Sunday, August 24, 2014

NOTA RUMUSAN

RUMUSAN
PANDUAN ASAS

PENGENALAN
1.       Soalan berkaitan rumusan akan diajukan dalam Kertas 2 Bahasa Melayu, Soalan 1.
2.       Kertas ini membawa 30 markah.
MENGANALISIS SOALAN
1.       Baca arahan dengan teliti untuk mengetahui kehendak soalan dan mengetahui kepanjangan rumusan yang perlu ditulis.
2.       Kehendak soalan diketahui menerusi kata kunci soalan dan skop rumusan yang dinyatakan dalam arahan.
3.       Kata kunci dan skoop rumusan terletak pada rangkaian kata-kata pertama dalam soalan yang diberikan. Biasanya kata kunci adalah seperti berikut :
a.       … buat satu rumusan tentang faedah-faedah…
b.      … buat satu rumusan tentang kesan-kesan…
c.       … buat satu rumusan tentang masalah-masalah…
4.       Kemudian gariskan kata kunci untuk memudahkan calon mengingati apa yang dikehendaki oleh soalan.
5.       Selepas itu calon digalakkan membaca petikan secara sepintas lalu selama lima minit untuk mengetahui kandungan petikan secara kasar sahaja.
MENULIS PENDAHULUAN
1.       Pendahuluan rumusan ditulis dalam sebaris ayat sahaja.
2.       Tuliskan keseluruhan kata kunci dan tambah lagi isi sampingan yang terdapat dalam teks. Contoh : Petikan membincangkan faktor-faktor penghalang kemajuan sektor pertanian di Malaysia dan cara-cara mengatasinya.
3.       Kata kunci untuk pendahuluan terbahagi kepada empat jenis iaitu :
a.       Kesan, faedah, kepentingan
b.      Faktor, punca
c.       Langkah-langkah, usaha-usaha
d.      Masalah, halangan, kekangan
4.       Setiap jenis kata kunci boleh dianggap sama. Ini bermakna isi sampingan mesti daripada jenis yang berlainan.
5.       Keseluruhan pendahuluan sekitar 15 patah perkataan.


MENULIS ISI TERSURAT
  1. Isi tersurat ialah isi yang terdapat daripada teks seperti yang diminta menerusi arahan soalan.
  2. Biasanya isi tersurat di dalam teks tidak kurang daripada 10.
  3. Calon perlu mendapatkan sekurang-kurangnya dua isi.
  4. Calon akan kehilangan markah isi jika menggunakan perkataan cadangan / saranan seperti patut, mesti, perlu, boleh, atau harus (bagi rumusan meminta faktor dan kesan)
  5. Keseluruhan isi tersurat ditulis sekitar 70 patah perkataan.
MENULIS ISI TERSIRAT
  1. Calon mencari isi yang kedua sama seperti arahan soalan.
  2. Calon  perlu memperoleh sekurang-kurang dua isi tersirat.
  3. Calon perlu mereka sendiri isi tersebut.
  4. Keseluruhan isi tersurat dan isi tersirat sebanyak lapan isi.
  5. Keseluruhan isi tersirat ditulis kira-kira 20 patah perkataan.
MENULIS KESIMPULAN
  1. Kesimpulan sesuatu rumusan merangkumi pendapat, pandangan atau cadangan tentang apa yang diperkatakan dalam petikan.
  2. Setelah member pendapat/saranan/pandangan, ayat mesti disokong dengan kata-kata sebab, agar atau supaya.
Contoh : Kesimpulannya, kerajaan dan orang ramai hendaklah bekerjasama menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh sektor pertanian dapat ditingkatkan.
  1. Keselurahannya bahagian kesimpulan ditulis sekitar 15 patah perkataan.
PEMARKAHAN
  1. Rumusan membawa 30 markah; 20 isi dan 10 bahasa.
  2. Markah bahasa biasanya separuh daripada markah isi.
  3. Jika calon menyalin bulat-bulat perkataan demi perkataan, walaupun perkataannya kurang daripada 120 patah perkataan, berikan 0 markah.
  4. Jika bahasa agak baik, tambah 1 markah dan jika bahasa tidak baik, tolak 1 markah.
  5. Rumusan yang kurang 120 patah perkataan, markah tidak ditolak.
  6. Jika menulis melebihi 120 patah perkataan, rumusan akan dinilai sehingga 120 patah perkataan sahaja. Jangan melebihi jumlah yang ditetapkan.
PANDUAN MENGIRA PERKATAAN
  1. Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan :
    1. Nama khas
    2. Perkataan berulang
    3. Penggunaan kata depan di dan ke
    4. Tarikh
    5. Angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan
    6. Gelaran
KESIMPULAN
  1. Perlu bijak menjimatkan perkataan seperti orang ramai (masyarakat), di negara ini (di Malaysia) dan mengambil berat (prihatin).
  2. Calon perlu menulis pada satu helai kertas jawapan sahaja dan jangan disatukan dengan jawapan soalan yang lain untuk memudahkan pemeriksa.
  3. Perlu membaca teks sekurang-kurangnya dua kali.
  4. Perlu mencari sebanyak mungkin isi tersurat dan kemudian memikirkan isi tersirat berdasarkan isi tersurat.
  5. Menggunakan bahasa yang baik dan gramatis.
  6. Menulis dalam empat perenggan;
    1. Pendahuluan
    2. Isi tersurat
    3. Isi tersirat
    4. Penutup


JADUAL PEMARKAHAN RUMUSAN
BAHAGIAN
MARKAH
MARKAH
Pendahuluan

2
Isi Tersurat
4
6
8
10
12
16
Isi Tersirat
12
10
8
6
4
Penutup

2
JUMLAH
Maksimum
20

BAHASA
PERINGKAT
MARKAH ISI
MARKAH BAHASA
HURAIAN BAHASA
BAIK
18-20
15-17
09-10
07-09
Kesinambungan isi begitu baik.
Struktur ayat/tatabahasa baik.
Kosa kata yang luas.
Tanda baca/ejaan betul.
SEDERHANA
12-14
08-11
06-07
04-06
Kesinambungan isi masih lagi baik.
Struktur ayat/tatabahasa masih baik.
Tanda baca/ejaan juga memuaskan.
LEMAH
1-7
01-04
Pada keseluruhannya serba kekurangan.






CONTOH KERANGKA RUMUSAN
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian tulis satu rumusan tentang punca-punca berlakunya kebakaran. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Api semasa kecil menjadi kawan, bila besar menjadi lawan merupakan peribahasa Melayu yang cuba mengingatkan kita semua agar berhati-hati semasa menggunakan api dalam kehidupan seharian. Api telah marak sememangnya amat sukar dikawal dan boleh menyebabkan kehilangan harta benda, wang dan nyawa.
Mengikut statistik, antara faktor utama yang menyebabkan kebakaran ialah kecuaian. Pengguna yang cuai, khususnya semasa menggunakan api di dapur memungkinkan berlakunya kebakaran. Kadangkala pengguna terlupa mematikan dapur semasa menjerang air atau memanaskan lauk lalu menyebabkan cerek atau periuk kehabisan air dan menyebabkan haba yang keterlaluan dan akan membakar cerek dan periuk itu sendiri. Api yang terus marak dan ganas itu mula menyambar tong gas dan dawai elektrik sehingga mengakibatkan kebakaran rumah atau bangunan.
Jika di kelab malam atau disko, kejadian litar pintas menjadi faktor berlakunya kebakaran. Peralatan elektrik yang dihidupkan begitu lama setiap hari akan menyebabkan peralatan tersebut menjadi terlalu panas dan mengakibatkan kebakaran yang tidak diundang. Penggunaan ubat nyamuk secara tidak selamat juga boleh menyebabkan kebakaran. Hal ini mungkin berlaku sekiranya ubat nyamuk yang dipasang terjatuh ke atas tilam, permaidani dan sebagainya.
Menurut statistik pihak bomba dan penyelamat, kebakaran yang berpunca daripada elektrik adalah yang paling tinggi, iaitu sebanyak 574 kes, diikuti dengan ubat nyamuk, lilin, dan pelita, iaitu sebanyak 474 kes, dan reaksi spontan semasa menggunakan api melibatkan 395 kes. Bencana alam seperti petir dan kilat juga menyumbangkan kepada berlakunya kebakaran, tetapi jumlah kesnya adalah sedikit. Namun begitu, faktor sikap manusia yang kelam-kabut ketika melihat kebakaran baharu bermula juga menyebabkan kebakaran berlaku sedangkan api yang masih belum marak itu sebenarnya boleh dipadamkan. Oleh itu, alat pemadam api yang disimpan di rumah, di pejabat dan sebagainya perlu digunakan untuk memadamkan api yang masih belum marak itu.
Sebenarnya, pelbagai kaedah memadamkan api yang masih kecil dapat kita lakukan sendiri. Yang penting kita tidak mudah panic dan jangan hanya menjadi penonton apabila melihat sesuatu kebakaran yang berlaku, sebaliknya bertindaklah sepantas mungkin untuk mengawal api itu daripada terus merebak. Jika kita semua prihatin dan tahu akan tanggungjawab kita semasa menggunakan api dalam kehidupan sudah tentu Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan tidak perlu memperuntukkan RM2 juta setahun bagi menjayakan Kempen Mencegah Kebakaran yang diadakan di seluruh Negara mulai Januari 2003.
                                (Diubahsuai daripada “Api: Kawan Jadi Lawan” dalam rencana pengguna,
                                                                                                                Dewan Masyarakat, Mac 2003)  
Kerangka rumusan
Pendahuluan
Petikan membincangkan fokus soalan dan fokus soalan lain. [satu ayat sahaja – 2 markah]
Isi Tersurat
                Antara fokus soalan nya ialah   S1 dan  S2 . Malah,    S3   dan    S4    juga merupakan fokus soalan. Tambahan pula,    S5   dan     S6   merupakan antara fokus soalan. [Tiga ayat sahaja – 6 isi tersurat x 2 markah = 12 markah]
Isi Tersirat
Selain itu,    T1      dan      T2     menjadi fokus soalan . [2 isi tersirat x 2 markah = 4 markah]
Kesimpulan

Kesimpulannya, cadangan (agar / supaya / demi / untuk) kesan cadangan . [satu ayat sahaja – 2 markah]

1 comment:

  1. ASSALAMUALAIKUM..MOHON KONGSI BERSAMA ANAK - ANAK PELAJAR..TERIMA KASIH

    ReplyDelete