Air beriak tanda tak dalam
Ertinya: Orang yang selalu membangga-banggakan dirinya pintar sedangkan dia sebenarnya bodoh. Air besar batu bersibak.
Ertinya: Persaudaraan akan terputus apabila timbul perselisihan.
Air jernih ikannya jinak.
Ertinya: Suatu negeri yang teratur, aman sentosa, penduduknya halus budi bahasanya, terutama kaum perempuannya.
Air dari cucuran atap, jatuhnya ke pelimbahan juga.
Ertinya: Tabiat anak itu biasanya mengikuti tabiat orang tuanya.
Air ada pasang ada surut.
Ertinya: Nasib seseorang tidak tetap. Adakalanya untung adakalanya rugi.
Air dicencang tiada putus.
Ertinya: Keluarga tak akan bercerai kerana perselisihan saja.
Air mata jatuh ke perut.
Ertinya: Bersusah hati namun tak terlihat oleh orang lain.
Air tenang menghanyutkan.
Ertinya: Orang pendiam biasanya banyak ilmunya. .
Air diminum rasa duri, nasi dimakan rasa sekam.
Ertinya: Keraena susahnya makan tak enak, minumpun tak terteguk.
Air tenang jangan disangka tidak berbahaya.
Ertinya: Orang pendiam jangan disangka tidak berani.
Air orang disauk, ranting orang dipatah.
Ertinya: Hendaknya kita mengikuti adat istiadat negeri yang kita tempati.
Air yang dingin juga dapat memadamkan api.
Ertinya: Kata-kata yang lemah lembut juga dapat memadamkan hati yang marah.
. Bagai air di daun talas.
Ertinya: Orang yang tidak tetap pendiriannya.
Bagai air dengan minyak.
Ertinya: Orang yang selalu berselisih. .
Bagai membandarkan air ke bukit.
Ertinya: Mengerjakan sesuatu yang sangat sukar dan tidak mungkin berhasil. .
Bagai air titik ke batu.
Ertinya: Nasihat yang baik sukar diterima oleh orang yang bodoh.
Bagai kambing dihalau ke air.
Ertinya: Seseorang yang segan mengerjakan suatu pekerjaan. .
Bakarlah air ambil abunya.
Ertinya: Mengerjakan sesuatu yang mustahil.
. Bermain air basah, bermain api letup.
Ertinya: Segala perbuatan yang kurang baik pasti kita menanggung akibat yang tidak baik pula.
Berkering air liur.
Ertinya: Tiada gunanya kita menasihati seseorang kerana tiada akan diturutnya.
Bukan muara yang ditimbanya, sudah disauk dari hulunya.
Ertinya: Khabar yang berasal dari sumber pertama dan dapat dipercayai.
Dimandikan dengan air segeluk.
Ertinya: Diberi pertolongan yang tiada mencukupi.
Hendak air pancuran terbit, hendak ulam pucuk menjulai.
Ertinya: Seseorang yang selalu beruntung, apa yang diinginkannya terkabul.
Menjilat air liur.
Ertinya: Sesudah dicela, dipuji kembali.
Mencari jejak dalam air.
Ertinya: Mengerjakan suatu pekerjaan yang tiada mungkin berhasil.
Mengairi sawah orang.
Ertinya: Melakukan pekerjaan yang menguntungkan orang lain.
Membasuh muka dengan air liur.
Ertinya: Maksud hati memperbaiki kesalahan, malah memperbesar kesalahan.
Menepuk air di dulang, terpecik muka sendiri.
Ertinya: Barang siapa menceritakan aib keluarga, ia sendiri mendapat malu kerananya.
Menunggang air ke laut.
Ertinya: Menolong seseorang yang sama sekali tidak memerlukan pertolongan.
Selamat Sejahtera, blhkah sy tanya ttg karangan bhg B jika tulis 2 isi shj ttp 1 isi 1 muka surat huraian, karangan ni akan gagal tak?
ReplyDelete