MODEL SURAT KIRIMAN RASMI DI ATAS
Kai Cin Kai Cai,
SMJK Phor Tay,
11700 Gelugor,
Pulau Pinang.
Yang Dipertua,
Persatuan Pencinta Alam Malaysia ,
JKR 641, Jalan Kelantan,
Bukit Persekutuan,
50480 Kuala Lumpur . 20 OKTOBER 2018.
Tuan,
Cadangan Pemuliharaan Alam Sekitar
Dengan segala hormatnya, saya ingin menarik perhatian tuan berhubung dengan isu di atas, yang pada waktu kebelakangan ini kian banyak isu melibatkan alam sekitar dilaporkan dalam media arus perdana.
2. Terlebih dahulu saya bagi pihak Persatuan Pencinta Alam Sekolah Menengah Kebangsaan Miri mengucapkan tahniah kepada Persatuan Pencinta Alam Malaysia sempena ulang tahun ke-70 penubuhannya pada 8 dan 9 Oktober lepas. Seperti dilaporkan, persatuan menganjurkan persidangan khusus yang diwakili 150 wakil dan pengucap membincangkan isu biodiversiti, yang kian mengancam kehidupan kita.
3. Tidak dapat dipastikan dengan tepat jumlah spesies flora dan fauna di seluruh dunia. Ketua saintis Kesatuan Konservasi Dunia (WCU), Jeff McNeely, berkata kira-kira 1.7 juta spesies haiwan dan tumbuhan sudah dikenalppasti dan dinamai oleh saintis. Namun begitu, saintis juga bersetuju bahawa jumlah spesies ini kian pupus akibat aktiviti manusia seperti pemusnahan habitat dan pembuangan gas bertoksid sehingga berlakunya pencemaran.
4. Kawasan hutan kian pupus akibat pelbagai faktor seperti pembalakan haram, pembakaran hutan, pembukaan tanah baru, pemburuan secara haram, dan peningkatan suhu dunia. Pembakaran hutan secara terbuka serta pembukaan tanah baru turut memusnah tumbuhan di hutan. Pemburu tanpa lesen juga menjadi faktor melalui pasaran antarabangsa dan tempatan.
5. Sejarah membuktikan kepupusan ‘dinasour’ akibat perubahan cuaca dunia. Fenomena Elnino yang meningkatkan suhu dunia secara mendadak telah mengancam sesetengah spesies haiwan dan tumbuhan yang tidak tahan dengan cuaca panas.
6. Tindakan memelihara spesies flora dan fauna ini membabitkan kesemua pihak terbabit. Yang penting orang ramai perlu dididik dan ada rasa tanggungjawab terhadap spesies ini. Tindakan tegas perlu dikenakan terhadap pemburu haram. Lima tahun penjara ke atas bintang Bollywood, Salman Khas kerana didapati bersalah secara haram memburu spesies rusa yang hampir pupus di taman hidupan liar di Mumbai , India , patut dijadikan teladan. Ada spesies tertentu perlu dikategorikan semula daripada ‘terancam’ kepada ‘hampir pupus’ seperti yang terjadi pada burung botak upeh.
7. Kawasan perlindungan spesies tertentu perlu diperluas serta mengisytiharkannya sebagai kawasan santuari burung. Kajian terperinci perlu dijalankan dari semasa ke semasa untuk memastikan jumlah sebenar populasi flora dan fauna negara. Kita masih ingat lagi akan peristiwa pahit yang patut dijadikan pengajaran akan kepupusan burung Merak Hijau dari bumi Malaysia pada tahun 1960-an. Maka di sinilah saya berpendapat Persatuan Pencinta Alam Malaysia perlu memainkan peranan lebih proaktif demi kepentingan alam flora dan fauna. Janganlah sudah terhantuk baru terngadah. Sekian dan terima kasih.
Yang benar,
kaicin
………………………
(KAI CIN KAI CAI)
Presiden Persatuan Pencinta Alam
Sekolah Menengah Kebangsaan Miri.