Peribahasa (Perumpamaan dan pepata) Yang Terdapat Dalam Buku Teks Tingkatan 1 - 3
1. | Air beriak tanda tak dalam |
Banyak bercakap tanda tiada berilmu. |
2. | Alang-alang berminyak biar licin |
Berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung. |
3. | Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan |
Kalau sudah terlanjur berbuat sesuatu, biarlah diperoleh hasil daripadanya. |
4. | Ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan |
Sangat menderita kesusahan meskipun bergaji besar (beristerikan atau bersuamikan orang kaya) atau hidup miskin di negara yang kaya dan makmur. |
5. | Bagai air mencari jenisnya |
Berusaha untuk mencari ilmu dengan tidak berhenti-henti; usaha dengan tidak mengenal jerih payah. |
6. | Bagai ayam disambar helang |
Mati tanpa sakit. |
7. | Bagai cendawan tumbuh selepas hujan |
Terlalu banyak pada sesuatu masa. |
8. | Bagai cincin dengan permata |
Pasangan pengantin yang sepadan. |
9. | Bagai kerakap tumbuh di batu, hidup segan mati tidak mahu |
Hidup dalam kemelaratan. (Kerakap sebangsa sirih tetapi tidak dimakan orang.) |
10. | Bagai layang-layang putus tali |
Tiada berpedoman. Sudah putus harapan,bergantung pada nasib sahaja. |
11. | Bagai menatang minyak yang penuh |
Memelihara anak dengan penuh kasih sayang. |
12. | Bagai murai dicabut ekor |
Orang yang suka bercakap. |
13. | Bagai minyak dengan air |
Orang baik kalau duduk dengan orang jahat tidak akan menjadi jahat. |
14. | Bagai pucuk dilancarkan |
Amat cepat |
15. | Bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya |
Perangai anak biasanya mengikut orang yang mengasuhnya. |
16. | Baik membawa resmi padi daripada resmi lalang |
Tidak sombong; rendah diri. |
17. | Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar |
Sesekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. |
18. | Belum duduk sudah berlunjur |
Belum memperoleh sesuatu yang dikehendaki, sudah bergirang hati atau gembira lebih dulu. |
19. | Berat mata memandang berat lagi bahu memikul |
Betapa berat kita melihat kesusahan yang dialami oleh seseorang, berat lagi penderitaan itu pada orang yang menanggungnya. |
20. | Berjagung-jagung dahulu sementara padi masak |
Sementara menunggu apa yang baik, lakukan juga perkara-perkara yang berfaedah. |
21. | Bagai murai dicabut ekor |
Orang yang suka bercakap. |
22. | Biar mati anak jangan mati adat |
Adat yang tidak boleh dilanggar |
23. | Biar putih tulang jangan putih mata |
Lebih baik mati daripada menanggung malu. |
24. | Carik-carik bulu ayam , lama-kelamaan bercantum juga |
Perselisihan faham antara saudara-mara dan adik-beradik tidak berpanjangan, akhirnya akan berbaik semula. |
25. | Diam-diam ubi berisi; diam-diam besi berkarat |
Orang berilmu yang berdiam diri lebih baik daripada orang diam tetapi tidak berilmu. |
26. | Diibaratkan sebagai condong ditumpil, lemah dianduh |
Memberi pertolongan kepada orang-orang di dalam kesusahan. |
27. | Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan |
Seseorang yang bercita-cita tinggi akan berusaha untuk mencapainya. |
28. | Genggam bara api biar sampai jadi arang |
Membuat sesuatu pekerjaan yang susah, hendaklah sabar sehingga mencapai kejayaannya. |
29. | Harimau mati meninggalkan belang; manusia mati meninggalkan nama |
Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat. Setiap manusia akan dikenang kerana jasa dan budi yang telah dilakukan semasa hidupnya. |
30. | Hendak belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai |
Setiap yang berkemahuan, tentu ada jalan. |
31. | Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih |
Orang berilmu yang berdiam diri lebih baik daripada orang diam tetapi tidak berilmu. |
32. | Ibarat burung, mata terlepas badan terkurung |
Tidak ada kebebasan atau kemerdekaan. Contoh ayat: Rakyat di negara jajahan komunis itu ibarat burung,mata terlepas badan terkurung. |
33. | Jika ada kemenyan sebesar lutut pun, jika tidak dibakar tidak akan berbau |
Kepandaian hendaklah diajarkan kepada orang lain, kerana kalau disimpan akan hilang begitu sahaja.. |
34. | Kalau tak berada-ada tak akan tempua bersarang rendah |
Tentu ada sebab yang tersembunyi menyebabkan sesuatu hal terjadi - Setiap kejadian meninggalkan kesan.. |
35. | Kalau tiada rotan akar pun berguna |
Sesuatu perkara yang dihajatkan sekiranya tidak dapat diperolehi memadai dengan apa yang ada. |
36. | Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya |
Kita tidak akan mendapat hasil jika tidak berusaha. |
37. | Kalau tidak kerana angin tidak akan pokok bergoyang |
Kalau terjadi sesuatu hal tentu ada sebab-sebabnya. |
38. | Perempuan serasan, lelaki pemalu |
Pegangan hidup yang tidak serupa. |
39. | Sebagai gembala diberi keris |
Orang yang mendapat sesuatu yang tidak berguna. |
40. | Sekali membuka pura, dua tiga hilang berbayar |
Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. |
41. | Semacam besar pacak daripada tiang |
Belanja lebih besar daripada pendapatan. |
42. | Seperti air dalam dulang |
Negeri yang aman sentosa. |
43. | Seperti api di dalam sekam |
Kejahatan yang dilakukan secara diam-diam atau tanpa disedari. |
44. | Seperti aur dengan tebing |
Dua orang yang berkawan rapat dan saling membantu Contoh ayat : Kita tidak boleh hidup menyendiri sebaliknya hiduplah seperti aur dengan tebing.. |
45. | Seperti aur ditarik songsang |
Pekerjaan atau perkara yang sukar diselesaikan kerana sudah tersalah jalan. |
46. | Seperti embun dihujung rumput |
Tidak kekal. |
47. | Seperti harimau menyembunyikan kukunya |
Orang yang menyembunyikan kelebihannya. |
48. | Seperti hujan jatuh ke pasir |
Nasihat yang tidak dihargai atau sesuatu pekerjaan yang sia-sia. |
49. | Seperti lintah menghisap darah |
Meletakkan faedah yang tinggi; menipu dengan cara lemah lembut. |
50. | Seperti lipas kudung |
Selalu bergerak dengan cepat. |
51. | Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya |
Orang besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya. |
52. | Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran |
Terlalu tamak untuk mencari keuntungan hingga menyebabkan kehilangan sesuatu yang sudah dimiliki. |
No comments:
Post a Comment