PERIBAHASA BERTEMAKAN IMEJAN / ALAM
1.Air yang tenang jangan disangka tiada buaya
Maksud :Seseorang yang pendiam jangan disangka penakut .
2.Air yang dicencang tidak akan putus
Maksud:Pergaduhan antara saudara tidak akan berlarutan dan akan berbaik semula .
3.Air pun ada pasang surutnya
Maksud : Nasib seseorang itu sukar untuk dipastikan
adakalanya baik dan sebaliknya .
4.Air setitik dilautkan , tanah sekepal digunungkan
Maksud :Perbuatan memperbesar-besarkan kesalahan yang kecil .
5.Ada angin , ada pokoknya
Maksud : Setiap sesuatu itu ada sumber atau asal-usulnya
6.Air sama air , sampah ke tepi juga
Maksud :Terlibat di dalam pertelingkahan antara ahli keluarga orang lain dan disisihkan apabila mereka
berbaik semula .
7.Air besar sampan tak hanyut
Maksud : Niat atau hajat yang ketidaksampaian .
8.Air beriak tanda tidak dalam
Maksud :Orang yang banyak bercakap tandanya tidak berilmu .
9.Anjing menyalak bukit tidak akan runtuh
Maksud :Perbuatan orang jahat mengata orang baik tidak akan meninggalkan kesan .
10.Benih yang baik , kalau jatuh ke bumi menjadi gunung , kalau jatuh ke laut menjadi pulau
Maksud : Seseorang yang berasal daripada keturunan yang baik akan tetap dihormati
11.Bagai air titik ke batu
Maksud : Orang yang tidak menerima pengajaran yang diberi kepadanya .
12.Bagai hujan jatuh ke pasir
Maksud : Sia-sia berbuat baik kepada orang yang tidak mengenang budi .
.13Bagai langit dengan bumi
Maksud :Mempunyai banyak perbezaan .
14.Batu direbus masakan empuk
Maksud: Seseorang yang dungu dan degil tidak akan mengikut apa yang telah diajar
15.Bagai berumah di tepi pantai
Maksud :Perasaan yang selalu gelisah
16.Bagai mencurahkan air ke daun keladi
Maksud :Nasihat yang sia-sia.
17.Cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud :Perkembangan yang sangat pesat
18.Embun di hujung rumput
Maksud :Kasih sayang yang tidak berkekalan .
19.Garam jatuh ke laut
Maksud :Nasihat yang tidak didengari.
20.Gunung yang tinggi akan runtuh jika setiap hari digali
Maksud : Sebanyak manapun harta jika tidak ditambah lambat- laun akan habis jua .
21.Hujan berbalik ke langit
Maksud :Orang yang berupaya dari segi harta atau ilmu meminta pertolongan orang yang lemah .
22.Hujan jatuh ke pasir
Maksud: Melakukan kebaikan kepada seseorang yang tidak tahu membalas budi .
23.Harapkan panas hingga ke petang , rupanya hujan di tengah hari
Maksud : Mengharapkan kesenangan sepanjang masa tetapi rupanya kesusahan yang menimpa .
24.Hujan emas di Negara orang , hujan batu di Negara sendiri
Maksud : Walaupun terdapat kemewahan atau kesenangan di tempat orang , lebih baik di tempat sendiri
walaupun serba kekurangan .
25.Ke bukit sama didaki , ke lurah sama dituruni
Maksud : Susah atau senang tetap diharungi bersama.
26.Kuman di seberang laut nampak , gajah di hadapan mata tidak nampak
Maksud : Kesalahan orang lain nampak walaupun kecil , kesalahan diri sendiri tidak disedari .
27.Lubuk akal lautan budi
Maksud : Mempunyai ilmu pengetahuan yang sangat banyak .
28.Langit tidak selalu cerah
Maksud : Nasib baik yang tidak selalu berpanjangan .
Maksud : Nasib baik yang tidak selalu berpanjangan .
29.Laut mana yang tidak bergelora
Maksud : Semua orang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan .
30.Lempar batu sembunyi tangan
Maksud : Melakukan perbuatan yang tidak baik tetapi pura-pura tidak tahu .
31.Lain padang lain belalangnya
Maksud :Setiap tempat mempunyai budaya yang berbeza .
32.Mana sungai yang tidak berhulu
Maksud :Semua orang mempunyai tempat asal-usulnya .
33.Meludah ke langit jatuh ke muka sendiri
Maksud : Seseorang yang menceritakan keburukkan dirinya kepada orang lain
34.Menangguk di air keruh
Maksud : Mengambil kesempatan .
35.Mendengar guruh di langit , air di tempayan dicurahkan
Maksud :Mengharapkan sesuatu yang belum pasti .
36.Ombak sudah kedengaran , pasirnya tidak kelihatan
Maksud : Sesuatu berita sudah didengari tetapi buktinya tiada .
37.Ombak yang kecil jangan ditidakkan
Maksud : Sesuatu masalah yang kecil jangan dipandang ringan
38. Panas setahun dihapus oleh hujan , tak lekang dek panas Maksud :Sesuatu perkara yang tidak akan berubah .
9.Rendah gunung tinggi lagi harapan
Maksud : Menggambarkan seseorang yang mempunyai
harapan yang terlalu tinggi terhadap sesuatu perkara.
40. Siang berpanas , malam berembun
Maksud : Kehidupan yang sangat miskin dan tidak mempunyai tempat tinggal .
41.Setitik dijadikan laut , sekepal dijadikan gunung
Maksud :Sesuatu perkara kecil dibesar-besarkan .
42.Sediakan payung sebelum hujan
Maksud :Beringat-ingat sebelum ditimpa kesusahan .
42.Sekali air bah , sekali pasir berubah
Maksud:Apabila berlaku pertukaran pemerintah corak pemerintahan juga berubah .
43.Seperti rumput di tepi jalan
Maksud : Seseorang yang tidak mempunyai kedudukan .
44.Sikit-sikit lama-lama jadi bukit
Maksud : Berusaha secara berterusan akan menghasilkan kejayaan .
45.Tiada beban , batu digalas
Maksud : Sengaja mencari kesusahan .
46.Ulat di dalam batu pun boleh hidup
Maksud : Orang yang rajin tidak akan kelaparan .
Maksud : Orang yang rajin tidak akan kelaparan .
47. Untung atas angin
Maksud : Mendapat keuntungan tanpa perlu berusaha.
No comments:
Post a Comment