KESALAHAN EJAAN DAN
TATABAHASA
(EJAAN
DAN IMBUHAN), (ISTILAH KATA DAN TATABAHASA)
TEKNIK
MENGESAN DAN MEMBETULKAN KESALAHAN BAHASA
1. Kenal pasti jenis
kesalahan yang hendak dibetulkan sama ada ‘kesalahan ejaan’,
‘kesalahan imbuhan’, ‘kesalahan istilah atau kata’ atau ‘kesalahan tatabahasa’.
2. Baca ayat berulang-ulang supaya
anda dapat mengenal pasti kesalahan ayat itu.
3. Perhatikan kesalahan
dengan meneliti perkataan demi perkataan serta cuba kaitkan
dengan hukum tatabahasa yang telah dipelajari.
4. Sebaik mungkin, garisilah perkataan
atau frasa yang telah dibaiki.
5. Satu ayat terdapat 2
kesalahan yang perlu dibaiki.
BACA DAN
FAHAMI NOTA KESALAHAN BAHASA .
1.0 KESALAHAN EJAAN
1.1 EJAAN KATA MAJMUK
· Lazimnya dieja
terpisah kecuali beberapa kekecualian.
· Hanya 15
patah perkataan yang dianggap telah mantap dieja rapat
Salah
|
Betul
|
antara bangsa
|
antarabangsa
|
beri tahu
|
beritahu
|
bumi putera
|
bumiputera
|
jawatan kuasa
|
jawatankuasa
|
kaki tangan
|
kakitangan
|
kerja sama
|
kerjasama
|
mata hari
|
Matahari
|
olah raga
|
olahraga
|
pesuruh jaya
|
pesuruhjaya
|
setia usaha
|
setiausaha
|
suka rela
|
sukarela
|
suruhan jaya
|
suruhanjaya
|
tanda tangan
|
tandatangan
|
tanggung jawab
|
tanggungjawab
|
warga negara
|
warganegara
|
1.2 MENGEJA
PERKATAAN DIPENGARUHI SISTEM EJAAN LAMA ATAU BAHASA INDONESIA
Salah
|
Betul
|
kekanda
|
kakanda
|
pengkalan
|
pangkalan
|
pesaka
|
pusaka
|
selsema
|
selesema
|
istihar
|
isytihar
|
istirihat
|
istirahat
|
hajjah
|
hajah
|
catit
|
catat
|
jamaah
|
jemaah
|
1.3 MENGEJA KATA SENDI NAMA (di- dan ke-)
· (di- dan ke-) yang
menunjukkan tempat perlu dieeja secara terpisah.
Salah
|
Betul
|
disitu
|
di situ
|
diatas meja
|
di atas meja
|
diKota Bharu
|
di Kota Bharu
|
kesitu
|
ke situ
|
kehadapan rumah
|
ke hadapan rumah
|
kePulau Pinang
|
ke Pulau Pinang
|
1.4 MENGEJA
AWALAN (Awalan di- dan ke-)
Salah
|
Betul
|
di tulis
|
ditulis
|
di asuh
|
diasuh
|
di bungkus
|
dibungkus
|
ke tua
|
ketua
|
ke dua
|
kedua
|
ke kasih
|
kekasih
|
2.0 TANDA
BACA
2.1 TANDA TITIK (.)
· Selain
digunakan untuk menunjukkan berakhirnya ayat, digunakan juga
untuk menyatakan singkatan.
Salah
|
Betul
|
Hj
|
Hj.
|
Prof
|
Prof.
|
dll
|
dll.
|
dsb
|
dsb.
|
2.2 TANDA SEMPANG (-)
2.2.1
Sebagai tanda kata ganda
Salah
|
Betul
|
meja meja
|
meja-meja
|
berkata kata
|
berkata-kata
|
bantah membantah
|
bantah-membantah
|
gunung ganang
|
gunung-ganang
|
ipar duai
|
ipar-duai
|
batu batan
|
batu-batan
|
saudara mara
|
saudara-mara
|
2.2.2
Antara ke dengan angka
Salah
|
Betul
|
ke 21 atau ke21
|
ke-21
|
ke 102 atau ke102
|
ke-102
|
2.2.3 Antara yang merujuk tahun dengan
imbuhan akhiran –an
Salah
|
Betul
|
tahun 90 an atau 90an atau 90han
|
tahun 90-an
|
tahun 20 an atau 20an atau 20han
|
tahun 20-an
|
2.2.4 Antara huruf kecil dengan huruf
besar
· Merujuk Tuhan
Salah
|
Betul
|
hambaMu atau hamba mu
|
hamba-Mu
|
rahmatNya atau rahmat
Nya
|
rahmat-Nya
|
· Huruf
besar bagi nama khas
Salah
|
Betul
|
pro Barat atau proBarat
|
pro-Barat
|
pan Asia atau panAsia
|
pan-Asia
|
KDN nya atau KDNnya
|
KDN-nya
|
2.3 TANDA
SERU (!) - Hadir di
akhir ayat
Salah
|
Betul
|
Amboi! Mahalnya harga baju ini.
|
Amboi, mahalnya harga baju ini!
|
Alamak! Saya terlupa membawa pensel.
|
Alamak, saya terlupa membawa pensel!
|
Cis! Engkau memang penderhaka!
|
Cis, engkau memang penderhaka!
|
Aduhai! Mengapalah malangnya nasibku
ini.
|
Aduhai, mengapalah malangnya nasiblu
ini!
|
Nah! Terimalah balasanku.
|
Nah, terimalah balasanku!
|
3.0 KOSA
KATA
3.1 MENGGUNAKAN
PERKATAAN YANG TIDAK TEPAT ATAU TIDAK SESUAI
Salah
|
Betul
|
Kami sedang membincangkan perkara itu.
Ia sangat rumit.
|
Kami sedang membincangkan perkata
itu, yang sangat rumit.
|
Ini buku cerita sejarah. Iamengandungi
kisah-kisah yang menarik.
|
Ini buku cerita sejarah. Buku
inimengandungi kisah-kisah yang menarik.
|
3.2 MENGGUNAKAN
BENTUK KATA TUNGGAL BAGI BENTUK GANDA
Salah
|
Betul
|
berbagai kuih
|
berbagai-bagai kuih
|
bersama adik
|
bersama-sama adik
|
kedua pelajar
|
kedua-dua pelajar
|
setengah orang
|
setengah-setengah orang
|
pada bila masa
|
pada bila-bila masa
|
3.3 MENGGUNAKAN PENANDA
JAMAK (CARA YANG SALAH)
3.3.1 Menggandakan
Kata Nama yang sudah mendukung maksud banyak.
Salah
|
Betul
|
mereka-mereka
|
mereka
|
umat-umat
|
umat
|
rakyat-rakyat
|
rakyat
|
3.3.2 Menggandakan
Kata Nama yang didahului oleh perkataan yang menandakan jumlah
banyak
Salah
|
Betul
|
dua buah rumah-rumah
|
dua buah rumah
|
semua penonton-penonton
|
semua penonton
|
segala pegawai-pegawai
|
segala pegawai
|
antara kemudahan-kemudahan
|
Antara kemudahan
|
Senarai nama-nama
|
Senarai nama
|
Kebanyakan sibuk
dengan urusan-urusan
|
Kebanyakannya sibuk
dengan urusan
|
3.3.3 Menggandakan kata
majmuk yang dieja terpisah
Salah
|
Betul
|
guru besar-guru besar
|
guru-guru besar
|
kertas kerja-kertas kerja
|
kertas-kertas kerja
|
reka bentuk-reka bentuk
|
reka-reka bentuk
|
3.4 GUNA KATA
SENDI NAMA DENGAN CARA YANG SALAH
3.4.1 Kesalahan kata
sendi nama di (tempat), pada (masa,
orang, binatang dan benda abstrak)
Salah
|
Betul
|
di pagi hari
|
pada pagi hari
|
di abad ke-20
|
pada abad ke-20
|
di masa itu
|
pada masa itu
|
di ingatan
|
Pada ingatan
|
Buku itu ada dengan Ali
|
Buku itu ada pada Ali
|
3.4.2 Kesalahan kata
sendi nama ke (tempat dan benda konkrit tak
bernyawa, serta masa)
Salah
|
Betul
|
hingga kepada hari
ini
|
hingga ke hari ini
|
kepada tempat lain
|
ke tempat lain
|
dihempaskan kepada batu
|
dihempaskan ke batu
|
3.4.3 Kesalahan kata
sendi nama kepada (benda bernyawa dan benda abstrak,
kecuali masa)
Salah
|
Betul
|
ke pegawai itu
|
kepada pegawai itu
|
ke ketua pasukan
|
kepada ketua pasukan
|
ke bahaya dadah
|
kepada bahaya dadah
|
dilemparkan ke Ali
|
dilemparkan kepada Ali
|
diserahkan ke Ketua
Pengarang
|
diserahkan kepada Ketua
Pengarang
|
3.4.4 Kesalahan kata
sendi nama dari (tempat dan waktu)
Salah
|
Betul
|
Saudara datang daripada mana?
|
Saudara datang dari mana?
|
Daripada saat ini,
ubahlah sikapmu.
|
Dari saat ini,
ubahlah sikapmu.
|
3.4.5 Kesalahan
kata sendi daripada (hal-hal yang lebih umum, seperti
untuk orang, perbandingan, asal kejadian dan sebagainya).
Salah
|
Betul
|
Dari buku itulah
banyak diperolehnya banyak ilmu kebudayaan.
|
Daripada buku itulah
banyak diperolehnya banyak ilmu kebudayaan.
|
Dia lebih kaya dari saya.
|
Dia lebih kaya daripada saya.
|
Peti itu dari kayu.
|
Peti itu daripada kayu.
|
Kiriman itu dari ayahnya.
|
Kiriman itu daripada ayahnya.
|
3.5 PENGABAIAN KATA
SENDI NAMA.
· Penggunaan
kata sendi nama sering diabaikan apabila predikat diluaskan dengan
keterangan(Adverb).
· Hal ini
terjadi dalam ayat yang Predikatnya mengandungi kata kerja
intransitif (seperti pergi, balik, lupa, tahu, lalu dan
sebagainya) atau adjektif (seperti benci, cinta, sayang, suka,
takut dan sebagainya).
Salah
|
Betul
|
pergi sekolah (KI)
|
pergi ke sekolah
|
balik kampong (KI)
|
Balik ke kampung
|
lupa nama orang itu (KI)
|
lupa akan nama orang itu
|
lalu jalan ini (KI)
|
lalu di jalan ini
|
benci orang itu (Adj.)
|
benci kepada orang itu
|
suka durian (Adj.)
|
suka akan durian
|
aku cintanya (Adj.)
|
aku cinta kepadanya.
|
takut hantu (Adj.)
|
takut akan/kepada hantu.
|
tahu perkara itu (KI)
|
tahu akan/tentang perkara itu
|
3.6 KESALAHAN
PENGGUNAAN KATA GANTI NAMA DIRI
3.6.1 beliau
– digunakan untuk seseorang yang terhormat sahaja.
3.6.2 ianya- tidak
harus dianggap sebagai kata ganti yang betul.
3.7 KESALAHAN
BERKAIT DENGAN PENGGUNAAN PERKATAAN YANG HAMPIR SAMA BUNYI TETAPIBERLAINAN
MAKNA. Contohnya :
kelok dengan keluk
|
tempoh dengan tempuh
|
seloroh dengan seluruh
|
pedalaman dengan pendalaman
|
3.8 KESALAHAN MAKNA PERKATAAN
3.8.1 Penggunaan banyak dan ramai
· Makna kedua-dua kata ini
sering salah ditafsirkan orang.
· Anggapan kebanyakan orang
sekarang ialah bahawa banyak khas untuk binatang dan benda,
sementara ramai khas untuk manusia.
· Sebenarnya kata banyak boleh
digunakan untuk manusia, binatang dan benda.
· Kata ramai pula
untuk menunjukkan suasana tempat.
· Misalnya: Pasar
itu ramai; ertinya di pasar itu riuh rendah, sibuk dan sebagainya;
mungkin kerana banyak orang di pasar itu.
3.8.2 Penggunaan guna dan pakai
· Kata pakai dalam
Bahasa Melayu seperti dalam kata memakai digunakan dengan erti
‘mengenakan pakaian, sepatu, topi, barang perhiasan diri’
· kata guna bererti
‘melakukan sesuatu dengan...’ seperti dalam ayat: mencapai perdamaian dengan
menggunakan senjata.
3.8.3 Penggunaan pedalaman dan pendalaman
· Kata pedalaman bererti
‘kawasan atau daerah yang jauh terpencil yang disebut interiordalam
bahasa Inggeris.
· Kata pendalaman pula
bererti ‘usaha mendalami sesuatu’.
3.8.4 Penggunaan bila dan apabila
· bila =
merupakan Kata Tanya
· apabila =
merupakan kata penghubung pembentukan klausa.
· Kesalahan
berlaku – penggunaan bila sebagai kata penghubung dalam ayat.
Contoh :
Salah
|
Betul
|
Bila dia pulang,
kamu bolehlah pergi.
|
Apabila dia pulang,
kamu bolehlah pergi.
|
4.0 IMBUHAN
4.1 TIDAK
MENGGUNAKAN IMBUHAN
Salah
|
Betul
|
Mereka sedang kerja.
|
Mereka sedang bekerja.
|
Dia hendak ambil barang
itu.
|
Dia hendak mengambil
barang itu.
|
Adik senyum kepadanya.
|
Adik tersenyum kepadanya.
|
Kami sudah jawab soalannya.
|
Kami sudah menjawab
soalannya.
|
No comments:
Post a Comment