Saturday, October 3, 2020

 SAJAK KUDUP PERANG

i.Berikan maksud rangkap keenam sajak di atas. [2 markah] Maksud rangkap keenam sajak di atas ialah Penyajak sedar bahawa sehingga kini, masyarakat masih berbalah untuk menentukan pahlawan sebenar antara Tuah dengan Jebat.

 

i.Apakah yang ingin disampaikan oleh penyajak berdasarkan rangkap pertama sajak di atas?          [2 markah]

Perkara yang ingin disampaikan oleh penyajak berdasarkan rangkap pertama sajak di atas ialah penyajak mengingatkan bahawa seseorang yang masih bergelar panglima perang akan sentiasa melakukan kekejaman dan menyimpan perasaan dendam. Namun demikian, penyajak tetap berterima kasih kerana berpeluang untuk menikmati kehidupan sambil mencari-cari pahlawan yang sebenar.

 

i.Bagaimanakah tanggapan penyajak terhadap Tuah dan Jebat?[2 markah]

Tanggapan penyajak terhadap Tuah dan Jebat ialah penyajak tidak mahu menyanjung Tuah sebagai pendekar paling gagah kerana kesetiaan Tuah yang teguh terhadap istana. Selain itu, penyajak juga tidak menganggap Jebat sebagai pengkhianat kerana dia masih bersedih atas perjuangan Jebat dalam mempertahankan keadilan.

 

i.Berikan maksud membajakan kezaliman.     [2 markah]

melakukan kekej aman

 

ii.Pekerjaan sebagai anggota keselamatan kurang menjadi pilihan para remaja kini. Pada pendapat anda, mengapakah keadaan ini berlaku?  [3 markah]

...Pendapatan dalam bidang ini tidak lumayan. Seterusnya, pekerjaan ini terdedah kepada risiko keselamatan diri. Selain itu, tidak suka terikat dengan peraturan yang ketat. Akhirnya, berasa malu sekiranya menjadi anggota keselamatan kerana pekerjaan ini tidak popular.

 

ii. Pahlawan yang banyak menabur bakti demi kemakmuran negara perlu disanjung. Pada pendapat anda, apakah cara-cara yang sewajarnya dilakukan oleh kerajaan sebagai tanda mengingati jasa pahlawan?Pada pendapat saya, cara-cara yang sewajarnya dilakukan oleh kerajaan sebagai tanda mengingati jasa pahlawan adalah dengan menganugerahkan pingat kebesaran atau ganjaran kepada para pahlawan sebagai tanda penghargaan atas jasa mereka. Selain itu, menyambut Hari Pahlawan pada setiap tahun untuk mengenang jasa mereka. Seterusnya, menyediakan kediaman yang selesa kepada mereka yang telah bersara. Akhirnya, memberikan bantuan dan sokongan kepada pahlawan negara yang masih ada atau waris-waris mereka.

 

ii.Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri seorang pahlawan sejati? [3 markah]

Pada pendapat saya, ciri-ciri seorang pahlawan sejati ialah Mempunyai semangat juang yang tinggi. Seterusnya, mempunyai kemahiran dalam bidang pertempuran. Selain itu, sanggup berjuang bermati- matian untuk mempertahankan negara. Akhirnya, tidak mudah gentar dan menyerah kalah kepada musuh.

 

ii.Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu menghargai sumbangan para pahlawan yang mempertahankan negara? [3 markah]

Pada pendapat saya, kita perlu menghargai sumbangan para pahlawan yang mempertahankan negara kerana mereka telah Membebaskon negara daripada cengkaman penjajah. Selain itu, generasi kini dapat menikmati kehidupan yang damai hasil perjuangan para pahlawan. Seterusnya, sanggup berkorban nyawa untuk berjuang mempertahankan negara di medan pertempuran. Akhirnya, ikhlas berjuang dan tidak mengharapkan balasan atas sumbangan mereka.

 

i.Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang yang ingin bergelar pendekar? Berikan tiga ciri itu. [3 markah]

...bijaksana, berilmu, dan mempunyai pelbagai kemahiran serta kepandaian ... berani dan tidak gentar menghadapi cabaran ...amanah, berintegriti, dan bertanggungjawab terhadap tugas yang dipikul

 

ii.Pada pendapat anda, mengapakah Jebat bersungguh-sungguh menuntut keadilan atas hukuman yang dikenakan terhadap Tuah oleh pihak istana? Nyatakan tiga sebab anda. [4 markah]

...kerana Jebat tahu bahawa Tuah dijatuhkan hukuman akibat difitnah ... kerana pihak istana tidak menyiasat dengan teliti sebelum menjatuhi hukuman ...untuk menunjukkan bahawa Jebat memang bersifat setia kawan terhadap Tuah

 

 

 

iii.Nyatakan dua persoalan yang terdapat dalam sajak di atas. [4 markah] Dua persoalan yang terdapat dalam sajak di atas ialah Peperangan akan mencetuskan perasaan dendam dalam kalangan manusia. Seterusnya, usaha untuk mencari kebenaran tentang pahlawan dan pengkhianat yang sebenarnya.

Selain itu, sikap tidak mahu memuji dan berpihak antara Tuah yang setia dengan Jebat yang menuntut keadilan. Seterusnya, pendustaan yang menggugat keadilan dan ketelusan. Akhirnya, peperangan menyemarakkan pelbagai dakyah palsu yang melenyapkan kebenaran.

 

 

 

iii.Jelaskan dua gaya bahasa yang terdapat dalam sajak di atas. [4 markah]

Gaya bahasa ialah personifikasi. Contohnya takhta setia; putik dendam; selumbar sengsara. Selain itu, metafora. Contohnya peta keadilan. Selain itu, simile. Contohnya seperti perawan. Hiperbola. Contohnya:

jari-jemari takdir; daerah angkara; menjungkitkan amarah. Akhirnya, unsur alam. Contohnya putik; fajar; ke/opak

 

iii. Nyatakan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas. [4 markah]

Dua pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas ialah Kita haruslah bersikap berani untuk mengenalpasti kebenarai supaya kita tidak tersilap membuat kesimpulan tentang sesuatu perkara. Seterusnya, kita mestilah bersikap dil dan saksama supaya tidak melakukan kekejaman. Selain itu, kita hendaklah insaf bahawa peperangan dan perbalahan dalam kalangan manusia tidak akan mendatangkan kebaikan. Akhirnya, kita haruslah berusaha dengan gigih dan bersungguh- sungguh untuk memperoleh kebahagiaan supaya hidup lebih bererti.

 

 

i.Huraikan tiga pengajaran yang terkandung dalam sajak ini.[5 markah]

...kita mestilah bersikap berani untuk mencari kebenaran agar kita tidak tersilap dalam membuat keputusan ...kita haruslah bersikap adil dan saksama supaya tidak melakukan kezaliman ...kita mestilah bersungguh-sungguh untuk membina kebahagiaan supaya hidup kita lebih bermakna

 

 

 

iii.Huraikan tema dan satu persoalan yang terdapat dalam sajak “Kudup Perang’

...sajak ini bertemakan mencari kebenaran. Penyajak sedang mencari keadilan antara dua orang pahlawan, iaitu Tuah yang setia dan Jebat yang menuntut keadilan ... persoalan keadilan dan kesaksamaan selalu digugat oleh pendustaan. Contohnya,

 

iii. Jelaskan dua nilai yang terdapat dalam sajak di atas.        [4 markah]

Nilai yang terdapat dalam sajak di atas ialah nilai Keberanian. Contohnya, penyajak berani mencari jawapan dan kebenaran antara pahlawan dengan pengkhianat. Selain itu, nilai keadilan - Tuah dan Jebat hendaklah diadili dengan jujur dan saksama. Seterusnya, nilai keinsafan . Contohnya, penyajak insaf bahawa peperangan dan perbalahan akan menjejaskan kehidupan yang harmoni. Akhirnya, nilai kerajinan. Contohnya, usaha untuk membina kebahagiaan semula dalam kehidupan selepas berlakunya perbalahan perlu dilakukan dengan gigih.

 


No comments:

Post a Comment