Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang manfaat tarian sebagai medium perkembangan remaja dan cara-cara menggalakkan penyertaan tarian di sekolah. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Rentetan itu, pelbagai program telah dilaksanakan bagi memperlihatkan kepentingan pelibatan remaja dalam bidang ini seperti aktiviti kesenian dan kebudayaan yang dijalankan di sekolah. Aktiviti tarian memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah dan jati diri remaja. Pelibatan remaja dalam bidang seni tari dapat menonjolkan bakat dan potensi diri mereka yang lahir secara semula jadi. Secara tidak langsung kebolehan ini boleh digilap dan dibangunkan agar menyambung tradisi pada masa depan. Seterusnya, aktiviti tarian dapat membina keyakinan dan keberanian seseorang individu untuk tampil di hadapan semasa membuat persembahan.
ISI TERSIRAT
|
1.
|
2.
|
3
|
Kesimpulannya,
|
Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan untuk meningkatkan martabat bidang kesenian dan kebudayaan di Malaysia?
CERPEN "MUNSYI"
Minggu-minggu pertama saya berada di kota mewah ini, dapat saya saksikan kerapuhan jiwa anak-anak muda sebangsa saya. Mereka dihanyutkan keseronokan hidup dengan memperdagangkan maruah dan peribadi. Saya berasa jelik dan aib menyaksikan adegan sumbang wajah-wajah anak muda peribumi tanah air ini yang tidak segan silu menjual bahasa ibunda dan merosakkan agama yang murni. Anak-anak muda lelaki perempuan berpelesiran dalam pergaulan bebas sambil bercakap dalam bahasa yang entah apa-apa. Mereka bergelak tawa dalam loghat yang direka-reka konon untuk menunjukkan kemodenan. Saya jadi keliru dengan setiap patah slanga dan klausa yang tidak saya faham. Ada yang menggunakan pelbagai istilah rojak yang dicampuradukkan dengan bahasa asing yang mengelirukan. Saya jadi buntu. Malah berasa malu dengan sikap dan gelagat anak-anak muda sebangsa saya yang telah hilang identiti dan jati diri di negara mewah ini.
a) Gambarkan keadaan anak-anak muda di kota mewah. [2 markah]
b) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang dapat diambil oleh ibu bapa untuk membendung keruntuhan akhlak generasi muda di kawasan bandar? [3 markah]
Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan tersebut. [2 markah]
No comments:
Post a Comment