RAMALAN 2
Soalan 2 (b) - Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Jaket kain itu kubeli dengan harga RM50.00 di sebuah kedai menjual baju terpakai di tanah airku. Banyak sudah jasa jaket kain itu kepadaku. Poketnya ada dua di sebelah kiri dan kanan. Terdapat tali bermanik hitam yang membolehkan poket itu dijerut, sekali gus menjamin keselamatan isi poket. Lazimnya, aku meletakkan pasport di poket kanan dan sedikit duit di poket kiri. Terdapat empat butang bulat berwarna perak dari atas hingga ke bawah jaket. Rumah butangnya besar dan dijahit kemas. Terdapat zip panjang yang membolehkan jaket itu dizip sampai ke pangkal leher. Kolarnya tinggi dan lengannya boleh dilipat.
Jaket itu sudah mengikut aku mengembara hampir ke seluruh dunia. Dari negara miskin Bangladesh hingga negara mewah United Kingdom. Dari Indonesia di Asia Tenggara hingga Turki di Asia Tengah. Aku belum berniat untuk mencari pengganti jaket kain itu.
Pekedai itu tidak mudah putus asa. Dia menunjukkan sehelai jaket kulit berwarna hitam dengan pengikat leher berwarna merah. Pengikat leher itu boleh berfungsi sebagai topi jika ditarik ke atas. Potongannya memang cantik. Bertali, berpinggang, labuh separas lutut dan kelihatan sopan. Memang nampak seperti jaket untuk wanita.
(Dipetik daripada cerpen ‘Jaket Kulit Kijang dari Istanbul’
oleh Maskiah Haji Masrom,
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Mengapakah aku beranggapan bahawa potongan jaket kulit yang ditunjukkan oleh pekedai itu cantik?
[2 markah]
(ii) Sebagai seorang pengguna, apakah kriteria-kriteria yang anda utamakan sebelum membuat keputusan untuk membeli pakaian?
[3markah]
(iii) Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan satupengajaran lain daripada cerpen tersebut yang tidak dalam petikan.
[4 markah]
(i) Aku beranggapan bahawa potongan jaket kulit yang ditunjukkan oleh pekedai itu cantik kerana
-bertali
-berpinggang
-labuh paras lutut
-kelihatan sopan
(ii) Kriteria sebelum membuat keputusan untuk membeli pakaian
-kualiti jaket yang tahan lama
-perkhidmatan selepas pembelian seperti mengubah suai saiz
-harga yang berpatutan
(iii) Pengajaran dalam Petikan
-Kita mestilah rajin berusaha tanpa berputus asa dalam perniagaan
B- pekedai itu tidak berputus asa walaupun “aku” tidak membeli jaket yang dijualnya, sebaliknya menunjukkan sehelai jaket yang berwarna hitam dengan pengikat leher berwarna merah
Pengajran dalam keseluruhan cerpen
-Kita mestilah berjimat cermat dalam perbelanjaan
B-Mas bijak membuat perancangan sewaktu membeli-belah di luar negara
-Kita mestilah membuat perbandingan harga sebelum membeli barang
B-Mas membuat perbandingan harga sebelum membeli sesuatu barang
-Kita mestilah sayang akan ahli keluarga
B-membeli cenderamata untuk ahli keluarga yang terdekat sewaktu melancong ke luar negara
RAMALAN 3
Soalan 2 (b) - Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Sebenarya, duitku cuma tinggal USD70 selepas aku membeli jaket kulit kijang (aku mengetahui jenisnya setelah Encik Yuksel meneliti jaket tersebut). Aku memandang jaket yang kini terletak di atas katil. Aku hanya membayar USD100 kepada Shahmeem. Dia mengurangkan USD20 daripada harga pasaran gelap sebagai tanda terhutang budi.
Aku tidak nampak praktikalnya jaket itu untuk kegunaan harian di Malaysia. Memakainya pasti akan membuat diri berasa panas dalam cuaca terik di tanah air. Jika keluar negara, jaket itu cuma sesuai dipakai pada musim sejuk.
Menjaganya pasti memerlukan kerapian. Tidak boleh dibasuh. Tidak boleh dilipat sembarangan. Walaupun harganya mahal, jaket kulit bukannya sesuatu yang tahan lasak. Kainnya mudah carik dan jika koyak, tidak dapat dijahit dengan benang.
Lebih penting lagi, seekor atau lebih daripada seekor kijang telah dibunuh untuk mendapatkan sehelai jaket kulit. Sebab itu, tidak ada jaket kulit yang murah. Harganya mahal disebabkan ada nyawa yang terpaksa dikorbankan! Aku merasakan bahawa jaket kulit sebenarnya lambang kemegahan dan kemewahan. Jaket kulit itu seperti lambang pendewaan dan pemujaan diri.
(Dipetik daripada cerpen ‘Jaket Kulit Kijang dari Istanbul’
oleh Maskiah Haji Masrom,
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Mengapakah hati aku beranggapan bahawa menjaga jaket kulit sesuatu yang sangat cerewet?
[2 markah]
(ii) Kijang merupakan antara binatang liar yang kian pupus.
Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk memastikan binatang-binatang liar terus terpelihara dan tidak pupus daripada bumi ini?
[3 markah]
(iii) Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satupersoalan lain daripada cerpen tersebut yang tidak dalam petikan.
[4 markah]
(i) “Aku” beranggapan bahawa menjaga jaket kulit sesuatu yang cerewat kerana
-dijaga dengan rapi
-tidak boleh dibasuh
-tidak boleh dilipat sembarangan
(ii) Cara memastikan binatang liar terus terpelihara
-memperuntukkan hutan simpan atau taman negara
-membuat kajian dan penyelidikan tentang baka dan pembiakan binatang liar
-pembinaan zoo dan taman binatang liar
-menguatkuasakan undang-undang hidupan liar
(iii) Persoalan aku dalam petikan
-pakaian merupakan lambang kemegahan dan kemewahan
B- “aku” beranggapan bahawa pemakaian jaket kulit kijang melambangkan kemegahan dan kemewahan
Persoalan dalam keseluruhan cerpen
-kebijaksanaan membuat perancangan
B-bijak membuat perancangan sewaktu membeli-belah di luar negara
-sikap hati-hati dalam pembelian
B-membuat perbandingan harga sebelum membeli sesuatu barang
-Kasih sayang kepada ahli keluarga
B-membeli cenderamata untuk ahli keluarga yang terdekat sewaktu melancong ke luar negara
RAMALAN 4
Soalan 2 (b) - Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Dek benih penjajah yang menanamkan racun perkauman melalui sistem pecah dan perintah, bernanahlah segala prasangka buruk sebelum meletusnya tragedi sengketa dan rusuhan antara warga kota yang mewakili bangsa-bangsa yang berbeza fahaman, bahasa dan budaya.
Akibatnya, darah dan korban menjadi saksi kepada sebuah api pergolakan sehingga mencetuskan huru-hara kepada negara yang baru setahun jagung menghirup udara kemerdekaan. Seperti kata bonda kepada saya setiap kali menjengah kalendar Mei pada wajah hari.
“Tanah air ini pernah bernyala api tragedi. Penjajah menabur bara sengekata melalui pengagihan sumber kekayaan bumi ini yang tidak seimbang. Bangsa pertama ditempatkan di bandar-bandar besar sebagai peniaga dan pengusaha lombong bijij timah. Bangsa kedua terbiar daripada arus pembangunan dengan mendiami kampung-kampung tradisional di luar bandar sebagai nelayan dan pesawah. Bangsa ketiga pula terus-menerus melarat dalam kemiskinan di ladang-ladang dan estet yang serba mundur. Masing-masing terpisah oleh tembok dan benteng perkauman yang tebal...”
(Dipetik daripada cerpen ‘Munsyi’
oleh Husna Nazri,
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Mengapakah penjajah dikatakan mengagihkan sumber kekayaan negara kita dengan tidak seimbang?
[2 markah]
(ii) Penjajahan terhadap sesebuah negara meninggalkan kesan yang sangat besar kepada rakyat.
Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan tersebut?
[3 markah]
(iii) Jelaskan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satupersoalan lain daripada keseluruhan cerpen tersebut.
[4 markah]
(i) Penjajah mengaihkan sumber keayaan negara kita dengan tidak seimbang kerana
-bangsa pertama ditempatkan di bandar sebagaio nelayan dan pesawah
-bangsa ketiga hidup miskin di ladang-ladang dan estet yang mundur
(ii) Kesan penjajahan kepada rakyat
-kehilangan ahli keluarga yang mati terkorban
-kehilangan tempat tinggal yang menjadi sasaran penjajah
-kecederaan atau lumpuh seumur hidup akibat terkena tembakan
(iii) Persoalan dalam petikan dalam petikan
-Masalah perpecahan kaum
B- penjajah membunuh racun perkauman melalui sistem pecah dan perintah
-kekejaman penjajah pada zaman penjajahan
B-rakyat yang berbilang kaum dan agama dipisahkan melalui sistem pecah dan perintah
Persoalan dalam keseluruhan cerpen
-kepentingan bahasa kebangsaan
B-penulis berkata bahawa bahasa kebangsaan menjadi penghubung kepada rakyat berbilang agama dan bangsa
-janji seorang anak kepada ibu
B-penulis berjanji kepada ibunya bahawa dia akan membina kehidupan baharu di kota
RAMALAN 5
Soalan 2 (b) - Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Setelah sekian lama, para sejarawan menemukan punca kehebatan nenek moyang bangsa peribumi di tanah ini pada abad silam adalah kerana tiga perkara. Pertama, agama anutannya yang berpaksikan akidah yang satu.
Kedua, bahasa ibunda yang menjadi wacana penghubung semua rakyat pelbagai keturunan dan golongan. Ketiga, ketaatan dan kepatuhan kepada raja yang memerintah dengan adil dan saksama. Saya cuba membandingkan antara sejarah silam dengan keadaan yang berlaku pada hari ini. Saya melihat betapa jauhnya jurang yang memisahkan antara dua peta waktu itu, baik daripada landskap politik, sosial masyarakat hinggalah acuan agama yang dianuti bangsa saya.
Setelah beberapa purnama tertangguh, akhirnya saya merasakan sekelumit ilmu mengisi dada saya sudah mampu membolehkan saya berjuang sebagai warga sebuah kota besar yang agung itu. Kepada bonda, saya sampaikan hasrat untuk membina kehidupan yang lebih sempuma di ibu kota. Tanah desa halaman ini tidak lagi dapat menjanjikan masa depan saya lebih menerus.
Saya perlukan kerjaya yang terjamin dan ekonomi yang stabil untuk merancang kehidupan masa depan saya.
(Dipetik daripada cerpen ‘Munsyi’
oleh Husna Nazri,
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Nyatakan dua kehebatan nenek moyang bangsa peribumi ini yang ditemukan oleh sejarawan?
[2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, selain berbekalkan ilmu pengetahuan, apakah persediaan-persediaan lain yang perlu dilakukan sebelum seseorang itu berhijrah ke tempat lain?
[3 markah]
(iii) Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan di atas dan satulatar masyarakat lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]
(i) Kehebatan nenek moyang
-agama yang dianuti nenek moyang berpaksikan satu akidah
-bahasa ibuda menjadi penghubung semua rakyat pelbagai keturunan dan golongan
(ii) Persediaan sebelum berhijrah ke tempat lain
-mengenali dan mempelajari bahasa di tempat baharu
-membaca buku yang berkaitan dengan adat resam dan pantang larang di tempat baharu
-mengkaji dan mencari maklumat tentang tempat yang penting dan nombor kecemasan di tempat baharu
(iii) Latar masyarakat dalam petikan
-masyarakat yang bijaksana
B- nenek moyang bijak berhubung antara satu dengan yang lain dengan bahasa ibunda
Latar masyarakat dalam keseluruhan cerpen
-masyarakat penjajah yang kejam
B-rakyat yang berbilang kaum dan agama dipisahkan melalui sistem pecah dan perintah
-masyarakat yang berpegang pada janji
B-penulis berjanji kepada ibunya bahawa dia akan membina kehidupan baharu di kota
RAMALAN 6
Soalan 2 (b) - Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
“Aku bergurau saja. Lagipun ini tanah kampung yang berstatus tanah pertanian. Apalagi yang wajar dibuat selain berkebun dan menternak. Aku sudah mendapat nasihat dan berbincang dengan beberapa orang. Aku sudah berbincang dengan agensi kerajaan yang bertanggungjawab memajukan bidang pertanian.”
Hakim merancang agar tanah Pak Kaduk dapat dimanfaatkan. Dia memutuskan untuk menternak ayam secara pertanian kontrak dengan sebuah syarikat besar. Syarikat ini beroperasi dan terkenal di seluruh dunia sebagai Global Chicken. Global Chicken menubuhkan cawangan di Malaysia dengan nama Rangkaian Jasa Agrikultur atau nama singkatanya RAJA. Hakim membuat keputusan memasuki bidang penternakan bersandarkan beberapa faktor. Dia selalu sangat mendengar para menteri dan pakar ekonomi berkata, “Pada masa sekarang ini kerajaan sangat mementingkan aktiviti pengeluaran makanan. Negara mesti mengeluarkan lebih banyak makanan.”
Sejak dahulu, dia sering mendengar pidato, “Tuan-tuan dan puan-puan, sebahagian besar bahan makanan rakyat kita ialah bahan makanan yang diimport, sedangkan kita ada ratusan ribu ekar tanah yang terbiar kosong dan tidak produktif. Mengapakah kita bergantung pada beras, ikan, daging, ayam dan sayur-sayuran import?
(Dipetik daripada cerpen ‘Kaduk, Ayam dan Raja’
oleh Zurinah Hassan,
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Apakah yang dilakukan oleh Hakim sebelum memulakan projek penternakan ayam?
[2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, apakah kebaikan menjalinkan kerjasama dengan syarikat besar dalam melaksanakan projek penternakan seperti Hakim?
[3 markah]
(iii) Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satupersoalan lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]
(i) Sebelum memulakan projek penternakan, Hakim
-mendapatkan nasihat dan berbincang dengan beberapa orang
-berbincang dengan agensi kerajaan yag bertanggungjawab untuk memajukan bidang pertanian
(ii) Kebaikan menjalinkan kerjasama dengan syarikat besar
-mempunyai modal yang lebih besar untuk membina syarikat
-memiliki imej dan nama yang tersendiri
-dapat memperbesar dan membuka banyak cawangan
(iii) Persoalan dalam petikan
-Kepentingan mendapatkan nasihat perniagaan
B- Hakim mendapatkan nasihat daripada agensi kerajaan untuk memajukan bidang pertanian
Peroalan dalam keseluruhan cerpen
-keberanian mempertahankan hak pusaka
B-Hakim berani mempertahankan harta pusaka moyangnya, Pak Kaduk sehingga berjaya mendapatkan tanah itu semula
-ketabahan menghadapi masalah dalam perniagaan
B-Hakim menghadapi masalah kekurangan modal untuk memperbesar perniagaannya
RAMALAN 7
Soalan 2 (b) - Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Azam dengan lidah yang fasih telah berhujah di mahkamah. “Yang Arif, apabila raja meminta bertukar ayam, adakah Pak Kaduk boleh membantah perintah raja? Dia akan dituduh sebagai penderhaka dan mungkin kepalanya akan dipancung. Ini bermakna Kaduk telah menyerahkan ayamnya Si Kunani kepada raja tanpa kerelaannya. Tidak wujud sebarang bukti atau sebarang tandatangan atau MoU yang mengesahkan pertukaran ayam itu. Jadi, apabila Si Kunani menang dalam persabungan, bererti Pak Kaduklah yang memang dan berhak menerima apa-apa hadiah yang telah ditawarkan dalam perjanjian persabungan mengikut terma dan syarat yang diperuntukkan, termasuklah mengekalkan hak milik tanah yang dituntut oleh anak guam saya.”
Mahkamah mengumumkan keputusannya pada hari ini. Tidak payah aku ceritakan butiran hujah dan beberapa helaian muka surat yang dibaca oleh tuan hakim di kamar pengadilan. Yang pentingnya, tanah empat ekar di hujung kampung dan di tepi belukar itu kini sah menjadi milik Hakim bin Hassan bin Kaduk. Alhamdulillah.
(Dipetik daripada cerpen ‘Kaduk, Ayam dan Raja’
oleh Zurinah Hassan,
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Apakah yang bakal berlaku sekiranya Pak Kaduk tidak bersetuju dengan perintah raja?
[2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, apakah usaha yang perlu dilakukan oleh generasi akan datang untuk memelihara tanah pusaka?
[3 markah]
(iii) Huraikan satu nilai kemanusiaan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu nilai kemanusiaan lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]
(i) Sekiranya Pak Kaduk tidak bersetuju dengan perintah raja
-dia akan dituduh sebagai penderhaka
-kepalanya akan dipancung
(ii) Usaha untuk memelihara tanah pusaka
-mempunyai sijil pemilikan tanah yang sah dan menjaganya dengan baik
-mengusahakan tanaman atau ternakan di atas tanah pusaka
-membina rumah di atas tanah pusaka demi keselesaan keluarga
(iii) Nilai kemanusiaan dalam petikan
-Ketaatan
B- Azam yang menjadi peguam kepada pihak Pak Kaduk berkata bahawa Pak Kaduk tidak berani membantah perintah raja kerana dia akan dituduh penderhaka dan kepalanya akan dipancung
Nilai kemanusiaan dalam keseluruhan cerpen
-keberanian
B-Hakim berani mempertahankan harta pusaka moyangnya, Pak Kaduk sehingga berjaya mendapatkan tanah itu semula
-ketabahan
B-Hakim menghadapi masalah kekurangan modal untuk memperbesar perniagaannya
No comments:
Post a Comment