SAJAK KUDUP PERANG
i.Berikan maksud rangkap keenam
sajak di atas. [2 markah] Maksud rangkap keenam sajak di atas
ialah Penyajak sedar bahawa sehingga kini, masyarakat masih berbalah
untuk menentukan pahlawan sebenar antara Tuah dengan Jebat.
i.Apakah yang ingin disampaikan
oleh penyajak berdasarkan rangkap pertama sajak di
atas? [2 markah]
Perkara yang ingin disampaikan
oleh penyajak berdasarkan rangkap pertama sajak di atas ialah penyajak
mengingatkan bahawa seseorang yang masih bergelar panglima perang akan sentiasa
melakukan kekejaman dan menyimpan perasaan dendam. Namun demikian, penyajak
tetap berterima kasih kerana berpeluang untuk menikmati kehidupan sambil
mencari-cari pahlawan yang sebenar.
i.Bagaimanakah tanggapan
penyajak terhadap Tuah dan Jebat?[2 markah]
Tanggapan penyajak terhadap Tuah
dan Jebat ialah penyajak tidak mahu menyanjung Tuah sebagai pendekar paling
gagah kerana kesetiaan Tuah yang teguh terhadap istana. Selain itu, penyajak
juga tidak menganggap Jebat sebagai pengkhianat kerana dia masih bersedih atas
perjuangan Jebat dalam mempertahankan keadilan.
i.Berikan maksud membajakan
kezaliman. [2 markah]
melakukan kekej aman
ii.Pekerjaan sebagai anggota
keselamatan kurang menjadi pilihan para remaja kini. Pada pendapat anda, mengapakah
keadaan ini berlaku? [3 markah]
...Pendapatan dalam bidang ini
tidak lumayan. Seterusnya, pekerjaan ini terdedah kepada risiko keselamatan
diri. Selain itu, tidak
suka terikat dengan peraturan yang ketat. Akhirnya, berasa malu sekiranya
menjadi anggota keselamatan kerana pekerjaan ini tidak popular.
ii. Pahlawan yang banyak
menabur bakti demi kemakmuran negara perlu disanjung. Pada pendapat anda,
apakah cara-cara yang sewajarnya dilakukan oleh kerajaan sebagai tanda
mengingati jasa pahlawan?Pada pendapat saya, cara-cara yang sewajarnya
dilakukan oleh kerajaan sebagai tanda mengingati jasa pahlawan adalah dengan
menganugerahkan pingat kebesaran atau ganjaran kepada para pahlawan
sebagai tanda penghargaan atas jasa mereka.
Selain itu, menyambut Hari Pahlawan pada setiap tahun untuk mengenang jasa
mereka. Seterusnya, menyediakan kediaman yang selesa kepada mereka yang telah
bersara. Akhirnya, memberikan bantuan dan sokongan kepada pahlawan negara yang
masih ada atau waris-waris mereka.
ii.Pada pendapat anda, apakah
ciri-ciri seorang pahlawan sejati? [3 markah]
Pada pendapat saya, ciri-ciri
seorang pahlawan sejati ialah Mempunyai semangat juang yang tinggi. Seterusnya,
mempunyai kemahiran dalam bidang pertempuran. Selain itu, sanggup
berjuang bermati- matian untuk mempertahankan negara. Akhirnya, tidak mudah
gentar dan menyerah kalah kepada musuh.
ii.Pada pendapat anda,
mengapakah kita perlu menghargai sumbangan para pahlawan yang mempertahankan
negara? [3 markah]
Pada pendapat saya, kita perlu
menghargai sumbangan para pahlawan yang mempertahankan negara kerana mereka
telah Membebaskon negara daripada cengkaman penjajah. Selain itu,
generasi kini dapat menikmati kehidupan yang damai hasil perjuangan para
pahlawan. Seterusnya, sanggup berkorban nyawa untuk berjuang mempertahankan
negara di medan pertempuran. Akhirnya, ikhlas berjuang dan tidak mengharapkan
balasan atas sumbangan mereka.
i.Pada pendapat anda, apakah
ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang yang ingin bergelar pendekar? Berikan
tiga ciri itu. [3 markah]
...bijaksana, berilmu, dan
mempunyai pelbagai kemahiran serta kepandaian ... berani dan tidak gentar
menghadapi cabaran ...amanah, berintegriti, dan bertanggungjawab terhadap tugas
yang dipikul
ii.Pada pendapat anda,
mengapakah Jebat bersungguh-sungguh menuntut keadilan atas hukuman yang
dikenakan terhadap Tuah oleh pihak istana? Nyatakan tiga sebab anda. [4 markah]
...kerana Jebat tahu bahawa Tuah
dijatuhkan hukuman akibat difitnah ... kerana pihak istana tidak menyiasat
dengan teliti sebelum menjatuhi hukuman ...untuk menunjukkan bahawa Jebat
memang bersifat setia kawan terhadap Tuah
iii.Nyatakan dua persoalan yang
terdapat dalam sajak di atas. [4 markah] Dua persoalan yang
terdapat dalam sajak di atas ialah Peperangan akan mencetuskan perasaan dendam dalam
kalangan manusia. Seterusnya, usaha untuk mencari kebenaran tentang pahlawan
dan pengkhianat yang sebenarnya.
Selain itu, sikap tidak mahu memuji dan berpihak
antara Tuah yang setia dengan Jebat yang menuntut keadilan. Seterusnya,
pendustaan yang menggugat keadilan dan ketelusan. Akhirnya, peperangan
menyemarakkan pelbagai dakyah palsu yang melenyapkan kebenaran.
iii.Jelaskan dua gaya bahasa
yang terdapat dalam sajak di atas. [4 markah]
Gaya bahasa ialah personifikasi.
Contohnya takhta setia; putik dendam; selumbar sengsara. Selain itu, metafora.
Contohnya peta keadilan. Selain itu, simile. Contohnya seperti
perawan. Hiperbola. Contohnya:
jari-jemari takdir; daerah
angkara; menjungkitkan amarah. Akhirnya, unsur alam. Contohnya putik;
fajar; ke/opak
iii. Nyatakan dua
pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas. [4 markah]
Dua pengajaran yang terdapat
dalam sajak di atas ialah Kita haruslah bersikap berani untuk mengenalpasti
kebenarai supaya kita tidak tersilap membuat kesimpulan tentang sesuatu
perkara. Seterusnya, kita mestilah bersikap dil dan saksama supaya tidak
melakukan kekejaman. Selain itu, kita hendaklah insaf bahawa peperangan dan
perbalahan dalam kalangan manusia tidak akan mendatangkan kebaikan. Akhirnya,
kita haruslah berusaha dengan gigih dan bersungguh- sungguh untuk memperoleh
kebahagiaan supaya hidup lebih bererti.
i.Huraikan tiga pengajaran yang
terkandung dalam sajak ini.[5 markah]
...kita mestilah bersikap berani
untuk mencari kebenaran agar kita tidak tersilap dalam membuat keputusan
...kita haruslah bersikap adil dan saksama supaya tidak melakukan kezaliman
...kita mestilah bersungguh-sungguh untuk membina kebahagiaan supaya hidup kita
lebih bermakna
iii.Huraikan tema dan satu
persoalan yang terdapat dalam sajak “Kudup Perang’
...sajak ini bertemakan mencari
kebenaran. Penyajak sedang mencari keadilan antara dua orang pahlawan,
iaitu Tuah yang setia dan Jebat yang menuntut keadilan ... persoalan keadilan
dan kesaksamaan selalu digugat oleh pendustaan. Contohnya,
iii. Jelaskan dua nilai yang terdapat dalam sajak di
atas. [4 markah]
Nilai yang terdapat dalam sajak
di atas ialah nilai Keberanian. Contohnya, penyajak berani mencari
jawapan dan kebenaran antara pahlawan dengan pengkhianat.
Selain itu, nilai keadilan - Tuah dan Jebat hendaklah diadili
dengan jujur dan saksama. Seterusnya, nilai keinsafan . Contohnya,
penyajak insaf bahawa peperangan dan perbalahan akan menjejaskan kehidupan yang
harmoni. Akhirnya, nilai kerajinan. Contohnya, usaha untuk membina kebahagiaan
semula dalam kehidupan selepas berlakunya perbalahan perlu dilakukan dengan
gigih.