JENIS-JENIS
GILA
~ angau sangat ingin akan perempuan
(lelaki), gila urat;
~ anjing = penyakit anjing ~ sj penyakit virus yg berbahaya pd anjing;
~ asyik (berahi, hati) terlalu cinta (asyik);
~ babi = ~ sawan sj penyakit ayan, pitam (sawan) babi, epilepsi;
~ bahasa = ~-~ bahasa rempang bahasa, kurang sihat sedikit atau tidak panjang
fikirannya (cepat marah, pemberani, tidak malu, dll perangainya);
~ bayang cinta akan seseorang yg
tidak tahu akan cintanya (tidak dibalas);
~ bayang-bayang perasaan ingin akan sesuatu
yg tidak mungkin diperoleh;
~ gadis (perempuan) terlalu gemar akan
perempuan; ~ hormat sangat suka
dihormati (dimuliakan) orang;
~ isim gila kerana tersalah
mengamalkan (menuntut) ilmu batin;
~ judi terlalu suka bermain judi;
~ kebangsaan selalu bersemangat
(berusaha) utk memperjuangkan (memajukan) bangsanya;
~ kuasa sangat ingin mendapat
kuasa;
~ pangkat a) sentiasa ingin mendapat
(mengejar) pangkat; b) berubah kelakuannya (sikapnya) setelah mendapat pangkat
tinggi;
~ politik selalu asyik dgn cita-cita
(kegiatan-kegiatan) politik;
~ renang = ~-~ air agak kurang sihat ingatannya (fikirannya);
~ seks kecenderungan atau keinginan
yg melampau (kuat) terhadap aktiviti seksual;
~ talak tidak sihat fikirannya
kerana bercerai (selalu teringat-ingat akan bekas isteri atau suaminya);
~ urat sangat ingin akan perempuan
(lelaki), gila angau;
No comments:
Post a Comment