Friday, June 5, 2020

JAWBAN SINOPSIS

 JAWABAN SINOPSIS

Patih Gajah Mada yang mendapat berita tentang kematian ketujuh-tujuh orang perajurit upahan Seri Betara di tangan Laksaman berasa tidak puas hati. Dia teringat akan Petala Bumi lalu menyuruh pengikutnya bertanyakan isteri Petala Bumi sama ada anaknya Kertala Sari sudah pulang dari Daha.

Kertala Sari yang baru pulang dari Daha beroleh banyak harta daripada kegiatan mencuri di Daha. Ibunya menceritakan kisah kematian bapanya sehingga menimbulkan kemarahan Kertala Sari. Dia berjanji akan membalas demdam atas kematian bapanya. Dia juga akan membunuh Ratu Melaka dan Laksamana serta memusnahkan negeri Melaka. 

Selesai perbualan ini, pengikut Patih Gajah Mada itu pun sampai ke rumah Kertala Sari. Mereka menyampaikan pesanan Patih Gajah Mada. Setelah mengetahui bahawa PGM ingin bertemu dengannya, KS mengambil kerisnya lalu pergi ke rumah PGM diikuti oleh pengikut PGM.

Setibanya KS di sana, PGM pun menyampaikan amanat bapa KS. Oleh sebab bapanya meninggal dunia semasa melaksanankan tugas Seri Betara, KS akan dilantik sebagai pegawai tinggi (penggawa agung) di istana. Walau bagaimanapun, KS hanya akan menerima jawatan tersebut setelah dia dapat membunuh Laksamana dan Ratu Melaka.

KS dibawa oleh PGM menghadap Seri Betara. Baginda bertanya sama ada KS mampu atau tidak ditugaskan untuk membunuh Raja MElaka dan Laksmana. KS dengan punuh yakin menyatakan kesanggupannya untuk membunuh mereka sedangkan negeri Daha dapat dikalahkannya seorang diri.

Seri Betara menitahkan KS pergi ke Melaka dengan segera untuk menjalankan tugasnya. SB Kemudiannya mengarahkan PGM untuk membuat persediaan dan KS pun belayar ke Melaka.

Setibanya di Melaka, KS singgah di sebuah perkampungan Jawa. Dia menyamar sebagai penduduk di situ dan bebas bergerak ke sana dan ke mari. Dia juga menyamar sebagai pengikut Patih Kerma Wijaya dan ikut sama menghadap Ratu Melaka. Di situlah dia melihat Laksamana dan mengakui kehebatannya.

Selesai perjumpaan itu, KS pun memerhati keadaan balairung sebelum pulang. Dalam perjalanan pulang, dia pun mencari tempat yang sesuai untuk menyimpan harta. Akhirnya dia memilih sebuah bukit di luar kota iaitu Bukit Cina sebagai tempat untuk menyembunyikan harta yang akan dicuri di Melaka.

Setelah hari malam, KS pun masuk ke dalam kota dan pergi ke rumah seorang saudagar yang kaya untuk mencuri hartanya. Bermula pada malam itu dan malam-malam seterusnya KS pun menjalankan aktiviti mencuri segala harta orang kaya-kaya dan saudagar-saudagar di Melaka sehingga habis.

Semua orang yang kehilangan harta benda pun menghadap Ratu Melaka mengadu tentang keadaan mereka yang kini tinggal sehelai sepinggang. Ratu Melaka yang terkejut dengan kejadian ini memerintahkan Temengung menyuruh semua orang berkawal. Orang kaya-kaya dan saudagar turut berkawal.

KS yang masuk ke dalam kota pada malam itu melihat begitu banyak pengawal yang bersenjata. Dia pun membaca jampi lalu berjalan ke sebuah rumah orang kaya tanpa disedari oleh para pengawal. Setelah siang, orang kaya itu pun mengadu kepada Ratu Melaka. Baginda tidak berpuas hati lalu memanggil Laksamana untuk mengadukan hal itu.
Laksamana memberitahu Ratu Melaka bahawa penjurit yang selalu mencuri itu datangnya dari negeri lain. Bendahara yang mendengar perkara itu tidak puas hati lalu menyatakan bahawa Temenggung tidak menjalankan tugas berkawal dengan baik sehingga Laksamana pula yang lebih tahu tentang perkara tersebut. Ratu Melaka pun memerintahkan Temenggung sendiri berkawal pada malam tersebut.

Walaupun Temenggung sendiri ikut berkawal, kecurian tetap berlaku. Kali ini di rumah Bendahara pula. Ratu Melaka bertambah marah akan Temenggung. Laksamana mencelah dengan mengatakan bahawa penjurit itu mempunyai ilmu yang tinggi dan memohon untuk menumpaskan penjurit itu. Namun begitu, RM tidak memberi keizinan.

Semakin lama semakin banyaklah orang yang mengalami kecurian. Ratu Melaka mulai berasa cemas apabila memikirkan perajurit itu pasti akan memasuki istana pula pada suatu masa nanti. Laksamana bercadang untuk menggunakan sejenis ilmu ghaib bagi mengatasi masalah tersebut. RM pun bersetuju.

Laksamana pun mengarahkan orang membawa semua jenis senjata yang ada lalu mengaturkannya di sekeliling istana. Setelah dibacakan jampi, semua senjata itu berlawan sesama sendiri. Setelah malam, KS pun pergi ke istana untuk mencuri. Setelah melihat keadaan di situ dia beredar dan mencuri di tempat lain.

Pada keesokan malamnya, KS pun bersiap untuk membuat onar di istana. Laksamana pula menyamar sebagai perajurit dan tidur di tengah pasar. KS yang lalu di situ terpijak Laksamana. Laksamana pun bangun lalu menikam KS sehingga mati. Dia menghiris alat sulit KS lalu dibawanya pulang.

Orang ramai yang melalui pasar pada keesokan harinya terlihat mayat KS di situ. Mereka pun mengerat telinga, kepaia, tangan KS untuk ditunjukkan kepada RM sebagai bukti bahawa merekalah yang berjaya membunuh perajurit yang telah mencuri harta orang kaya dan saudagar selama ini.

RM berasa bingung kerana gagal menentukan pembunuh sebenar KS. Bendahara meminta baginda menunggu dua bukti lain yang lebih kukuh. Tidak lama kemudian Laksamana pun datang dengan membawa alat sulit dan keris KS. RM gembira dan tahu bahawa Laksamanalah yang telah berjaya membunuh KS. Setelah itu, RM pun memberikan ganjaran kepada Laksamana.

Harta curian di Bukit Cina dibawa ke hadapan balairung. RM menitahkan harta itu dibahagikan kepada tiga bahagian. Dua bahagian diberikan kepada Laksamana tetapi Laksamana mahu satu bahagian sahaja dan jika ada orang yang ikhlas mahu memberikan lebih dia akan menerimanya. Akhirnya semua harta curian itu menjadi milik Laksamana.

Laksamana pun membahagi-bahagikan harta itu sehingga dia sendiri tidak mengambil apa-apa. RM makin sayang akan Laksamana. Akirnya Melaka kembali tenteram. Berita kematian Laksamana sampai kepada PGM. Dia pun meneruskan pekerjaannya mencari orang bagi menjatuhkan Melaka dan membunuh Laksamana serta RM.

No comments:

Post a Comment