyertaan lebih 150 orang
penduduk daripada pelbagai lapisan umur. Aktiviti seumpama ini merupakan satu
titik permulaan bagi menyemai nilai murni di samping dapat mengukuhkan hubungan
semangat kejiranan sesama mereka. Kerjasama yang wujud menyebabkan sesuatu
kerja yang susah menjadi lebih mudah dan
cepat.
[6 markah]
Soalan 4: Novel
[15 markah]
Jawab
soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
|
||
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)
(vii)
(viii)
|
PAPA … (akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusuf
Azfa
Hanani karya Halis Azhan Mohd. Hanafiah
Melunas
Rindu karya Hartini Hamzah
Renyah
karya Gunawan Mahmood
Interlok
karya Abdullah Hussain
Sutera
Dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan
Kembara
Amira karya Amer Hmzah L. Kadir
Kabus di
Perbukitan karya Mohamad Kholid
|
|
(a)
|
Terdapat
pelbagai peristiwa yang dipaparkan dalam sesebuah novel.
Huraikan dua
peristiwa yang menarik dalam sebuah novel
yang anda pelajari
|
|
[7
markah]
|
||
(b)
|
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari,
jelaskan satu persoalan kasih sayang yang terdapat
dalam novel-novel tersebut.
|
|
[8
markah]
|
KERTAS
SOALAN TAMAT
No comments:
Post a Comment