Sunday, September 22, 2019

LATIHAN BAHASA MELAYU SAMSUNG - JAWABAN


Pendahuluan (2 markah)

P1 Petikan membincangkan usaha-usaha / langkah-langkah / kaedah-kaedah / pendekatan menjaga kesihatan diri di Malaysia / di negara kita.

P2 Rumusan ini membincangkan usaha-usaha / langkah-langkah / kaedah-kaedah / pendekatan menjaga kesihatan diri dan cabaran untuk melaksanakannya.

Isi Tersurat (4 hingga 12 markah)
(cara-cara menjaga kesihatan diri)

S1. kesedaran bahawa tubuh sangat memerlukan penjagaan.

S2. mendapatkan maklumat tentang penjagaan kesihatan.

S3. pemeriksaan kesihatan berjadual sekurang-kurangnya tiga kali setahun.

S4. mengamalkan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat.

S5. melakukan senaman dua atau tiga kali seminggu.

S6. amalan meminum air kosong.

S7. mengamalkan senaman yang konsisten.

S8. rehat dan tidur yang secukupnya.

Isi Tersirat (4 hingga 12 markah)
(cabaran untuk melaksanakannya)

T1. banyak makanan tidak berkhasiat di pasaran.

T2. sibuk dengan tugas harian.

T3. kurang pengetahuan tentang cara penjagaan kesihatan diri.

T4. nafsu makan yang tidak terkawal.

T5. kurang prasarana / kemudahan melakukan aktiviti senaman / riadah.

T6. kurang mendapat galakan daripada keluarga / pihak bertanggungjawab.

T7. iklan / promosi / jualan murah.

(cadangan yang lain boleh diterima sekiranya sesuai)

Kesimpulan (2 markah)
(cadangan dan harapan)

K1 Kesimpulannya, setiap individu perlu menjaga kesihatan diri agar dapat melahirkan masyarakat yang sihat.

K2 Kesimpulannya, semua pihak haruslah menyedari kepentingan menjaga kesihatan diri agar terhindar daripada penyakit.

Soalan 2(a) - Petikan Umum

(i) Maksud tindakan awal

-   langkah / terlebih dahulu / mula-mula sekali / permulaan
2
-
tindakan / terlebih dahulu / mula-mula sekali / permulaan
1
-
langkah / awal
1
[Maksimum : 2 markah]


(ii) Kepentingan-kepentingan :

P1menjamin keceriaan hidup individu.

P2menjamin tahap kesihatan yang baik berterusan.

P3tahap kesihatan semakin meningkat dari sehari ke sehari.

[Maksimum : 3 markah]
[Isi cukup : 2 isi]


(iii) Peranan pihak sekolah untuk menimbulkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan dalam kalangan murid :

P1kempen / ceramah / pameran kesedaran menjaga kesihatan.

P2mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan / Sains.

P3aktiviti unit beruniform.

P4Program 1Murid 1Sukan.

P5 pemeriksaan kesihatan di sekolah secara percuma.

P6. jadual aktiviti riadah dan sukan.

P7 lawatan ke hospital.

(jawapan lain boleh diterima sekiranya sesuai)

[Maksimum : 4 markah]
[Isi cukup : 3 isi]








Soalan 2(b) - Prosa Moden

(Cerpen : Munsyi)

(i) Angkara tersebut ialah :

P1angkara kejahilan terhadap salasilah tanah air.
P2yang terpecah kepada pagar-pagar perkauman yang tebal.
[Maksimum : 2 markah]
[Isi cukup : 2 isi]

(ii) Persiapan yang perlu dilakukan oleh remaja yang ingin hidup di perantauan ialah :

P1mencari tempat tinggal yang sesuai.
P2menyediakan wang yang mencukupi.

P3menguasai pelbagai bahasa agar mudah berkomunikasi dengan masyarakat setempat.
P4mendapatkan maklumat tentang budaya tempat tersebut.
P5mencari kawan baharu.
P6membiasakan diri hidup berdikari.
P7belajar berbelanja secara berhemat
P8bijak merancang kewangan.

P9berhubung dengan kawan, kenalan atau saudara-mara yang berada di tempat yang akan dikunjungi.

[Maksimum : 3 markah]
[Isi cukup : 2 isi]
(iii) Satu pengajaran dalam petikan :

P1Kita hendaklah gigih menimba ilmu untuk menjadi bekalan hidup.

Mel bertekad memenuhkan dahulu dada dengan segala ilmu pengetahuan dan pengalaman sebelum berhijrah ke kota.

P2Kita haruslah bertanggungjawab memelihara agama dan bahasa ibunda.

Pesan bonda kepada Mel supaya memelihara agama dan bahasa ibunda.

Satu pengajaran tidak dalam petikan :

K1Kita hendaklah taat akan perintah ibu.

Mel taat akan perintah bondanya yang tidak membenarkan dia berhijrah ke banda.

K2Kita mestilah amanah dalam melaksanakan sesuatu tugas. Mel menyerahkan beg berisi puluhan kitab lama yang dikirim oleh bonda kepada Munsyi.

*(pengajaran lain boleh diterima sekiranya sesuai)







Soalan 2(c) - Prosa Tradisional

(Burung Terbang Dipipiskan Lada)

(i) Maksud akan mengeluari orang Siam.

P1
akan
-
untuk


mengeluari
-
menyekat / menghalang / menahan


orang Siam -
serangan Siam


(ketiga-tiga frasa betul)
2m

(ii) Keistimewaan Seri Bija Diraja :

P1sedia asal Melayu.

P2asalnya daripada Muntah Lembu.

P3digelar orang Datuk Bongkok.

P4gagah berani.

[maksimum : 3 markah]
[Isi cukup : 2 Isi]
(iii) Cara-cara mengelakkan peperangan :

P1mengadakan rundingan secara baik.

P2mewujudkan hubungan diplomatik.

P3membuat perjanjian.

P4saling bertolak ansur

*(alasan lain boleh diterima sekiranya sesuai)

[maksimum : 3 markah]
[Isi cukup : 2 Isi]

































Soalan 2(d) - Puisi

(Gurindam Dua Belas Fasal yang Ketiga)

(i) Kebaikan :

P1tidak melakukan perkara yang menyalahi hukum agama / undang-undang.
P2tidak mengambil hak orang lain / yang bukan milik kita.

P3tidak pergi ke tempat-tempat yang dilarang / tempat maksiat.

P4tidak terjebak dalam kegiatan yang negatif / perkara keji.

P5sentiasa menggunakan tangan dan kakinya untuk perkara membawa kebaikan / manfaat.
[maksimum : 2 markah]
[Isi cukup : 2 Isi]

(ii) Kesan-kesan tidak menjaga pertuturan.

P1menimbulkan perbalahan / permusuhan / persengketaan / pergaduhan.

P2merosakan / memutuskan hubungan / silaturahim.

P3dibenci / dimusuhi oleh orang lain.

P4kekurangan / ketiadaan kawan.

P5imej diri tercemar / tidak hormat.

[maksimum : 3 markah]
[Isi cukup : 2 Isi]

(iii) Satu pengajaran rangkap 5 dan rangkap 7 : Rangkap 5

P1Kita hendaklah mengawal nafsu makan / kita janganlah makan sehingga kenyang.


Penyajak menasihati agar kita mestilah mengawal nafsu makan

agar tidak melakukan perbuatan yang tidak senonoh.
(1+1)

Kita  janganlah  makan  secara  berlebih-lebihan  kerana  boleh

menyebabkan kita melakukan perbuatan yang tidak baik.

Rangkap 7

P2
Kita mestilah menjaga pergerakan.


Penyajak menyarankan agar kita mestilah menjaga perjalanan

agar tidak pergi ke tempat-tempat dilarang oleh agama.
(1+1)





8

Soalan 3



Jawapan 3(a)

(i) kerat

a. potong / penggal


(ii) kelat

a. rasa hampir-hampir pahir (seperti rasa pinang)

b. lekat / susah dibuka (mata kerana terlalu mengantuk)

(iii) bidang

a. penjodoh bilangan bagi benda yang luas (seperti tanah)

b. kegiatan yang diceburi / lapangan.

c. ukuran lebar sesuatu (seperti kain, tikar)

(iv) sidang

a. perjumpaan (untuk membincangkan sesuatu) mesyuarat.
b. ketua kampung
c. berhenti (hujan) reda.

(v) syarat

a. tuntutan yang mesti dipenuhi, jaminan, janji.

b. Ketentuan (rukun, peraturan) yang mesti dipatuhi.


(vi) sarat

a. terlalu banyak (muatan, bebanan)

b. penuh berisi (dengan air, fikiran, harapan, kesusahan)

c. mengandung (hamil)

Jawapan 3(b)

(jawapan dalam bentuk petikan)

1. Aiman bertanya tentang rancangan Kok Seong pada musim cuti nanti.

2. Kok Seong menyatakan bahawa dia tidak mempunyai apa-apa / (sebarang) rancangan.

3. Oleh itu, Aiman mencadangkan Kok Seong mengikutnya pulang ke kampungnya.

4. Kok Seong juga bertanyakan keistimewaan / (perkara yang menarik) di kampung Aiman.

5. Menurut Aiman, di kampungnya terdapat sungai dan mereka boleh memancing.

6. Di samping itu, pada masa itu di kampungnya terdapat musim buah-buahan.




Jawapan 3(c)

 
(i)
terok
-
teruk
(ii)
berdisplin
-
berdisiplin
(iii)
masaalah
-
masalah
(iv)
kesesakkan
-
kesesakan
(v)
meletakan
-
meletakkan
(vi)
menganggu
-
mengganggu
Jawapan 3(d)


(i)
paling terlaris
-
paling laris / terlaris

luas
-
hebat / hangat
(ii)
perlawanan
-
pertandingan

di
-
pada
(iii)
beliau
-
baginda

bila
-
apabila





Jawapan 3(e)

(i) bagai isi dengan kuku - hubungan yang sangat rapat / sangat karib.

(ii) makan angin - bersiar-siar untuk mendapat angin bersih / berehat-rehat / melapangkan fikiran

(iii) sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit - kalau kita berhemat sedikit-sedikit / lama-lama simpanan menjadi banyak.



























Soalan 4
Markah penuh 15 markah

Panduan pemarkahan bagi Soalan 4.

Soalan 4 (a)

i. Jawapan berdasarkan sebuah novel yang dikaji.

ii. Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat lengkap.

iii. Beri 1 markah bagi setiap pernyataan latar tempat yang telah ditetapkan yang betul / tepat.
iv. Beri 1 markah bagi setiap peristiwa / huraian yang lengkap / jelas. (1+1)

v. Markah isi maksimum 4 markah. (Maksimum 2 markah bagi setiap pengajaran yang telah ditetapkan)
vi. Markah bahasa maksimum 3 markah.
vii. Markah bahasa diberi secara impression.

Baik
:
3 markah
Sederhana
:  2 markah
Lemah
:
1 markah

viii. Jika calon menjawab dan markah isi 0, berikan 1 markah untuk bahasa.
ix. Calon tidak menjawab 0 markah.
[Maksimum : 7 markah]

Soalan 4 (b)

i. Jawapan berdasarkan dua novel yang dipelajari.
ii. Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat lengkap.
iii. Beri 1 markah bagi setiap pernyataan pengajaran tentang keberanian.

iv. Beri 2 markah bagi setiap peristiwa / huraian yang lengkap / jelas. (1+1)

v. Sekiranya calon gagal mengemukakan pernyataan pengajaran yang betul, jawapan calon dianggap salah. (0m)

vi. Markah isi maksimum, 6 markah (maksimum 3 markah bagi setiap peristiwa menarik)

vii. Markah bahasa maksimum, 2 markah.
viii. Markah bahasa diberi secara impression.


Baik :  2 markah

Lemah :  1 markah


ix. Jika calon menjawab dan markah isi 0, berikan 1 markah untuk bahasa.
x. Calon tidak menjawab,  0 markah.

[Maksimum: 8 markah]




PERATURAN PEMARKAHAN TAMAT







12

No comments:

Post a Comment