Monday, July 13, 2020

latihan afrika

(b) Tulis ayat-ayat di bawah ini semula menjadi tiga ayat sahaja tanpa mengubah maksud asal ayat-ayat tersebut.
(i) Kini telefon bimbit berkamera mula mendapat perhatian pengguna.
(ii) Telefon bimbit berkamera berupaya mengambil gambar secara pegun atau visual.
(iii) Perkembangan telekomunikasi tanpa wayar bergerak sangat pantas.
(iv) Perkembangan telekomunikasi tanpa wayar tidak terkejar oleh pengguna biasa.
(v) Telefon bimbit dilengkapi dengan fungsi capaian Internet, berkamera dan boleh memuat turun muzik.
(vi) Telefon bimbit moden turut bertindak sebagai PDA, iaitu umpama diari digital bergerak yang menjaga rutin anda setiap hari.

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan.
(i) Banglow yang lama terbiar itu diroboh oleh ketua kampung dan penduduk.
(ii) Makan secara buffet sudah lama diperkenalkan dan menjadi penggemar masyarakat kerana mudah dikendalikan.
(iii) Orang ramai boleh membayar pelbagai bil melalui berkhidmat talian tele-perbankan yang disediakan oleh institusi kewangan di tempat masing-masing.

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa.
(i) Tapak sirih yang dibawa oleh rombongan pengantin lelaki telah mereka serahkan kepada pihak pengantin perempuan.
(ii) Beliau menggesa pemaju-pemaju perumahan agar mempercepatkan kerja-kerja pembinaan rumah kos bawah yang masih terbengkalai.
(iii) Walaupun wajah mereka sepadan, namun perangai Azmi berbeza dari perangai abangnya.


1. 
menketengahkan

mengetengahkan

mengenengahkan

2. 
mengemelkan

meng-e-melkan

mamailkan

3. 
ciptaannya

Ciptaan-Nya

ciptaan-Nya

4. 
seringkali

sering kali

sering-kali

5. 
di atas inisiatif

atas inisiatif

diatas inisiatif

6. 
Nyamuk Aedes

nyamuk Aedes

nyamuk aedes

7. 
post mortem

postmortem

post-mortem

8. 
plat-form

platform

platfom

9. 
mengintegrasikan

mengintergrasikan

mengintragasikan

10. 
sukan Olimpik

Sukan Olimpik

sukan olimpik

11. 
peperiksaan

pemeriksaan

perperiksaan

12. 
perlantikan

pelantikan

penglantikan

13. 
ikan talapia

ikan telapia

ikan tilapia

14. 
Asean

Asia

Asian

15. 
Al-Quran

al-Quran

Al-Kuran

16. 
pelaksanaan

perlaksanaan

penglaksanaan

17. 
Ilahi

illahi

Illahi

18. 
ketaasuban

ketaksuban

ketaksupan

19. 
akan ku simpan

akan kusimpan

akan simpan ku

20. 
hutan simpan

hutan simpanan

hutan penyimpan

21. 
paskasiswazan

Pasca-siswazah

pascasiswazah

22. 
ilmuwan

ilmuan

ilmiahwan

23. 
kedua

Kedua-dua

Ke dua-dua

24. 
bagai

pelbagai

berbagai

25. 
Ambil alih

Ambil aleh

ambilalih

26. 
dokumentasi

dokumen

dokumentari


No comments:

Post a Comment