TATABAHASA: KESALAHAN BAHASA YANG LAZIM
1 Tidak dapat membezakan antara kata sendi nama di
dengan imbuhan di
a) salah - disekolah, dipasar, diJohor, disini, disamping, diutara - di
beri, di ambil, di hantar, di dapati, di anjurkan
b) betul - di
sekolah, di pasar, di Johor, di sini, di samping, di utara - diberi, diambil,
dihantar, didapati, dianjurkan
2 Tidak dapat membezakan antara kata sendi nama ke
dengan imbuhan ke
a) salah -
keMelaka, kepadang, kesana, kehadrat, keselatan
b) betul - ke
Melaka, ke padang, ke sana, kehendak, ketua, kekasih
3 Tidak dapat membezakan penggunaan dari dan daripada
a) dari - rumus A (arah), T (tempat), M (masa) = dari
- dari belakang, dari Perak, dari semalam
b) daripada - punca bagi manusia, haiwan, benda, dan unsur mujarad
- sumber atau asal kejadian sesuatu benda
- perbezaan dan perbandingan
- daripada guru besar, daripada getah, daripada markah
4 Mengulang kata selepas penanda jamak (banyak)
a) salah -
semua guru-guru, segala alat-alat, kebanyakan ahli-ahli
b) betul - semua
guru, segala alat, kebanyakan ahli
5 Tidak menggandakan kata bilangan himpunan
a) salah -
beratus orang, beribu penonton, berguni padi
b) betul -
beratus-ratus orang, beribu-ribu orang, berguni-guni padi
6 Kesalahan penggunaan kata darjah penghabisan
a) salah -
paling tinggi sekali, terlalu mahal sekali
b) betul - paling
tinggi, tinggi sekali, terlalu mahal, mahal sekali
7 Menggandakan kata selepas saling
a) salah -
saling hormat-menghormati, saling bermaaf-maafan
b) betul - saling
menghormati, hormat-menghormati, saling bermaafan
8 Pembentukan ayat pasif
a) Surat itu telah dihantar oleh kami. (salah)
Surat itu telah kami hantar. (betul)
b) Laporan itu perlu disiapkan oleh anda. (salah)
Laporan itu perlu anda siapkan. (betul)
c) Majalah itu telah mereka edarkan. (salah)
Majalah itu telah diedarkan oleh mereka. (betul)
9 Penggunaan –kan menggantikan akan
a) salah -
sayangkan, rindukan, bencikan, cintakan
b) betul - sayang
akan, rindu akan, benci akan, cinta akan
10 Menjarakkan imbuhan pinjaman
a) salah -
juru taip, ko kurikulum, pasca moden, anti dadah
b) betul -
jurutaip, kokurikulum, pascamoden, antidadah
No comments:
Post a Comment