Thursday, May 11, 2017

KARANGAN CONTOH

Peranan ibu bapa dalam membentuk keluarga bahagia
        Gandingan usaha gigih pihak pemerintah dan rakyat pada hari ini, hasilnya, negara kita telah berjaya duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju. Alhamdulilah banyak kejayaan telah kita nikmati. Namun, secara rutinnya, kita sering digembar-gemburkan dengan polemik-polemik kepincangan dan kehancuran institusi keluarga yang amat menggetarkan lagi mendebarkan perasaan. Isu-isu kepincangan, krisis hidup berkeluarga sering dikaitkan dengan  elemen materialistik dan egoistik yang menyulami kehidupan. Yang menjadi tanda tanya, apakah langkah yang paling afdal untuk mengatasi keberantakan hidup berkeluarga? Sebelum nasi menjadi bubur, sebelum padi berbunga lalang ibu bapa perlu menjana minda, mengaplikasi pertautan muafakat, menyuburkan suasana harmoni dalam kehidupan berkeluarga. Ternyata dalam pelbagai aspek kehidupan, ibu bapa memainkan peranan paling penting dan utama, membentuk keluarga bahagia yang  saya, anda dan kita semua idam-idamkan. Ayuh, kita bincangkan satu persatu peranan ibu bapa dalam membentuk keluarga bahagia
        Sebagai pembuka bicara, marilah kita melensakan peranan paling berkesan ibu bapa dalam mewujudkan keluarga bahagia. Ibu bapa hari ini tidak usahlah terlalu mengejar kekayaan duniawi hingga menyebabkan anak-anak berasa diri  tersisih, terabai dan terpaksa menyendiri. Apalah gunanya tinggal di rumah agam tetapi sifar bahagia, tandus kasih sayang. Ibu bapa seyogianya perlu mengambil langkah paling sofistikated tetapi indah mendekati dan  mengambil berat tentang anak-anak mereka. Jangan biarkan anak-anak 'kehilangan' dalam cahaya nan terang benderang. Anak-anak ibarat  kain putih dan ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorakkan peribadi mereka agar menjadi insan yang berguna. Luangkanlah masa bersama-sama anak-anak agar anak-anak dapat menikmati kehidupan dalam sebuah keluarga bahagia yang diidam-idamkan.Sesungguhnya bukan wang ringgit, emas sesaga yang jadi rebutan tetapi kasih-sayang ibu bapa penentu bahagia. Biduan tersohor pernah mengungkapkan,.... ayah dan ibu itulah permulaan kami dapat melihat bulan dan matahari............ 
    Secara peribadi saya berpendapat keluarga bahagia dapat dibentuk apabila setiap ahlinya atau anggota keluarganya sihat sejahtera. Ibu bapa hendaklah menerapkan amalan pemakanan seimbang untuk seisi keluarga. Yang pasti amalan pemakanan seimbang perlulah berpandukan piramid makanan yang lebih mengutamakan sayur-sayuran dan buah-buahan, manakala lemak dan gula dalam pemakanan harian keluarga hendaklah dikurangkan. Nescaya terelaklah keluarga kita daripada ancaman penyakit berbahaya yang boleh merencatkan dan merenjatkan kebahagiaan. Peranan ibu bapa ternyata amat jelas dalam menentukan menu harian keluarga, yang apabila suasana ceria terjalin di meja makan, maka dengan sendirinya, terbinalah sebuah keluarga sejahtera, bahagia.
         Jika ditelusuri daripada  dimensi yang berbeza pula, ibu bapa perlu  memantau perilaku anak-anak mereka dalam usaha mewujudkan keluarga bahagia. Ibu bapa hendaklah  melihat dan meninjau perilaku anak-anak sama ada positif atau negatif. Anak-anak yang melakukan perilaku positif  wajarlah diberi pujian, berikan mereka setulus-ikhlas penghargaan, manakala anak-anak yang melakukan amalan negatif hendaklah dinasihati dan berikanlah anak itu kasih sayang, didikan agama yang sama rata agar  tidak ada kalangan anak pasrah  menconteng arang ke muka ibu bapa. Janganlah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Anak-anak yang usianya baru setahun jagung,  tidak akan terjebak dalam kancah kehinaan jika mendapat kasih sayang, jagaan rapi dan paling penting luahan rasa penghargaan daripada kedua-dua orang tua mereka. Lumrahnya, bahagia anak-anak, bahagialah ibu bapa, waima terbentuklah sebuah keluarga bahagia
       Musim silih berganti, ibu bapa hendaklah menjadi suri teladan kepada anak-anak mereka sendiri. Mereka perlu menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak mereka agar dapat dicontohi kerana bagaimana acuan, begitulah kuihnya, contohnya, ibu bapa hendaklah berlemah-lembut dalam sembang santai, menegur anak secara berhemah, akhirnya  senyuman pasti terukir di wajah anak-anak dan ibu bapa. Apabila sikap mahmudah ini sering ditonjolkan untuk diteladani oleh anak-anak mereka, nescaya kebahagiaan dan keharmonian sesebuah keluarga dapat dinikmati dan menjadi nostalgia paling indah dalam kehidupan. Anak-anak pasti amat berbangga mempunyai ibu bapa yang berwibawa  dan berjiwa murni. Jadi kalau tepat dengan cara dan kaedahnya, maka kebahagiaan hidup berkeluarga  bakal kita capai. Matlamat keluarga bahagia pasti menjadi kenyataan.
          Jika disingkap dari tirai yang lain pula, ibu bapa yang mempunyai ciri keibubapaan yang mutlak adalah mereka yang mendahulukan urusan ukhrawi melebihi urusan duniawi. Sebagai contoh, membawa anak-anak ke masjid, menghantar mereka ke kelas agama dan solat berjemaah. Apabila anak-anak diberikan didikan agama, mereka akan mendapat panduan hidup yang lebih sempurna dan seterusnya mendorong mereka menjadi insan yang bitara. Tambahan pula, anak-anak pada zaman serba makmur ini sentiasa berhadapan dengan godaan, cabaran, dan kemelut sosial dari hari ke hari. Ingat, dadah boleh merenggut kebahagiaan sesebuah keluarga. Bahagia yang dibentuk bertahun-tahun boleh hilang begitu sahaja, 'sekelip mata' hilangnya, kerana dadah durjana. Realitinya hari ini, ibu bapa perlu menerapkan didikan agama dalam nurani anak-anak agar hidayah Allah memberkati kehidupan sebuah keluarga bahagia. InsyaAllah.
         Kesimpulannya, ibu bapa memainkan peranan paling signifikan dalam  melahirkan dan membentuk keluarga bahagia. Tokoh  tersohor Mahatma Ghandi  pernah berkata ‘mendidik anak-anak umpama  menanam biji benih, benih  harus dibaja, disirami dan dibelai dengan penuh kasih sayang’. Kendatipun begitu, kalau anak melakukan kesilapan, silapnya hendaklah ditegur, andai mereka tersesat di hujung jalan, bimbinglah anak-anak untuk kembali ke pangkal jalan. Ingat pula pesan pandai bestari, kasih ibu bawa ke syurga, kasih ayah sepanjang usia. Semoga ibu bapa terus berperanan membentuk keluarga bahagia.

DRAMA BUKAN GILA

DRAMA BUKAN GILA



DRAMA BUKAN GILA (SHARIF SHAARY)

SINOPSIS

Di wad sakit jiwa, Hospital Besar,  Azmir sedang mendapat rawatan.  Azmir sentiasa berkhayal tentang peranan Hamba dan Tuan Hamba. Azmir mendapati bahawa penderitaan Hamba merupakan satu kepuasan kepada Tuan dan Hamba. Seterusnya, Azmir berasa kesakitan yang tidak tertanggung. Ketika itu juga dia mengucapkan terima kasih kepada ibu dan ayah, akal, takdir dan manusia budiman. Ucapan terima kasih tersebut diucapkan kerana semuanya telah memberi sumbangankepada Azmir kepada petani dan nelayan
 
Azmir juga berkhayal akan kehadiran Ani, kekasihnya.Azmir juga meminta Ani mengeluarkannya dari tempat itu tetapi Ani terus memujuk Azmir supaya terus tinggal di situ kerana mereka boleh bahagia.
Azmir berkhayal pula tentang kemunculan bapanya. Azmir meminta Ani menghalau bapanya kerana bapanya tidak sayang akannya. Azmir mengatakan bahawa ayahnya berbohong dan mereka bertengkar
 

Muncul pula khayalan tentang  Pak  Haji datang dan memberi salam. Mereka berdebat  tentang hukum dan Pak Haji mempersoalkan nama Azmir yang telah diubah dan sikap manusia iaitu bercakap lain dan berbuat  lain.
Ani muncul semula dan menyatakan bahawa Ani masih cintaakannya. Azmir mempersoalkan cinta Ani yang hanya bersikap luaran.
 

Azmir dikunjungi doktor. Setelah diperiksa, doktor membenarkannya bersiar-siar di luar. Azmir mengambil kesempatan ini untuk melarikan diri. Akhirnya, dia tiba di lokasi penggambaran drama Sasau. Perdebatan berlaku antara pelakon dan Arif tentang kekuasaan. Akhirnya Azmir memberikan pendapat bahawa system prorakyat yang menentukan kekuasaan bukan wang atau fikiran. Ketika ini, kepala Azmir berasa sangat  sakit
 
Dia menyatakan bahawa penyakitnya adalah betul. Azmir ditanya tentang gila dan sebenarnya dia bukan gila tetapi suatu penderitaan yang tidak tertanggung. Kemudiandia menghantukkan kepalanya sehingga berdarah.Dia menderita sakit sehingga tidak terucap dengan kata-kata.
Kemudian, doktor datang dan membawa semula Azmir ke hospital. Arif dan rakan-rakannya memberitahu ibu bapa Azmir tentang keadaannya yang sebenar.


 Mereka meminta ibu bapa Azmir melawatnya sebelum terlambat. Arif juga menasihati ibu bapanya supaya memberi lebih kasih sayang kepada Azmir.
Di wad pesakit jiwa, Azmir teringat akan cintanya kepada Ani. Ketika itu dia lemah dan jatuh tersungkur.

Ani berada di rumah dan membaca berita tentang kematian Azmir seorang diri di wad. Kematiannya dikatakan berpunca daripada barah otak. Ani berasa bersalah.

TEMA
Ketabahan seorang anak muda melawan penyakit yang dihidapi

PERISTIWA
PERSOALAN
PERWATAKAN
LATAR MASYARAKAT
NILAI
PENGAJARAN

Azmir yang menghidap penyakit barah otak melawan penyakitnya itu bersendirian tanpa ibu dan ayahnya mengetahui tentang penyakitnya

Ketabahan seorang pesakit melawan penyakit


Seorang  yang tabah

Masyarakat yang tabah

ketabahan

Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan hidup

Azmir berterima kasih kepada ayah dan ibunya yang telah melahirkan dan membesarkannya.

Penghargaan seorang anak terhadap ibu bapanya


Seorang yang menghargaijasa

Masyarakat yang menghargai jasa

Mengenang jasa

bertanggungjawab

Kita hendaklah mengenang jasa orang lain

Azmir mengucapkan terima kasih kepada petani, nelayan dan buruh perkasa yang telah membangunkan rakyatdan negara.

Penghargaan terhadap insan yang berjasa


Seorang yang menghargai jasa

Masyarakat yang menghargai jasa

Mengenang jasa



Kita hendaklah mengenang jasa orang lain

Azmir amat setia mencintai Ani tetapi Ani telah meninggalkannya sewaktu Azmir berhadapan dengan sakit barah otak

Kesetiaan seseorang terhadap kekasih


Seorang  yang  setia

Masyarakat yang setia

Kesetiaan

Kita hendaklah  setia kepada seseorang

Azmir mempertikaikan sikap Pak haji yang sepatutnya prihatin terhadap penderitaan yang dilaluinya dan orang yang senasib dengannya

Prihatin terhadap masyarakat yang menghadapi masalah


Seorang  yang  prihatin

Masyarakat yang prihatin

Mengambil berat

Kita hendaklah  prihatin terhadap masalah orang lain



PLOT

Permulaan
Watak Azmir yang berada di wad pesakit jiwa di Hospital Besar seorang diri dan sentiasa berada dalam khayalan.

 Perkembangan
 Azmir sentiasa berkhayal akan kehadiran Ani, kekasihnya yang sudah meninggalkannya kerana Azmir dikatakan gila. Azmir juga berkhayal tentang kehadiran bapanya yang menziarahinya di wad. Azmir menuduh bapanya tidak menyayanginya kerana menghantarnya ke situ. Seterusnya, Azmir berkhayal pula tentang Pak Haji yang melawatnya di wad. Dia bertengkar dengan Pak Haji tentang Azmir yang menukar namanya kepada nama orang putih. Azmir berkhayal lagi tentang Ani yang  muncul semula dan menyatakan bahawa Ani masih cinta akannya. Azmi rmempersoalkan cinta Ani yang hanya bersikap luaran.
Azmir dikunjungi doktor. Setelah diperiksa, doctor membenarkannya bersiar-siar di luar. Azmir mengambil kesempatan ini untuk melarikan diri.Akhirnya, dia tiba di lokasi penggambaran drama Sasau. Perdebatan berlaku antara pelakon dan Arif tentang kekuasaan. Akhirnya Azmi rmemberikan pendapat bahawa system prorakyat yang menentukan kekuasaan bukan wang atauf ikiran.
Ketikaini, kepala Azmir berasa sangat sakit. Dia menyatakan bahawa penyakitnya adalah betul. Azmir ditanya tentang gila dan sebenarnya dia bukan gila tetapi suatu penderitaan  yang  tidak tertanggung.
Klimaks
Azmir  menghantukkan kepalanya sehingga berdarah. Dia menderita sakit sehingga tidak terucap dengan kata-kata.
Kemudian, doktor datang dan membawa semula Azmir ke hospital. Arif dan rakan-rakannya memberitahu ibu bapa Azmir tentang keadaannya yang sebenar. Mereka meminta ibu bapa Azmir melawatnya sebelum terlambat. Arif juga menasihati ibu bapanya supaya memberi lebih kasih sayang kepada Azmir.

Peleraian

Di wad pesakit jiwa, Azmir teringat akan cintanya kepada Ani.Ketika itu dia lemah dan jatuh tersungkur.
Ani berada di rumah dan membaca berita tentang kematian Azmir seorang diri di wad. Kematiannya dikatakan berpunca daripada barah otak. Ani berasa bersalah.


TEKNIK PLOT
1. Dialog
            Contoh: 1. Dialog antara Azmir dengan Ani semasa Azmir berkhayal akan kehadiran kekasihnya.
                           2. Semasa Azmir melakonkan watak Hamba dan Tuan Hamba
2. Monolog
            Contoh: 1. Azmir bercakap seorang diri di wad pesakit jiwa.
3. Imbas Kembali
            Contoh: 1. Bapa Azmir teringat akan waktu penyakit gila-gila Azmir berlaku.
4. Pemerian
            Contoh: 1. Pengarang memerihalkan keadaan Azmir yang sedang sakit.



GAYA BAHASA

1. Perulangan
            Contoh: Duniaku ialah kuasa. Kuasa ialah duniaku. Dengan kuasa, dunia berada di bawahku. Kuasa mencipta kuasa.

2. Sinkope
            Contoh:  Abang dah tak sanggup lagi..

3. Simile
            Contoh:  Bapa pun macam doktor juga dan macam  mereka semua

4. Simpulan Bahasa
            Contoh: gila-gila bahasa, berbesar hati, minta diri

5. Bahasa Arab
            Contoh: Assalamualaikum, Astaghfirullah

6. Bahasa Inggeris
            Contoh: realistik, sensitif, realiti, horizon