Kata tanya digunakan untuk menanyakan atau menyoalkan sesuatu. Antara kata tanya yang sering disalahgunakan dalam ayat ialah kata tanya "bila." Kata tanya ini ada kalanya seolah-olah bertukar menjadi kata keterangan "adverba" dalam ayat.
Ayat contoh:
1. Apabila hujan lebat kawasan rendah itu biasanya akan mengalami banjir kilat. (betul)
Bila hujan lebat kawasan rendah itu biasanya akan mengalami banjir kilat. (salah)
2. Bilakah kamu hendak pergi ke bandar untuk membeli buku nota dan buku rujukan itu? (betul)
Apabila kamu hendak pergi ke bandar untuk membeli buku nota dan buku rujukan itu? (salah)
Penggunaan kata yang tepat dapat memberikan makna atau maklumat yang paling tepat kepada sesuatu pernyataan dalam ayat. Perbezaan yang membawa maksud ketara dalam frasa "perisa" dengan "perasa." Frasa "perisa" membawa maksud enak, lazat atau sedap. "Perasa" pula bermaksud rasa seakan-akan.
Ayat contoh:
1. Puan Rohana membeli sebiji kek berperasa oren di pasar tani pada pagi tadi. (betul)
Puan Rohana membeli sebiji kek berperisa oren di pasar tani pada pagi tadi. (salah)
2. Dia menambah perasa ros ke dalam air sirap itu kerana warnanya kurang merah. (betul)
Dia menambah perisa ros ke dalam air sirap itu kerana warnanya kurang merah. (salah)
Penjodoh bilangan tidak perlu digunakan bagi kata atau frasa yang tidak jelas atau tidak nyata seperti lembaga hitam. Untuk rangkai kata tersebut hanya gunakan kata bilangan tentu sahaja. Namun demikian, penjodoh bilangan ataupun kata bilangan tidak diperlukan langsung dalam ayat tertentu.
Ayat contoh:
1. Satu lembaga putih dipercayai menghuni rumah kosong di hujung desa itu. (betul)
Lembaga putih dipercayai menghuni rumah kosong di hujung desa itu. (betul)
Seekor lembaga putih dipercayai menghuni rumah kosong di hujung desa itu. (salah)
2. Tiga makhluk asing yang kerdil itu dipercayai berasal dari planet Marikh. (betul)
Tiga orang makhluk asing yang kerdil itu dipercayai berasal dari planet Marikh. (salah)
Kata nafi digunakan untuk menafikan atau menidakkan sesuatu maklumat atau perkara. Terdapat dua jenis kata nafi iaitu "bukan" dan "tidak." Kata nafi "bukan" untuk menafikan frasa nama dan frasa sendi. Kata nafi "tidak" pula menafikan frasa kerja dan frasa adjektif.
Ayat contoh:
1. Cikgu Hashim bukan guru Bahasa Melayu Tahun Enam. (betul)
Cikgu Hashim tidak guru Bahasa Melayu Tahun Enam. (salah)
2. Pokok manggis di tepi rumah saya tidak berbuah kerana pokoknya masih muda. (betul)
Pokok manggis di tepi rumah saya bukan berbuah kerana pokoknya masih muda. (salah)
Berdasarkan penggunaan sehari-hari, kata "boleh" dan "dapat" seakan-akan mempunyai makna yang sama. Namun demikian, sebenarnya kedua-dua kata itu mempunyai makna yang berbeza. Kata "boleh" dikaitkan dengan keizinan. Kata "dapat" pula bermaksud keupayaan atau kemampuan.
Ayat contoh:
1. Saya tidak dapat berfikir dengan baik apabila diganggu oleh bunyi bising. (betul)
Saya tidak boleh berfikir dengan baik apabila diganggu oleh bunyi bising. (salah)
2. Nabilah hanya boleh menonton televisyen setelah menyiapkan kerja sekolahnya. (betul)
Nabilah hanya dapat menonton televisyen setelah menyiapkan kerja sekolahnya. (salah)
Penggunaan kata "satu" dan "sesuatu" sering mengelirukan kita. Kata "satu" menunjukkan bilangan yang bererti tunggal. Jika digunakan dengan penjodoh bilangan, biasanya kata "satu" disingkatkan menjadi "se" sahaja seperti seorang. Kata "sesuatu" pula menyatakan maksud apa-apa. Dalam tatabahasa, kata "sesuatu" digolongkan ke dalam kata ganti benda tak tentu (benda dan haiwan). Kata "satu" pula sesuai digunakan untuk manusia dan bukan manusia.
Ayat contoh :
1. Saya terdengar satu objek sedang bergerak menghampiri sampan kita. (betul)
Saya terdengar sesuatu objek sedang bergerak menghampiri sampan kita. (salah)
2. Satu daripada sebab keruntuhan umat Islam ialah kelemahan peribadi pemimpin. (betul)
Sesuatu daripada sebab keruntuhan umat Islam ialah kelemahan peribadi pemimpin. (salah)
Penggunaan kata sendi nama "dari" dan "daripada" sering disalahgunakan. Kata sendi nama "dari" menerangkan waktu atau masa, tempat dan arah. Kata sendi nama "daripada" pula menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda atau unsur abstrak, menyatakan maksud sumber atau asal kejadian sesuatu benda dan menyatakan perbezaan dan perbandingan.
Ayat contoh:
1. Saya akan berada di tapak pembinaan itu dari pagi hingga petang. (betul)
Saya akan berada di tapak pembinaan itu daripada pagi hingga petang. (salah)
2. Berhati-hatilah di jalan raya untuk mengelakkan diri daripada tragedi ngeri. (betul)
Berhati-hatilah di jalan raya untuk mengelakkan diri dari tragedi ngeri. (salah)
Kata majmuk merupakan gabungan dua kata dasar atau lebih yang dirangkaikan menjadi satu kesatuan yang membawa makna tertentu.
Ayat contoh :
1. Puan Suzana membeli lima kilogram mangga jeruk di pasar tani, Kuantan. (betul)
Puan Suzana membeli lima kilogram jeruk mangga di pasar tani, Kuantan. (salah)
2. Kavitha menggunakan telefon dail terus untuk menghubungi kakaknya di India. (betul)
Kavitha menggunakan telefon terus dail untuk menghubungi kakaknya di India. (salah)
3. Guru besar menyelitkan kata mutiara sebagai motivasi kepada murid-muridnya. (betul)
Guru besar menyelitkan mutiara kata sebagai motivasi kepada murid-muridnya. (salah)
Kata sendi nama "akan" di hadapan manusia dan penggunaannya mesti didahului oleh kata adjektif bersifat perasaan. Kata adjektif ini tidak boleh diimbuhkan dengan akhiran....-kan seperti sayangkan atau marahkan.
Ayat contoh:
1. Dia terlalu rindu akan kakaknya yang sedang belajar di Universiti Putra Malaysia. (betul)
Dia terlalu rindukan kakaknya yang sedang belajar di Universiti Putra Malaysia. (salah)
2. Ibu marah akan adik kerana tidak menyiapkan latihan yang diberi oleh cikgunya. (betul)
Ibu marahkan adik kerana tidak menyiapkan latihan yang diberi oleh cikgunya. (salah)
Penggunaan kata "kesal" dan "sesal" seakan-akan sama. Mengikut kamus "kesal" bererti tidak senang atau kecewa. Kata "sesal" pula bererti rasa tidak senang akan dosa iaitu insaf.
Ayat contoh:
1. Rakyat Malaysia amat mengesali tindakan rejim Zionis di bumi Palestin. (betul)
Rakyat Malaysia amat menyesali tindakan rejim Zionis di bumi Palestin. (salah)
2. Dia berasa sesal atas perbuatannya memukul anaknya yang tidak bersalah itu. (betul)
Dia berasa kesal atas perbuatannya memukul anaknya yang tidak bersalah itu. (salah)
3. Guru besar mengesali tindakan murid tahun lima yang ponteng latihan sukan. (betul)
Pemandu bas itu menyesali kecuaiannya yang menyebabkan tragedi ngeri itu. (betul)

No comments:
Post a Comment