LATIHAN 9: CERPEN GERHANA MANUSIA
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan meggunakan ayat sendiri.
“Nusia!”
Aku cepat-cepat beredar. Suara doctor murni melantun ke dinding pejal wad unit rawatan rapi. Solehah yang tenat, yang pundi janinnya pecah di ovary, juga sedang koma. Al-hafiz masih terlantar, tulang selangkanya patah riuk, diheret kereta sejauh dua meter di tar keras, tidak pernah pun dijenguk professor doctor juaidi.
Juga si kecil, bayi buangan yang hampir kekeringan darah. Gaids malang yang dibelasah hingga tinggal nyawa-nyawa ikan dan mahasiswa leukeia yang semakin cair sel dara merah di tubuhnya itu, tidak perlukah mereka itu diberi darah?
“hidup yang ditentukan oleh tangan manusia ini, tidak pernah adil, solehah.” Titis air mataku gugur di hujung jari solehah. “engkau hanya memerlukan tiga pek darah sahaja tetapi tidak diberikan. Tuan besar musa itu, tubuhnya tidak mahu menerima darah tetapi pakar-pakar itu…,” sebak menyendat di dadanya.
i. Siapakah yang memerukan darah di hospital itu?
Solehah yang pundi janinnya pecah di ovary, al-hafiz yang tulang selangkanya patahriuk, bayi buangan yang hampir kekeringan darah, gadis malang yang dibelasah sehingga tinggal nyawa-nyawa ikan dan mahasiswa leukemia yang semakin mencair sel darah merah di tubuhnya memerlukan darah dengan segera.
ii. Bagaimanakah pihak kerajaan dapat memupuk rakyat Malaysia menderma darah untuk kegunaan pesakit di hospital?
Pihak kerajaan perlu mngadakan kempen menderma yang dapat memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia. Pihak kerajaan juga perlu melengkapkan hospital dan pusat menderma darah dengan kemudahan yang sewajarnya. Pihak kerajaan juga perlu menyebarkan amalan menderma darah melalui media massa yang semakin meluas.
iii. Jelaskan satu nilai yang terdapat dalam petikan di atas dan satu lagi nilai lain yang terdapat dalam cerpen ini.
Nilai yang terdapat dalam petikan di atas ialah nilai belas kasihan. Contohnya, nusia berasa kesian kepada pesakit yang tidak dapat bekalan darah akibat kekosongan bekalan hospital tu. Dia menitiskan air mata apabila melihat penderitaan ditanggung oleh solehah. Nilai lain yang terdapat dalam novel di atas ialah nilai keberanian. Misalnya, nusia berani menanggung risiko berhubung dengan tindakannya yang mendesak juruteknik makmal darah agar menyerahkan lima pek darah sejuk kepadanya.
tikan cerpen di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Aku menjeling. Aku cuba tersenyum walaupun hati terasa pedih. Biar Tuan Besar Musa itu mati, lebih bermanfaat kepada yang hidup.” Dia sudah tidak boleh diselamatkan. Dia di ambang sakaratulmaut. Syahadah. Yasin lebih diperlukan. Kenapa tak ada waris yang datang menjenguknya?”
“Profesor Doktor Juaidi mahu dia hidup:
“Untuk membela atau mebuang kemanusiaan”
“Jangan terlalu beremosi. Kita dibayar gaji”
Wad Unit Rawatan Rapi dilimpahi cahaya kalimatang. Kilau kikatnya gagal memadamkan amarah hati. “Doktor Murni, semalam 50 pek darah masuk ke tubuhnya, 50 pek darah juga yang keluar. Hari ini dia mahu diberi darah lagi? Prognosisnya terlalu tipis”
“Ini arahan, Nusia” Suara doktor yang berkerudung ungu itu kendur. Mukanya muram.
“Darah dan manusia itu, berbezakah nilainya? Kalau harganya pangkat dan darjat, padamkan saja istilah kemanusiaan dalam hati. Untuk apa kalau semuanya boleh dibeli?”
(Dipetik dari Cerpen Gerhana Manusia dalam Antologi Sejadah Rindu)
SOALAN
i. Berdasarkan petikan mengapakah Nusia marah terhadap Doktor Murni? [2 markah]
ii. Jika anda berada di tempat Nusia, apakah yang akan anda lakukan untuk membela prinsip kemanusiaan? [3 markah]
iii. Jelaskan satu nilai daripada petikan dan satu nilai daripada keseluruhan cerpen. [4 markah]
JAWAPAN:
i. Nusia marah terhadap Doktor Murni kerana Doktor Murni tetap menerima arahan Profesor Doktor Juaidi agar membiarkan Tuan Musa mati. Doktor Murni juga mengendahkan pendapat Nusia yang mengarahkan untuk Tuan Musa hanya layak untuk mati.
ii. Jika saya berada di tempat Nusia, saya akan cuba untuk berbincang bersama dengan profesor Doktor Juaidi dan Doktor Murni . Saya juga akan melepaskan individu ini kepada pihak berwajib kerana isu ini melibatkan nyawa ramai orang. Akhir Sekali, saya akan membangkitkan isu kemanusiaan ini kepada doktor-doktor lain agar mereka memboikot hospital tersebut. Oleh itu, pihak hospital akan mengambil tindakan tegas terhadap Profesor Doktor Juaidi.
iii. Nilai yang terdapat dalam petikan ialah nilai berani mempertahankan pendapat. Hal ini jelas ditunjukkan oleh Nusia yang berselisih pendapat dengan Doktor Murni kerana Nusia berpendapat Tuan Musa tidak layak untuk hidup.
Gerhana Manusia (ms23-27)
Gerhana Manusia
Berikan huraian bagi setiap persoalan yang terdapat dalam cerpen “Gerhana Manusia”.
(a) Kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah.
Huraian:kebijaksanaan…menghubungi..bekalan darah tulen..tabung darah
(b) Rasional dalam membuat tindakan.
Huraian: peletakan
(c) Percaya kepada qada dan qadar.
Huraian: Tuan Besar Musa
(d) Perasaan kasih sayang sesama manusia.
Huraian:Solehah dan mahasiswa
(e) Tanggungjawab dan amanah dalam melaksanakan tugas.
Huraian:Nusia dan Doktor Murni…khidmat rawatan
Nyatakan teknik plot yang sesuai berdasarkan contoh-contoh yang diberikan.
(a) Teknik ____dialog_______________. Perbualan antara Nusia dengan Doktor Murni tentang Tuan Besar Musa yang sedang terlantar di katil hospital dalam keadaan koma dan tenat. Contohnya“Profesor Doktor Juaidi mahu dia hidup.”
(b) Teknik _saspens_____________________. Peristiwa percanggahan pendapat antara Nusia dengan Doktor Murni berhubung dengan pemberian darah tulen yang disalurkan ke tubuh Tuan Besar Musa benar-benar menimbulkan tanda tanya dan perasaan ingin tahu kepada pembaca tentang penyelesaian pendapat mereka berdua itu. Contohnya: “ini arahan, Nusia.” Suara doktor yang berkerudung ungu itu kendur. Mukanya muram.
(c) Teknik _monolog____________________. Nusia terkejut, marah sambil mempersoalkan sama ada Profesor Doktor Juaidi seorang manusia kerana menyuruhnya memberikan gelafundin sahaja bagi menggantikan darah tulen untuk Solehah. Contohnya:Aku tersentap. Tidak terdaya kuangkat muka menentang suara yang menyakitkan hatiku itu. Manusiakah dia?
(d) Teknik ___pemerian________________. Penulis memerihalkan keadaan diri Tuan Besar Musa yang sedang koma dan menderita akibat penyakitnya itu. Contohnya: Bertahun-tahun keladak minuman keras bergelodak di dalamperutnya. Dialah yang menjemput virus-virus esofagus itu merebak ke seluruh tubuhnya. Darah hanyir busuk hitam memancut keluar dan rongga hidung.
Wad Unit Rawatan Rapi dilimpahi cahaya kalimantang. Kilau kilatnya gagal memadamkan amarah hati. “Doktor Mumi, semalam 50 pek darah masuk ke tubuhnya, 50 pek darah juga yang keluar. Hari ini dia mahu diberi darah lagi? Prognosisnya terlalu tipis.”
“Ini arahan, Nusia.” Suara doktor yang berkerudung ungu itu kendur. Mukanya muram.
“Darah dan manusia itu, berbezakah nilainya? Kalau harganya pangkat dan darjat, padamkan saja istilah kemanusiaan dalam hati. Untuk apa kalau semuanya boleh dibeli?”
“Nusia!”
Aku cepat-cepat beredar. Suara Doktor Mumi melantun ke dinding pejal wad Unit Rawatan Rapi.Solehah yang tenat, yang pundi janinnya pecah di ovari, juga sedang koma. Al-Hafiz masih terlantar, tulang selangkanya patah riuk, diheret kereta sejauh dua meter di tar keras, tidak pemah pun dijenguk Profesor Doktor Juaidi.
Juga si kecil, bayi buangan yang hampir kekeringan darah. Gadis malang yang dibelasah hingga tinggal nyawa-nyawa ikan dan mahasiswa leukemia yang semakin cair sel darah merah di tubuhnya itu, tidak perlukah mereka itu diberi darah?
i.Mengapakah Nusia tidak bersetuju dengan Doktor Murni dalam pembahagian darah kepada pesakit? [2 Nusia tidak bersetuju dengan Doktor Mumi dalam pembahagian darah kepada pesakit kerana Doktor Murni ingin memasukkan___darah__________kepada pesakit yang sama sedangkan masih ramai___pesakit__________lain yang amat__memerlukan__________ darah.
ii. Sekiranya anda Nusia, bagaimanakah cara anda menyelesaikan masalah dengan Doktor Murni? [3 Sekiranya saya Nusia, cara saya menyelesaikan masalah dengan Doktor Murni adalah dengan__berunding_________ secara baik dengan Doktor Murni. Selain itu, saya akan merujuk kepada_pengarah____________hospital untuk mencari jalan __penyelesaian__________________
iii.Huraikan satu latar tempat yang terdapat dalam petikan di atas dan satu latar tempat lain daripada keseluruhan cerpen tersebut. [4 markah]
Satu latar tempat yang terdapat dalam petikan di atas ialah Wad Unit Rawatan Rapi. Contohnya, Nusia bertekak__________ dengan Doktor Murni tentang__pembahagian__________ darah. Satu latar tempat lain daripada keseluruhan cerpen tersebut adalah di___tabung__________darah. Contohnya, tempat stok pek darah disimpan adalah di bank darah.
“Hidup yang ditentukan oleh tangan manusia ini, tidak pemah adil, Solehah.” Titis air mataku gugur di hujung jari Solehah. “Engkau hanya memerlukan tiga pek darah sahaja, tetapi tidak diberikan. Tuan Besar Musa itu, tubuhnya tidak mahu menerima darah tetapi pakar-pakar itu...,” sebak menyendat di dadanya.
“Dapatkan 10 pek darah sekarang!” Arah Profesor Doktor Juaidi apabila cupingnya diusapi suara lembut Doktor Murni, yang menyampaikan berita tentang bank darah yang kontang. “Dapatkan di hospital lain; segera.”
Untuk siapa? Hatinya musykil sendiri.
“Awak tahu siapa Tuan Besar Musa itu? Korporat, teknokrat yang banyak menyumbangkan dana kepada kelab elit kita. Kita tak mahu dia mati. Dia dermawan yang prihatin. Kita begitu terhutang budi kepadanya. Makan malam tahunan kita yang beratus-ratus ribu itu ditaja olehnya.”
Tekanan darah Solehah semakin rendah. Jeritku menyapa kuping Profesor Doktor Juaidi. Dia menoleh.
“Berikan gelafundin,” arahnya acuh tak acuh. “Dia memerlukan darah.” Hatiku pilu tiba-tiba.
“Kandungan gelafundin itu seakan-akan darah.” Mata bulat berkening lebat doktor tua itu terjegil. “Paling tidak pun dapat meningkatkan tekanan darah. Sekurang-kurangnya dia tidak mati untuk hari ini.”
i.Berdasarkan petikan di atas, mengapakah Profesor Doktor Juaidi mengutamakan rawatan kepada Tuan Besar Musa berbanding pesakit lain?
... beliau banyak menyumbangkan dana kepada kelab elit hospital
... seorang dermawan yang prihatin dan pihak hospital terhutang budi kepada beliau ... menaja makan malam tahunan hospital yang menelan belanja beratus-ratus ribu
ii. Pada pandangan anda, mengapakah tabung darah itu penting bagi sesebuah hospital atau pusat
perubatan?
... dapat digunakan ketika kecemasan
... setiap manusia mempunyai jenis darah tertentu dan sukar untuk mendapatkan bekalan darah dalam tempoh masa yang singkat
... tabungan bagi pihak hospital apabila menerima ramai pesakit
iii. Jelaskan satu pengajaran yag lerdapat dalam petikan di atas dan satu pengajaran lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
Pengajaran dalam petikan ialah sebagai doktor kita hendaklah adil dalam merawat pesakit tanpa mengira status ataupun hartanya. Contohnya Profesor Doktor Juaidi lebih mengutamakan pesakit bemama Tuan Besar Musa kerana dia seorang korporat dan teknokrat yang banyak menyumbang kepada pihak hospital
Manakala pengajaran dalam cerpen ialah kita mestilah berani mempertahankan kebenaran walaupun kita kehilangan ganjaran keduniaan. Contohnya Doktor Murni yang berasa tidak bersetuju dengan tindakan Profesor Doktor Juaidi akhirnya meletakkan jawatan.
i.Mengapakah Profesor Doktor Juaidi tidak mahu Tuan Besar Musa mati?[2 markah]
Profesor Doktor Juaidi tidak mahu Tuan Besar Musa mati kerana beliau merupakan ahli_korporat dan teknokrat_____________ yang banyak menyumbangkan dana kepada_kelab elit_hospital_____________ . Selain itu, pihak hospital terhutang budi kepadanya kerana _makan malam tahunan____________________mereka yang beratus-ratus ribu itu ditaja oleh Tuan Besar Musa. Kebanyakan hospital di negara kita kekurangan bekalan darah.
ii.Pada pendapat anda, apakah punca-punca masyarakat tidak gemar menderma darah? [3 markah]
Pada pendapat saya, punca-punca masyarakat tidak gemar menderma darah ialah masyarakat tidak mempunyai kesedaran tentang__kepentingan menderma darah____ . Selain itu, masyarakat__tidak mempunyai kesedaran____tentang kebaikan menderma darah. Akhirnya,masyarakat berasa takut untuk menderma darah.
iii.Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu persoalan lain daripada keseluruhan cerpen tersebut. [4 markah]
Satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas ialah sikap pilih kasih dalam memberikan rawatan- Profesor Doktor Juaidi lebih mengutamakan Tuan Besar Musa dalam memberikan rawatan kerana Tuan Besar Musa banyak berjasa kepada hospital.
Satu persoalan lain daripada keseluruhan cerpen tersebut ialah tanggungjawab dalam melaksanakan tugas. Doktor Murni dan Nusia berusaha untuk memberikan khidmat rawatan yang terbaik kepada pesakit-pesakitnya.
Aku tersentap. Tidak terdaya kuangkat muka menentang suara yang menyakitkan hatiku itu. Manusiakah dia?
“Kenapa tidak diberi darah yang tulen? Darah daripada Allah untuk manusia. Itu hak dia.” Terhidu amarahnya, suara kulontar dengan selembut yang boleh walaupun hatiku ketara pedih.
“Bank darah sudah kontang. Faham?”
“Siapakah perempuan yang sedang koma itu? Bandingkan dengan Tuan Besar Musa. Cari kepentingan mereka. Siapakah yang lebih memerlukan darah?” Dengan pantas kucapai sebotol gelafundin.Titisannya laju meluncur masuk ke salur darah. Tekanan darah meningkat. Siapa sebenarnya yang tidak tulen, Solehah? Manusiakah? Kemanusiaankah? Kutenung wajah Solehah yang koma dan tenang syahdunya.
“Pek-pek darah dalam bank darah hospital, kepunyaan kelab, boleh dijual untuk membeli minuman keras.” Gagal kupelihara kesabaranku apabila renungan mata Doktor Mumi menikam anak mataku.
i.Mengapakah Solehah hanya diberikan gelafundin dan bukannya darah tulen? [2 markah]
Solehah hanya diberikan gelajundin dan bukannya darah tulen kerana bekalan darah di bank darah sudah kehabisan ...darah yang ada dikhususkan untuk Tuan Besar Musa yang dikatakan lebih memerlukan darah
ii.Masyarakat kini masih lagi mengamalkan gaya hidup tidak sihat seperti minum minuman keras. Pada pendapat anda, mengapakah keadaan ini berlaku?
Pada pendapat saya, masyarakat kini masih lagi mengamalkan gaya hidup tidak sihat kerana mereka tidak sedar tentang bahaya amalan tersebut kepada kesihatan diri ...mereka terikut-ikut dengan gaya hidup moden... Mereka sudah sebati dengan amalan gaya hidup tidak sihat dan tidak mahu berubah.
iii.Huraikan satu perwatakan Nusia yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu perwatakan lain Nusia daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah\
Satu perwatakan Nusia yang terdapat dalam petikan di atas ialah seorang yang penyayang. Contohnya, Nusia amat menyayangi dan mengambil berat terhadap kesihatan pesakit-pesakitnya.
Satu perwatakan lain Nusia daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan ialah seorang yangbertanggungjawab Contohnya, Nusia berusaha untuk memberikan khidmat rawatan terhadap pesakitnya, Tuan Besar Musa dengan penuh tanggungjawab.
Selain itu, seorang yang berhati mulia. Contohnya, Nusia bersama-sama dengan Doktor Murni ke bank darah untuk menderma darah bagi kegunaan pesakit di hospital. Akhirnya, seorang yang mudah bersimpati. Contohnya, Nusia bersimpati terhadap penderitaan yang ditanggung oleh Solehah.
Kalau celopar mulutku, akan kutambah dengan pendekatan yang lebih tidak sopan. Kemanusiaan itu fleksibel dan relatif, kalau kelembutan tidak terkesan, biar kurang ajar saja yang membekas.
Mataku terpaku pada layar rakaman hayat mahasiswa leukemia. Anemia yang menelan oksigen tubuhnya tinggal 50 peratus. Hanya empat pek darah perlu memerahkan pudar nyawa. Platelet, plasma segar yang dirungkai dari pek darah, mampu memekatkan cair darah yang tidak berhenti meleleh dari segala liang.
“Mahu disalahkan takdir, Doktor Murni?” “Kita kehabisan seratus pek darah.”
“Dua hari untuk menyelamatkan si koma yang memang tidak boleh diselamatkan ... pembziran darah. Diskriminasi kemanusiaan yang lebih zalim daripada aparteid.”
Ventilator bayi buangan menjerit. Mata Doktor Murni melekat ke dalam mataku. “Sesetengah pek darah sahaja yang diperlukan untuk menghidupkan bayi itu. Mustahil sangatkah? Tidak mustahil dia bakal Perdana Menteri. Firasat itu umpama mimpi barangkali, dia tidak perlu dihidupkan.”
Doktor muda itu tunduk. Peratusan oksigen di mesin sokongan hayat ditingkatkan. Aku menjeling ke tubuh al-Hafiz. Tulang selangka yang remuk, salur darah di ruang foraks, memancut bagai paip bocor. Tulang selangkaå°‘ yang remuk, salur darah di ruang foraks, memancut bagai paip bocor. Di katil nombor empat, gadis malang, kaku dalam selimut merah jambu. Otak yang berdarah, hentaman beroti, anak mata yang membulat penuh, saat kematiannya begitu hampir. Penganiaya telah memberikannya tiket ke jannahå¤©å ‚. Kutinggalkan dinding pejal Unit Rawatan Rapi.
i.Bagaimanakah keadaan gadis malang seperti yang digambarkan dalam petikan cerpen di atas? [2markah\
... kaku dalam selimut merah jambu
...otaknya berdarah akibat hentaman potongan kayu ...anak matanya membulat penuh ...saat kematiannya begitu hampir
ii.dalam keadaan genting, seseorang itu perlu membuat keputusan dengan tepat. Sekiranya anda juruteknik makmal darah, apakah keputusan anda untuk menyelesaikan masalah. kekurangan darah? [3 markah]
...saya akan berbincang dengan pegawai perubatan terlebih dahulu ...saya akan menyerahkan pek-pek darah itu untuk menyelamatkan orang yang lebih memerlukan ...saya akan melihat kepentingan kemanusiaan lebih daripada kepentingan darjat dalam mengagihkan pek-pek darah
iii.Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu latar masyarakat lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]
Satu latar masyarakat dalam petikan:...masyarakat yang bersimpati dan prihatin terhadap pesakit. Contohnya, Nusia berasa sedih apabila pesakit-pesakit yang lebih memerlukan bekalan darah diabaikan kerana mahu memberikan perhatian sepenuhnya kepada Tuan Besar Musa
Satu latar masyarakat daripada keseluruhan cerpen: ...masyarakat yang bertugas sebagai doktor dan jururawat. Contohnya, Profesor Doktor Juaidi dan Doktor Murni sebagai pegawai perubatan manakala Nusia bertugas sebagai jururawat
i.Berdasarkan petikan di atas, mengapakah bekalan darah tulen amat diperlukan untuk pesakit? [2 markah]
... untuk memerahkan pudar nyawa
... mampu memekatkan cair darah yang tidak berhenti meleleh dari segala liang
... untuk memanjangkan hayat bayi buangan itu
ii.Pada pendapat anda, mengapakah rakyat Malaysia masih kurang berminat untuk menderma darah?
Berikan tiga sebab itu. [3 markah]
... bimbang akan memudaratkan kesihatan ... perasaan fobia terhadap jarum suntikan
... sikap individualistik yang masih menebal dalam kalangan rakyat Malaysia
iii.Jelaskan satu persoalan yang terkandung dalam petikan dan satu persoalan lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen. [4 markah]
Satu persoalan dalam petikan cerpen:
... kepentingan sumber darah untuk nyawa manusia. Contohnya, setengah pek darah sahaja yang diperlukan untuk menghidupkan bayi itu.
Satu persoalan dalam keseluruhan cerpen:
... kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah. Contohnya, Profesor Doktor Juaidi meminta Doktor Murni menghubungi hospital lain bagi mendapatkan bekalan darah tulen untuk mengisi tabung darah di hospitalnya yang kehabisan stok.
“Hanya lima pek darah untuk empat orang yang sedang koma. Prognosis yang baik, kalau awak tidak melepaskan pek-pek darah ini, awak jadi pembunuh.”
“Tapi darah ini untuk Tuan Besar Musa.” Juruteknik makmal darah berwajah kelat.
Anak mataku bulat penuh. “Hanya adrenalina, dopamin dan atropina yang merangsang denyutan jantungnya. Tiada tanda-tanda hayat. Dia sudah mati.”
“Tandatangan Profesor Doktor Juaidi in bagaimana?”
“Saya rela menerima herdiknya.”
Terasa lelah tatkala kupanjat anak-anak tangga. Lima pek darah sejuk telah berada di angan. Tarikan nafas Solehah, mampu menyusunkan anak keenam, kelima-lima anak yang lain pula, gagah memanjat tangga sekolah. Denyutan jantung mahasiswa leukemia mampu menyudahkan tesis. Sinar mata al-Hafiz, ketujuh-tujuh anak masih belum yatim, beratus-ratus tahfiz kecil, boleh menyejukkan bumi dengan merdu al-Quran.
Besar sungguh nilai pembaziran Profesor Doktor Juaidi.
Tidak, bukan kerana kematiannya nanti akan meninggalkan isteri jelita yang tidak setia, berpuluh-puluh si penggoda tersilau harta, sepasang anak penagih heroin yang hilang diri, gedung perniagaan dari tapak muslihat yang membuncitkan perut lintah daratnya. Siapakah aku yang mahu menghukum?
i.Jelaskan tiga nilai yang terkandung dalam petikan cerpen di atas.[5 markah]
... keberanian. Contohnya, Nusia berani mengugut juruteknik makmal darah sebagai pembunuh jika dia tidak menyerahkan lima pek darah kepadanya.
...belas kasihan. Contohnya, Nusia bersungguh-sungguh mahu mendapatkan bekalan darah tulen untuk menyelamatkan nyawa pesakit-pesakitnya.
...rasional. Contohnya, Nusia memberitahu juruteknik makmal darah bahawa bekalan darah tulen tidak perlu disimpan untuk Tuan Besar Musa memandangkan dia hanya hidup bergantung pada adrenalina, dopamine, dan altropina yang merangsang denyutan jantungnya.
ii.Pada pendapat anda, wajarkah Nusia mengugut dan memujuk juruteknik makmal darah agar menyerahkan bekalan darah yang telah dikhaskan untuk Tuan Besar Musa kepadanya? Berikan empat alasan anda. [4 ]
Wajar kerana:
... Tuan Besar Musa sudah tidak boleh diselamatkan kerana hanya adrenalina, dopamin, dan altropina yang merangsang denyutan jantungnya.
... memberikan lima pek darah kepada Tuan Besar Musa merupakan suatu pembaziran kerana sistem tubuhnya sudah tidak mampu menerima bekalan darah.
... pesakit-pesakit lain lebih memerlukan bekalan darah tersebut untuk meneruskan hidup.
... sekiranya Tuan Besar Musa masih hidup, dia akan meneruskan kegiatan perniagaannya berasaskan sikap lintah darat itu.
.
“Dia sepatutnya tidak mati sebelum acara jamuan tahunan. Kelab akan kehilangan RM 100 ribu. Huh!” Profesor Doktor Juaidi terhenyak di kerusi. Tajam mata liar garangnya menangkap wajah lembut Doktor Murni. “Tulis laporan kematian Tuan Besar Musa. Ke mana perginya lima pek darah yang saya tahu ada di bank darah pagi tadi?” Suaranya memetir.
“Prof.”
Tidak percaya aku, Doktor Mumi boleh tersenyum semanis itu. “Ini surat peletakan jawatan saya. Tidak cukup menjadi doktor manusia, saya mahu menjadi doktor kemanusiaan juga. Kalau tiada di hospital ini, saya yakin ada di hospital lain.”
Profesor Doktor Juaidi temganga.
Doktor Mumi berlari menggapai tanganku. “Nusia, kita ke bank darah. Dua pek darah daripada awak, dua pek darah daripada saya, mampu menghidupkan semua yang koma dalam Unit Rawatan Rapi kecuali Profesor Doktor Juaidi.”
Cahaya kalimantang menyinari dinding pejal Unit Rawatan Rapi. Aku tersilau dalam redup mata Doktor Mumi. Seakan-akan tergema suara Munkar dan Nakir menyoal: siapa saudaramu; wahai Nusia?
i.Berikan dua alasan peletakan jawatan Doktor Murni.
... Doktor Mumi tidak mahu sekadar menjadi doktor manusia, tetapi beliau mahu menjadi doktor yang mempunyai sifat kemanusiaan juga ...Doktor Mumi akan mencari pekerjaan di hospital lain
ii.Sekiranya anda Profesor Doktor Juaidi, apakah tindakan anda untuk menghalang Doktor Mumi daripada meletakkan jawatan?
..cuba memujuk Doktor Mumi secara baik supaya tidak meletakkan jawatan ...memberi Doktor Mumi cuti untuk menenangkan fikirannya... Menawarkan gaji yang lebih tinggi kepada Doktor Murni.
iii.Huraikan satu nilai kemanusiaan yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu nilai kemanusiaan lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
satu nilai kemanusiaan yang terdapat dalam petikan cerpen di atas... keyakinan diri. Contohnya, Doktor Mumi yakin bahawa beliau akan mendapatkan pekerjaan di hospital lain selepas beliau meletakkan jawatannya....
satu nilai kemanusiaan lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
Belas kasihan - Nusia menitiskan air mata apabila melihat penderitaan yang ditanggung oleh Solehah....
Tanggungjawab - Sebagai seorang jururawat, Nusia bertanggungjawab untuk merawat semua pesakitnya tanpa mengira darjat atau pangkat seseorang.
No comments:
Post a Comment