memperolehi
|
memperoleh
|
persingahan
|
persinggahan
|
ketulinan
|
ketulenan
|
sama ada
|
samaada
|
seringkali
|
sering kali
|
saudara mara
|
saudara-mara
|
ke-Malaysiaan
|
kemalaysiaan
|
kesinambungan
|
kesambungan
|
motorkar
|
motokar
|
pascabayar
|
paskabayar
|
kepengunaan
|
kepenggunaan
|
permotoran
|
pemotoran
|
memastikan
|
mempastikan
|
mengulangkaji
|
mengulang kaji
|
barangkali
|
barang kali
|
berkarisma
|
berkarisme
|
keseragaman
|
keseraggaman
|
persombongan
|
penyombongan
|
berkolesterol
|
berkolestrol
|
keperihatinan
|
keprihatinan
|
kebanyakkan
|
kebanyakan
|
sekali gus
|
sekaligus
|
kemahsyuran
|
kemasyhuran
|
budaya Barat
|
budaya barat
|
pingpong
|
pinga pong
|
waktu zuhur
|
waktu zohor
|
mangustin
|
manggis
|
sukan ekstrim
|
sukan ekstrem
|
kadangkala
|
kadang kala
|
penggangu
|
pengganggu
|
Rumusan
Baca petikan di bawah dengan telitinya, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah meningkatkan pencapaian mata pelajaran Sains dan Matematik dan kebaikan menguasai mata pelajaran tersebut. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Bagi meningkatkan pencapaian mata pelajaran Sains dan Matematik, Kementerian Pendidikan Malaysia akan memperhalusi setiap program Pendidikan. Selain itu, pembudayaan Sains dan Matematik diterapkan dalam diri pelajar sejak kecil lagi. Dalam hal ini, tanggungjawab memupuk minat dalam kedua-dua mata pelajaran ini bukan sahaja terletak di pundak guru semata-mata sebaliknya pihak sekolah perlu bersinergi dengan masyarakat untuk meningkatkan kecemerlangan mata pelajaran tersebut. Persepsi segelintir masyarakat tentang kesukaran mempelajari mata pelajaran ini sebenarnya mampu mematikan minat dan keinginan pelajar untuk menguasai mata pelajaran ini dengan lebih baik. Selain itu, faktor kerisauan pelajar terhadap pencapaian mata pelajaran Sain dan Matematik dan kurangnya pendedahan dari aspek kerja dalam bidang berkenaan menyebabkan pelajar tidak meminati mata pelajaran tersebut. Dari aspek yang lain pula, sikap ibu bapa yang tidak memberikan dorongan kepada anak-anak menyebabkan anak-anak tidak meminati Sains dan Matematik.
ISI TERSIRAT
….…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
|
KESIMPULAN:…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
|
Pengarang menyatakan terdapat beberapa sebab pelajar tidak yakin terhadap mata pelajaran Sains dan Matematik. Nyatakan sebab-sebab tersebut.
….…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
|
NEK SINAH: Nak Aiman, mari makan. Nek dah siapkan makanan kegemaran Aiman, ayam masak asam pedas.
AIMAN: Hei, jangan panggil saya nak Aiman! Saya bukan anak Nek Sinah. Nek Sinah tu cuma orang gaji di rumah ini faham? Saya belum lapar. Belum nak makan lagi. Saya nak tunggu Kak Dapnia balik, saya nak makan dengan dia.
Berdasarkan petikan drama, nyatakan dua alasan Aiman menolak pelawaan Nek Sinah apabila diajak makan. [2 MARKAH]
….…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
|
Pada pendapat anda, apakah tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh ibu Aiman bagi memastikan Aiman tidak berasa diabaikan oleh ahli keluarganya? [3markah]
….………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
|
Setelah Kertala Sari merasai luka itu, maka dihunusnya kerisnya pula mengusir Laksamana. Dua tiga langkah pun rebah terjerumus lalu mati. Maka oleh Laksamana dihirisnya syahwatnya lalu ia kembali ke rumah. Setelah hari siang maka orang pun lalu. Maka dilihatnya seorang perlente mati; maka segera dikeratnya telinga dibawa kepada raja, sembahnya, “Ya tuanku, inilah tandanya patik membunuh penjurit yang terlalu buas itu.” Maka datang pula seorang lagi, dikeratnya kepala, lalu dibawa menghadap raja katanya, “Inilah tandanya patik membunuh penjurit pada malam tadi.” Dengan demikian habislah kaki tangan Kertala Sari dikeratnya dibawanya kepada raja. Maka baginda pun menjadi hairan.
Berikan maksud rangkai kata Teririk bangkai . [2 markah]
….…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
|
Berdasarkan petikan, apakah yang telah berlaku kepada mayat Kertala Sari? [3 markah]
….…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
|
LATIHAN PERIBAHASA
Yana dan Yani merupakan adik-beradik kembar. Namun begitu, sikap mereka berbeza bak ……………………………….. Yana seorang yang penyabar, manakala Yani agak pemarah. Yana akan bercakap lembut dengan Yani untuk meredakan kemarahannya, bak kata orang ………………………………………………………………………………………………………
Sejak akhir-akhir ini, hubungan mereka agak renggang. Puncanya ialah tindakan Yani yang menerima pelawaan rakan lamanya, Zety untuk berhijrah ke Kuala Lumpur. Zety yang bermulut manis itu pula bijak memujuk Yani agar mengikutnya tanpa sebarang bantahan bak ………………………………. Yana yang mengesyaki sesuatu cepat-cepat menasihati Yani. Bagi Yana, Zety itu mungkin …………………………………………… kerana selama ini hubungan Zety dan Yani tidak begitu rapat.
“Usahlah Yani ikut Zety ke Kuala Lumpur. Sebelum ini, dia jarang-jarang menghubungi kamu. Tetapi, kali ini tiba-tiba sahaja dia hendak mengajak kamu ke bandar besar itu. Entah-entah ……………………………………………,” nasihat Yana.
“Jangan berburuk sangka, kakak. Menurut Zety, kami akan mendapat pekerjaan yang bagus di sana. Yani ditawarkan bekerja sebagai eksekutif akaun,” balas Yani.
“Eksekutif akaun? Walaupun …………………………………………… kamu mendapat tawaran sebagai eksekutif akaun? Jangan mudah terpedaya oleh kata-kata Zety itu, Yani,” nasihat Yana lagi.
Yani tidak mempedulikan kata-kata kakaknya. Nasihat kakaknya bagai ………………………………………………………………... Dia tetap mahu mengikut Zety ke Kuala Lumpur. Dia ingin meraih pendapatan bulanan yang tinggi. Dia percaya bahawa jika dia ……………………………………………………………………………., pasti dia akan mendapat kenaikan pangkat yang lebih tinggi.
Setibanya di Kuala Lumpur, Yani berasa amat kecewa dan hatinya ………………………………………………………….. Jawatan yang ditawarkan kepadanya hanyalah kerani pejabat. Bangunan pejabat itu pula ………………………………………………….kerana bangunan itu agak usang keadaannya.
Yani berasa kesal. Dia ingin pulang ke kampung semula. Namun dia ibarat …………………………………………………
Beg tangannya diragut oleh penunggang motosikal ketika dia berjalan di kaki lima jalan raya. Yani menangis mengenangkan nasibnya yang malang.
PILIHAN JAWABAN
BERTANAM TEBU DI BIBIR DARAH BARU SETAMPUK PINAN
CEPAT KAKI, RINGAN TANGAN ADA UDANG DI SEBALIK BATU
AIR YANG DINGIN JUGA DAPAT MEMADAMKAN API INDAH KHABAR DARI RUPA
KERBAU DICUCUK HIDUNG BAGAI KACA TERHEMPAS KE BATU
SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA. MENCURAHKAN AIR KE DAUN KELADI
BUMI DENGAN LANGIT