Monday, April 20, 2020

LATIHAN PKP - TINGKATAN 4

Mencerakinkan Ayat

Arahan:
Cerakinkan ayat-ayat majmuk di bawah menjadi dua ayat tunggal.
Tips:
Kenal pasti dan gariskan kata hubung dalam ayat pisahkan ayat kepada dua ayat tunggal

Contoh 1.
Tauke Lim menternak ayam daging dan ayam telur.
(i)   Tauke Lim menternak ayam daging
(ii)  Tauke Lim menternak ayam telur

Contoh 2:
Ibu bapa Alia telah bercerai sejak tiga tahun yang lalu.
(i)  Ibu bapa Alia telah bercerai.
(ii) Ibu bapa Alia bererai tiga tahun yang lalu.



 LATIHAN




Sila buat latihan yang berikut.

1.   Nenek sedang melipat kain manakala ibu sibuk menggoreng keropok di dapur.

2.  Jason suka melukis tetapi Joyce suka membaca buku cerita.

3.  Sonia membuka kasut sekolahnya lalu masuk ke dalam rumah.

3.  Ramli telah dimarahi oleh ibunya kerana ponteng sekolah.

4.  Penebat itu petah berhujah dan bijak mematahkan hujah pihak lawannya.

5.  Adakah Encik Azman hendak ke Putrajaya atau ke Muzium Negara.


6.  Adik mengemas bilik tidurnya sambil mendengar radio.

7.  En Ramli seorang yang kaya raya tetapi sangat kedekut untuk menderma.

8.  Amir dan Azir didenda oleh guru kerana tidak menyiapkan kerja sekolahnya.

9.  Pelajar akan seronok belajar di dalam kelas yang sentiasa bersih dan kondusif.

10.  Halimah membeli sejambak bunga ros untuk diberi kepada ibunya.

11.  Semalam Hadi tidak hadir ke sekolah kerana demam panas.

12.  Walaupun Salmah datang dari keluarga yang miskin namun dia sangat rajin belajar.

13.  Hang Tuah menghunus keris Taming Sari lalu menikam Hang Jebat dalam pertarungan itu,

14.  Pelajar-pelajar diarahkan berkumpul di dalam dewan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan mata.

No comments:

Post a Comment